Anda di halaman 1dari 17

Objektif: Memberi kesedaran kepada peserta jika mahukan sesuatu kata-kata sahaja tidak mencukupi.

Material: Wang Kertas RM10 Perlaksanaan: 1. Fasilitator memulakan aktiviti dengan mengeluarkan not RM10 lalu ditayangkan dihadapan peserta. 2. Fasilitator bertanya soalan, Siapakah yang nak duit di tangan saya ni? 3. Biasanya peserta akan menjawab Nak! 4. Tanyakan sekali lagi kepada peserta, Siapakah yang nak duit di tangan saya ni? 5. Peserta biasanya akan menjawab Nak! 6. Lalu fasilitator tanya lagi soalan yang sama berulang-ulang kali. 7. Tanya peserta, apakah yang mereka pelajari daripada aktiviti tadi. 8. Perbincangan: 1. Ramai orang yang mahukan sesuatu, bila ditanya mereka sentiasa mengatakan mereka mahu. Bila berulang kali ditanya mereka masih mengatakan mahu. Namun, siapa yang buat sesuatu untuk mendapatkannya. Sama ada dengan meminta dari fasi atau mengambilnya dari fasi. 2. Begitulah sifat kita. Kita katakan kita ingin Islam kembali berubah. Apabila orang bertanya persoalan yg sama kita mengulang-ulang bahawa kita mahu. Tapi hanya sedikit di kalangan kita yang benar-benar bertindak untuk mendapatkannya. 3. Beginilag sifat yang dihadapi oleh umat Islam kini. Banyak bercakap dari serius untuk memastikan kata-kata itu dibuktikan melalui tindakan. Variasi: Boleh menggantikan wang RM10 dengan coklat, hadiah atau apa-apa yang difikirkan sesuai. Kesimpulan: Kata-kata perlu dibuktikan. Bukan sekadar bercakap. Contoh 2:

Nikmat Jarang Disyukuri 1 Objektif: Menyedarkan peserta banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita yang jarang kita syukuri. Material: Kain pengikat mata, pensel kertas dan terjemahan Al-Quran Perlaksanaan: 1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: Tutup mata anda dengan kain yang telah diberikan, bergerak ke arah suara saya. Fasilitator akan duduk di suatu tempat tanpa bergerak dan menyebut Saya di sini! Para peserta diminta bergerak ke arah suara. Selepas semua peserta sampai. Bagi arahan selanjutnya. 1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: Tahan nafas anda selama yang anda mampu Minta peserta jangan terlalu memaksa diri. 1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: Tulis huruf A dengan syarat tanpa menggunakan jari anda. 1. Tanya pendapat peserta apa yang mereka dapat belajar dari aktiviti yang mereka baru saja lakukan. 1. Bincangkan: o Adakah mereka mula mensyukuri nikmat mata, udara dan tangan dari aktiviti sebentar lagi? o Apa yang mereka perlu lakukan untuk menunjukkan mereka mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah? Kesimpulan: Syukurilah nikmat yang ada pada kita, kita tidak tahu bilakah nikmat yang ada ini akan ditarik balik.

Perjalanan Hidupku Objektif: Melihat perjalanan hidup sejak lahir sehingga sekarang. Belajar daripada kepelbagaian pengalaman individu lain. Material: Peta Malaysia dan kiub mewakili diri peserta. Perlaksanaan: 1. Fasilitator membentangkan peta Malaysia dihadapan peserta. 2. Fasilitator mengagihkan kiub dan meminta peserta menulis nama mereka di atas kiub tersebut. 3. Fasilitator memberi arahan, Anda diminta menceritakan tentang hidup anda, negeri mana anda dibesarkan dan berapa kali anda berpindah. Anda perlu menggerakkan kiub apabila menceritakan tempat anda menetap. Jika anda diminta memilih satu tempat untuk menetap di manakah anda akan pilih? Mengapa? 4. Peserta diberikan masa selama 5 minit bagi menceritakan hidup mereka. Peserta lain dibenarkan bersoal jawab dengan pembentang.

Pandang-pandang, cerita-cerita, lukis-lukis Objektif: Memberikan kefahaman betapa pentingnya komunikasi dalam kumpulan. Material: Gambar, pen marker dan kertas lukisan. Perlaksanaan: 1. Sebuah lukisan diletakkan di sebuah bilik atau ruang tertutup. 2. Ketua kumpulan akan membahagikan kumpulan mereka kepada seorang pemandang, seorang pelukis dan baki ahli kumpulan akan menjadi talian telefon. 3. Pemandang akan diberi masa selama 3 minit untuk melihat gambar yang digantung di dalam sebuah bilik. 4. Setelah pemandang berpuas hati dengan ingatannya. Pemandang akan bergerak ke arah talian telefon yang merupakan ahli kumpulan yang berbaris. Pemandang akan

menggambarkan apa yang dilihat sehingga beliau berpuas hati. Kemudian Talian 1 akan bergerak ke talian 2 untuk menyampaikan maklumat. Ia berterusa sehingga talian habis. Kemudian talian terakhir akan menyampaikan kepada pelukis. Pelukis akan melukis berdasarkan apa yang diceritakan kepadanya. 5. Hasil lukisan akan dibandingkan dengan lukisan asal. 6. Kenapakah ini terjadi? Bincangkan. Perbincangan: 1. Mengapakah lukisan ini berbeza sedikit daripada lukisan asal? 2. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan maklumat yang dikomunikasikan berubah? 3. Bagaimana hasil aktiviti ini dapat diperbaik? Nota Fasilitator: Komunikasi dalam kumpulan kadang kala terganggu disebabkan atas beberapa faktor. Antaranya ; penggunaan kata yang tidak tepat dalam mengkomunikasikan arahan dan tidak fokus semasa menerima arahan. Sebaiknya dalam gerakkerja atau tugasan yang memerlukan pemindahan arahan pastikan orang yang menerima maklumat daripada kita jelas dan mampu menceritakan semula. Ia dapat mengurangkan miscommunication yang apabila terjadi akan memberikan hasil yang tidak baik. Kesimpulan: Komunikasi amat penting dalam melaksanakan tugasan berkumpulan. Kita perlu menitik beratkan sekecil-kecil perkara dalam menyampaikan maklumat agar ia tidak menyusahkan kemudian hari.

100 Perkara Terpenting Hidup ! Objektif: Memberikan pengalaman kepada peserta bagaimana mereka menentukan keutamaan di dalam hidup. Material: Pen dan kertas A4 Perlaksanaan: 1. Fasilitator mengagihkan pen dan kertas A4 kepada peserta. 2. Fasilitator memberi arahan, Tulis 100 perkara yang kamu rasakan penting dalam hidup. Kamu diberikan masa selama 30 minit bagi menyelesaikan tugasan. Kamu dibenarkan berbincang dengan rakan kamu. 3. Selepas 30 minit berlalu. Fasilitator memberi arahan selanjutnya, Kamu diminta memilih 10 perkara daripada perkara yang kamu senaraikan sebentar tadi yang kamu anggap terpenting. 4. Selepas peserta selesai memilih, Fasilitator memberi arahan lagi, Andai kata kamu berpeluang hidup seminggu lagi sahaja, pilih satu daripada 10 perkara yang kamu anggap terpenting. 5. Setiap pelajar diberi ruang untuk menceritakan pilihan mereka dan memberi hujah mengapa ia dianggap sebagai penting. Perbincangan: 1. Mengapa keutamaan kamu berubah? 2. Apakah faktor yang kamu pertimbangkan apabila menentukan keutamaan? Nota Fasilitator: Keutamaan dalam hidup dipengaruhi oleh pelbagai perkara. Contohnya, orang muda keutamaan hidupnya sudah tentu berbera dengan orang yang berusia. Orang yang susah sudah tentu berbeza dengan orang yang senang.

Orang yang hidup sihat keutamaannya berbeza dengan orang yang diambang maut. Ada keutamaan hidup kita yang berubah oleh kerana itulah keputusan terbaik yang kita perlu ambil. Namun, dalam membuat keutamaan apa-apa pun ia perlu dilihat dalam kerangka Islam. Bukan kerangka nafsu yang akan merosakkan diri dan masa hadapan di dunia dan akhirat. Kesimpulan: Pastikan sebelum membuat pertimbangan ia dinilai dan difikirkan sedalam-dalamnya. Lebih penting kita membuat pertimbangan mengikut garis panduan yang Islam telah tetapkan.

Lukisan Alam Kemas Kini Objektif: Memberi kesedaran sejauh mana hebatnya manusia namun dia tidak mampu mencipta sesuatu yang dapat menandingi ciptaan Allah. Material: Pensel, kertas lukisan Perlaksanaan: 1. Fasilitator mengagihkan kertas lukisan dan pensel kepada para peserta. 2. Fasilitator akan meminta mereka memilih apa sahaja pemandangan yang terdapat di sekitar mereka. 3. Cuba lukis setepat yang mungkin. Bagi masa selama sejam untuk melukis. Minta peserta bandingkan lukisan mereka dengan pemandangan asal. Perbincangan: 1.Adakah mereka dapat meniru pemandangan itu? Jika ada dikalangan mereka yang benar-benar pandai melukis adakah ia akan sesempurna seperti yang asal?

Nota Fasilitator:

Kebolehan manusia terbatas, sebagai manusia kita janganlah sombong kerana kita tidak pernah memiliki apa-apa. Apa yang ada pada kita dunia ini hanyalah pinjaman. Walaupun kita berusaha sekuat manapun kita tidak mampu menandingi ciptaan Allah. Sehebat mana ilmu manusia, mereka masih perlu menanam padi bagi mendapatkan beras. Mereka tidak mampu mencantumkan DNA untuk menghasilkan beras di dalam makmal tanpa ditanam. Sebagai manusia kita perlu menyedari kita adalah hamba. Bersyukurlah atas segala ciptaan Tuhan daripada kita cuba menjadi Tuhan seperti sesetengah orang. Kesimpulan: Kita adalah hamba yang diberikan keupayaan akal yang hebat daripada pencipta kita, Allah. Jangan kita berasa takbur dengan ilmu kita sehingga kita terlupa akan-Nya.

Rebah Bersambut Objektif : Mengajar tentang kepercayaan, nyawa juga boleh menjadi taruhan kerana kepercayaan. Material : Kerusi dan tilam Catatan: Aktiviti dilakukan dalam kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan yang sudah lama berkenalan. Perlaksanaan : Peserta di minta berdiri membantuk bulatan. Seorang peserta dipilih. Fasilitator memberikan arahan, Kamu perlu memilih dua orang yang kamu paling percayai. Setelah peserta memilih dua orang teman yang paling dipercayai. Fasilitator memberikan arahan, Rakan kamu ini akan merebahkan badannya. Kamu perlu menyambutnya. Oleh kerana, rakan kamu percaya kepada kamu. Kamu perlu menyambutnya. Setelah aktiviti selesai dilakukan, bincangkan aktiviti ini. Perbincangan: Apa yang kamu dapat pelajari daripada aktiviti ini?

Adakah kamu yakin untuk melakukan aktiviti bersama orang yang baru kamu kenali? Bagaimana kamu boleh percaya kepada rakan-rakan kamu? Kesimpulan: Kepercayaan bukan terbina sehari. Apabila kita boleh meletakkan nyawa kita kepada seseorang maka ia cukup untuk menunjukkan betapa percayanya kita kepada seseorang itu.

Salah Tanggapan Budaya dan Islam Objektif: Memberi pendedahan kepada peserta tentang berlakunya salah tanggapan di kalangan umat Islam sendiri berkaitan pakaian budaya dan pakaian Islam. Material: Kamera Video atau Handphone Berkamera Perlaksanaan: Fasilitator memberikan arahan, Kamu diminta merakamkan temubual dengan 10 orang rakan-rakan kamu berkaitan apakah yang dimaksudkan dengan pakaian Islam. Setiap rakaman adalah antara 1-2 minit sahaja. Fasilitator, Kamu hanya dibenarkan merakam hanya dengan menggunakan kamera video atau handphone berkamera. Peserta diberikan masa selama 2 minggu untuk menyiapkan tugasan. Semasa hari tugasan, peserta akan menunjukkan rakaman masing-masing. Perbincangan: Dalam aktiviti yang dijalankan adakah jelas berlaku salah faham antara pakaian Islam dan pakaian budaya? Mengapakah ini berlaku? Adakah orang cina dan india tidak boleh lagi memakai pakaian budayanya setelah dia memeluk Islam? Baju Melayu atau baju kurung adakah pakaian budaya atau Islam? Fikir-fikirkan. Kesimpulan: Dalam Islam kita mempunyai prinsip dan fleksibliti. Menutup aurat dengan sempurna adalah wajib manakala fesyen pakaian kita adalah terpulang kepada kreativiti kita. Kita boleh memakai pakaian Cheong Sam, namun ia perlulah dilabuhkan atau diubah sedikit fesyennya. Islam bukanlah menyekat kita daripada bergaya tetapi ia masih ada sempadan yang wajib diikut. Membilang Nikmat Kemas Kini

Objektif: Menimbulkan kesedaran kepada peserta banyak nikmat Allah yang tidak mereka syukuri. Material: Whiteboard, pen marker dan Terjemahan Al-Quran Perlaksanaan: Para peserta diminta mengambil giliran menulis di whiteboard nikmat Allah yang diberikan kepada kita. Apabila mereka terfikir tentang sesuatu nikmat terus tulis. Bagi peserta masa selama 1 jam.. Selepas 1 jam berlalu. Bincangkan. Perbincangan: Adakah mereka tertinggal apa-apa lagi nikmat yang mungkin mereka terlupa tetapi disebut oleh rakan mereka? Adakah semua nikmat akan habis ditulis jika dinding bangunan? Atau satu padang adakah mereka mampu menuliskan semua nikmat berkenaan? Adakah benar kita banyak berdoa kepada Allah semoga kita mendapat sesuatu perkara atau benda tetapi melupakan apa yang sedia ada? Pernahkah kita bersyukur? Kesimpulan: Jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya.

AKTIVITI UNTUK MERAPATKAN UKHWAH..

Cadangan Aktiviti: Kita boleh buat aktiviti ala explorace yang mana kita boleh bahagikan mereka kepada beberapa checkpoint. bagi setiap checkpoint ada aktiviti atau permainan yang akan menguji ukhuwwah mereka. Checkpoint 1: Berpindah Pulau Bahan: Kapur Perlaksanaan: Aktiviti ini dimainkan di atas simen. Fasilitator akan membuat empat segiempat bermula dari yang paling besar sehinggalah ke yang paling kecil. Jarak di antara segiempat mestilah boleh dilangkah oleh kumpulan tersebut. Peserta perlu berusaha untuk memastikan mereka dapat muat didalam segiempat tanpa seorang pun ahli kumpulan mereka yang terkeluar. Lebih sempit segiempat permainan akan menjadi lebih menarik. Checkpoint 2: Menara Tin Bahan: Tin minuman kosong yang masih berkeadaan baik dan tilam keselamatan. Perlaksanaan: Permainan diadakan secara persaingan dengan kumpulan lain. Kumpulan perlu membuat strategi untuk memastikan susunan tin mereka akan menjadi yang paling tinggi berbanding kumpulan lain. Jika tidak boleh mencapai peserta perlu memanjat bahu rakan mereka atau apa sahaja cara memastikan ketinggian maksimum dapat dicapai. Penggunaan tangga tidak dibenarkan. Aktiviti ini memerlukan tilam keselamatan. Ditakuti ada yang alami kecederaan.

Checkpoint 3: Apa yang penting? KERJASAMA Bahan: Pensel bersaiz besar dan Manila Kad Perlaksanaan:

Para peserta diminta memegang pensil bersaiz besar bersama-sama. Mereka diminta menulis perkataan KERJASAMA dengan syarat tiada seorang pun yang boleh melepaskan pegangan dari pensel tersebut. Fasilitator perlu memastikan tangan peserta tidak terlepas dari pensil besar. Permainan boleh juga dilakukan dengan menggunakan pen marker yang diikat pada sebatang kayu penyapu.

Checkpoint 4: Perjalanan Belon-Belon Bahan: 10 belon bagi setiap kumpulan yang mempunyai antara 5-10 orang peserta. Perlaksanaan: Setiap kumpulan membentuk bulatan, 10 biji belon akan dimasukkan di tengahtengah. Peserta dikehendaki menghimpit belon dan pastikan tiada belon yang mencecah lantai. Para peserta perlu berjalan dari checkpoint ini ke garisan penamat. Bagi setiap belon yang pecah atau terkeluar sepanjang perjalanan akan didenda. Bagi 1 belon semua ahli kumpulan akan didenda ketuk ketampi 10 kali.

KAWASAN BERPOKOK..
Cadangan: Pokokku Sayang Material: Kawasan berpokok, Manila Kad, Pen Marker dan wisel 1. Kad manila kad dipotong 8 dan tuliskan huruf A-H dengan menggunakan Pen Marker. 2. Pokok-pokok dilekatkan dengan huruf-huruf berikut secara rawak. 3. Para peserta diminta bersedia di garisan permulaan yang ditandakan. 4. Fasilitator memberi arahan, "Saya akan menyebut huruf pokok yang anda semua perlu peluk. Apabila saya meniup wisel segera memeluk pokok berkenaan dalam kiraan 5. Jika ada ahli kumpulan yang gagal memeluk setelah kiraan 5. Ahli kumpulan akan tersingkir." 5. Permainan seronok dimainkan seramai mungkin peserta. 6. 5 peserta terakhir adalah pemenang. (kenapa perlu ada satu pemenang jika kita boleh bagi 5 orang yang menang) :-D

Dewan?
Cadangan: Dalam Lingkungan Bahan: Papan plywood, kapur, pembaris dan bola pingpong Perlaksanaan: Fasilitator menggunakan kapur dan pembaris untuk menandakan mana-mana bahagian dengan segiampat sama bersisi 10cm. Peserta perlu memastikan semasa mereka membawa plywood tersebut bola pingpong tidak boleh keluar dari garis yang ditanda dengan kapur. Mereka perlu bergerak dengan berhati-hati dan mengimbang bola agar kekal dalam kotak yang ditandakan. Variasi: Boleh diadakan secara persaingan antara kumpulan. Peserta dibenarkan untuk mencuba beberapa kali agar mereka biasa dengan mengimbang bola pingpong.

Pendakwah..bukan Penghukum
(DAKWAH) Objektif: Mengikis perasaan syak wasangka di kalangan pendakwah kepada madu (orang yang ingin didakwah) daripada berprasangka buruk kepada sifat mengasihani. Bahan: Tiada Perlaksanaan: 1. Naqib memberikan satu situasi kepada anak usrah. 2. Ajukan pertanyaan berikut. Apakah yang anda fikirkan apabila anda melihat seorang lelaki membawa botol air mineral pada waktu tengahari di bulan Ramadhan? 3. Minta respon pelajar. Point Perbincangan: 1. Kita dengan mudah menghukum seseorang kita tanpa betul-betul menyelidiki apa punca sebenar yang menyebabkan dia berkelakuan bertentangan dengan Islam pada pandangan kita.

2. Minta pelajar bagi contoh sifat prejudis kepada seseorang yang ada dalam diri mereka. Atau bagi contoh situasi berikut; Apa pandangan mereka kepada perempuan yang tidak pakai tudung? Apa pandangan mereka kepada orang yang bermain bola sehingga maghrib? Apa pandangan mereka kepada kawan mereka yang selalu berdua-duaan di tempat sunyi? 2. Kadang-kadang kita dengan mudah menghukum mereka dan menegur dengan keras tanpa ingin menyelami betapa kurangnya kefahaman mereka tentang Islam.

4. Kita suka menghapuskan simptom yang kita lihat (pakai seksi, couple, main bola sampai maghrib) tanpa pergi kepada punca sebenar penyakit iaitu permasalahan iman yang belum kukuh di dalam diri mereka. 5. Tinggalkan persoalan kepada anak usrah. Carilah di dalam Sunnah adakah Rasulullah pernah berlaku keras kepada orang yang belum faham lagi tentang Islam? Ingatlah kisah Badwi yang kencing di dalam masjid Kesimpulan: Pendakwah perlu menghapuskan prejudis mereka kepada madu dengan bersifat belas kasihan kepada mereka. Ini akan merapatkan lagi hubungan anda dengan orang yang akan didakwah.

Jangan Menitis Walau Setitik

Bahan: Gelas plastik lutsinar bersaiz besar atau botol mineral water 1.5liter dipotong, air dan pen marker.

Perlaksanaan:

Sebelum permainan ini dilaksanakan laluan berhalangan akan disediakan sejauh 100m ke 200 m. Permainan dijalankan dengan pertandingan antara kumpulan. Fasilitator mengisi air ke dalam gelas besar sehingga betul-betul penuh. Kedudukan air ditandakan dengan pen marker.Fasilitator akan meminta kumpulan memindahkan air dengan berhati-hati. Syarat permainan: Semua tangan peserta perlu menyentuh botol walupun hanya meletakkan hujung jari.Di akhir, kumpulan yang sampai terlebih dahulu tanpa menumpahkan air yang banyak dikira sebagai pemenang.

AWAS! Anda Sedang Diperhatikan


Objektif:

Menimbulkan kesedaran agar sentiasa menjaga tingkahlaku dalam setiap urusan kita kerana ada malaikat yang sentiasa memerhati dan mencatat amalan kita. Material: Terjemahan Al-Quran Perlaksanaan: 1. Fasilitator memulakan aktiviti dengan bertanya, Apabila anda memandu dan lampu isyarat masih berwarna merah, adakah anda akan melanggar lampu merah bila mendapati terdapat kamera? Minta pendapat peserta. Fasilitator menambah, Apabila anda di jalanraya dan anda sedang memandu melebihi had laju, tiba-tiba anda nampak polis mengadakan speed trap adakah anda akan teruskan dengan kelajuan tersebut? Minta pendapat peserta. Fasilitator menambah lagi,Anda sedang menyapu sampah dengan malas kerana disuruh, tiba-tiba kawan perempuan yang anda minat sedang lalu dihadapan rumah anda. Apakah biasanya yang anda lakukan? Minta pendapat peserta. Fasilitator bertanya, Agak-agak la kan, kenapa tanya soalan-soalan tadi kepada anda semua. Minta pendapat peserta lagi. Fasilitator menyambung,Buka Terjemahan Al-Quran Qaf 50:18 Setiap peserta diminta berbincang apa yang mereka faham dari ayat tersebut. Perbincangan: a. Apakah kesan seseorang percaya kepada malaikat? b. Jika kita mengetahui malaikat sentiasa memerhatikan kita, kenapa kita tidak ada perasaan malu atau takut? Padahal kita malu atau takut dengan manusia, polis dan penguatkuasa? c. Atau anda sekadar tidak ambil peduli???

2.

3.

4. 5. 6. 7.

Kesimpulan: Kita perlu sentiasa menjaga kelakuan dan tingkah laku kita. Satupun tidak akan terlepas dari catatan malaikat. Berubahlah menjadi lebih baik.

ALHAMDULILLAH..
Objektif:

Mensyukuri nikmat Allah. Bahan: Kain yang muat menutup mata. Perlaksanaan: 1. Fasilitator mengagihkan kain kepada setiap orang peserta. Peserta diminta menutup mata mereka dengan kain tersebut.l 2. Fasilitator akan memimpin mereka melalui kawasan yang berhalangan seperti tangga, longkang, kawasan sempit dan sukar. 3. Setiap pelajar diminta memegang bahu rakan mereka semasa berjalan. 4. Pelajar akan dibawa berjalan selama 5 minit. 5. Setelah tamat, minta peserta menceritakan pengalaman mereka yang hilang penglihatan buat sementara. Perbincangan: a) Bagaimana perasaan peserta apabila melalui pengalaman tadi? b) Adakah mereka bersyukur kerana tidak dilahirkan buta? c) Bincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang bisu, pekak dan cacat anggota? d) Bersyukur kah anda? Kesimpulan: Mensyukuri nikmat Allah adalah ciri-ciri orang beriman.

SI BISU MEMIMPIN..
Objektif: Komunikasi arahan sebagai pemimpin.

Bahan: Kad arahan. Perlaksanaan: Fasilitator memberikan arahan, Pemimpin diminta memberikan arahan-arahan yang terdapat di dalam kad tersebut untuk dibuat oleh ahli kumpulan anda. Anda dibenarkan untuk memberi arahan dengan hanya menggunakan isyarat badan, tangan dan sebagainya. Pengunaan suara dan tulisan tidak dibenarkan semasa melakukan aktiviti ini. Arahan tersebut boleh dipelbagaikan; Contoh: Sapu sampah, kutip daun kering, angkat pasu ke sana dan arahan-arahan lain yang difikirkan sesuai. Kumpulan diberi masa selama 20 minit untuk menyelesaikan sebanyak mungkin arahan yang tercatat dalam kad arahan. Variasi: Pelbagaikan arahan yang pelik akan menjadikan aktiviti ini lebih menyeronokkan. Contoh: Basahkan pokok anda dengan menggunakan tangan.

Anda mungkin juga menyukai