Anda di halaman 1dari 2

HADITH - PENGAJARAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD

Seorang pembaca Mingguan Malaysia telah mengirim surat membalasnya kepada Editor akhbar
itu dan telah cuba mempertahankan penggunaan Hadith sebagai satu asas bagi amalan-amalan
umat Islam seperti berikut. "Saya nak tanya sikit, awak ini Islam atau munafik? Awak tidak
percaya Hadis? OK-lah, saya nak tanya sikit: Awak makan ikan atau tidak? Kalau makan, baik
hentikan segera sebab al-Quran kata: 'Tak boleh makan bangkai'. Hadis sahaja yang kata ikan
boleh dimakan. Macam mana anda sembahyang? Kalau tidak sembahyang - itu bukan Islam
namanya. Kalau sembahyang, kena rujuk Hadis. Hadis sahaja yang beritahu cara
sembahyang.. Al-Quran kata 'dirikanlah sembahyang', Tapi nak sembahyang macam mana kalau
tidak tahu caranya!"
Walaupun begitu, dewasa ini, terdapat lebih ramai umat Muslim yang alim sendiri, yang
mempersoalkan kesahihan dan kewibawaan Hadith yang dianggap 'sahih' atau koleksi hadith
yang dianggap 'kuat' atau hadith yang bukan 'daif' (seperti Hadis Sahih(HS) Bukhari dan HS
Muslim dan sebagainya). Kamu hanya kena melayari laman-laman web berkenaan di Internet
seperti site-site 'Code 19', site Ropers, 'Submission' dan laman-laman web seperti itu -yang
semuanya digubah oleh orang Islam sendiri, untuk menyedari bagaimana umat Islam sendiri
kini semakin sedar dan insaf akan kejanggalan, kepelikan dan sesungguhnya, kepalsuan Hadith-
hadith ini yang merupakan sumber pengajaran dan akidah bagi umat Islam sehingga ini! Di
bawah ini ada disenaraikan beberapa contoh-contoh Hadith 'sahih' itu yang membuktikan betapa
pelik, janggal dan tidak masuk akal sumber akidah Islam ini.
1.Nabi Adam adalah setinggi 87 kaki (60 CUBITS) ! - Hadith Sahih Bukhari IV,no.543. Jika
begitu, berapa tinggikah Siti Hawa, isterinya itu? Jika mereka sebenarnya setinggi itu, kenapa
cucu-cicit mereka yaitu manusia hari ini TIDAK SETINGGI BEGITU!? Adakah ini mungkin
dari segi perubatan mahupun biologis bagi mereka menjadi setinggi itu ?
2. Nabi Muhammad adalah pembenci anjing. Dalam Hadith tercatat pengajaran Muhammad
bahawa Malaikat Tuhan tidak akan masuki ke dalam sebuah rumah jika ada anjing di sana! Juga
dia ajar bahawa anjing berwarna hitam itu adalah iblis! Jadi, dia telah mengarahkan supaya
anjing-anjing dibunuh, serta ditegah daripada menjual anjing.
Hadith Sahih Bukhari IV no.539,540; Hadith Sahih Muslim I no.551, 552;HSM II no.3803,
3829
3. Syaitan dan Iblis menginap di dalam lubang hidung manusia di waktu malam. Ia boleh
disembur keluar dengan menghembus air kedalam hidung dan kemudian disembur keluar
melalui lubang hidung yang sama.
Hadith Sahih Bukhari IV no.516, HS Muslim I no.462

Soalan-soalannya: Betapa besarkah saiznya Iblis itu ?


Adakah ia menginapi lubang-lubang hidung setiap orang??
Adakah si Iblis itu wujud di merata tempat pada waktu yang sama ??
Sesudah dikeluarkan dari hidung-hidung manusia - apakah rupa dan bentuk si Iblis itu?
4. Muhammad melarang permainan Catur! Larangan pelik ini langsung tidak masuk akal sekali
bagi sesiapa pun!
Hadis Sahih Muslim IV no.5612
5. Manusia telah diubah ke dalam bentuk Tikus, Babi/khinzir dan juga Monyet-monyet/Kera !
Hadis Sahih Bukhari IV,No.524,627, HS Muslim IV,no.7135.
Bapa Nabi Ibrahim telah ditukar menjadi seekor haiwan, menurut Hadis Sahih Bukhari IV
no.569.
6. Umat Islam mempunyai SATU USUS, sementara mereka yang bukan Islam mempunyai
TUJUH usus!
Hadith Sahih Muslim III,no.5113-5115

(Jadi nampaknya orang-orang yang masuk Islam nanti akan mencicirkan usus-usus mereka satu-
persatu, kan!?!)
8. Semasa bersolat, jika sesiapa mengangkat kepalanya menghala ke atas kearah Syurga,
matanya akan dicungkil keluar!
Hadith Sahih Muslim III, no.862-863
8. Sebelah sayap seekor lalat, beracun tetapi sayap di sebelah lainnya pula terdapat mujarab
untuk mengubatinya!
Hadith Sahih Bukhari vol. IV, no. 537

(Lalat! Oh lalat...sejak bilakah engkau miliki nilai mujarab? Pakar perubatan sebulat suara
mengutuk engkau sebagai penyebar bermacam-macam penyakit dan kekotoran..!)
9. Kita semua seharusnya meminum air kencing Unta kerana itu adalah satu ubat yang
mujarab...!
Hadith Sahih Bukhari I, no. 234.

(Kalau begitu ayoh cepat beramai-ramai bikin bisnes mengimpot Unta mendapatkan air
kencingnya untuk dijadikan ubat-ubatan...)
10. Penyakit Demam berpunca dari api neraka, dan ia boleh disejukkan dengan air sejuk!
Hadith Sahih Bukhari IV, no. 483, 486.
Kita semua boleh melihat dari contoh-contoh Hadis-hadis yang 'sah' diatas, bagaimana peliknya
dan ganjilnya segala-gala seruan dan saranan-saranan semua hadis ini. Sebenarnya ada banyak
lagi 'contoh-contoh' serta ajaran-ajaran yang janggal dan tidak masuk akal seperti di atas yang
dipelopori hadis. Sudah mencukupilah contoh sepuluh kerat hadis di atas sebagai satu selingan
yang amat melucukan bagi kita semua.
Sudah amat jelaslah hakikatnya bahawa koleksi Hadith-hadith itu, mahupun yang 'Daif' atau
sebaliknya, mustahil sebagai sesuatu yang diilhamkan Tuhan. Masakan Tuhan sendiri atau pun
hambaNya yang terbimbing tidak sedar yang hadith-hadith seperti di atas - dan juga koleksi
hadith yang sama seperti mereka, adalah karut belaka!
Tidak hairanlah ada para Muslimin sendiri berasa sangat malu di atas hadis-hadis pelik yang anih
dan tidak masuk akal ini, dan kini mereka menyarankan untuk MENOLAK penggunaan Hadis
sama sekali. Malangnya, ini akan membawa kepada masalah yang amat besar kepada umat Islam
hari ini, seperti yang terdapat di minda pembaca Akhbar mingguan di atas. Para Muslim sudah
pun tuduh-menuduh dakwaan 'Munafik' dan 'Kafir!' sesama sendiri keatas mereka yang tidak
mahu menerima ajaran Hadis itu! Ini pun lagi satu bukti bahawa dunia Islam berpecah-belah dan
tidak bersefahaman mengenai akidah mereka.

Indeks Utama

Anda mungkin juga menyukai