Anda di halaman 1dari 18

Program Pemulihan

Perkara difokus: Kelas Penarikan Keluar ( Withdrawal class )

Program pemulihan
1. Pemulihan dalam kelas a) Pemulihan KBSR b) KIA2M c) PROTIM 2. Pemulihan Khas a) Sistem Penarikan/Pengambilan Keluar b) Kelas Khas

a) Pemulihan KBSR dalam kelas biasa - bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari
-

b) KIA2M

bantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis) - dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum dibebaskan - gagal Ujian Pelepasan 3 masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya
-

c) PROTIM

- Program Pemulihan 3M - Membantu murid tahun 6 menguasai 3M - Dilaksana selepas menduduki UPSR

a) Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)


-

murid yang dikenal pasti

ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuk BM dan Matematik dihantar balik ke kelas perdana setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan

b) Kelas Khas
-

murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh masa dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap preatasi yang ditentukan dalam kemahiran asas 3M

Sistem Penarikan Keluar (Withdrawal Class)

`Withdrawal System iaitu penarikan keluar murid yang menghadapi masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik dari kelas aliran perdana untuk dipulihkan di kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas hendaklah dilaksanakan dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Keutamaan adalah kepada murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Walau bagaimanapun ketetapan ini adalah tertakluk kepada pindaan semasa

1. 2. 3. 4.

5.

Murid dicalonkan oleh guru kelas / guru mata pelajaran berdasarkan kriteria-kriteria berikut : Lemah mata pelajaran asas, Keputusan dalam PKBS yang rendah, dan Pemerhatian guru. Guru kelas / guru mata pelajaran yang mencadangkan murid berkenaan dikehendaki Mengisi Borang Pencalonan Murid

Murid yang dicalonkan akan disaring menggunakan satu set ujian piawai iaitu Ujian Penentu Penguasaan 3M (IPP3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas. Kaedah pelaksanaan ujian IPP3M boleh dirujuk dalam Buku IPP3M, IPP3M 2 dan IPP3M 3

Murid yang telah gagal melepasi Ujian IPP3M akan disyorkan untuk mengikuti Program Pemulihan Khas.

Ibu / Bapa / Penjaga murid hendaklah dihubungi dan dimaklumkan berkenaan perkara ini.

1. Memastikan semua murid yang dicalonkan oleh guru kelas / guru mata pelajaran mesti disertakan dengan Borang Pencalonan Murid.
2. Menjalankan ujian saringan untuk menapis murid yang dicalonkan.

3. Mengisi Borang Keputusan untuk memaklumkan kepada guru kelas / guru mata pelajaran akan pengambilan atau penolakan murid yang dicalonkan berdasarkan wajaran ujian saringan yang diperolehi. 4. Mengisi Borang Pengembalian Murid ke kelas aliran perdana untuk memulangkan murid yang telah dipulihkan kepada guru kelas

Murid-murid yang telah melalui proses pemulihan khas dan telah lulus ujian pelepasan yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas dari semasa ke semasa akan dikembalikan ke kelasnya di aliran perdana. Guru pemulihan khas akan mengisi Borang Pengembalian Murid dan guru kelas perlu menandatangani borang ini sebagai tanda penerimaan kembali murid-murid ini

Pihak pengurusan sekolah hendaklah berusaha untuk menyediakan satu tempat yang sesuai dan kondusif untuk pelaksanaan program pemulihan khas. Tempat berkenaan harus mempunyai keluasan yang selesa Sekiranya sekolah tidak mempunyai bilik darjah kosong, lokasi-lokasi berikut adalah dicadangkan untuk dijadikan kelas pemulihan khas buat sementara waktu sehingga sebuah kelas yang sebenar dapat diusahakan :

Pusat

Sumber, Bilik Rawatan, Bilik SPBT, Makmal / Bilik komputer, Bilik Kaunseling, Bilik Gerakan / Mesyuarat, atau mana-mana tempat yang kurang gangguan

Anda mungkin juga menyukai