Anda di halaman 1dari 1

KELAB KEBAJIKAN, YASSIN DAN TAHLIL FASA 3 (KEMESRA) NO.

4, JALAN PULAI 74, TAMAN PULAI UTAMA


Pengerusi (Tel:07-5577875,h/p:013-7796300) : Setiausaha (Tel:07-5574425,h/p:017-7560299)

Rujukan kami : kemesra/edar/0811-05 Tarikh : 5 Ogos 2010 bersamaan 5 Ramadhan 1432H Kepada : Semua Penduduk Islam Taman Pulai Utama (Fasa 3)

Assalamualaikumw.b.t Y.Bhg Dato/Tuan/Puan, MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN KEMESRA FASA 3 DI SURAU AT-TAQWA Seperti yang tuan/puan sedia maklum bahawa pentadbiran Surau At-Taqwa TPU sedang mengadakan majlis berbuka puasa di surau di sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak. Rujuk kepada jadual berbuka puasa di surau At-Taqwa TPU. Beberapa individu, kumpulan, persatuan dan fasa-fasa di Taman Pulai Utama telah memberikan komitmen untuk menganjurkan dan seterusnya menyediakan juadah berbuka dan makan malam pada hari tersebut. 2. Jawatankuasa KEMESRA Fasa III telah bersetuju untuk menyediakan juadah berbuka pada 11/08/2011 (Khamis) bersamaan dengan 11 Ramadhan 1432H. Untuk makluman, jawatankuasa KEMESRA telah bersetuju untuk menyediakan juadah tersebut secara gotong royong. 3. Sehubungan dengan itu, jawatankuasa KEMESRA meminta kerjasama daripada semua penduduk Islam TPU fasa III :i. Sumbangan ikhlas dalam bentuk wang ringgit (Sekurang-kurangnya RM25.00 bagi menampung kos penyediaan makan malam pada hari tersebut. ii. Setiap keluarga di Fasa III adalah diharapkan dapat membawa sepiring kueh ke surau untuk juadah berbuka puasa iii. Hadir bersama keluarga di dalam majlis berbuka puasa tersebut. Kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis anjuran KEMESRA (Penduduk Islam TPU fasa III). 4. Sumbangan boleh diberikan kepada Pengerusi (PM Dr Sariffuddin 013-7796300), Setiausaha (Md Mohshin 017-7560299) atau Bendahari (Abdul Hafidz 012-7601485). Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan Allah SWT jua. Hanya keredhaanMu sahaja yang menjadi idaman semua insan di alam ini. Derma terkumpul akan digunakan untuk menguruskan dan menyediakan jamuan berbuka pada hari tersebut dan selebihnya akan disalurkan untuk tabung KEMESRA dan surau at-Taqwa. Sekian, terima kasih. Wassalam BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA Yang Benar, .... (MD MOHSHIN BIN HAJI JAMIRAN) Setiausaha KEMESRA, (07-5574425, 017-7560299) No. 10, Jalan Pulai 71

Anda mungkin juga menyukai