Anda di halaman 1dari 1

4.

4 Penulisan rujukan dalam teks Rujukan teks dalam tesis / disertasi Rujukan ini adalah untuk memudahkan pembaca mengetahui dan mencari bahan rujukan yang digunakan dalam penulisan. Penulis mesti menyusun setiap rujukan dengan mengikut sistem abjad dan rujukan daripada laman web adalah tidak digalakkan. Gelaran sosial seperti Prof. dan Dr. juga tidak dibenarkan dalam rujukan. Selain teknik sistem pengarang-tarikh, penulis gugusan sains boleh menggunakan teknik sistem pengarang-tahun spenuhnya tetapi symbol & adalah dilarang sama sekali.

Sistem pengarang-tahun Sistem ini mengandungi dua perkara asas iaitu nama pengarang dan tahun terbitan. Bagi pengarang barat atau yang mempunyai nama keluarga seperti pengarang cina, nama keluarga sahaja yang digunakan. Rujukan haruslah diletakkan dalam kurungan. 1. Jika nama pengarang pada permulaan ayat, hendaklah meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang. Contoh: Shim (2012) 2. Jika nama pengarang pada pertengahan atau penghujung ayat, hendaklah tuliskan nama dan tahun pernerbitan dalam kurungan. Contoh: (Shim, 2012) 3. Jika terdapat dua orang pengarang pada rujukan tersebut, harus tulis seperti Steven and Shim (2012) 4. jika terdapat pengarang lebih dari dua orang, hendaklah tuliskan nama pengarang pertama dan diikuti dengan perkataan et al.. Contoh: Steven et al. (2012) atau (Steven et al.,2012) 5. jika pengarang tersebut menghasilkan lebih dari sebuah karya pada satu tahun tertentu, maka penulis harus tuliskan tahun disertakan abjad huruf kecil. Contoh: (Shim, 2012a, 2012b) 6. bagi pengarang melayu, boleh tuliskan nama pengarang tanpa nama keluarga. Contoh : (Ismail, 2012) 7. bagi hasil karya yang tidak menyatakan tahun terbitannya, hendaklah tuliskan nama pengarang diikuti dengan t.th. yang merupakan singakatan bagi maksud tanpa tarikh. Contoh: (Ismail t.th.) 8. bagi rujukan tanpa pengarang, haruslah ditulis seperti : (Akta Perkongsian 1961 (Akta 135), 2007)