Anda di halaman 1dari 19

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

PENCAPAIAN KENDIRI (TEMA 1) & HUBUNGAN KEKELUARGAAN ( TEMA 2)

PENCAPAIAN KENDIRI (TEMA 1)


Tingkatan 1 - Identiti Diri, Konflik, Rakan Sebaya Tingkatan 2 - Pendidikan, Tokoh, Matlamat hidup Tingkatan 3 - Kerjaya, Membuat keputusan Tingkatan 4 - Wawasan diri, Perkembangan diri yang seimbang Tingkatan 5 Pendidikan sepanjang hayat, Perikemanusiaan

Tema ini lebih kepada pengenalan diri pelajar berkaitan minat, mengenali diri, cabaran berkawan dan sebagaiya Teknik pengajaran dalam tema ini antaranya: a) Teknik Menyoal- untuk mengetahui tahap pemahaman pelajar b) Maklum balas guru- pujian,nasihat yang baik c) Mengulas pelajaran- guru perlu membuat semula refleksi tentang p&p d) Teknik p&p Bercerita, sumbangsaran, demonstrasi, berbincang , aktiviti berkumpulan, kuiz, tayangan video

APA AZAM ANDA PADA TAHUN INI?

PENCAPAIAN KENDIRI TINGKATAN 2

KECEMERLANGAN DIRI DALAM KOMUNIKASI

CARA-CARA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI YANG BAIK DALAM


PELBAGAI SITUASI UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DIRI.

KETIKA MEMBUAT ADUAN TENTANG PEMBUANGAN SAMPAH DI TEMPAT ANDA KEPADA MAJLIS PERBANDARAN CARA BERKOMUNIKASI: Anda menemui pegawai berkenaan. Ketika bertemu, anda mengucapkan salam atau selamat sejahtera kepada pegawai berkenaan. Anda menghulurkan tangan dan berjabat tangan, serta bertanya khabar. Anda menyatakan tujuan kedatangan anda dengan baik dan mesra. Selepas selesai membuat aduan, anda meminta diri untuk pulang dengan penuh hormat. Anda memohon maaf sekiranya anda terkasar bahasa. Sebelum pulang anda berjabat tangan dengannya dan mengucapkan terima kasih.

KETIKA BERLAKUNYA PERCANGGAHAN PENDAPAT SEWAKTU BERLANGSUNGNYA MESYUARAT ATAU PERBINCANGAN


CARA BERKOMUNIKASI:

Ketika berlangsungnya satu mesyuarat, anda telah memberi satu pendapat tetapi pendapat anda itu telah dibidas oleh seorang ahli. Anda haruslah berfikiran terbuka dan sedia mendengar pandangan orang lain. Setelah mendengar dengan baik, fikir dengan rasional kebenaran kata-kata orang itu. Jika anda rasakan pendapatnya itu benar, bersedialah untuk mengucapkan terima kasih kerana telah membetulkan kesilapan anda dan memberi maklumat baru kepada anda. Sekiranya anda merasakan pendapat anda pula yang benar, minta maaf kepada ahli dan minta kebenaran mereka untuk anda menerangkan kekeliruan tersebut. Gunakan bahasa yang baik dan lembut tetapi tegas dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Selepas selesai menyatakan pendapat, ucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi peluang untuk anda bercakap dan meminta maaf jika anda telah menyinggung perasaan mereka.

KETIKA MENYAMBUT RAKAN KELAS ATAU TETAMU


CARA BERKOMUNIKASI: Menyahut salam tetamu dengan baik. Bersalam dengan tetamu dan bertanyakan khabar. Menjemput tetamu masuk dengan mesra. Mempersilakan tetamu duduk dengan rasa hormat. Menghidangkan tetamu makanan dan minuman. Berbual dengan tetamu dengan mesra. Bualkan isuisu yang tidak menyinggung perasaan tetamu. Ketika tetamu ingin pulang, ucapkan terima kasih kerana tetamu sudi dating ke rumah kamu. Mengalu-alukan tetamu datang ke rumah kamu lagi lain kali.

KESIMPULAN
-

Kemampuan individu berkomunikasi dengan berkesan juga menjadi ukuran kecemerlangan. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mudah didampingi, mendapat ramai kawan, berupaya meyakinkan dan mempengaruhi orang lain. Mereka juga sentiasa membuat refleksi bagi melihat kekuatan dan kelemahan diri agar dapat dijadikan iktibar untuk dikongsikan dengan orang lain. Kelebihan ini membolehkan individu berkenaan didekati dan mendekati masyarakat. Dengan itu, individu cemerlang dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anggota masyarakat. Mereka akan menjadi contoh dan berupaya memberi motivasi untuk kejayaan orang lain.

MUTIARA KATA

Sekian tEriMa kasiH

HUBUNGAN KEKELUARGAAN (TEMA 2)

Tingkatan 1 Keluarga bahagia Tingkatan 2 Perpaduan dalam keluarga Tingkatan 3 - Tanggungjawab terhadap keluarga Tingkatan 4 - Keperluan Berkeluarga Tingkatan 5 Perrsiapan membina keluarga ke arah masyarakat mapan

TEMA 2 TINGKATAN 1

SEKIAN

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai