Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Assalamualaikum, syukur kehadrat Allah s.w.

t kerana dengan izin rahmat dan limpah kurnia Yang Maha Esa, saya Mohd Hizamir bin Haridan bersama Mohd Ala Hadrame dapat menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) yang telah diberikan pada 20 Januari 2012 oleh pensyarah pembimbing mata pelajaran BMM 3105 ( Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Berbantukan Komputer ) iaitu Encik Jeyagobi A/L Dhamodarem. Jutaan terima kasih dek kerana bimbingan dan dorongan yang di berikan oleh pensyarah pembimbing dan rakan-rakan sekelas semasa proses menjalankan kerja kursus ini. Terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa yang memberi sokongan daripada pelbagai aspek. Tugasan kerja kursus ini memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Setiap perkara yang dilakukan pasti terdapat pelbagai masalah yang dihadapi, tetapi itu tidak menjadi masalah kepada saya untuk memerah keringat serta buah fikiran untuk menyiapkan tugasan. Pemahaman tentang subjek BMM 3105 ini banyak saya fahami melalui proses menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini memerlukan saya mengaplikasikan penggunaan banyak perisian untuk siapkan tugasan ini. Saya diminta menyiapkan unit pelan seakan-akan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) serta beberapa dokumen yang lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran P&P berlaku dalam masa 2 minggu. Semasa proses persiapan tugasan ini saya perlu berinteraksi dengan pelbagai pihak dan individu untuk mendapatkan ilmu bagi menggunakan perisian. Talian silaturrahim antara para pensyarah dan pelajar dapat dibina hasil kolaboratif pelajar dengan pensyarah. Penggunaan Facebook dan youtube diaplikasikan juga, segala aktiviti dan video di muat naik ke dalam Facebook dan youtube. Segala informasi tentang pembelajaran dan maklumat lawatan yang dibuat boleh diperoleh dengan mudah menggunakan pelbagai perisian masa kini.

Sebelum ini saya tak pernah langsung menggunakan kebanyakan perisian yang saya gunakan dalam tugasan, seperti Facebook memang saya selalu gunakan perisian ini, tetapi saya tak pernah menggunakan perisian ini sepenuhnya, seperti menjadi admin untuk group di Facebook yang menjadi wadah antara pelajar dan guru untuk berinteraksi dan menyampaikan maklumat tentang lawatan atau subjek yang dipelajari. P&P dalam unit pelan memerlukan murid mengadakan lawatan sambil belajar, Prosedur untuk mengadakan lawatan dapat dipelajari. Ini memberi input yang penting kepada saya. Suasana P&P yang lebih efisien yang menggunakan pelbagai teknologi baru dapat di wujudkan dan akan diaplikasikan semasa dan selepas saya berada di IPG Kampus Pendidikan Islam ini. Bantuan pensyarah dan kawan memberi impak yang kuat dalam tugasan ini, pembelajaran yang memerlukan interaksi dan tunjuk ajar dari orang lain bnayak yang saya belajar. Kesimpulannya, kerja kursus ini telah memberikan saya pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru. Pembelajaran yang saya terima sepanjang penghasilan kerja kursus ini akan dijadikan rujukan dan ikutan kepada diri saya. Sekian, terima kasih. Mohd Hizamir bin Haridan