Anda di halaman 1dari 46

KAEDAH MENGAJAR DBK 10604

BAB 2 : GURU

GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putera puteri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetapkan kami tunaikan

Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad

1.1 SIAPA GURU?

Guru Oh Guru
(1979, Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang )
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Guru Oh Guru
(1979, Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang )
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

GURU

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Edisi Tiga) Orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998) Cikgu, pensyarah, profesor, pengajar, pendidik, pembimbing, penceramah, pengasuh, pemandu, instruktur, jurulatih, pemimpin, ustaz, ustazah, ulama, kiai, mualim.

GURU

Sumber lain (www.wikipedia.org) Dari bahasa Sanskrit ;pengajar, pendidik dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan).

Ringkasnya

Guru Orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh

Cikgu Guru, panggilan pada guru Pengajar Orang yang mengajar (berkemahiran; jurutera pengajar dan sebagainya)

Bidang Guru

SUKAN: Jurulatih

MASAKAN: Chef

BIDANG AGAMA : Ustaz

Tetapi
Guru atau pendidik pertama bagi setiap insan adalah kedua ibu bapanya

1.2: PERANAN GURU

Sumber: Utusan Malaysia

Peranan Guru Secara Rasmi


PENGAMAL ILMU
AGEN SOSIALISASI

AGEN PERUBAHAN

GURU SEBAGAI PENGAMAL ILMU


Penyelidik di Institusi Pengajian - Bukan sekadar penyampai ilmu tetapi turut mengamal ilmu tersebut.

MEMBACA

BERFIKIR

BERKARYA

BUDAYA ILMU

BELAJAR

BERMUSYAWARAH

REFLEKSI

GURU SEBAGAI AGEN SOSIOLISASI


1. Pendidikan diinstitusi perlu mementingkan nilai kemasyarakatan

1. Guru berperanan menanamkan sikap, nilai, dan sahsiah yang sempurna bagi pelajar memenuhi kehendak dan peraturan masyarakat.

Kualiti Peribadi

Pengetahuan

Skill

GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN


(1) Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat.

(1) Institusi pendidikan dan guru perlu bersifat dinamik Institusi Pendidikan Dinamik-Bersifat reformatif, sentiasa berubah, berkembang dan bergerak maju. Guru Dinamik- Bersifat responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan dari semasa ke semasa

Perkembangan Peranan Guru


PENGAJAR
Menyampaikan ilmu, merancang unit pengajaran, memotivasi dan menilai murid Menolong individu memahami diri sendiri dan orang lain. Mengurus kelas bagi kemudahan proses pengajaran dan pembelajaran Menumpukan kepada rancangan pengajaran

PEMBIMBING PENTADBIR PERANCANG

Perkembangan Peranan Guru


FASILITATOR
Memotivasikan pelajar Membimbing pelajar Memberi peneguhan dan ganjaran Memastikan disiplin terkawal Melengkapkan ilmu dan selalu membaca dapatan dan penemuan terbaru. Merupakan model dan contoh kepada masyarakat

INOVATOR

MODEL

Perkembangan Peranan Guru


PENILAI
Membuat penilaian berterusan terhadap pelajar samaada dari segi akademik dan bukan akademik

PENGHUBUNG

Membina perhubungan baik dengan masyarakat dan komuniti


Mengelola kelas, arahan masa mengajar, aktiviti kokurikulum dan peraturan kelas

PENGELOLA

1.3 SAHSIAH GURU


Guru Sebagai Seorang Profesional

Sifat dan Kualiti Peribadi Sifat dan Kualiti Profesional Sifat dan Kualiti Sosial

Ee Ah Meng,1998

SAHSIAH GURU
Ee Ah Meng,1998

Ramah

Dedikasi
Keutuhan

Tolenrasi

Sifat dan Kualiti Peribadi

Fleksibel Tegas

Adil

Jenaka

SAHSIAH GURU
Ee Ah Meng, 1998

Sikap Positif Terhadap Pelajaran Kepekaan Dedikasi


Sifat dan Kualiti Profesional

Inovatif
Kesedaran keperluan kebangsaan

SAHSIAH GURU
Ee Ah Meng,1998

Adaptasi

Moral

Sifat dan Kualiti Sosial

Tolenrasi

Kesedaran Alam Sekitar

1.4 Etika Profesionalisme Perguruan

Definisi
Dewan Bahasa & Pustaka,1995 :
Etika - satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan Kamus Dewan : Etika - sebagai prinsip moral atau set prinsip moral. Ia melibatkan perkara yang boleh mempunyai nilai yang baik atau buruk dan perkara yang betul atau salah dan ahli masyarakat mengkategorikan sebagai bermoral dan tidak bermoral. Etika - membawa maksud tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Perspektif Islam: Etika - sifat ketakwaan kepada Allah S.W.T. Islam menggariskan supaya manusia bertingkah laku dengan berasaskan kebenaran iaitu bersih daripada kekotoran.

samb..
Dewan Bahasa & Pustaka,1995 : Profesionalisme Sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu dll) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional

Sufean Hussein (1996) Profesionalisme - suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang matlamat pekerjaannya untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab. Ini bermaksud, seseorang yang terlibat dalam sesuatu profession perlu menghayati matlamat dan kehendak profesion yang diceburinya.

Etika Profesion Perguruan


Dalam bentuk ikrar;

Tanggungjawab Terhadap Pelajar Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan

Tanggungjawab Terhadap Pelajar


1.

2.

3.

4.

5. 6.

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktorfaktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa


1.

2.
3.

4.

5. 6.

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anakanak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara


1.

2.

3.

4. 5. 6.

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Keguruan


Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
1.

Kepentingan Etika Perguruan


Kod etika menyediakan garis panduan tingkahlaku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Kandungan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Kod etika dalam bentuk dokumen: usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Satu daripada petanda cemerlangnya sesuatu profesion itu ialah sejauh mana kod etikanya dapat dipertahankan dan dikuatkuasakan. Masyarakat umum dapat melihat dan menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat disamping menyedari tanggungjawab sendiri dalam membantu guru mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja (INTAN,1991): Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam melaksanakan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.

Keguruan adalah Profesion kerana;

Utamakan khidmat dari kepentingan diri sendiri Berpengetahuan dan kemahiran pengajaran Latihan di institusi pengajian Menjadi ahli badan profesional seperti NUTP dan KGMMB Kod etika profesion perguruan

Cara Tingkatkan Profesionalisme Keguruan


Kursus Dalam Perkhidmatan Kursus Dalaman Penyelidikan dan Penulisan Pendidikan Arah Kendiri

Peka Terhadap Perkembangan Terkini

Ciri-Ciri Profesionalisme
Latihan dan pendidikan guru Kod Etika Perguruan

Utamakan perkhidmatan

Profesion Perguruan

Autonomi dalam pengajaran

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Pedagogi dan Psikologi

1.5 GURU DAN MASYARAKAT

Siapakah Masyarakat?

Mengikut Kamus Dewan:

Masyarakat terdiri daripada sekumpulan manusia yang hidup bersama dalam sesuatu tempat mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara tertentu Masyarakat merupakan sebuah kelompok sosial yang bilangan ahlinya kecil atau besar dalam satu kawasan tertentu dan hidup bersama untuk kepentingan bersama. Kelompok ini mempunyai pemimpin-pemimpin, peraturan-peraturan dan norma-norma tertentu untuk mewujudkan keadaan yang harmoni.

Guru dan Masyarakat Dari Kaca Mata Islam

Amanah Allah Subhanahu Wata'ala dan pekerjaan mulia yang memberikan tunjuk ajar, kepandaian dan pendidikan kepada anakanak didiknya untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi Penghormatan yang amat tinggi kepada ahli-ahli ilmu. Mereka berperanan bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga untuk kepentingan masyarakat.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Faathir ayat 28, tafsirnya:
"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orangorang yang berilmu."

Guru dan Masyarakat Dari Kaca mata Islam

Dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya: "Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam Islam, maka orang selepasnya mengamalkannya, akan dicatatkan baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutnya dengan tidak dikurangkan sedikit pun pahalanya. Dan barang siapa mengasaskan jalan yang tidak baik dalam Islam, maka orang selepasnya mengamalkannya, akan dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan sedikit pun dosanya."
(Hadis Riwayat Imam Muslim).

Guru dan Masyarakat Dari Kaca mata Islam


Ustaz Hj Ismail Bin Mustari (UTM) pada Seminar Penghayatan,Keperibadian Dan Kepimpinan Islam,13 Jan 2007 di DTII KUiTTHO menyatakan

Pendidik

adalah Pendakwah

Guru dan Masyarakat Dari Kaca mata Islam


Dakwah Masyarakat;

Menunjukkan watak Muslim yang sebenar Berpegang kepada syariat Islam Membawa masyarakat kepada jalan yang diredhai Allah Nasib dan maruah orang Islam terletak pada pendidik

Peranan Guru di Kaca Mata Masyarakat


Penggerak Masyarakat (Inovator)
Guru merupakan seseorang yang mendatangkan pelbagai pembaharuan dalam sesebuah masyarakat . Sesebuah masyarakat yang maju daripada masyarakat tradisional yang bergantung pada pertanian berubah kepada masyarakat yang berasaskan perindustrian adalah disebabkan oleh kemajuan sains dan teknologi. Tenaga rakyat yang berketrampilan dan berilmu pengetahuan tinggi adalah merupakan usaha guru sebenarnya.

Peranan Guru di Kaca Mata Masyarakat


Guru sebagai Pakar Rujuk
Setiap guru memang mempunyai kekuatan-kekuatan dalam

bidang pengkhususannya. Oleh itu guru itu hendaklah sentiasa


berusaha ke arah peningkatan ilmu pengetahuan dalam kemahiran pengajaran.

SOAL JAWAB

Anda mungkin juga menyukai