Anda di halaman 1dari 2

Isteri Memohon Cerai

Saya ingin bertanya soalan.Apa yang saya tahu adalah berdosa besar apabila seorang isteri meminta cerai(tdk masuk syurga)dari suaminya.Saya sebagai isteri kedua dan suami tdk berlaku adil terhadap saya.sering mambezakan dan sentiasa mendahulukan isteri pertama sehingga sanggup tdk balik kerumah saya berminggu lamanya sedangkan hari2 pulang kerumah isteri pertamanya.Selain itu dia juga takut/mengikut kata isteri pertamanya.Perkahwinan kami adalah di luar pengetahuan isteri pertamanya. Tujuan kami kahwin adalah utk megelakkan diri dari terjerumus kelembah hina tetapi akhirnya saya menjeruk rasa disbbkan ketidak adilannya.soalan saya : 1) Saya sering menyuarakan ketidakpusan hati saya dan meminta hak saya ditunaikan.akibatnya pergaduhan berlaku krn suami saya ingin menjaga serta tdk mahu melukakan hati isteri pertamanya.berdosakah saya sbg seorang isteri? saya cuma meminta hak saya.Tdk lebih dari itu.suami saya juga tdk boleh bertolak ansur dgn saya dalam perkara ini. 2) Berdosakah saya sekiranya meminta cerai darinya kerana tdk tahan dgn keadaan tersebut dan mencari org lain sebagai pengganti? saya cuma mahu suami yang bertanggungjawab dan dpt menjaga saya.utk pengetahuan tuan , kami belum mempunyai anak. Harap tuan boleh beri penjelasan . *****************

{ }
Alhamdulillah , Segala Puja Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin. Terima Kasih kepada Puan Melati yang mengemukakan soalan di atas . Dan terima kasih juga kepada moderator kami , Saudara Jawana yang memberikan gambaran mengenai prosedur jabatan guaman di dalam mengendalikan kes seperti ini . Memang benar terdapat beberapa hadis yang sahih bersumber daripada Baginda Rasulullah s.a.w yang melarang seseorang wanita itu meminta talaq ( diceraikan ) daripada suaminya . Di antara hadis tersebut ialah : Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


Ertinya : Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda : Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya TANPA ADA SEBARANG SEBAB YANG MENDESAK , maka haramlah baginya ( wanita itu ) mencium bau syurga ~ Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad rh di dalam musnadnya ( 5 / 277 ) , Al-Imam Abu Daud ( 2 / 2226 ) , Al-Imam atTirmizie rh ( 3 / 1187 ) , Al-Imam Ibnu Majah rh ( 1 / 2055 ) , Al-Imam Ibnu Hibban rh ( 6 / 191 Ihsan ) dan Al-Imam al-Hakim rh di dalam Al-Mustadrak ( 2 / 2002 ) . Al-Imam at-Tirmizie rh mengatakan hadis ini berstatus HADIS HASAN , manakala Al-Imam alHakim rh pula mengatakan ia berstatus HADIS SAHIH MENURUT SYARAT al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh , dan ia disokong oleh Al-Imam az-Zahabi rh serta dianggap sahih oleh Syeikh al-Albani rh ( Sahih al-Jamie as-Soghir : 1 / 2706 ) .

### Yang jelas daripada hadis di atas , wanita yang tidak akan dapat mencium bau syurga ialah wanita yang memohon cerai ( talaq ) daripada suaminya TANPA ADA sebarang sebab-sebab yang dibenarkan syarak . Contohnya : Si isteri

meminta cerai kerana suaminya sudah tidak mampu lagi berlaku adil , ataupun kerana sudah tiada lagi cara untuk mendamaikan hubungan di antara suami-isteri , ataupun di sebabkan si isteri sudah mula membenci suaminya hinggakan tidak lagi mampu melayan suaminya sebagaimana layanan yang patut diberikan oleh isteri kepada suaminya . ### Daripada hadis di atas dan masalah yang puan kemukakan , maka tindakan puan meminta cerai daripada suami puan adalah SATU PERKARA YANG DIBENARKAN OLEH SYARIAT ISLAM . Dan ia dibenarkan oleh syariat Islam lantaran sesebuah kehidupan rumah-tangga itu MESTILAH diasaskan di atas perasaan saling bertanggung-jawab ke atas pasangan masing-masing dan apabila sifat itu sendiri sudah tiada pada salah-seorang daripada mereka ataupun kedua-dua , maka sudah tentu tiada ertinya lagi hidup bersama sebagai sepasang suami isteri . ### Dan sebagai mana seseorang lelaki itu dibenarkan menceraikan isterinya yang nusyuz ( derhaka ~ menurut pandangan syariat ) , maka begitulah juga dengan si isteri yang boleh memohon diceraikan apabila berhadapan dengan situasi sebagai mana yang puan nyatakan di atas . ### Kalaulah TIDAK BOLEH LANGSUNG menceraikan isteri secara talaq dan jika TIDAK BOLEH LANGSUNG si isteri memohon cerai secara fasakh ataupun khuluk ( sebagai mana ajaran Kristian ) , maka apalah ertinya Allah Taala membenarkan talaq ( cerai ) itu dilakukan di kala sudah tiada lagi jalan untuk berdamai ataupun hidup bersama ? . ### Namun , sebelum puan mengambil keputusan yang nekad itu , silalah fikirkan kembali semasak-masaknya dan cubalah lagi cari jalan penyelesaian . Di samping bermohon kepada Allah Taala agar suami puan kembali ke pangkal jalan dan dapat melaksanakan tugasnya dengan baik sebagai seorang suami misali . Mudah-mudahan Puan Melati sentiasa diberikan petunjuk dan pimpinan Ilahi dan semoga Allah Taala sentiasa memberikan kita petunjuk-Nya di dalam segala perkara yang diredhai-Nya . Amin Ya Rabbal Alamin . :doa
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama . Wallahu A'alam Bis Sowab Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN 1 ~ AL-JAMIE as-SOGHIR Oleh : Al-Allamah Imam al-Hafiz as-Suyuthi rh . Jilid 2 , Hadis : 2944 Terbitan : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz , Riyadh 2 ~ FAIDHUL QADIR SYARH AL-JAMIE as-SOGHIR Oleh : Al-Allamah Syeikh Muhammad Abdul Rauf al-Manawi rh Jilid : 3 , Hadis : 2944 , Halaman : 178 Terbitan : Darul Kutoob al-Ilmiyah , Beirut 3 ~ Penerangan Lisan Daripada Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi ha { MA Hadis , Universiti al-Azhar & Pendakwah Kem. Waqaf , Mesir }

.......

Anda mungkin juga menyukai