Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU SMKTP 2012 (16 MEI

2012) 1.0 PENGENALAN Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga Negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA Kerjaya suci dan murni seorang guru sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun. Di dalam agama Islam sendiriseorang guru itu adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama selepas kedua ibu bapa.Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Kelab Guru dan Staf SMKTP turut tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. 2.0 MATLAMAT Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2012 adalah untuk meraikan dan membalas jasa guru-guru SMKTP di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan pelajar. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Meraikan guru-guru SMKTP sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 3.2 Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik pelajar- pelajar SMKTP 3.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. 3.4 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahin antara guru dan pelajar SMKTP 3.5 Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dengan pelajar 4.0 TEMA
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

5.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT Tarikh :- 16 MEI 2012 Hari :- RABU Masa :- 7.30 pg 1.10 t/hari Tempat :- Padang SMKTP 6.0 ANJURAN Kelab Guru dan Staf SMKTP

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : Pn. Rohaya Bt. Sharifin (Pengetua) Pn. Norzah Bt. Suhor (PK 1) Pn. Rabiya Bt. Mohamed Sultan (PK HEM) En. Mohamad B. Osman (PK Kokurikulum) Pn. Sharifah Flora Bt. Shahab (PK Petang)

Pengerusi : Timbalan. Pengerusi:

En. Nor Izhar Bin Nordin Pn. Suraya Bt Salleh

Setiausaha : Bendahari :

Siti Mardziah Binti Amiruddin Pn. Emi Zurayni Bt Hj Lot

AJK : i. ii. iii. iv. v. vi. Pn. Nor Azliza binti Mohd Yusof En. Kam Miring bin Senin Pn. Mahryammal AP Ramakrishnan Cik Nurul Natasya binti Izazi Pn. Wun Mee Fah En. Mohamad Amin bin Abdul Rashid

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BI L 1 2 3 4 7 8

PERKARA

ANGGARAN PERBELANJAAN RM 100 RM 100 RM 1360 RM 1020 RM 100 RM 500 RM 3180

Perasmian & Hiasan Pentas Bahan & Alatan Sukaneka Hadiah Guru RM 20 x 68 Jamuan Guru RM 15 x 68
Banner Hadiah Permainan dan Cabutan Bertuah JUMLAH

9.0 PENUTUP Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012 SMKTP ini dapat mencapai objektif terutama bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada warga SMKTP. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sifat silaturrahim yang erat dan kerjasama yang padu daripada semua pihak.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

................................... (SITI MARDZIAH AMIRUDDIN) Setiausaha Kelab Guru & Staf SMKTP SMKTP

...................................... (EN. NOR IZHAR NORDIN) Pengerusi Kelab Guru & Staf

Lagu tema: Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Kita Berbicara Tentang Inovasi Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Bangun Beranikan Terima Seruan Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan Menciptakan Kreativiti Melahirkan Guru Inovatif Sahutlah Cabaran, Perubahan Daulatkan Bidang Pendidikan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Malaysia Ku Tercinta Kita Berbicara Tentang Inovasi Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja Binakanlah Keyakinan Merentasi Segala Harapan Lagu guru malaysia

Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Anda mungkin juga menyukai