Anda di halaman 1dari 15

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

PRINSIP REKABENTUK DAN MEDIA BUKAN DIGITAL 1.1 PENGENALAN

Prinsip merekabentuk terdiri dari tiga bahagian iaitu elemen, corak dan susunan. Elemen merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk rajah visual; corak merujuk kepada pemilihan corak yang tepat untuk menggambarkan elemen dan susunan merujuk kepada penyusunan elemen ke dalam corak tertentu. Elemen Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan. Elemen Visual Elemen visual boleh dihuraikan dalam 3 jenis bentuk: 1. Realistik merujuk kepada penyelidikan ke atas objek sebenar. Analogi memaparkan konsep atau topik berkaitan sesuatu objek

2.

dengan memaparkan kaedah hubungan di antara objek dengan konsep atau topik tersebut. 3. Organisasi memaparkan hubungan di antara kandungan dan konsep dalam elemen teks seperti carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi. Elemen Lisan Taipografi merujuk kepada seni dan teknik menyusun, merekabentuk dan mengubahsuai glyphs. Teknik menyusun melibatkan jenis dan saiz tulisan, panjang garisan, jarak garisan dan ruang di antara dua huruf. Kebanyakan pembentangan secara visual boleh dinilai melalui tulisan, warna, saiz, huruf besar dan jarak tulisan. Untuk tujuan pengajaran, anda dicadangkan untuk menggunapakai stail tulisan yang asas dan mudah di mana ini dapat membantu dalam mewujudkan konsistensi dan kesan harmoni dalam elemen visual. Anda boleh memilih samada ingin menggunakan tulisan San Serif seperti Arial atau tulisan Serif seperti Times New Roman. Dalam taipografi, San Serif merujuk kepada tulisan tanpa ciri khusus yang dikenali sebagai Serif pada penghujung strokes. Rajah 1.1 memaparkan contoh kedua-dua tulisan ini.

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

Abcde
San serif

Abcde
Serif

Rajah 1.1: Perbezaan antara San Serif dan Serif Berdasarkan kepada Rozinah Jamaludin (2003), projeksi visual seperti slaid seeloknya menggunakan kurang daripada 2 stail tulisan dan kedua-duanya mestilah harmoni. Bagi teks komputer pula, sebaik-baiknya ia menggunakan 4 variasi seperti bold, italic, underline dan saiz yang berbeza. Bagi perkataan tertentu seperti tajuk atau subtopik, penggunaan huruf besar adalah sangat bersesuaian manakala kandungan pula perlulah menggunakan tulisan kecil bertujuan untuk memudahkan pembacaan. Warna untuk latarbelakang pula perlulah kontra dengan warna mesej. Bagi pembangunan poster atau bulletin, pastikan ianya boleh dibaca pada jarak 30 hingga 40 kaki. Pereka biasanya menggunakan tulisan bersaiz inci untuk poster yang terletak 10 kaki dari penonton. Ini bermakna, saiz yang paling sesuai untuk penonton yang berada pada jarak 30 kaki dari poster ialah 1 inci. Bagi panjang tulisan, tiada saiz yang spesifik untuk menentukannya. Di sini, kreativiti anda adalah diperlukan kerana setiap tulisan mempunyai saiz yang berbeza. Elakkan tulisan yang terlalu pendek atau terlampau panjang. Elemen Daya Tarikan Untuk menarik minat pelajar, elemen-elemen seperti yang disenaraikan d bawah ini adalah diperlukan untuk menjadikan ilustrasi lebih menarik: o o o permukaan 2D atau 3D. kombinasi warna yang menarik. susunan teks yang kemas. bilangan objek yang tidak keterlaluan atau terlalu kurang.

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

Corak Dan Susunan Rozinah Jamaludin (2003) menekankan tentang beberapa elemen yang perlu

dipertimbangkan sewaktu membangunkan corak atau visage bagi visual seperti alignment, keseimbangan, bentuk, stail, skema warna dan daya tarikan warna. Cara yang paling efektif untuk membangunkan visual adalah dengan menggunakan alignment. Untuk mendapatkan fokus dari pelajar, elemen visual dan lisan perlu diorganisasikan mengikut perspektif pelajar. Bentuk juga adalah salah satu elemen asas dalam rekabentuk. Bentuk terbahagi kepada beberapa kategori seperti bentuk geometri, bentuk natural dan bentuk asbtrak. Bentuk geometri asas adalah seperti segitiga, segiempat atau bulatan. Keseimbangan diukur apabila elemen tertentu muncul secara simetri pada mana-mana menegak ataupun melintang. Sesuatu objek adalah berada dalam keadaan seimbang apabila ianya mempuyai berat yag sama. Di sini, imaginasi adalah sangat penting untuk menjadikan sesuatu objek itu muncul dalam keadaan simetri dan seimbang. Sekiranya satu bahagian mempunyai objek yang bersaiz besar, keseimbangan boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa item tambahan pada bahagian bersebelahannya. Pastikan warna adalah harmoni apabila membuat pemilihan warna daripada skema warna. Skema warna yang dimaksudkan boleh diletakkan dalam kumpulan seperti berikut:

Monokromatik hanya melibatkan satu hue (warna) dan hue tersebut mempunyai nilai yang pelbagai.

Analogous warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna.

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

Harmoni (juga dikenali sebagai warna pelengkap) warna yang terletak berhadapan dalam roda warna.

Triadik warna-warna seperti kuning, merah dan hijau yang digunakan bersama untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

1.2

MEDIA BUKAN DIGITAL : MEDIA VISUAL BUKAN PROJEKSI DAN PROJEKSI

Biasanya, atribut visual terbahagi kepada dua iaitu visul projeksi dan visual bukan projeksi. Kedua-duanya boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Visual Bukan Projeksi Alat bantu bukan projeksi adalah bahan yang boleh ditunjukkan di dalam sesebuah kelas atau satu kumpulan kecil pelajar tanpa menggunakan sebarang projektor optikal atau kuasa elektrik. (E.Henry,1987) Visual yang dimaksudkan boleh wujud dalam bentuk objek sebenar, model, bahan bercetak, bahan murah atau percuma, kit multimedia, aktiviti di luar kelas dan lain-lain visual yang tidak melibatkan penggunaan projektor. Objek sebenar merujuk kepada bahan konkrit dan mempunyai karektor sebenar seperti artifak atau peralatan-peralatan. Model pula merujuk kepada perwakilan sesuatu perkara dalam bentuk 3D. Model mungkin bersaiz lebih besar, lebih kecil atau bersaiz sama dengan objek yang sebenar. Kadangkala, model juga mampu memberikan pengalaman yang menarik kepada pelajar seperti model organ dalaman tubuh manusia ataupun model sistem suria. Modelmodel yang boleh dipasang dan dibuka semula mampu untuk merangsang dan menambah kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar. Bahan bercetak merujuk kepada semua bahan berteks dan diedarkan kepada pelajar dalam bentuk buku teks, fiksyen, brosur, pamplet dan sebagainya. Walaupun penggunaan bahan bercetak mempunyai banyak kelebihan seperti boleh digunakan berkali-kali, tidak menggunapakai kuasa elektrik dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja; bahan bercetak juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah ianya tidak sesuai digunakan untuk pelajar yang tidak tahu membaca. Selain itu, bahanbahan seperti ini juga boleh menyebabkan pelajar berasa mengantuk terutamanya apabila membincangkan tentang topik-topik yang kompleks. Bahan-bahan bercetak juga biasanya mengandungi banyak terminologi dan konsep yang memerlukan pelajar mengingati fakta dan definasi. Bahan yang murah dan percuma pula boleh wujud dalam bentuk poster, permainan, pamplet, brosur, carta, peta, buku, filem, rakaman audio atau video, multimedia kit dan juga objek sebenar. Bahan-bahan seperti ini juga dijangka mampu merangsang penglibatan pelajar di dalam kelas. Bahan audio visual misalnya mampu menarik minat dan perhatian pelajar di samping menambahbaik kemahiran mendengar mereka. Kit multimedia

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

adalah koleksi bahan mengajar yang terdiri dari satu jenis media yang telah disusun mengikut topik. Kit seperti ini biasanya wujud dalam bentuk CD-ROM, filem, salid, rakaman audio atau video, gambar statik, bahan bercetak, slaid transparensi, peta, cebisan objek sebenar dan model. Sebahagian dari kit-kit ini direkabentuk untuk kegunaan guru di dalam kelas manakala sebahagian lagi direkabentuk untuk kegunaan sekumpulan kecil pelajar. Tujuan penggunaan kit multimedia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memberikan pelajar pengalaman menyentuh, memantau dan melaksanakan ujikaji. Di samping itu ia juga menggalakkan koloborasi antara pelajar di dalam kelas dan senang untuk di bawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil. Walaubagaimanapun, penggunaan kit multimedia adalah melibatkan kos yang tinggi kerana harganya yang mahal dan ini menyebabkan ianya kurang menjadi pilihan jika dibandingkan dengan penggunaan bahanbahan konvensional yang lain. Aktiviti di luar bilik darjah pula merujuk kepada pengalaman pembelajaran yang berlaku di luar bilik darjah yang diperolehi melalui kajian proses sebenar manusia, persekitaran atau sebarang objek yang boleh memberi pengalaman terus kepada pelajar. Contoh aktiviti di luar bilik darjah adalah seperti lawatan ke tempat bersejarah, dusun, pusat sumber, zoo dan bangunan-bangunan terkenal. Material visual tanpa projeksi seperti ini berupaya mengubah idea abstrak kepada format yang lebih realistik. Keadaan ini menyebabkan aktiviti pengajaran beranjak dari aras simbol lisan di dalam pengalaman Kon Dale kepada aras yang lebih konkrit. Tambahan lagi, ianya tidak mahal dan boleh digunakan sepenuhnya untuk mengenalpasti sejarah sesuatu tempat dan individu misalnya. Selain itu, terdapat enam jenis biasa grafik yang boleh dikategorikan sebagai bahan visual tanpa projeksi seperti gambar kekal, lukisan cat, carta, graf, poster dan kartun. Permukaan Paparan Terdapat tiga jenis permukaan paparan iaitu papan kapur (papan hitam), papan pelbagaiguna (papan putih) dan papan buletin. 1. Papan kapur (papan hitam) Ia merupakan medium pengajaran yang terpenting hingga ke hari ini. Guru menggunakannya untuk menyampaikan kebanyakan maklumat melalui tulisan di atas papan hitam. Walau bagaimanapun dewasa ini papan hitam telah digantikan dengan papan pelbagaiguna (papan putih). Di sesetengh tempat, papan hitam digunakan untuk

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

memaparkan carta ataupun gambar. Papan hitam boleh digunakan untuk melukis visual, memaparkan visual ataupun sebagai papan pelbagai guna. 2. Papan Pelbagaiguna Pada masa ini kebanyakan bilik darjah telah dilengkapkan dengan papan pelbagaiguna yang lebih dikenali sebagai papan putih. Papan ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya: besi). Tidak seperti papan hitam, penggunaan papan putih tidak menghasilkan habuk kapur. Ia juga mempunyai permukaan yang sesuai untuk paparan bahan dari komputer. Selain itu, ia memerlukan sejenis pen penanda (marker pen) sekiranya seseorang ingin menulis sesuatu di atasnya. Penggunaan pen penanda yang bersesuaian adalah penting untuk mengelakkan kesan tulisan menjadi kekal dan tidak boleh dipadam. Sebaik-baiknya, padam tulisan yang tidak diperlukan di atas papan putih dengan segera kerana sekiranya dibiarkan, kesan pen penanda menjadi sukar untuk dipadam. Penggunaan sejenis bahan kimia beralkohol adalah diperlukan sekiranya kesan pen penanda sukar untuk dipadamkan. Mata pen penanda ini juga perlu ditutup dengan penutupnya sekiranya tidak digunakan dan perlu disimpan secara melintang. Ini adalah untuk mengelakkan ia menjadi kering dan sekiranya ini berlaku, pen penanda perlu digoncang lebih kurang 20 saat sebelum ianya boleh digunakan semula. 3. Papan Buletin Papan buletin merupakan permukaan paparan yang dibuat khusus dari bahan yang boleh digunakan bersama dengan pin, paku tekan dan sebarang benda tajam tanpa merosakkan permukaan paparan tersebut. Biasanya, papan buletin digunakan untuk tiga tujuan berikut : 1. Dekorasi : papan buletin digunakan untuk memindahkan stimulasi visual kepada persekitaran pembelajaran. 2. Motivasi : digunakan untuk memaparkan hasil kerja atau markah pelajar sebagai motivasi untuk pelajar-pelajar yang lain. 3. Intruksi (pengajaran) : digunakan sebagai pelengkap kepada objektif sesuatu pengajaran. Paparan tertentu boleh direkabentuk untuk menarik penglibatan pelajar terhadap sesuatu topik. Menulis teks dan melukis lakaran, diagram dan sebagainya. Sebagai medium projeksi untuk filem, slaid dan transparensi. Memaparkan visual melalui magnet (sekiranya permukaan diperbuat dari

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

Projeksi Visual Projeksi visual ialah format media yang menggunakan imej kaku yang telah disaizkan semula supaya menjadi besar dan boleh dipaparkan pada skrin. Projeksi ini dilakukan dengan pancaran cahaya yang kuat melalui filem transparensi. Saiz imej kaku dibesarkan dengan menggunakan beberapa siri lensa yang kemudiannya memantulkan imej tersebut ke atas permukaan skrin. Terdapat teknik terkini yang mampu menyimpan imej dalam bentuk digital dan diprojeksikan dalam bentuk format digital atau analog. Mekanisme penyimpanan digital yang digunakan untuk projeksi visual termasuklah CD-ROM, CD foto, kamera digital, DVD dan pengimbas manakala cakera video atau cakera laser merupakan medium penyimpanan analog. Projektor Overhead (Ohp) Perkataan transparensi digunakan untuk menghuraikan situasi penyampaian maklumat melalui projektor overhead. Transparensi overhead biasanya adalah dalam bentuk imej 8 x 11 di atas kepingan plastik atau asetat cerah yang sedia untuk digunakan bersama projektor overhead. Umumnya, projektor overhead adalah sebuah kotak yang mempunyai bukaan luas atau pentas di atas permukaanya. Mentol di pasang pada bahagian dalam kotak untuk membekalkan cahaya yang akan melalui 3 x 4, 7 x 7, 10 * x 10, atau yang paling biasanya , 8 x 11 transparensi yang diletakkan di atas pentas yang akan menghasilkan gambar yang seterusnya dipantulkan melalui lensa khusus yang dikenali sebagai Fresnel lens. OHP diletakkan di hadapan pelajar dan digunakan dalam suasana yang agak kelam atau gelap. Terdapat sejenis lagi projektor overhead yang menggunakan sumber cahaya, diprojeksikan dari bahagian atas pentas dan menyebabkan cahaya bersinar melalui transparensi sehingga ke bahagian bawah pentas. Projektor seperti ini menghasilkan cahya yang kurang cerah. Walau bagaimanapun ia lebih ringan, mudah dibawa ke mana-mana dan lebih kompak.

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

Kelebihan dan Kekurangan Menggunakan Overhead Projector (OHP) Salah satu kelebihan menggunakan projektor overhead adalah dari segi kejelasan. Pantulan cahaya pada skrin boleh digunakan pada situasi normal di dalam bilik darjah. Projektor overhead boleh diletakkan di bahagian hadapan kelas untuk memastikan guru mempunyai eye-contact dengan pelajar. Guru boleh memanipulasi bahan yang sedang diprojeksi untuk menambahbaik fakta-fakta yang penting. Misalnya, guru boleh menggunakan warna yang berbeza atau saiz tulisan yang berbeza. Guru juga boleh menulis di atas transparensi sewaktu mengajar atau menutup sebahagian maklumat terlebih dahulu dan memaparkan hanya sebahagian maklumat sahaja. Transparensi boleh disediakan samada oleh guru atau pelajar. Kesan positif yang dapat dilihat dari penggunaan transparensi adalah pembentang akan kelihatan lebih bersedia, lebih profesional serta tampak meyakinkan sewaktu pembentangan dilakukan. Walau bagaimanapun, keberkesanan projektor overhead bergantung sepenuhnya kepada pembentang. Ini adalah kerana projektor overhead tidak boleh memaparkan transparensi secara otomatik dan berjujukan di samping tidak mampu memainkan fail-fail bunyian seperti lagu dan muzik. Selain itu, bahan bercetak yang tidak dicetak di atas bahan transparensi jugak tidak boleh diprojeksi secara terus ke skrin.

Bagaimana Menyediakan Poster, Transparensi Dan Model 3d Komunikasi Visual Proses visualisasi boleh dihuraikan sebagai pemilihan media yang sesuai untuk menyampaikan bahan atau mesej pembentang kepada penonton. Menurut Rozinah Jamaludin (2003), pertimbangan ke atas beberapa teknik visual adalah dieprlukan untuk menghasilkan produk komunikasi visual yang baik seperti teknik simetri/tidak simetri, teknik mudah/kompleks, teknik neutral/penekanan, teknik konsisten/variasi dan teknik aktif/pasif.

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

Keseimbangan boleh dibahagikan kepada simetri dan tidak simetri. Simetri boleh diandaikan sebagai imej di dalam cermin. Sekiranya garisan dilukis pada bahagian tengah, iemj yang sama akan diperolehi pada bahagian kanan dan kiri. Tidak simetri pula berlaku sekiranya rekabentuk pada bahagian kiri tidak sama dengan rekabentuk pada bahagian kanan. Walau bagaimanapun, keseimbangan ini boleh diperbetulkan dengan meletakkan beberapa item kecil pada bahagian yang tidak seimbang itu. Teknik mudah bermaksud menggunakan susunan visual asas dan menggunapakai ruang yang ada dengan sepenuhnya manakala teknik kompleks pula merujuk kepada prinsip tambahan yang membayanginya bertujuan untuk memaparkan sesuatu dengan lebih hebat dan mewah. Teknik neutral pula membawa kesan samarata untuk semua elemen yang ada manakala teknik penekanan pula memberi kesan yang lebih hanya ke atas sesuatu elemen pada latarbelakang yang sama bertujuan untuk memberi perhatian atau fokus kepada elemen tersebut. Penyediaan Transparensi Transparensi adalah sejenis media visual projeksi. Untuk menghasilkan transparensi yang baik, pemilihan tulisan yang mudah adalah digalakkan. Penggunaan huruf besar, huruf kecil, bold dan underline perlu berada pada tempat yang betul. Jika perlu, gunakan graf, jadual, carta atau apa saja rajah yang berkaitan dengan topik yang ingin dibentangkan. Penyediaan transparensi dengan menggunakan lakaran tangan Anda memerlukan pen yang sesuai dan filem transparensi. Filem transparensi berwarna biru adalah baik untuk mengelakkan pantulan di atas skrin. Pastikan keseluruhan kelas mampu melihat tulisan yang kemas di atas filem transparensi. Selang baris yang bersesuaian adalah inci. Jika saiz pentas projektor overhead adalah 10 inci x 10 inci, adalah dinasihatkan untuk menulis keseluruhan maklumat di dalam ruang bersaiz 7 inci x 9 inci di dalam filem transparensi yang bersaiz 8 inci x 11 inci. Menggunakan pemprosesan filem elektrostatik Transparensi juga boleh disediakan melalui pemprosesan filem elektrostatik. Apa yang diperlukan hanyalah kertas transparensi khusus dan mesin fotostat untuk menghasilkan transparaensi hitam dan putih.

10

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

Cetakan komputer Perisian pemprosesan perkataan boleh digunakan untuk menyediakan semua bahan dan mencetaknya pada kertas transparensi. Saiz tulisan yang sesuai untuk digunakan adalah 18 atau 24 dan selang baris pula ialah 1.5.

Pada peringkat awal, sebuah papancerita perlu dibina dan elemen-elemen grafik yang sesuai dengan teks akan dipilih. Pastikan warna latarbelakang adalah kontras dengan grafik dan teks yang hendak dimasukkan. Gunakan warna yang harmoni dan susunan grafik mengikut teknik komunikasi grafik. Saiz teks perlu konsisten dan pastikan semuanya ditulis dengan kemas sekiranya transparensi dihasilkan dengan menggunakan lakaran tangan. Akhir sekali, pastikan tidak berlakunya salah ejaan dan slaid tranparensi di susun dengan baik mengikut turutan.

Penyediaan Poster Tiada perbezaan yang ketara di antara penyediaan transparensi dan poster. Perbezaannya hanya terletak pada saiz dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan poster. Sebagai contoh, kreativiti dalam pemilihan bahan untuk menghasilkan poster mungkin menjurus kepada bahan-bahan terbuang seperti kulit kerang-kerangan, plastik kotor, kepingan tin minuman aluminium atau daun dan ranting. Bahan-bahan ini boleh ditampal di atas kad manila misalnya untuk menggambarkan pencemaran alam. Untuk menghasilkan poster, beberapa pertimbangan perlu dilakukan ke atas perkara-perkara berikut; 1. Poster yang baik mampu menarik perhatian pelajar dan dapat menunjukkan secara jelas kandungan bagi topik yang dibentangkan. 2. Kandungan mesti disampaikan secara cepat dan jelas. Oleh kerana itu, mesej perlulah ringkas dan mudah untuk difahami. 3. Poster tersebut sepatutnya mampu menarik perhatian pelajar walaupun topik yang dibentangkan agak membosankan. Penyediaan Model 3D Di antara teknik-teknik yang boleh digunakan untuk membangunkan model 3D ialah:

1. Gunakan kit komersial seperti sistem ball-and-spring untuk membangunkan model


molekul.

11

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

2. Gunakan

sistem

pembangunan

seperti

Meccani

dan

Fisher-Price

untuk

membangunkan model bergerak. 3. Membangunkan model dari bahan seperti kad manila, kadbod dan papan untuk menghasilkan model statik. 4. Membangunkan model anatomi dan haiwan dengan menggunakan tanah liat. Faedah yang boleh diperolehi dari penggunaan model 3D sebagai bahan bantu mengajar ialah: 1. Objek sebenar boleh disaizkan semula pada nisbah yang lebih kecil bertujuan untuk memudahkan kawalan. 2. Model 3D boleh digunakan untuk mendemonstrasi struktur dalaman untuk objek-objek tertentu yang tidak boleh diterangkan melalui model 2D misalnya model Kristal. 3. Ia boleh digunakan untuk demontrasi pergerakan objek yang tidak boleh ditunjukkan melalui model 2D. 4. Model 3D juga boleh digunakan untuk mewakili situasi atau proses yang kompleks agar pelajar dapat memahaminya dengan lebih mudah.

12

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

LATIHAN

Aktiviti 1 Pelajar mampu untuk menghasilkan transparensi berdasarkan pelbagai topik dengan menggunakan semua fakta yang dinyatakan di bawah. Transparensi Terdapat dua prinsip asas dalam menghasilkan transparensi: Jangan memuatkan terlalu banyak maklumat di atas sekeping transparensi. Gunakan layout yang jelas bersistematik.

Penghasilan transparensi:

Menggunakan lakaran tangan: Anda dicadangkan untuk menggunakan pen dakwat kekal OHP. Pastikan rakan-rakan mampu membaca kandungan transparensi tanpa sebarang kesukaran. Saiz yang dicadangkan untuk pelbagai bentuk cetakan dan tulisan adalah seperti berikut : o o o Percetakan huruf kecil: lebih sedikit dari 1/8 inci Percetakan huruf besar: secara kasarnya inci. Percetakan tulisan tangan: khusus untuk percetakan huruf kecil.

Tinggalkan jarak antara inci di antara garisan dan tinggalkan

sedikit ruang di antara perkataan. Menaip bahan transparensi: Ini boleh dilakukan dengan menaip secara terus ke atas helaian asetat dengan menggunakan helaian karbon/riben khusus atau menaip bahan tersebut di atas kertas dan asetat. kemudiannya membuat salinan pendua dengan menggunakan mesin fotostat yang mampu mencetak di atas

Menghasilkan transparensi yang dijana oleh komputer: Ia boleh dilakukan dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan dan pencetak laser untuk mencetak secara terus ke atas helaian asetat yang bersesuaian.

13

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

Aktiviti 2 Pelajar mampu untuk menghasilkan poster berdasarkan pelbagai topik dengan menggunakan fakta-fakta yang dinyatakan di bawah. Poster Semasa membangunkan poster, perkara-perkara berikut perlu diingat: Untuk menarik perhatian, poster perlulah bersifat dramatik di mana ciri-ciri Selepas berjaya menarik perhatian, mesej di atas poster seharusnya utama perlulah dipamer dengan penekanan yang sangat jelas. dapat dibaca dengan terang dan jelas. Oleh kerana itu mesej perlulah ringkas dan boleh dibaca sehingga tamat walaupun pada pandangan kali pertama. kumpulan. Poster juga seharusnya mempunyai daya tarikan visual. Anda perlu memilih warna dan tulisan yang sesuai. Pastikan ia benar-

benar besar untuk dilihat secara jelas oleh keseluruhan kelas atau sesebuah

Aktiviti 3 Pelajar mampu untuk menghasilkan model 3D berdasarkan pelbagai topik dengan menggunakan fakta-fakta yang dinyatakan di bawah. Model 3D Model atau perwakilan tiga dimensi bagi objek sebenar atau sistem asbtrak mempu memainkan peranan yang penting dalam suasana pengajaran dan pembelajaran. Sebahagian aplikasi spesifik bagi model adalah seperti berikut: Ia boleh digunakan untuk mengecilkan objek yang sangat besar atau membesarkan objek yang sangat kecil kepada saiz yang lebih mudah untuk dinilai dan dikawal. Ia boleh digunakan untuk mendemonstrasi struktur bahagian dalaman sesuatu objek atau sistem. Ia boleh digunakan untuk mendemonstrasi pergerakan objek sebenar, contohnya pergerakan planet dalam sistem suria. Berikut adalah sebahagian teknik yang boleh digunakan untuk membangunkan model 3D:

14

[Prinsip Rekabentuk dan Media Bukan Digital] Chapter 1

Chapter 1

Menggunakan kit komersial seperti sistem ball-and-spring untuk mebangunkan model molekul dan pelbagai sistem tube-and-spigot untuk membangunkan model Kristal.

Menggunakan sistem pembangunan seperti Meccano dan Fisher-Price unutk membangunkan model kerja. Menggunakan kadbod, wayar, tanah liat dan sebagainya. Menggunakan material plaster of paris untuk menghasilkan model lanskap.

Rujukan Rozinah Jamaludin, 2003. Teknologi Pengajaran. Utusan Publications & Distributions Henry Ellington, 1987. A Review of the Different Types of Instructional Materials Available to Teachers and Lectures'. CICED Publications

15

Anda mungkin juga menyukai