Anda di halaman 1dari 6

Lampiran 1

Dengar dengan teliti dialog ini.

Kuih Kesukaan Saya

Ali Penjual Ali Penjual Ali Penjual Ali Penjual Ali Penjual Ali Penjual

: Apa khabar, Pak Mail? : Khabar baik. : Apakah menu yang menarik hari ini, Pak Mail? : Macam-macam ada, nasi lemak, mi goreng, kuih-muih pun ada. : Oh, ya ke! Apakah jenis kuih-muih yang dijual hari ini? : Ada karipap, keria, bingka, kuih lapis, pulut panggang, buah melaka, tepung bungkus dan banyak lagi. Semuanya kuih tradisional kita. : Saya memang suka makan kuih-muih tradisional. Tolong bungkuskan saya tiga jenis kuih. Setiap jenis RM 2.00. : Kuih apa yang kamu mahu, kerana ada banyak kuih-muih di sini. : Kalau begitu, tolong bungkuskan saya kuih karipap, bingka dan tepung bungkus. : Ali, ini kuih yang kamu mahukan. : Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail. : Sama-sama, datanglah lagi.

Lampiran 2 Baca kad situasi ini dan tuturkan dialog yang sesuai dengan peranannya diberi.

Kad A

Kamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu. Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara bertatasusila.

Kad B Kamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu membuat permintaan semasa memesan barang daripada penjual di kaunter sekolah secara bertatasusila.

Lampiran 3 Perhatikan gambar dan baca dialog di bawah. Tandakan ( / ) bagi dialog yang dituturkan secara bertatasusila.

Tolong timbangkan 500 gram sayur sawi. Boleh tolong potongkan daging ini anggaran dua kilogram. Saya minta tolong siangkan ikan ini sebelum dibungkus. Hantar bakul ini ke kereta saya. Susun sayur ini dengan teratur ke dalam bakul saya.

Lampiran 4 Pentaksiran Tuturkan dialog yang sesuai cara pembeli menyatakan permintaan untuk membeli salah satu barang yang terdapat dalam gambar.

Lampiran 5 Pemulihan Baca dan tuturkan ayat di bawah secara bertatasusila. Kemudian salin pada kotak di bawah mengikut urutan yang betul.

Pak Mail, saya mahu membeli kuih.

Tolong bungkuskan saya dua ketul kuih karipap. Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail.

Ali, ini kuih yang kamu mahu.

Sama-sama, datanglah lagi.

Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja

Lampiran 6 Pengayaan Tuturkan dan tulis ayat permintaan yang bertatasusila berdasarkan gambar.

Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja