Anda di halaman 1dari 15

1.

LATAR BELAKANG PROGRAM LINUS Satu daripada National Key Result Area (NKRA). Ini adalah kerana matlamat

utama bagi NKRA ialah ingin meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Salah satu sub-NKRA adalah program Literasi dan Numerasi (LINUS). Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012. (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara). Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.

2.0

MATLAMAT Matlamat program Literasi adalah untuk memastikan murid-murid menjadi celik huruf

dan celik nombor. Selain itu, matlamat program ini adalah untuk memastikan agar semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan sekolah rendah menjelang 2012.

3.0

OBJEKTIF PROGRAM LITERASI Objektif Program Literasi adalah untuk memastikan pada akhir program ini murid-murid

akan dapat mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup. Mereka juga semakin mahir membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. Mereka akhirnya akan dapat membaca dan menulis serta memamhami ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan.

4.0

OBJEKTIF PROGRAM NUMERASI


1

Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat membaca, menulis dan membilang serta menyusun nombor hingga 1000. Seterusnya, murid-murid akan dapat menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Akhir sekali, mereka akan dapat mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, dan mengukur dalam sentimeter.

5.0

DEFINISI LITERASI DAN NUMERASI DI BAWAH PROGRAM LINUS

Literasi Program LINUS merupakan merupakan gabungan daripada perkataan literasi (LI), numerasi (NU) dan saringan (S). Melalui gabungan perkataan tersebut maka terhasillah singkatan bagi program LINUS ini. Literasi di dalam program LINUS ini boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Oleh itu, literasi ini diajarkan kepada murid-murid bagi meningkatkan penggunaan bahasa mereka ke peringkat yang lebih memuaskan. Kemahiran asas literasi ini mempunyai target yang tersendiri bagi setiap darjah dalam Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Pertama, bagi perlajar Tahun 1, mereka diharapkan dapat membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan serta dapat menghasilkan ayat-ayat yang mudah. Seterunya, pelajar Tahun 2 pula hendaklah boleh membaca, menulis, memahami minima 800 patah perkataan dan membina ayat mudah yang menggunakan kata sendi. Pelajar Tahun 3 pula seharusnya dapat menguasai lebih banyak kemahiran berbanding pelajar Tahun 1 dan Tahun 2, iaitu boleh membaca, menulis, memahami minima 1000 patah perkataan yang menggunakan kata sendi di dalam satu perenggan. Di sini dapat kita lihat bahawa program ini amat mementingkan peningkatan dari tahun ke tahun.

Numerasi

Seterusnya, numerasi di bawah program LINUS ini pula boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan operasi asas Matematik dan memahami idea Matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam kehidupan seharian. Seperti yang kita sedia maklum, kemahiran numerasi ini bukan hanya tertumpu kepada pembelajaran di dalam kelas tetapi juga untuk kegunaan seharian seperti mengira nilai wang, mengira gula-gula untuk dibahagikan sama rata, mengetahui waktu dalam jam dan minit serta lain-lain. Kemahiran numerasi ini juga mempunyai target yang tersendiri bagi setiap pelajar dalam Tahap 1 seperti yang ditekankan bagi kemahiran literasi. Pelajar Tahun 1, mereka hendaklah sekurang-kurangnya boleh membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50. Mereka juga perlu memahami operasi asas, iaitu operasi tambah dan operasi tolak serta dapat mengaplikasikan pengiraan wang hingga RM10, memahami masa dan ukuran asas. Kemudian, kemahiran yang perlu dikuasai bagi pelajar Tahun 2 ialah boleh membaca, menulis dan mengira mengikut urutan nombor hingga 100. Menguasai operasi tambah dan operasi tolak sudah menjadi kemestian, namun bagi pelajar Tahun 2 ini , mereka juga perlu menguasai operasi darab dan bahagi. Mereka juga perlu mahir mengira wang hingga RM50, memahami waktu dalam jam selain boleh mengukur panjang dan pendek sesuatu objek. Akhir sekali, bagi pelajar Tahun 3, kemahiran yang perlu dikuasai adalah sama seperti pelajar Tahun 1 dan Tahun 2, namun bagi pelajar Tahun 3 ini perlu menguasai lebih banyak kemahiran seperti dapat mengira mengikut turutan nombor hingga 1000, mengira wang hingga RM100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai. Kesemua target yang dinyatakan di atas merupakan langkahlangkah yang penting untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dari segi kemahiran literasi dan numerasi.

6.0

KEKURANGAN, KELEMAHAN DAN HALANGAN PROGRAM LITERACY

AND NUMERACY SCREENING (LINUS)


3

Program LINUS ini telah membantu serta memberi kebaikan kepada guru, ibu bapa serta murid-murid namun program ini juga mempunyai beberapa kekurangan, kelemahan serta halangan. Antaranya ialah guru-guru kurang gemar menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana guru cenderung menggunakan papan tulis sebagai medium pengajaran untuk murid-murid. Hal ini menyebabkan murid-murid kurang berminat untuk meneruskan pembelajaran kerana tidak dapat menarik perhatian mereka untuk terus belajar. Sewajarnya guru-guru perlulah menggunakan alat bantu mengajar yang lebih kreatif untuk menarik minat murid-murid agar dapat menaikkan semangat mereka untuk terus belajar dan dapat memahami dengan mudah. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan alat bantu mengajar yang berkesan. Alat bantu mengajar ini seharusnya bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka dan lebih efisien serta praktikal. Selain itu, kelemahan serta kekurangan dalam program ini adalah kerana keupayaan guru-guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan bermakna adalah agak rendah. Secara umumnya murid-murid pemulihan adalah murid-murid daripada kelas perdana tetapi mereka menghadapi msalah pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis dan mengira. Maka, guru-guru yang mengajar dalam program ini seharusnya mempunyai ilmu yang tinggi serta keupayaan bagi membantu murid-murid program LINUS ini. Guru-guru ini juga perlulah kreatif semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya dalam menghasilkan alat bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang lebih mudah difahami. Menulis abjad yang betul juga perlulah diambil kira kerana penulisan yang salah akan menyebabkan murid-murid mengikutinya dan menyebabkan meraka juga salah menulis abjad yang betul walaupun perkara ini agak remeh tetapi ia adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Malah, guru-guru perlulah memberikan perhatian dan motivasi kepada mereka agar mereka terus mencapai kejayaan dalam membaca, mengira dan menulis tanpa merasa jemu. Justeru guru-guru terlatih pemulihan adalah diperlukan untuk program ini. Di samping itu, Program LINUS juga mempunyai halangan dan kelemahan seperti proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa diulang kerana terdapat ramai murid-murid yang tidak mempunyai asas Literasi dan Numerasi yang kukuh. Murid-murid seperti ini banyak ketinggalan dalam pembelajaran kerana mereka mempunyai masalah membaca, menulis dan mengira (3M)
4

berbanding dengan murid-murid biasa di kelas aliran perdana. Hal ini menyebabkan guru-guru terpaksa mengulang pelajaran yang sebelumnya dan memberikan kemahiran asas literasi dan numerasi yang kukuh agar mereka tidak ketinggalan seperti murid-murid lain. Contohnya walaupun murid-murid yang mengalami masalah 3M ini berada pada tahap 2 iaitu tahun 4 tetapi disebabkan masalah 3M yang mereka hadapi, silibus pembelajaran pada tahap 1 terpaksa diulang diajarkan kepada mereka kerana kemahiran asas literasi dan numerasi tidak dapat dikuasai dengah sepenuhnya. Maka guru-guru terpaksa memberikan kemahiran asas dahulu agar mereka dapat menguasai dengan kukuh barulah diajarkan dengan pembelajaran yang selanjutnya mengikut silibus yang telah ditetapkan.

7.0

REKA BENTUK INSTRUMEN SARINGAN

Reka bentuk instrumen adalah berdasarkan 12 konstruk iaitu perkara asas literasi da numerasi yang mengandungi definisi literasi dan numerasi. Asas literasi yang terkandung dalam konstruk ini sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Penguasaan konstruk ini secara

keseluruhan iaitu 12 konstruk oleh murid dianggap telah menguasai asas literasi dan numerasi. Manakala yang gagal melepasi kesemua 12 konstruk itu akan
5

dipertimbangkan sama ada akan melalui program LINUS atau pun kelas khas bagi murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Berikut merupakan 12 konstruk Literasi dan Numerasi yang harus dikuasai oleh murid-murid.

Konstruk Literasi

KONSTRUK Konstruk 1

KEUPAYAAN
Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.

Konstruk 2

Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.

Konstruk 3

Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.

Konstruk 4

Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.

Konstruk 5

Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutupng. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.

Konstruk 6

Konstruk 7

Konstruk 8

Keupayaan membaca dan menulis perkataan mengandungi vokal berganding. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan

Konstruk 9

konsonan bergabung.

Konstruk 10

Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11

Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12

Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

Konstruk Numerasi

KONSTRUK

KEUPAYAAN

Konstruk 1

Pra nombor dan mengenal angka

Konstruk 2

Membilang

Konstruk 3

Memahami nilai nombor

Konstruk 4

Membuat seriasi

Konstruk 5

Mengenal mata wang Malaysia

Konstruk 6

Menyatakan waktu

Konstruk 7

Mengendalikan operasi asas

Konstruk 8

Mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

Konstruk 9

Mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

Konstruk 10

Menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

Konstruk 11

Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan

Konstruk 12

harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

Proses Saringan LINUS

Bagi mencapai sasaran ini yang dikehendaki oleh NKRA, pihak LP (Lembaga Penelitian) telah memperkenalkan program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan semua pelajar menguasai kemahiran literasi dan numerasi asas dalam Bahasa Malaysia. LP menyediakan instrumen saringan untuk menyaring, mengesan dan mengenalpasti penguasaan murid dimana berfokus kepada Inventori awal iaitu Tahun 1, 2 dan 3. Fokus utama ialah dalam meningkatkan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi pelajar.

Proses saringan ini dilakukan oleh guru mereka sendiri iaitu secara individu ataupun dalam kumpulan kecil. Saringan akan dikendalikan dan dijalankan secara serentak terhadap semua murid mengikut jadual serta kaedah pengendalian yang sama. Proses saringan pelajar akan berlaku sebanyak tiga kali setahun pada bulan Mac,Jun dan September setiap tahun dari Tahun 1 sehingga Tahun 3.

Proses saringan ini dilakukan bagi mengenalpasti pelajar yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan dalam sistem pendidikan. Secara tidak langsung,pelajar yang

tidak mencapai sesuatu tahap seperti yang dikehendaki, akan dikenalpasti sama ada perlu mengikuti program LINUS atau program Pendidikan Khas.

Program LINUS iaitu satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi(Bahasa Malaysia) dan Numerasi di akhir 3 tahun persekolahan murid pada pendidikan rendah atau secara kesimpulan yang dapat dibuat iaitu program yang disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah 3M iaitu Membaca,Mengira dan Menulis. Pendidikan khas bermaksud satu program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar bekeperluan khas dari segi intelek,fizikal,sosial dan emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa( Chua,1992). Dimana mereka juga didefinisikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas iaitu sebagai murid bermasalahpembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalahpenglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Oleh yang demikian, Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Perincian Proses Saringan seperti Ditunjukkan dalam Gambarajah di bawah

Terdapat tiga saringan yang dilakukan iaitu:

Saringan 1 Untuk semua murid Tahun 1 - bulan Mac.

Saringan 2 Untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1 Jun. Dimana pelajar gagal menguasai konstruk 1-2.

Saringan 3 Untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 2 September.

*Keputusan Saringan 3 (Tahun 3) dalam bulan September (pada tahun ketiga) akan dijadikan ukuran pencapaian MKPI. Walau bagaimanapun pada saringan 3 masih terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi menilai sama ada betul atau tidak pelajar menghadapi masalah pembelajaran dan sesuai dimasukkan ke dalam Program LINUS ataupun ke dalam
10

program murid berkeperluan khas. Seperti yang ditunjukkan di gambar rajah dibawah. dimana pelajar yang tidak melepasi saringan 3 akan melalui proses Instrumen Penentuan Penempatan dan Borang Cadangan Penempatan pelajar bagi pelajar yang menghadapi masalah bekeperluan khas dimana surat tersebut diperolehi daripada

Pegawai Khas, Pendidikan Khas dan PPD(Pejabat Pendidikan Daerah).

8.0

6 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS

11

Strategi 1: Saringan Pelajar di Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 Program Literacy and Numeracy Screening (LINUS) ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 dan dimulakan dengan murid Tahun 1 pada tahun tersebut. Dalam erti kata lain, program ini merupakan program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA). Dalam strategi pelaksaan program LINUS ini, strategi pertamanya ialah proses menyaringkan pelajar Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Proses ini dilakukan di sekolah. Proses saringan yang dilakukan ialah saringan kesihatan (health screening). Saringan ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti murid-murid yang memerlukan lebih perhatian. Murid yang tidak berjaya menepati sasaran dalam saringan kesihatan ini akan dimasukkan ke dalam program LINUS manakala murid yang dikenalpasti dengan masalah pembelajaran akan diserapkan ke dalam kelas Pendidikan Khas.

Strategi 2: Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Strategi kedua dalam program LINUS ini terbahagi kepada dua iaitu Pembangunan Modul Pembelajaran (Development of Learning Modules) dan Pembangunan Panduan Keguruan (Development of Teachers Guide). Strategi ini diketuai oleh pihak daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelan tindakan strategi ini telah dimulakan pada 15 Oktober 2009 (Tahun 1), 19 Ogos 2010 (Tahun 2) dan 1 Mei 2011 (Tahun 3). Proses cetakan dan edaran modul ini dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Cetakan dan edaran modul ini dijalankan pada 28 Februari 2010 (Tahun 1), 30 November 2010 (Tahun 2) dan 31 Januari 2011 (Tahun 3).

Strategi 3: Meningkatkan Kemahiran Profesional Guru

12

Strategi ketiga dalam program LINUS ini dilaksanakan dalam dua bentuk. Pertamanya ialah Latihan Dalam Perkhidmatan (In-Service Training for Teachers) dan Latihan Pra-Perkhidmatan (Pre-Service Training). Latihan Dalam Perkhidmatan melibatkan program LINUS, peningkatan kemahiran pedagogi guru dan latihan dalam sekolah serta peringkat daerah. Latihan Pra-Perkhidmatan pula melibatkan

penyemakan semula kurikulum dan mengadakan bengkel. Pelan tindakan strategi ketiga ini telah pun dijalankan sepanjang tahun 2009 hingga 2011 yang lalu.

Strategi 4: Mengadakan Program Kesedaran Tentang LINUS untuk Sekolahsekolah dan Masyarakat Strategi pelaksanaan program LINUS yang keempat ialah dengan mengadakan program kesedaran tentang program LINUS untuk sekolah-sekolah dan masyarakat. Pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyebarkan maklumat yang lengkap, padat dan jitu tentang keseluruhan program LINUS ini. Penyebaran maklumat ini dilakukan dengan mengedarkan risalah-risalah tentang program LINUS kepada sekolah-sekolah khususnya dan amnya kepada masyarakat supaya semua pihak dapat memahami betapa pentingnya pelaksaanaan program ini bagi membantu mengurangkan masalah literasi dan numerasi dalam kalangan muridmurid pada peringkat lebih awal. Risalah mengenai program ini telah mula diedarkan kepada masyarakat pada 18 Disember 2009. Selain itu, pihak kerajaan juga telah mula mengadakan promosi program LINUS seperti pameran dan hari terbuka mengenai literasi dan numerasi di sekolah kepada masyarakat pada 18 Disember 2009. Maklumat LINUS juga turut disebarkan melalui media massa seperti melalui surat khabar, radio, televisyen serta laman-laman sesawang.

Strategi 5: Membuat Pemantauan, Penyeliaan dan Penilaian yang Berterusan


13

Seterusnya strategi pelaksanaan LINUS yang kelima ialah pemantauan, penyeliaan dan penilaian yang berterusan. Hal ini dilakukan dengan pembangunan instrumen pemantauan daripada pihak berwajib melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, penilaian pencapaian murid-murid yang bermasalah literasi dan numerasi serta pengurusan program LINUS yang berkesan di sekolahsekolah. Pemantauan, penyeliaan dan penilaian program LINUS ini bukan sahaja melibatkan sekolah dan guru-gurunya sahaja malah Institut Pendidikan Guru juga turut terlibat dengan melengkapkan bakal-bakal guru supaya mahir dalam pengajaran literasi dan numerasi untuk membantu pelaksanaan program LINUS ini kelak. Seramai 640 buah sekolah telah terlibat dalam pemantauan dan penyeliaan program LINUS bermula pada 14 Mei 2010. Penulisan laporan penilaian program LINUS pula telah mula dilakukan pada 5 Jun 2010 supaya segala penambahbaikan terhadap program tersebut dapat dijalankan secepat mungkin.

Strategi 6: Penubuhan Fasilitator untuk Program LINUS (FasiLINUS) Strategi terakhir pelaksanaan program LINUS ialah penubuhan fasilitator untuk program LINUS (FasiLINUS). FasiLINUS ini merupakan guru-guru yang berkemahiran tinggi dan profesional dalam pengajaran literasi dan numerasi supaya dapat

memberikan latihan dan bimbingan yang berkesan kepada murid-murid. FasiLINUS ini juga dilengkapi dengan Pelan Tindakan Sokongan Profesional untuk membantu pelaksanaan program LINUS dan menjamin keberkesanannya terhadap murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran literasi dan numerasi di sekolah.

9.0

KESIMPULAN

14

Sebagai kesimpulannya, program LINUS ialah salah satu daripada National Key Result Area (NKRA) yang mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Program ini berada di bawah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini bermatlamat memastikan murid-murid menjadi celik huruf dan celik nombor. Program ini juga telah membantu serta memberi kebaikan kepada guru, ibu bapa serta murid-murid namun terdapat juga beberapa kekurangan, kelemahan serta halangan tersendiri. Reka bentuk instrumen program ini adalah berdasarkan 12 konstruk iaitu perkara asas literasi dan numerasi yang mengandungi definisi literasi dan numerasi. Di samping itu, terdapat juga enam strategi pelaksanaan program LINUS ini.

15

Anda mungkin juga menyukai