Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sendi
Sendi ialah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau kartilej dengan tulang. Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi pula ditentukan oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen, otot, dan tendon. Terbahagi kepada dua jenis iaitu sendi berdasarkan struktur dan sendi berdasarkan fungsi.
Jenis-jenis Sendi
Berdasarkan Fungsi
Berdasarkan Struktur
Sinartosis
Fibrous
Amfiartrosis
Cartilagenous
Diartrosis
Sinovial
Sinartosis Merupakan sendi tanpa gerak iaitu tiada pergerakan yang berlaku. Sebagai contoh, sutur antara tulang-tulang tengkorak.
Amfiartrosis Membenarkan sendi melakukan pergerakan terhad. Sebagai contoh, sendi antara tibia dan fibula.
Diartrosis Sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas. Sebagai contoh, sendi engsel (sendi siku dan lutut) melakukan pergerakan fleksi, ekstensi aduksi, abduksi dan hiperekstensi.
Fibrous
Cartilagenous
Fibrous Tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak membenarkan sebarang pergerakan. Contoh, sutur antara tulang kranium.
Sendi cartilagenous Pada sendi ini, tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligamen.jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan yang terhad. Contoh, sendi antara vertebra.
Sendi sinovial Sendi ini diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi membenarkan
pergerakan berlaku secara bebas antara tulang-tulang. Terdapat beberapa jenis sendi sinovial iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. Sendi lesung (antara humerus dan scapula) Sendi engsel (humerus dan patella) Sendi gelungsur (karpal dan tarsal) Sendi paksi (antara radius dan ulna) Sendi kondil (antara metacarpal dan falang) Sendi pelana (antara metakarpal pada ibu jari berartikulasi dengan karpal)
paksi
kondil
gelungsur
engsel
pelana
lesung
Sendi lesung
Sendi engsel
Sendi paksi
Sendi gelungsur
Sendi lesung
Sendi kondil
2.8
Pergerakan
Terdapat dua jenis posisi dalam pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi. Kedudukan biasa berdiri lurus atau tegak dan tangan rapat ke sisi badan.
Kedudukan anatomi Berdiri lurus atau tegak dan tapak tangan menghala ke hadapan.Kaki kanan dan kiri pula terbuka menghala ke luar.
Jenis-jenis pergerakan
Pergerakan tubuh terdiri daripada empat jenis iaitu: Linear Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sesaran menegak, mendatar atau melengkung pada arah dan kelajuan yang sama. Contoh, meluncur dan menggelungsur.
Putaran Mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu putaran. Contoh, supinasi dan pronasi.
Bersudut Pergerakan yang lurus tetapi masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagian bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Contoh, fleksi, ekstensi, aduksi, abduksi, sirkumduksi.
Fleksi
Ekstensi
Khusus Pergerakan yang tiada had seperti fleksi-dorsi, plantar-fleksi, eversi, inverse, elevasi dan depresi.
Elevasi
Depresi
2.9
Kesimpulan
Sistem rangka penting dalam menentukan bentuk postur badan yang baik. Postur badan yang baik ialah apabila berat badan menusia tersokong pada kedudukan yang betul semasa melakukan aktiviti. Di samping itu, postur yang baik juga mengelakkan kelesuan dan sakit belakang, memperbaiki keyakinan diri serta dapat memelihara kesihatan. Kegagalan fungsi sistem rangka boleh mendatangkan kesan ke atas pergerakan yang sepatutnya boleh dilakukan dan dicapai pada tahap tertentu. Hal ini disebabkan kegagalan fungsi sistem rangka yang mengurangkan kecekapan gerak badan akibat dari kesakitan dan ketidakselesaan semasa melakukan pergerakan.