Anda di halaman 1dari 22

Nombor Matrik: 160941

Kod Kursus Nama Kursus Tajuk Kursus

: BBM 3203 : Tatabahasa Melayu : Penggunaan Bahasa Dalam Majalah Hiburan

Oleh:Nama Calon Nama Program Semester : Fazila Bt Mohamad Latiff : Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah : Semester Mac 2011

Pensyarah :Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Bin Salleh Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 2011

KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Latar Belakang Kajian Objektif Kajian Kaedah Kajian Batasan Kajian Definisi Konsep

2.0

Pengenalan 2.1 Penggunaan bahasa dari sudut sintaksis

3.0

Jenis Ayat 3.1 3.2 3.3 3.4 Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Seruan

4.0

Kajian Penggunaan Bahasa dalam Majalah Hiburan 4.1 4.2 Penggunaan Bahasa Slanga Penggunaan Bahasa Basahan

4.3 4.4 4.5

Penggunaan Bahasa Pasar Penggunaan Bahasa Rojak Pemendekan kata-kata atau istilah

5.0

Kesan keracuan bahasa dalam penulisan majalah

6.0

Cadangan

7.0

Kesimpulan

8.0

Bibliografi

9.0

Lampiran

1.0

PENDAHULUAN

Bahasa umumnya berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti sesuatu bangsa atau negara secara unik. Dalam konteks ini, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan juga merupakan bahasa utama yang lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara . Bahasa Melayu juga digunakan untuk wacana politik dan undang-undang di Malaysia. Bahasa merupakan alat terpenting dalam pengucapan dan dapat difahami semua bangsa yang terdapat dalam sesebuah negara. Bahasa juga berfungsi sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan mudah. Pembinaan jati diri bangsa dapat dipupuk melalui bahasa kerana mempunyai ikatan emosi yang erat. Menurut Joseph Butler ( 1692-1752 ) seorang ahli falsafah Inggeris, telah menghasilkan idea tentang prinsip pengindividuan. Menurut beliau, idea kesedaran dan proses mengakui sesuatu tidak boleh dipaksa-paksa kehadirannya dalam memori, jiwa dan perasaan. Kesimpulannya, bahasa berfungsi sebagai cerminan jati diri rakyatnya, masyarakatnya dan pembentukan negaranya. Walaupun demikian ,sejauh manakah kita sebagai rakyat Malaysia mengotakan dan mengambil tauladan daripada kata-kata itu. Sebenarnya banyak perkara yang kita terlupa atau sengaja melupakan seketika, padahal perkara yang kita lupakan itu adalah amat penting dalam memartabatkan bangsa kita. Dalam kertas kerja ini saya cuba menjelaskan sejauh manakah kepincangan bahasa Melayu apabila penuturnya tidak lagi memperdulikan penggunaan ayat yang betul atau lebih dikenali sebagai keracuan bahasa.

1.1 Latar Belakang Kajian

Terdapat pelbagai jenis majalah yang diterbitkan di Malaysia seperti majalah ekonomi, majalah perniagaan, majalah bahasa, majalah rumah tangga, majalah sosial, majalah hiburan dan banyak lagi jenis-jenis majalah yang terdapat di pasaran. Namun, yang pastinya pilihan utama pembaca lebih tertumpu kepada majalah hiburan. Golongan remaja merupakan penyumbang utama kepada penjualan majalah hiburan di negara kita. Hal demikian terjadi kerana golongan remaja lebih suka membaca sesuatu yang ringan dan naluri remaja yang suka kepada isu-isu semasa dalam dunia artis. Majalah-majalah hiburan hanyalah sebagai bahan bacaan suka-suka sebagai bahan gosip sesama sendiri. Malah, penggunaan bahasa yang digunakan dalam majalah-majalah hiburan lebih bersifat rojak dan tidak menepati standard bahasa Melayu jauh sekali dengan penggunaan bahasa baku. Keadaan ini akan mempengaruhi penggunaan bahasa terutama di kalangan remaja itu sendiri.

1.2 Kaedah Kajian Saya menggunakan kaedah ke perpustakaan untuk membuat kajian ini. Saya telah berkunjung ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor cawangan Daerah Banting serta perpustakaan di Pusat Kegiatan Guru di Kanchong Darat Banting, Selangor Darul Ehsan.

1.3 Batasan Kajian Batasan kajian yang saya jalankan adalah berkisarkan kepada penggunaan bahasa dalam Majalah Gila-gila dimana kajian ini memberi tumpuan terhadap sintaksis ayat yang digunakan oleh penulis dalam majalah tersebut. 2

1.4 Definasi Konsep Secara leksikal, definisi bermaksud pembatasan. Ini bererti definasi menentukan batas-batas pengertian yang terkandung dalam istilah tertentu, sehingga jelas apa yang dimaksudkan,. Oleh itu definasi dapat dibezakan dengan pengertianpengertian tertentu. Lebih jelas: Definisi adalah perumusan yang singkat, padat, jelas dan tepat tentang makna (isi dan luas pengertian) yang terkandung dalam istilah tertentu, sehingga istilah tersebut dapat dibezakan dengan tegas dari istilah-istilah yang lain.

2.0

PENGENALAN 2.1 Penggunaan bahasa dari sudut sintaksis Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,

struktur, dan binaan atau konstruksi ayat, Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

3.0

JENIS JENIS AYAT Dalam kebanyakan bahasa, termasuklah bahasa Melayu, jenis-jenis ayat

umumnya dapat dibahagikan kepada empat, bergantung pada lagu bahasa atau intonasi dan juga tujuannya. Empat jenis ayat yang dimaksudkan ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

3.1 Ayat Penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan sesuatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara. Ayat penyata juga sering disebut ayat keterangan.

3.2 Ayat Tanya Ayat tanya bertujuan untuk mengemukakan sesuatu pertanyaan.

3.3 Ayat Perintah Ayat perintah diucapkan untuk tujuan memberi arahan atau menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh diucapkan dalam bentuk suruhan,larangan, silaan atau permintaan, bergantung kepada jenis perkataan yang digunakan.

3.4 Ayat Seruan Ayat seruan diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan seperti marah, takut, geram, takjub dan sebagainya, Biasanya dalam tulisan, ayat seruan berakhir dengan tanda seru.

4.0

KAJIAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH HIBURAN 4.1 Bahasa Slanga Kamus Dwibahasa mendefinisikan slanga sebagai kata-kata,ungkapan dan lain-

lain yang biasa digunakan dalam percakapan sahaja dan tidak sesuai digunakan dalam penulisan. Bahasa ini biasanya digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk tujuan berkomunikasi. Kata kata slanga ini biasanya diambil daripada kata-kata biasa dan diberi erti tertentu sehingga orang yang bukan ahli kumpulan tersebut tidak akan memahaminya. Aspek geografi memainkan peranan penting dalam pengwujudan slanga ini. Umpamanya bagi perkataan saya dan awak, perkataan yang kerap digunakan ialah gua dan lu bagi negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur. Bagi Kedah dan Pulau Pinang ialah aku dan hang. Di Kelantan pula kawe dan demo. Bagi golongan yang berpendidikan pula, istilah yang selalu digunakan ialah I dan you.

Contoh bahasa slanga : a. Ha, warna tu sesuai sangat dengan you. (Majalah Gila-Gila , Mei 2011 , ms. 42 )

Ayat penyata itu sepatutnya ditulis seperti berikut: a. Warna baju itu sangat sesuai dengan awak

4.2 Penggunaan Bahasa Basahan Bahasa basahan atau bahasa tidak formal biasanya digunakan dalam pertuturan seharian. Zaba menggunakan istilah bahasa cakap mulut untuk menjelaskan bahasa basahan ini. Disebabkan sifatnya yang tidak formal, maka bahasa basahan yang digunakan banyak dipengaruhi bahasa-bahasa daerah..

Bahasa basahan ini juga ditandai dengan struktur ayat yang lebih pendek. Umpamanya ayat, Kamu hendak ke mana akan menjadi , Nak ke mana? Atau Awak sudah makan atau belum akan menjadi Dah makan belum !

Selain itu bahasa basahan ini juga tidak mementingkan kegramatisan ayat atau tatabahasa. Soal ayat tergantung, ayat tidak mempunyai subjek atau predikat, perkataan tidak sesuai dan sebagainya jarang diambil perhatian. Yang penting ialah orang lain memahami apa yang diperkatakan .

Contoh : a. Kita nak tidur kat mana ni ? ( Majalah Gila-Gila, Mei 2011, ms. 12 ) Ayat tanya itu sepatutnya ditulis seperti berikut :a. Di manakah kita hendak tidur ?

4.3 Penggunaan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasabahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu 6

Sesetengah daripada ungkapan atau perkataan daripada bahasa pasar ini telah meresap masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa bahasa itu berasal daripada bahasa pasar, bukannya bahasa Melayu yang sebenar. Antaranya ialah ungkapan : Oh ! itu itu mesti hantu Mak Bidan kan ? Saya sudah lama tau ma.. ( Majalah Gila-Gila, Mei 2011, ms, 30 ) Ayat tersebut sepatutnya ditulis seperti ini. Itu mesti hantu Mak Bidan kan ? Oh,saya sudah lama tahu!

4.4.Penggunaan Bahasa Rojak Bahasa rojak ini sebenarnya berkait rapat dengan mentaliti dan tanggapan rakyat Malaysia sendiri terhadap bahasa.Jika diperhatikan, penggunaan bahasa rojak lebih selesa dan agak seronok untuk dipertuturkan. Ini adalah kerana, jika bercakap secara bahasa Malaysia formal,kita dapat merasakan kebanyakan masyarakat tidak mahu dirinya dilihat sebagai seorang yang terlalu formal.

Kita akan berasa ralat apabila kita dengar orang berkata,"boleh saya pinjam telefon bimbit saudara?", tetapi kita akan lebih selesa dengan "Boleh I pinjam u punye handphone tak?".Atau pun,"saya akan sambung pelajaran membuat ijazah," tetapi kita akan lebih selesa dengan, "I akan sambung degree".

Kedua dua contoh tadi boleh lah menunjukkan bahawa kebanyakan kita menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan seharian. Mungkin ada pihak yang menaikkan isu ini kerana 'geli' mendengar bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris 7

diperadukkan..Cuma yang menjadi isu ialah, ditakuti bahasa rojak ini telah terbawabawa dalam penulisan atau bahasa persuratan.Iini jelas sepatutnya tidak boleh berlaku dalam usaha mendaulatkan keaslian bahasa .

Selain itu , kita juga dapat melihat deretan papan papan tanda ataupun papanpapan iklan di pelusuk negara yang secara terang dan jelas telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Di plaza tol lebuhraya kini terdapat bahasa papan tanda yang berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa apakah ini?. Inilah bahasa rojak rasmi. Inilah juga yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak pandai menuras. Satu kerja yang memalukan bangsa sendiri. Kenapa tidak dipakai saja istilah Lorong pacu segera atau Lorong tekan & pacu. Secara jelas penggunaan bahasa Melayu di perkotakkatikkan. Begitu juga dalam majalah hiburan. Penggunaan bahasa rojak banyak digunakan seperti : Lukis cantik-cantik ya Mat. Nanti I simpan dalam frame I tu.( Majalah Gila-Gila, Mei 2011, ms. 91 ) Sepatutnya, ayat perintah tersebut adalah seperti berikut :Lukis dengan cantik gambar itu, Mat. Saya akan menyimpannya di dalam bingkai gambar.

4.5 Pemendekkan kata-kata atau istilah

Dewasa ini sekiranya kita singkap lelaman di internet terutamanya lelaman email dan chat kita mungkin akan terperanjat tatkala melihat betapa ramainya atau boleh dikatakan hampir kesemua pengunjung lelaman itu mengeksploitasikan kemudahan bahasa tulisan tersebut dengan pelbagai bahasa tulisan yang serba luas. 8

Perkataan perkataan seperti Kang ( nanti ), dowang ( mereka ), wokay ( baiklah ), chat ( sihat ) dan pelbagai lagi kependekan sukukata yang digunakan.

Kependekan item kerana pengguguran maksud dalam bahasa Melayu amik -ambil tau - tahu sapa -siapa aje - sahaja sket -sikit

Contoh ayat di dalam kajian majalah: Kuasa minda tu apa ? ( Majalah Gila-Gila, Mei 2011, ms. 71 ) Sepatutnya:Apakah kuasa minda itu ?

5.0

KESAN KERACUAN BAHASA MELAYU DALAM PENULISAN MAJALAH

Keracuan terhadap bahasa Melayu sememangnya banyak memberikan kesan yang buruk kepada pembakuan bahasa yang telah diterapkan oleh kerajaan sejak lama dulu. Kita tidak menafikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, telah digunakan dengan meluasnya dalam semua urusan samada urusan rasmi ataupun tidak rasmi, khususnya di sektor perkhidmatan awam. Hal ini terbukti daripada dokumen, peraturan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian atau jabatan yang hampir kesemuanya menggunakan bahasa kebangsaan. Namun demikian, satu hal yang perlu kita berikan perhatian adalah kualiti bahasa yang digunakan masih bercelaru dan tidak mantap dari segi strukturnya Oleh itu semua pengguna bahasa kebangsaan perlu mempamerkan keterampilan berbahasa demi komunikasi yang 9

berkesan iaitu yang mampu menggunakan bahasa yang mematuhi semua aspek tatabahasa dan sebutan, hingga difahami dengan jelas oleh orang yang membaca atau mendengarnya Terdapat pelbagai kesan yang timbul ekoran daripada penggunaan bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dalam penggunaan seharian samada dari segi tulisan, sebutan dan juga pembacaan.

5.1 Kemerosotan Mutu Bahasa Melayu Lisan Dan Tulisan

Bahasa Jiwa Bangsa. Sungguh elok dan merdu bunyinya. Rangkaikata yang sememangnya sering bermain difikiran dan menjadi bualan masyarakat negara kita.Tetapi adakah isi yang tersirat disebalik tiga patah perkataan itu seindah sebutannya.Kalau dikaji susunan ayat tadi sememangnya dapat membangkitkan semangat kecintaan terhadap bahasa kita.

Mutakhir ini, bahasa yang kita agungkan selama ini nampaknya semakin hari semakin tercemar oleh penggunaan campuraduk dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris.Keracuan bahasa ini dapat kita lihat dan dibaca saban hari sama ada di dada dada majalah, rancangan- rancangan yang disiarkan di televisyen yang tidak pernah jemu menggunakan bahasa melayu yang telah dicampuradukkan penggunaannya dengan kata-kata pinjaman dari bahasa lain. Rangkap kata atau ucapan seperti U kat mana dan I still sayang u sememangnya digunakan secara meluas terutamanya dalam siaran drama- drama melayu. Penggunaannya telah menular dan tersebar ke segenap masyarakat yang menggunakannya sebagai bahasa perbualan seharian.

10

5.2 Masalah Pembinaan Masyarakat Berwawasan

Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa jua bentuk komunikasi, sama ada secara lisan mahupun melalui tulisan. Mesej dan bahasa yang terang dan jelas akan memudahkan seseorang untuk memahami isi penyampaiannya. Namun begitu, sekiranya bahasa yang digunakan telah dicampuradukkan dengan bahasa lain kadang- kadang ia membawa mesej yang sebaliknya.

Dalam kontek ini peranan bahasa dalam penulisan majalah atau buku amat memberikan kesan kepada pembaca. Namun begitu, sekiranya berlaku keracuan bahasa dalam penyampaiannya sudah pasti ia akan mencemarkan penulisan tersebut. Melalui majalah, pembaca akan dapat merujuk dan mempelajari perkataan, penggunaan ayat dan istilah yang betul..Malangnya, apa yang menyedihkan ialah ratarata majalah di Malaysia tidak menititberatkan unsur bahasanya. Banyak bahasabahasa lain seperti bahasa Cina, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris telah digunapakai. Situasi ini akan menyebabkan pembaca terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja akan terpengaruh dengan penggunaan bahasa tersebut.

Selain itu ,terdapat juga penggunaan laras bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa tertentu yang tidak sesuai dalam konteks penggunaannya. Kesan campuraduk bahasa ini semakin ketara kerana mutu bahasa yang digunakan amat rendah. Keadaan ini sudah semestinya tidak akan dapat membina minda masyarakat untuk maju dan mengejar kemajuan.

11

5.3 Kedudukan Bahasa Melayu Akan Terjejas

Dasar Bahasa Kebangsaan yang meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi sememangnya secara jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, Peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan itulah yang mendasari proses perkembangan bahasa dan menjadikanya cukup kuat dan terserlah.Tidak dinafikan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan amat baik. Namun begitu sejak kebelakangan ini bahasa yang kita agungkan ini mula dicemari oleh anasir anasir dari luar .

Perbuatan memendekkan kata- kata atau ayat ini kadangkala akan melahirkan makna yang berbeza. Misal dalam bahasa Melayu penggunaan kata ganti nama telah diubahsuai seperti sayer ( saya ), dier ( dia), korang ( kamu ), nko ( engkau) dan banyak lagi. Sudah tentu ayat ayat yang diberikan di atas pasti akan mencemarkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan. Situasi ini sekiranya tidak dibendung akan menjadi barah dalam masyarakat. Ini sudah tentu akan memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri.

Perkara ini akan menjadi bertambah genting apabila pengguna- pengguna internet gagal membezakan penggunaan bahasa di internet dan di luar internet. Ini berlaku apabila mereka ini menggunakan istilah-istilah pemendekan ayat di ruang siber dalam perbualan sesama teman dan juga komunikasi dengan guru. Masalah pemahaman akan timbul kerana komunikasi menjadi kurang jelas.

Namun kesan yang amat ditakuti adalah penyelewengan bahasa semakin berleluasa dari alam maya ke alam realiti. Jadi, di manakah hendak kita letakkan bahasa Melayu kita? Keracuan terhadap bahasa kita terus berleluasa seolah-olah ia tidak dapat dihentikan lagi.

12

Kalau ditinjau penggunaan bahasa seperti di atas, amat jelas kepada kita bahawa kedudukan bahasa Melayu kini nampak seolah - olah semakin dianaktirikan oleh pengguna bahasa kita sendiri. Sistem pembakuan bahasa yang telah diterapkan sejak dulu kini tidak lagi menjadi kebangaan pengguna bahasa.

Sesungguhnya bahasa yang dipaparkan di tempat-tempat awam seperti papanpapan tanda dan papan iklan serta premis perniagaan memancarkan citra dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

5.4 Implikasi Kepada Generasi Pelapis Negara

Keracuan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar kepada masyarakat dan negara. Bagaimana kita hendak meletakkan bahasa Melayu sabagai bahasa rasmi atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula terabai dek masalah keracuan terhadap bahasa kita.

Soal keracuan bahasa ini sebenarnya bermula dari sistem pendidikan terutamanya di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Di sini rata-rata penggunanya jarang sekali menggunakan bahasa baku sebagai bahasa biasa ataupun bahasa rasmi. Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan individu yang memahami bahasa.

Akibat dari kegagalan itu, kita akan melahirkan cerdik pandai yang tidak mampu menggunakan bahasa dengan betul ,baik, gramatis dan berkesan, sama ada secara lisan ataupun bahasa tulisan. Apabila mereka memasuki bidang pekerjaan samada swasta atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai yang tidak dapat menulis atau bertutur dengan baik. Di sinilah timbulnya penggunaan bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa lain.

13

5.5 Kemerosotan Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Amalan bahasa rojak iaitu mencampuradukkan perkataan Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu merupakan satu gejala yang akan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Penggunaan perkataan bahasa Inggeris yang tidak diterjemahkan atau disesuaikan ketika menggunakan bahasa Melayu merupakan tamparan yang hebat kepada pembinaan identiti dan kewibawaan bahasa kita. Tambahan pula ia jelas menunjukkan pengguna tersebut sememangnya amat rendah atau kurang mahir sehinggakan terpaksa menggunakan bahasa Inggeris bagi mengungkapkan ideanya.Tetapi yang lebih malang lagi keadaan itu tidak pula menunjukkan peningkatan dalam penggunaan bahasa Inggeris. Inilah yang selalu dikatakan Yang dikendung tak dapat, yang dikejar berciciran.

Apa yang paling ditakutkan ialah gejala ini semakin meluas dan merebak di segenap lapisan masyarakat. Akhirnya menjadikan mutu penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris terus merosot. Sekiranya gejala ini berterusan akan timbullah masalah keberkesanan komunikasi dalam masyarakat yang secara terkumpul menghasilkan suasana salah faham antara penutur. Selain itu ia bukan sahaja akan merendahkan kedudukan bahasa Melayu itu sendiri. Negara pula akan memiliki satu bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik. Apabila sesuatu idea atau buah fikiran tidak dapat dijelaskan dengan tepat, maka ia juga akan mencerminkan kegagalan untuk berfikir secara tersusun dan menghalang penerokaan dan percambahan buah fikiran baru.

Gejala ini bukan sahaja berlaku dikalangan penutur yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah malahan ia turut menular dengan begitu meluas dikalangan masyarakat yang berpendidikan tinggi yang menjadi pemimpin masyarakat hari ini.

14

Apabila menjadi amalan seharian mereka untuk bertutur dalam bahasa rojak, ia merebak kepada majlis majlis rasmi seperti forum, seminar dan program program dalam media elektronik. Akhirnya, mereka akan mendapati sukar untuk menulis atau bertutur tanpa menggunakan bahasa rojak. Selain itu, bahasa rojak juga boleh menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu dan Inggeris di peringkat sekolah yang akan mendatangkan kesan negatif untuk jangka masa panjang. Bagaimana kita ingin membina pemimpin pelapis dari sekarang sekiranya mereka sendiri sudah tidak ada jati diri dalam penggunaan bahasa. Bila jiwa sudah lemah dalam sesuatu amalan, maka aspek praktisnya juga turut lemah .

Justeru itu kesedaran seharusnya disemai terhadap penggunaan bahasa yang betul di semua peringkat rasmi dalam masyarakat dan juga dalam kehidupan seharian.

6.0

CADANGAN.

Seperti yang telah diwar-warkan tidak lama dulu penggunaan bahasa baku sebagai bahasa perhubungan disekolah kini telah dihentikan atas beberapa alasan . Bagi kita sebagai pengguna bahasa sepatut terus menggunakan bahasa baku ini. Oleh itu diharap agar penggunaan bahasa baku ini diteruskan semula kerana menarik balik atau mengekalkan penggunaan bahasa baku di sekolah tidak akan membawa banyak kesan kepada proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Sebaliknya jika difikirkan kembali, penarikan semula penggunaan bahasa baku di sekolah ini akan menimbulkan lebih banyak permasalahan dalam proses penyampaian ilmu. Justeru itu kita perlukan keseragaman dalam aspek bahasa terutamanya dalam proses penyampaian ilmu. Hal ini penting supaya kita mempunyai paksi rujukan dan mengelakkan kekeliruan terutamanya penggunaan dialek-dialek tempatan yang memberi makna berbeza mengikut tempat.

15

Selain itu, penggunaan bahasa melayu baku perlu dijana semula . Para pengucapnya mesti dalam keadaan sedar selalu supaya merasa megah dan berasa senang berbahasa Melayu dengan baik. Sekolah, universiti, agensi-agensi Kerajaan, NGO dan kumpukan-kumpulan lain harus bersekutu dan bekerjasama memperjuangkan kembali perkara nasional yang amat penting ini.

Sebenarnya banyak bidang yang boleh terus diperjuangkan antaranya meningkat dan memperhebatkan dasar buku nasional, menerbitkan buku-buku bermutu dan serantau, meningkatkan kerjasama bahasa serantau, mengamalkan dasar cintakan bahasa sastera. Selain itu pihak berkuasa tempatan juga patut menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti yang telah termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976. Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib untuk memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya seperti di papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, nama jalan, nama bangunan dan sebagainya. Selain itu pihak kerajaan juga perlu memastikan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya.

Seungguhnya terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kembali penggunaan bahasa baku yang betul dikalangan pengguna bahasa. Semuanya bergantung kepada kita sebagai penggunanya. Sebagai kesimpulannya, pembudayaan bahasa perlu diusahakan secara berterusan.

16

7.0

KESIMPULAN

Keracuan terhadap pembakuan bahasa Melayu sememangnya banyak mendatangkan kesan buruk tehadap pembangunan dan perkembangan sistem pembakuan bahasa . Walaupun telah banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta namun ia tidak akan berhasil sekiranya kita sendiri sebagai pengguna utama bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa tersebut dengan betul.

Bagi mereka golongan berpendidikan yang dianggap sebagai pemimpin masyarakat,perlulah mengawal diri dalam menggunakan bahasa supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa dengan betul, baik semasa menggunakan bahasa Melayu, bahasa Inggeris ataupun lain - lain bahasa. Sesungguhnya mengelak keracuan bahasa memerlukan disiplin yang tinggi, komitmen dan latihan diri yang bersungguh sungguh.

Alasan yang mengatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea atau buah fikiran tidak boleh diterima akal sama sekali. Ini kerana bahasa Melayu sememangnya bersifat terbuka, sanggup dan telah menerima perkataan - perkataan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris bagi menambah dan memantapkan lagi sistem perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Justeru itu, disarankan agar kesedaran menggunakan bahasa dengan betul perlulah disemai dari peringkat bawahan lagi terutamanya kepada golongan kanakkanak yang baru memahami bahasa.

Selain itu, kesedaran ini juga perlu disemai di semua peringkat rasmi penggunaan dalam masyarakat. Dengan itu barulah martabat bahasa Melayu dapat 17

diangkat ke peringkat yang lebih tinggi. Semuanya bergantung kepada kesungguhan kita sebagai penggunanya.

Jika ini dikatakan masalah mentaliti, Ia adalah sesuatu yang sukar diperbetulkan.Tambahan lagi, tatabahasa bahasa Melayu itu sendiri agak sukar dipelajari kerana sistem standard tatabahasa Melayu masik belum kukuh.Sebagai contoh, boleh kah anda membezakan, 'jika, sekiranya,seandainya,andaikata,kalau,' dan menggunakan frasa tersebut sebetulnya.Ini bukanlah kesalahan bahasa Melayu tetapi apa yang harus ditekankan di sini ialah standard tatabahasa yang kukuh itu perlu diwujudkan bagi mengelakkan keracuan penggunaan bahasa Melayu. . . Kesimpulannya, bahasa sebenarnya masih belum lagi dihargai sebagai jiwa bangsa. Pepatah Bahasa Jiwa Bangsa belum sebenar-benarnya dihayati oleh semua orang .

18

8.0

BIBLIOGRAFI

1. Awang Sariyan. ( 2004 ). Strategi Memartabatkan Bahasa Melayu. Kertas edaran dalam Mesyuarat Memartabatkan Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran, 21 Disember 2004. 2. Nik Safiah Karim. ( 1992). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Chamil Wariya, ( 2007 ). Malaysia 50 fakta asas kenegaraan. Kuala Lumpur : Medium Global Matrix Sendirian Berhad. 4. Nik Safiah Karim .( 2009 ), Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Zalina Yahya . Petikan Akhbar.Bahasa Baku Pastikan Keseragaman Penyampaian Ilmu. 5 Januari 2000. 6. Zalina Yahya. Petikan Akhbar Berita Harian.Memasyarakatkan dan Menghayati Sastera Kita.3 Jun 2000 7. Yusfarina Mohd Yussof. Bahasa Melayu kini . Dewan Bahasa dan Pustaka. April 2011. ms.14 8. Firdaus Abdullah. Perbaharui iltizam terhadap bahasa Melayu . Utusan Malaysia. 09.10.2009. ms.11 19