Anda di halaman 1dari 21

Huraikan sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya peperangan dalam tamadun awal manusia.

Pengenalan : Peperangan boleh ditakrifkan sebagai konflik di antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan menggunakan taktik kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang saudara. la bersifat konflik yang terancang untuk mencapai objektif-objektif tertentu dan dikatakan bermula dengan munculnya manusia bertamadun. Adalah suatu fenomenon sejagat yang menggariskan sejarah tamadun awal sejak Mesopotamia kuno Mesir sehingga masa kini. Berhubung rapat dengan proses perubahan masyarakat manusia dan negara. Kemajuan sosial, politik, ekonomi dan budaya sesuatu negara adalah dipengaruhi oleh peperangan oleh kerana peperangan biasanya merupakan titik perubahan dalam sejarah tamadun dunia. Pandangan positif terhadap peperangan ialah mencapai kemajuan manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri manakala pandangan negatif, menurut manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri manakala pandangan negatif, menurut Toynbee dalam Study of History, ialah punca kemerosotan dan kejatuhan sesuatu tamadun manusia. Isi : Pembentukan dan perluasan empayar : Peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara-negara jiran, sumbersumber alam, tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis. Berdasarkan konsep bahawa negara yang kuat haruslah memimpin negara yang lemah seperti yang dikatakan oleh Pericles, seorang pemimpin Yunani pada kurun ke 5 SM. Imperialisme dan pembinaan empayar adalah bertujuan memperkukuhkan kedaulatan dan kuasa politik sesuatu monarki pada peringkat awal tamadun manusia. Luasnya empayar dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan serta meningkatkan kemegahan dan kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh melalui keberanian dalam medan perang. Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan untuk mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke alas rakyat bawahan. Peperangan adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa, kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa. Contohnya ialah Chandragupta Maurya yang mewujudkan empayar pertama dalam sejarah India. Dari pusat kuasanya di Bihar, kuasa Maurya telah dikuatkuasakan ke atas penduduk-penduduk di Lembah Indus dan Deccan. Dasar imperialisme juga dapat disaksikan dengan penaklukan Iskandar Zulkarnain yang berjaya meluaskan empayar Yunani ke Asia dan akhirnya melahirkan suatu sistem kebudayaan yang dikenali kebudayaan Hellenistic. Dasar imperialisme juga nyata sekali dalam pembinaan empayar Rom. Masalah sempadan : Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselama.tan dan kedaulatan negara daripada dicerobolu oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Oleh kerana sempadansempadan tidak didasarkan persetujuan politik tetapi ditentukan

oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan. Contoh-contoh ialah tamadun Mesopotamia kuno di mana peperangan berlaku di kalangan negara kota yang disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas. Sempadan-sempadan negara China sejak Dinasti Chou juga menghadapi serangan-serangan orang gasar (Hsiung-nu) dan Kerajaan Chin terpaksa mencantumkan semua tembok pertahanan untuk mempertahankan negaranya daripada musuh-musuh . Tembok ini dikenali sebagai Tembok Besar China yang panjangnya hampir 2250 batu. Di empayar Rom tekanan-tekanan dalaman seperti pertambahan bilangan penduduk juga mencetuskan peperangan di kawasan sempadansempadan. Menguasai Sumber Ekonomi : Peperangan juga merupakan suatu saluran untuk memperoleh sumber-sumber ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga perburuhan; tenaga hamba untuk mengerjakan ladangladang besar yang dikenali Latifundia di Semenanjung Itali dan Afrika Utara. Di Mesopotamia, negara-kota sering berperang untuk mengawal sumber air daripada sungai Tigris dan Euphrates. Mengatasi pemberontakan : Kadangkala peperangan dilancarkan untuk membendung semangat memberontak demi kepentingan mengekalkan kestabilan rejim diktator. Sparta, misalnya, memalukan kota jirannya iaitu Messenia dan penduduk-penduduknya dipaksa mengusahakan tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta biasanya melakukan kekerasan untuk menghambakan orang-orang Mesaenia dan memecahkan semangat penentangan. Melindungi Ekonomi Perniagaan : Kekerasan dan peperangan untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam negara/empayar dan juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk menjamin eksport dan import. Rom, misalnya berperang dengan Carthage untuk mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean. Faktor Agama : Kemenganan Athens ke atas Parsi dalam Perang Parsi seperti yang ditulis oleh Herodotus contoh Perang antara Parsi (beragama-theist) dengan Athens (atheist). Mempertahankan kedaulatan dari serangan luar (orang gasar) Kepentingan peribadi seperti wanita, keluarga, balas dendam dan kekayaan, contoh spt Cleopatra,Mark Anthony dalam Perang Actium Kesimpulan :

Peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Objektif-objektifnya adalah berbeza mengikut perbezaan tamadun dan jangka waktu. Pada asasnya timbul daripada sifat manusia yang cenderung untuk menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Akhirnya, peperangan merupakan suatu faktor utama yang menentukan corak perjala.nan sejarah dunia.

Huraikan taktik dan strategi peperangan yang digunakan oleh tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Pendahuluan : 1. Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun. 2. Tahap awal secara sembunyi, kemudian secara terbuka. 3. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha sebar Islam semakin cerah yang membawa kepada penghijrahan ke Madinah. 4. Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh. 5. Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak. 6. Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan. Isi : Taktik Menunggu Musuh :

Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar. Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.

Taktik al Saf :

Digunakan dalam Perang Badar. Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera. Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.

Taktik Menggali Parit :


Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab. Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang. Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah. Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.

Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.

Taktik Kepungan :

Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif. Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan. Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.

Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :


Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa al-Rasyidin. Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur. Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.

Taktik Penyamaran :

Digunakan sewaktu Perang Khandak. Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi. Musuh akhirnya tewas.

Kesimpulan :

Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam. Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan. Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam.

Bincangkan organisasi ketenteraan di Alam Melayu dengan merujuk kepada kerajaan Serivijaya, Majapahit dan Melaka. Pendahuluan :

Kerajaan Melayu awal seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka berjaya meluaskan kuasa kerana mempunyai organisasi ketenteraan yang teratur dan sistematik. Kekuatan ketenteraan menyebabkan mereka meluaskan wilayah dan meramaikan pengikut.

Isi : Kategori Tentera :

Tentera Majapahit dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Sapta Dharmaputra Bhayangkari Tentera Biasa Sapta Dharmaputra ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera raja yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental. Bhayangkari terdiri daripada 15 orang anggota bersenjata yang bertanggungjawab menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir. Tentera Biasa terdiri daripada tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat di pusat dan daerah jajahan takluk.

Tentera Laut :

Kerajaan Majapahit dan Srivijaya mempunyai tentera laut yang kuat. Angkatan laut berperanan menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh dan mengawal aktiviti perlanunan. Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut. Mereka berperanan mengawal jalan laut daripada ancaman lanun dan menguasai perairan di Selat Melaka. Armada laut ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar. Laksamana mengetuai armada laut.

Peralatan Perang :

Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan terdiri daripada senjata tradisional seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya. Mereka juga mahir menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang. Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang digunakan dalam medan peperangan.

Jenis Tentera :

Tentera di Alam Melayu terdiri daripada tentera kerahan dan tentera upahan. Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia kepada raja yang berdaulat. Raja dan pembesar mempunyai kuasa untuk mengerah rakyat berkhidmat sebagai tentera. Tentera upahan berkhidmat mengikut perjanjian. Orang Laut dijadikan tentera upahan. Mereka tinggal di persisiran laut di sepanjang Selat Melaka. Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah pembesar.

Pentadbiran Tentera :

Terdapat organisasi pentadbiran tentera yang mantap. Tentera Srivijaya di ketuai oleh Raja dan dibantu oleh Parvanda , Senapati (Hulubalang), Pratisara (Komander Tentera) dan Syahbandar.

Tentera Majapahit diketuai oleh Raja dan dibantu oleh Mangkabumi. Mangkabumi merupakan pegawai kanan tentera yang berperanan memberi arahan kepada tentera. Pasukan tentera dalam Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh Raja dan dibantu oleh Laksamana, Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung.

Kesimpulan :

Kerajaan awal di Alam Melayu seperti Melaka dan Majapahit berjaya membina empayar kerana memiliki sistem pertahanan yang kuat. Terdapat organisasi tentera yang mantap dan cekap diketuai oleh Raja dan dibantu oleh pegawai tentera.

Jelaskan struktur organisasi ketenteraan dalam tamadun India pada zaman klasik. Pendahuluan :

Tamadun India mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan teratur pada zaman klasik. Peperangan dianggap sebagai peristiwa bersifat keagamaan. Ketenteraan yang cekap mewujudkan empayar besar seperti empayar Maurya dan Gupta di India.

Isi : Kategori Tentera

Tentera terbahagi kepada 4 kategori iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera infantri. Kategori lain ialah tentera laut, pengintip, kumpulan perantis dan komisariat ( pegawai perbekalan tentera ).

Komposisi Tentera :

Unit asas tentera India ialah Patti. Angkatan tentera yang lengkap dikenali sebagai aksauhiri yang terdiri daripada 21,870 Patti.

Bilangan Tentera :

Pemerintah di India pada zaman klasik mempunyai bala tentera yang besar. Contoh, Raja Nanda mempunyai 20,000 kavalri, 2000 kereta kuda, 200,000 tentera infantri dan jumlah gajah yang berbeza iaitu sama ada 1000, 4000 atau 6000 ekor gajah.

Struktur Pentadbiran Tentera :

Raja dibantu oleh Panglima Agung yang dikenali sebagai Mahasenapati. Panglima tentera dibantu oleh kapten yang dikenali sebagai Nayaka atau Pandanayaka.

Perkhidmatan Logistik :

Terdapat perkhidmatan perubatan, jurutera dan tukang-tukang masak dalam tentera.

Teknologi Ketenteraan :

Alatan yang digunakan ialah meriam, kayu pelantak, busur, panah beracun, pedang, tombak dan lembing

Kubu dan Tembok Pertahanan

Bandar Rajagraha iaitu ibukota Magadha mempunyai tembok yang panjang.

Kesimpulan :

Organisasi ketenteraan yang sistematik menyebabkan para pemerintah meluaskan kuasa dan mewujudkan kestabilan dan keamanan dalam empayar. Ia juga meletakkan asas bagi kelahiran empayar besar seperti empayar Maurya dan Gupta di India.

Jelaskan organisasi ketenteraan dalam Tamadun Mesopotamia pada tamadun awal manusia. Pendahuluan :

Tamadun Mesopotamia mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan terancang. Organisasi ketenteraan merujuk kepada pengendalian atau penyusunan pasukan tentera. Masyarakat Mesopotamia mempunyai kemahiran mengatur strategi serta mengkordinasikan pelbagai unit tentera secara terancang. Perkembangan ini meletakkan asas bagi kejayaan orang Mesopotamia membina empayar.

Isi : Matlamat Utama Peperangan :

Mempertahankan negara kota daripada serangan orang gasar, merebut tanah pertanian yang subur dan meluaskan kuasa dan empayar.

Jenis Tentera :

Pasukan tentera di Mesopotamia diketuai oleh raja dan dibantu oleh dua jenis tentera iaitu tentera professional (Agaush) dan tentera kerahan (Eren). Unit tentera wanita yang ditugaskan menyediakan makanan. Pasukan tentera di peringkat wilayah yang diketuai oleh Gabenor bagi mengawal ibu kota negara, istana dan kawasan luar bandar.

Komposisi Tentera :

Pasukan tentera Mesopotamia terdiri daripada ramai askar. Kemampuan para pemerintah merekrut askar yang ramai serta mengawal mereka jelas memperlihatkan keunggulan. Contoh, pada zaman pemerintahan Sargon terdapat 5400 tentera raja. Pada zaman pemerintahan Tiglathpeleser terdapat 50,000 askar dan pasukan tentera.

Pelbagai Kategori :

Pada zaman pemerintahan Tiglathpeleser, pasukan tentera tetap terbahagi kepada tiga kategori iaitu tentera infantri, tentera kavalri dan tentera kereta kuda. Pada zaman pemerintahan Ashurnasirpal, tentera infantri dibahagikan kepada infantri berat dan infantri ringan.

Strategi dan Taktik Peperangan :

Tentera Assyria terkenal kerana kemahiran mereka dalam menghasilkan taktik dan strategi peperangan iaitu membina terowong, kubu dan tembok pertahanan. Selain itu mereka juga memiliki kemahiran merobohkan kubu dan tembok pertahanan musuh. Taktik seterusnya ialah menakutkan musuh dengan jeritan perang, membakar kubu dan membunuh tawanan perang. Mereka mempunyai kebolehan mewujudkan koordinasi tentera yang cekap melibatkan pelbagai unit tentera.

Jenis Peralatan Perang :

Pada zaman awal, peralatan seperti busur, panah, perisai dan kereta kuda digunakan. Pemerintahan Sargon menggunakan peralatan seperti lembing dan panah. Pada zaman Tiglathpeleser, peralatan seperti tombak panjang, panah, pedang kecil, pisau cokmar, kasut bot bertali, perisai, busur dan topi.

Kesimpulan :

Perkembangan organisasi ketenteraan membantu masyarakat Mesopotamia menubuhkan empayar yang kuat seperti empayar Akkadia dan Sumeria. Ia juga dapat mewujudkan keamanan dan kestabilan politik.

Dengan merujuk tamadun-tamadun awal, jelaskan strategi dan taktik yang digunakan dalam peperangan. Pendahuluan :

Strategi peperangan asas kepada corak pengendalian peperangan. Objektif atau sasaran dapat digunakan dengan berkesan melalui penggunaan kuasa tentera, alat-alat senjata serta pergerakan logistik tentera. Perubahan strategi penting dalam menentukan keputusan peperangan (keputusan boleh berubah disebabkan faktor geografi, keluasan, saiz tentera,

saiz tentera musuh, iklim, objektif, jangka panjang dan jangka pendek). Kejayaan sesuatu strategi bergantung kepada sokongan logistik. Isi : Strategi Pertahanan :

Bertujuan mengekalkan status quo. Strategi pertahanan diperlihatkan melalui proses pembinaan kubu untuk mempertahankan sesuatu tempat strategik. Contoh, strategi dalam tamadun India pada zaman Maurya ialah terdapat tembok panjang yang dibina di kota Rajagraha, ibu kota Magadha.

Strategi Menjalani Perikatan Tentera :

Strategi ini merupakan jalinan perikatan tentera dengan kuasa atau negara jiran serta negara-negara lain untuk membendung ancaman dan cabaran musuh. Contohnya, pada zaman Dinasti Han, tenteranya menjalin hubungan rapat dengan Yueh-Chi untuk membendung musuh Hsiung-Nu.

Strategi Penyerangan Secara Langsung :

Terdapat dua perkara penting dalam menjalankan strategi penyerangan secara langsung iaitu memilih masa yang sesuai untuk penyerangan dan kedua pemilihan tempat. Penting dalam usaha meluaskan sempadan empayar mereka atau menjalankan penaklukan demi kepentingan melindungi sempadan. Contohnya, penyerangan membawa kepada peluasan empayar Graeco-Rom ke Semenanjung Itali dan laut Mediterranean.

Strategi Pengepungan :

Bertujuan menghancurkan semangat dan kekuatan pertahanan musuh di sesuatu tempat yang strategik. Contoh, strategi pengepungan Troy, pengepungan Avaricum dan Alesia pada zaman Julius Caesar dan pengepungan Konstantinople semasa Perang Salib.

Kesimpulan :

Kejayaan sesuatu peperangan bergantung kepada beberapa strategi yang berbeza berasaskan keadaan semasa.

Huraikan organisasi ketenteraan Islam pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW sehingga zaman Bani Abbasiyah. Pengenalan : 1. Konsep Ketahanan

2. Konsep Pertahanan 3. Latar belakang kepimpinan ketenteraan Nabi Muhammad SAW. 4. Konsep Organisasi Ketenteraan. Isi-isi : Sistem Pengerahan Tentera dan Daftar Tentera :

Pada zaman Nabi Muhammad dan Khalifah Abu Bakar tiada organisasi sosial yang khusus. Organisasi ketenteraan terbentuk apabila diperlukan. Tentera berperang secara sukarela dan jihad contoh Perang Badar. Zaman Khalifah Umar al-Khattab perkenalkan daftar tentera kepada dua bahagian iaitu tentera sukarela dan tentera sepenuh masa. Manakala pada zaman Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah, sistem pengerahan berubah dan tentera telah ditawarkan ganjaran dan dibayar gaji.

Jenis Tentera :

Tentera Islam kebanyakannya terdiri daripada tentera darat sahaja. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab jalan laut telah digunakan untuk tentera-tentera laut walaupun pada ketika itu potensi tentera laut kurang terutamanya selepas kekalahan mereka di Tawus yang telah mengorbankan ramai tentera laut Islam. Tentera laut masih diteruskan juga pada zaman Khalifah Uthman dan Bani Umayyah pada zaman pemerintahan Muawiyah yang telah melancarkan ekspedisi ketenteraan laut menentang Byzentine dan Constantinople pada 54H. Tentera laut terbahagi kepada dua bahagian iaitu tentera Laut Mediterranean yang menggunakan kapal-kapal besar berpaku dan Laut Merah dan Laut India yang menggunakan kapal-kapal kecil tanpa besi dan berpaku.

Gaji Tentera :

Zaman Nabi Muhammad SAW tentera berjihad dan tidak dibayar gaji. Zaman Khalifah Umar Al-Khattab telah memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun kepada para tentera setelah penubuhan Diwan Tentera pada tahun 20H.Contoh Lelaki Muhajirin dan Ansar menerima dua hingga lima ribu dirham setahun. Tentera junior pula menerima 1500 hingga 2000 dirham setahun. Pada zaman Bani Umaiyah purata gaji ialah 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga dan elaun tambahan pada zaman pemerintahan Yazid sebanyak 100 dirham. Zaman Bani Abbasiyah, pembayaran gaji sebanyak 960 dirham setahun dan harta rampasan perang diberikan kepada tentera pejalan kaki, manakala tentera berkuda menerima sekali ganda kerana mereka terpaksa menanggung kos pembiayaan kuda.

Alat Kelengkapan Perang :

Alatan senjata yang digunakan semasa zaman Nabi Muhammad SAW yang diperbuat dari kayu dan telah dicelup dengan cuka dengan tujuan kalis api dan pada zaman Bani

Abbasiyah pula penggunaan kereta kebal Bani Abbasiyah seperti tombak,panah,pedang, manjaniq dan dabbabah. Kuasa semula jadi seperti angin yang kuat merupakan senjata seperti dalam Perang Khandak dan Hunain Penggunaan kuda semasa serangan secara mengejut kerana lebih tangkas dan sifat seekor kuda yang sabar dan tahan panas.

Komposisi Tentera :

Penyusunan tentera terawal adalah al-saf , setiap barisan mempunyai 100 hingga 1000 orang tentera semasa zaman Nabi Muhammad SAW. Contoh Perang Badar diketuai oleh Nabi Muhammad SAW, jumlah tentera seramai 313 orang dan dibahagikan dua barisan iaitu barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan belakang pula bersenjatakan panah dan perisai. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, sistem kurdus atau Karadis (pasukan) digunakan dalam penyusunan tentera Islam yang mengandungi 300 hingga 600 orang. Pada zaman Bani Umaiyah pasukan tentera diketuai oleh komander atau al-Amir yang mempunyai 50 hingga 100 orang tentera. Pada zaman Bani Abbasiyah tentera Islam terbahagi kepada lima bahagian iaitu tentera berkuda (al-Fursan), tentera berjalan kaki (al-harbiyah),tentera menembak (alnaqqaabun),tentera pemanah (al-ramiyah) dan tentera bola api (al-ghilman).

Kesimpulan : 1. Struktur dan organisasi ketenteraan yang sesuai dan berkesan membawa kejayaan. 2. Memperlihat kewibawaan Nabi Muhammad SAW perintis sebagai seorang pemimpin ketenteraan dan perangcang taktik dan strategi perang.

Jelaskan tujuan pembentukan angkatan tentera dalam Tamadun Islam. Pengenalan :


Latar Belakang kelahiran tentera Islam. Konsep pertahanan dan ketahanan. Ketokohan dalam ketenteraan Islam.

Isi :
1. Bagi memenuhi keizinan Allah SWT melalui Surah Al-Baqarah, yang membenarkan

orang berperang kerana diserang oleh pihak musuh seperti kafir Quraish Mekah. 2. Untuk mempertahankan diri dari sebarang serangan musuh, menjaga keamanan dan mempertahan kedaulatan negara.Sebagai contoh pencabulan orang Yahudi seperti Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraidzah terhadap Perlembagaan Madinah.

3. Untuk menjamin perjalanan dakwah dan mempertahankan kedudukakannya dari

permusuhan oleh sebarang pihak seperti halangan orang Parsi dan Rom.
4. Untuk memerangi pihak-pihak yang ingin dan telah merosakkan sebarang perjanjian

5. 6.

7.

8.

yang telah termeterai antara negara Islam dengan pihak lain. Contoh Perjanjian Hudaibiyah bilamana orang kafir Quraish telah melanggar isi perajanjiannya. Untuk mempertahankan segala pandangan yang baik bagi tujuan kesejahteraan umat Islam dan negara. Untuk memenuhi tuntutan keperluan pembukaan negara dan jihad Islam. Sebagai contoh pada zaman Khalifah Umar al- Khattab telah membebaskan dan membuka negara Islam Mesir daripada penindasan penjajahan Rom. Untuk menjamin keamanan negara dari sebarang pemberontakan dan unsur-unsur fitnah di kalangan masyarakat islam. Untuk mempertahankan kepentingan ekonomi.

Kesimpulan : Perbincangan yang dikemukakan memperlihat pelbagai tujuan mengap ketenteraan Islam ditubuhkan.

Sejauhmanakah kekuatan ketenteraan penting dalam pengukuhan kuasa empayar tamaduntamadun awal. Pendahuluan :

Menurut Farmer dalam buku, Comparative History of Civilizations, empayar merujuk kepada entiti politik yang menyatukan zon budaya yang luas. Kemunculan empayar disebabkan oleh dasar imperialisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap negara-negara lain. Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul beberapa empayar seperti empayar Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom di Eropah. Terdapat dua jenis empayar yang utama iaitu empayar daratan dan empayar maritim. Empayar daratan menguasai tanah yang luas seperti empayar Maurya, Gupta, Rom dan Chin. Empayar maritim pula bergantung kepada penguasaan laut seperti empayar Srivijaya dan Majapahit . Konsep ketahanan dan pertahanan.

Isi-isi : Kekuatan ketenteraan melalui teknologi :

Kekuatan ketenteraan amatlah penting dalam pengukuhan empayar dan bagi Mewujudkan Keamanan Dalam Empayar. Para pemerintah menggunakan tentera untuk mengatasi rampasan kuasa, pemberontakan dan keadaan kacau bilau. Bagi

memudahkan tentera mengawal keadaan dalam negara, kota-kota pertahanan, jalanraya dan tembok didirikan. Contohnya pada zaman pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti, tembok besar yang dikenali sebagai Tembok Besar China didirikan bagi mengelakkan serangan orang-orang gasar. Jenis Tentera

Dalam Tamadun India pula, kekuatan ketenteraan begitu dominan dalam pengukuhan dan perluasan empayarnya. Dalam hal ini,terdapat empat jenis tentera yang digunakan iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera berjalan kaki ( infantri ).

Komposisi Tentera

Terdapat juga unit unit seperti tentera laut, pengintip, kumpulan perintis dan komisariat. Keunikan ketenteraan India ialah penggunaan gajah dan ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan kubu, pintu kota dan benteng pertahanan. Kereta kuda pula digunakan secara meluas pada zaman Maurya dan kebiasaannya Raja raja India mempunyai angkatan tentera yang besar. Misalnya, Candragupta Maurya mempunyai 600, 000 orang tentera , Rajaraja I mempunyai 900, 000 orangtentera dan Mahendrapala boleh menggerakkan 800,000 orang tentera pada bila-bila masa.

Selain faktor ketenteraan, ada faktor-faktor lain dalam pengukuhan kuasa empayar tamadun-tamadun awal. Perluasan wilayah :

Salah satu ciri lain dalam pengukuhan empayar ialah perluasan kuasa. Apabila sesebuah empayar menjadi stabil, langkah-langkah diambil untuk memperkembangkan pengaruh di wilayah-wilayah berhampiran. Usaha perluasan kuasa merupakan langkah untuk menundukkan kuasa-kuasa besar di pinggiran yang menggugat kestabilan politik sesebuah empayar. Contohnya, empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dengan menyatukan negara-negara kecil di utara India. Pembentukan empayar ini bertujuan untuk menundukkan ancaman Yunani.

Sistem birokrasi yang teratur :

Kekuatan sesebuah empayar dapat dipertahankan dengan wujudnya sistem pentadbiran yang sistematik dan teratur. Sistem pentadbiran amat penting bagi mengukuhkan cengkaman kuasa kerajaan di seluruh wilayah jajahan takluk. Untuk tujuan tersebut, biasanya sesebuah kerajaan membahagikan empayar kepada wilayah-wilayah yang diperintah oleh gabenor. Kerajaan pusat melantik pemerintah di peringkat wilayah dan sentiasa mengawasi pegawai-pegawai di wilayah. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti telah membahagikan empayarnya kepada 36 wilayah dan wilayah-wilayah ini ditadbir oleh gabenor tentera.

Keseragaman budaya :

Pembentukan empayar bertujuan untuk melahirkan keseragaman budaya di seluruh empayar. Dalam konteks ini, lazimnya budaya negara induk akan dijadikan budaya rasmi di seluruh jajahan takluk empayar. Contohnya, Iskandar Zulkarnain menyebarkan kebudayaan Hellenistik yang merupakan paduan antara budaya Yunani dan Parsi ke seluruh empayar. Beberapa bandar baru ditubuhkan sebagai pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik seperti Iskandariah dan Antioch.

Kehegemonian sosial dan ekonomi :

Para pemerintah sesebuah empayar lazimnya akan bertindak menyeragamkan sistem tulisan, ukuran timbangan dan penggunaan matawang. Tindakan ini diambil untuk melicinkan urusan pentadbiran dan juga untuk memupuk semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Contohnya, Sargon Agung telah memperkenalkan bahasa Akkadia sebagai bahasa rasmi empayarnya. Manakala, Asoka yang merupakan pemerintah agung empayar Maurya telah menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi empayarnya bertujuan mewujudkan penyatuan politik dan budaya. Dalam bidang ekonomi pula para pemerintah memperkenalkan sistem timbangan, ukuran dan matawang yang seragam. Contohnya, di Melaka, sistem timbangan berdasarkan ukuran kati dan tahil digunakan.

Kewibawaan pemimpin :

Kekuatan dan keutuhan sesebuah empayar bergantung kepada pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang berwibawa dapat mewujudkan kestabilan politik. Ini dapat diwujudkan dengan menggunakan kekuatan tentera. Di samping itu, pemimpin-pemimpin juga memberikan naungan politik kepada pertumbuhan tamadun. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti memberi peluang kepada golongan sarjana yang berminat dengan falsafah Konfucius menjalankan penyelidikan sejarah. Manakala, kerajaan Maurya memberikan naungan politik kepada golongan karyawan untuk bergiat dalam lapangan kesenian dan kesusasteraan.

Penyebaran agama :

Pemimpin sesebuah empayar juga bertindak menyebarkan fahaman agama ke wilayahwilayah jajahan takluk khususnya kepada pemimpin yang terikat dengan sesuatu fahaman agama dan ingin membawa perubahan dalam masyarakat. Contohnya,Maharaja Asoka telah mengambil beberapa langkah untuk menyebarkan agama Buddha dalam empayarnya. Selain, mengadakan siri lawatan ke seluruh empayar untuk menyebarkan agama Buddha, baginda juga melantik pegawai-pegawai yang dikenali sebagai Dharma Mahamatra untuk menyebarkan agama Buddha. Selain itu, Asoka telah mempraktikkan dan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha dalam kehidupannya dengan menghentikan amalan membunuh binatang dan memakan daging. Hasil usaha dan langkah-langkah tersebut, agama Buddha telah menjadi agama dunia.

Kemajuan komunikasi :

Kejayaan sesebuah empayar juga bergantung kepada sistem pengangkutan dan komunikasi. Rangkaian jalanraya diperlukan untuk menggerakkan pasukan tentera untuk melicinkan pentadbiran. Hal ini dapat dilihat dalam kerajaan Rom pada zaman Augustus Caesar. Beliau telah membina jalanraya-jalanraya yang menghubungkan Rom dengan kebanyakan kawasan jajahannya. Ini telah memudahkan pergerakan tentera ke kawasan jajahan untuk mematahkan sebarang kebangkitan untuk mencabar kepimpinan maharaja.

Kesimpulan : Empayar merupakan entiti politik yang lahir daripada kegiatan ketenteraan yang menyebabkan proses perluasan wilayah. Sebagai unit politik yang merangkumi kawasan yang luas, empayar mempunyai beberapa ciri seperti sistem birokrasi kerajaan pusat yang mantap , kehomogenian budaya, agama dan budaya, kekuatan militer, perlaksanaan hegemoni dan sistem naungan ekonomi. Ciri-ciri ini amat penting dalam memantapkan serta mengukuhkan kedudukan sesebuah empayar dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Etika-etika Peperangan Dalam Islam :

Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang. Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang Badar. Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta. Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaa darurat. Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan. Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Contohnya, ketika Perjanjian Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun Rasulullah mempunyai misi tersendiri. Etika terakhir ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah. Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu.

Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang. Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar alKhattab.

Huraikan sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya peperangan dalam tamadun awal manusia. Pengenalan : Peperangan boleh ditakrifkan sebagai konflik di antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan menggunakan taktik kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang saudara. la bersifat konflik yang terancang untuk mencapai objektif-objektif tertentu dan dikatakan bermula dengan munculnya manusia bertamadun. Adalah suatu fenomenon sejagat yang menggariskan sejarah tamadun awal sejak Mesopotamia kuno Mesir sehingga masa kini. Berhubung rapat dengan proses perubahan masyarakat manusia dan negara. Kemajuan sosial, politik, ekonomi dan budaya sesuatu negara adalah dipengaruhi oleh peperangan oleh kerana peperangan biasanya merupakan titik perubahan dalam sejarah tamadun dunia. Pandangan positif terhadap peperangan ialah mencapai kemajuan manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri manakala pandangan negatif, menurut manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri manakala pandangan negatif, menurut Toynbee dalam Study of History, ialah punca kemerosotan dan kejatuhan sesuatu tamadun manusia. Isi : Pembentukan dan perluasan empayar : Peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara-negara jiran, sumbersumber alam, tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis. Berdasarkan konsep bahawa negara yang kuat haruslah memimpin negara yang lemah seperti yang dikatakan oleh Pericles, seorang pemimpin Yunani pada kurun ke 5 SM. Imperialisme dan pembinaan empayar adalah bertujuan memperkukuhkan kedaulatan dan kuasa politik sesuatu monarki pada peringkat awal tamadun manusia. Luasnya empayar dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan serta meningkatkan kemegahan dan kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh melalui keberanian dalam medan perang. Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan untuk mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke alas rakyat bawahan. Peperangan adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa, kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa. Contohnya ialah Chandragupta Maurya yang mewujudkan empayar pertama dalam sejarah India. Dari pusat kuasanya di Bihar, kuasa Maurya telah dikuatkuasakan ke atas penduduk-penduduk di Lembah Indus dan Deccan. Dasar imperialisme juga dapat disaksikan dengan penaklukan Iskandar Zulkarnain yang berjaya meluaskan empayar Yunani ke Asia dan

akhirnya melahirkan suatu sistem kebudayaan yang dikenali kebudayaan Hellenistic. Dasar imperialisme juga nyata sekali dalam pembinaan empayar Rom. Masalah sempadan : Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselama.tan dan kedaulatan negara daripada dicerobolu oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Oleh kerana sempadansempadan tidak didasarkan persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan. Contoh-contoh ialah tamadun Mesopotamia kuno di mana peperangan berlaku di kalangan negara kota yang disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas. Sempadan-sempadan negara China sejak Dinasti Chou juga menghadapi serangan-serangan orang gasar (Hsiung-nu) dan Kerajaan Chin terpaksa mencantumkan semua tembok pertahanan untuk mempertahankan negaranya daripada musuh-musuh . Tembok ini dikenali sebagai Tembok Besar China yang panjangnya hampir 2250 batu. Di empayar Rom tekanan-tekanan dalaman seperti pertambahan bilangan penduduk juga mencetuskan peperangan di kawasan sempadansempadan. Menguasai Sumber Ekonomi : Peperangan juga merupakan suatu saluran untuk memperoleh sumber-sumber ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga perburuhan; tenaga hamba untuk mengerjakan ladangladang besar yang dikenali Latifundia di Semenanjung Itali dan Afrika Utara. Di Mesopotamia, negara-kota sering berperang untuk mengawal sumber air daripada sungai Tigris dan Euphrates. Mengatasi pemberontakan : Kadangkala peperangan dilancarkan untuk membendung semangat memberontak demi kepentingan mengekalkan kestabilan rejim diktator. Sparta, misalnya, memalukan kota jirannya iaitu Messenia dan penduduk-penduduknya dipaksa mengusahakan tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta biasanya melakukan kekerasan untuk menghambakan orang-orang Mesaenia dan memecahkan semangat penentangan. Melindungi Ekonomi Perniagaan : Kekerasan dan peperangan untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam negara/empayar dan juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk menjamin eksport dan import. Rom, misalnya berperang dengan Carthage untuk mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean. Faktor Agama :

Kemenganan Athens ke atas Parsi dalam Perang Parsi seperti yang ditulis oleh Herodotus contoh Perang antara Parsi (beragama-theist) dengan Athens (atheist). Mempertahankan kedaulatan dari serangan luar (orang gasar) Kepentingan peribadi seperti wanita, keluarga, balas dendam dan kekayaan, contoh spt Cleopatra,Mark Anthony dalam Perang Actium Kesimpulan : Peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Objektif-objektifnya adalah berbeza mengikut perbezaan tamadun dan jangka waktu. Pada asasnya timbul daripada sifat manusia yang cenderung untuk menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Akhirnya, peperangan merupakan suatu faktor utama yang menentukan corak perjala.nan sejarah dunia.

Jelaskan sebab-sebab berlakunya peperangan dalam masyarakat Timur Tengah. Pengenalan : Latar belakang masyarakat Semenanjung Arab sebelum Islam : Orang Arab hidup dalam berpuak-puak dari duku bangsa (kabilah) yang mempunyai pertalian keluarga yang sangat rapat. Mereka akan mengambil tindakan secara bersama dan akan sentiasa melindungi kabilan daripada ancaman kumpulan nomad yang lain. Orang Arab menganggap mempertahankan satu kumpulan kabilah mereka adalah satu kerja yang suci. Latar belakang masyarakat Semenanjung Arab zaman Islam : Dalam kehidupan masyarakat Arab zaman Islam, kehidupan mereka adalah berasaskan agama. Mereka akan mempertaahankan kepentinganagama Islam daripada ancaman lain-lain agama pada masa itu. Maksud ketahanan dan pertahanan. Definisi Ketahanan : Konsep ketahanan bermaksud ketabahan, kecekalan, dan kesabaran serta keupayaan, kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran dan penderitaan. Ia juga satu halangan dan keupayaan menanggung sesuatu dalam pertempuran atau peperangan serta tidak mudah mengalah dalam peperangan. Definisi Pertahanan : Pertahanan merujuk kepada langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk mempertahankan diri,masyarakat,agama dan negara dari ancaman musuh dan membela golongan yang lemah drpdteraniaya. Ketahanan dan pertahanan merujuk kepada kekuatan mental, ketabahan dan kecekalan dalammempertahankan sesebuah negara dari ancaman musuh. Kekuatan pertahanan dan

ketahanan banyak bergantung kepada kekuatan mental, fizikal, peralatan senjata yang digunakan,taktik dan strategi sertajenis tentera yang ada. Isi : Sebab-Sebab Berlakunya Peperangan Dalam Masyarakat Timur Tengah : Semangat Assabiyah Atau Kesukuan : Iaitu semangat yang berasaskan kepada kepatuhan kepada kumpulan kabilah atau keturunan masing-masing. Semangat yang fanatik kepada kabilah menyebabkan masyarakat Arab jahiliyah turut dipengaruhi semangat suka berperang bagi mempertahankan kabilah mereka. Keadaan semula jadi dalam kehidupan di padang pasir juga menyebabkan persaingan antara kabilah. Ini menyebabkan mereka berpegangkan kepada prinsip kabilah yang kuat akan lebih berkuasa. Oleh itu bagi mereka peperangan adalah satu cara bagi meneruskan hidup. Mencari Nama Dan Kemegahan : Kemenangan di dalam peperangan adalah merupakan satu kemegahan bagi masyarakat Arab Jahiliyah. Setiap peperangan yang dimenangi akan membawa kemegahan dan keuntungan yang besar kepada kabilah. Sebab itu anak lelaki amat penting dalam kehidupan masyarakat zaman jahiliyah bagi tujuan menjulang nama kabilah mereka dalam peperangan. Mereka bukan sahaja dilatih bermain senjata sejak kecil, tetapi diajar kemahiran menunggang kuda. Bagi Mendapatkan Harta : Dalam peperangan zaman jahiliyah melibatkan semua anggota kabilah dan semua harta benda dibawa bersama. Pihak yang menang akan memperolehi keseluruhan harta rampasan yang dibawa termasuk wanita dan kanak-kanak yang dijadikan sebagai tawanan perang. Wanita dan kanakkanak akan dujual sebagai hamba atau meminta pihak yang kalah menebus dengan sejumlah mata wang. Harta rampasan perang akan diagih sama rata di kalangan tentera yang menang. Syeikh kabilah akan diperuntukkan sebanyal 1 / 4 daripada harta rampasan. Syeikh kabilah juga berhak memiliki barang rampasan perang yang disukainya termasuk wanita dan kanak-kanak. Kepentingaan Ekonomi : Makkah terkenal sebagai pusat ekonomi utama penduduk bahagian tengah semenanjung Arab, sehingga hampir melemahkan penguasaan ekonomi Yaman di selatan. Ini kerana Makkah menjadi tumpuan penduduk seluruh semenanjung Arab, terutamanya pada musim haji. Menyebabkan Abrahah, raja Habsyah di Yaman pada zaman sebelum Islam mengambil inisiatif untuk menyerang Makkah bagi memastikan aktiviti ekonomi Arab berpindah ke bahagian selatan. Malah Abrahah telah membuat satu binaan yang hampir menyerupai Kaabah, bagi tujuan menarik penduduk semenanjung Arab membuat ibadat di sana. Kepentingan Maruah :

Sebagai langkah untuk memulihkan semula maruah dan imej mereka yang tercemar ekoran kekalahan dalam Perang Badar. Orang Kafir Quraisy Makkah telah dipandang rendah oleh kabilahkabilah Arab yang lain ekoran kekalahan tersebut. Musyirikin Makkah ingin membalas dendam dan menebus kekalahan ke atas orang-orang Islam ekoran kekalahan mereka dalam Perang Badar pada tahun 2H.Orang Kafir Quraisy ingin menuntut bela di atas kematian saudara dan keluarga mereka dalam Perang Badar. Seperti Khalid al-Walid yang menuntut bela atas kematian bapanya. Begitu juga dengan Hindun, isteri Abu Sufyan yang ingin menuntut bela kematian bapanya, Utbah. Memperteguhkan Keutuhan Agama Islam : Sebab peperangan dalam Islam adalah untuk menegakkan agama Allah (Islam) dan memelihara kehormatan dan keutuhan agama Islam, masyarakat dan negara Islam. Perang Badar yang berlaku pada tahun ke 2 H adalah kerana orang Quraisy makkah ingin menhgapuskan di Madinah. Musyirikin Makkah ingin melemahkan penguasaan orang Islam di Madinah. Selepas Perang Badar terdapat beberapa ancaman ketenteraan di bawah pimpinan Abu Sufyan b. Harb terhadap Madinah. Islam sendiri adalah agama damai dan cinta akan perdamaian kerana perkataan Islam sendiri membawa maksud salam dan perdamaian. Menjadi tanggungjaswab setiap orang Islam merpertahankna agamanya. Allah s.w.t tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah orang Islam diancam di dalam negaranya sendiri seperti di Madinah. Peluasan Wilayah/Empayar : Peluasan wilayah Islam di samping objektif di atas, peperangan dalam Islam juga untuk meluaskan tanah jajahan, contohnya pada zaman khulafah Al-Rasyidin, wilayah Islam sampai ke Afrika Utara(Mesir), dan Parsi. Zaman Khalifah abu Bakar, beluai berjaya mengalahkan tentera Parsi di Hirah, Iraq dan tentera Byzantium di Palestin. Zaman kerajaan Bani Umayyah, wilayah Islam berkembang sehingga ke Andalus, Sepanyol. Membina Kekuatan Ekonomi : Peperangan dalam Islam disebabkan untuk meningkatkan sumber ekonomi orang Islam, misalnya menakluk Iraq. Iraq kawasan yang subur untuk mendapatkan sumber ekonomi dan bercucuk tanam. Dalam Islam juga ketika melakukan peperangan adalah dibenarkan merampas harta orang kafir (ghanimah). Orang arab Quraisy menyerang orang Islam di Madinah kerana mereka menganggap penguasaan orang Islam di Madinah telah menyekat laluan perdagangan mereka antara bahagian utara dan selatan semenanjung Arab. Musyrikin Makkah juga bimbangkan keselamatan rombongan pedagang mereka yang sentiasa melalui kota Madinah untuk berniaga di Utara Semenanjung Arab. Menyelesaikan Perbalahan Politik Dan Mempertahankan Negara : Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menpertahankan maruah diri, agama dan negara. Penduduk Madinah terpaksa mempertahankan negara kota Madinah apabila mereka diancam oleh golongan Musyirikin Makkah. Langkah menjaga dan melindungi keselamatan penduduk Madinah yang sentiasa diancam oleh gerakangerakan ketenteraan Musyirikin Makkah. Sebagaimana Abu Sufyan dengan 200 tenteranya telah membakar rumah dan memusnahkan tanaman sebuah

kampung berhampiran Madinah. Peristiwa ini berlaku sebelum meletusnya Perang Uhud. Dengan itu, penduduk Madinah terpaksa menghadapi beberapa peperangan besar bagi mempertahankan Madinah, seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak. Meneguhkan Kedudukan/ Mempertahankan Diri : Ancaman daripada sebahagian masyarakat Yahudi Madinah terhadap orang-orang Islam dan diri Nabi Muhammad sendiri, menyebabkan orang Islam terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan diri. Yahudi Bani Qainuqa dan Bani Nadir sentiasa mengancam masyarakat Islam Madinah. Persekutuan Yahudi Bani Nadir, Bani Quraizah dan Musyrikin Makkah telah mencetuskan Perang Ahzab tahun 5H. Kemenangan berpihak kepada orang Islam dan semua lelaki dewasa Yahudi Bani Nadir telah dihukum bunuh bagi tujuan memberi pengajaran kepada orang Yahudi. Melemahkan Penguasaan Empayar Rom Dan Parsi : Sebahagian besar bahagian utara dan selatan semenanjung Arab berada di bawah pengarun empayar Rom dan empayar Parsi. Syria du utara berada di bawah pengaruh empayar Rom Timur (Byzantium). Dalam peperangan di Muktah, Nabi uhammad telah menghantar sejumlah kira-kitra 3000 angkatan tentera Islam bagi menentang kira-kira 200 000 tentera Byzantium. Namun akibat kekuatan tentera musuh, tentyera Islam terpaksa berundur ke Madinah selepas beberapa panglima perang Islam syahid, termasuk Zaid dan Jaafar b. Abi Talib.Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al khattab, baharulah tentera Byzantium berjaya ditewaskan. Menunjukkan Amalan Etika Islam Ketika Peperangan : Islam mempunyai etika peperangan sendiri. Islam melarang membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan. Islam juga melarang membunuh binatang ternakan kecuali utk dimakan dan dilarang memusnahkan tanam-tanaman serta harta benda pihak musuh.

Anda mungkin juga menyukai