Anda di halaman 1dari 6

ISL MINGGU 5

DALCROZE Jaques Dalcroze berkata; setiap murid harus memperkembangkan kebolehan untuk melahirkan apa yang didengarinya dengan kedamaian, berkesan dan penuh pengetahuan melalui gerakan sebelum menukarkan bentuk perasaan / fizikal kepada hasil muzikal (suara atau permainan alat muzik) atau tahap pengetahuan muzik (Solfa, Solfa berirama dan improvisasi).

PENGENALAN KAEDAH DALCROZE

Dalcroze telah memperkenalkan kaedah eurythmics mempelajari dan mengekspresikan muzik melalui pergerakan

Sebab: pelajarnya cekap dari segi teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi pemahaman muzik

Kaedah ini menggabungkan pergerakan, rentak dan improvisasi Pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan kreatif seharusnya menggabungkan tiga-tiga aspek ini.

ISL MINGGU 5

KAEDAH DALCROZE

Kaedah Dalcroze menegaskan bahawa; Tubuh badan pelajar dianggap sebagai peralatan muzik dalam

menginterpretasikan bunyi, Tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam mempelajari muzik

Tujuan kandungan kurikulum; Memperkembangkan kebolehan pelajar untuk merasa, mendengar, mencipta, berimaginasi, berhubung, mengingat, membaca, mempersembahkan dan menginterpretasikan muzik Kepekaan terhadap rentak, kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot dikembangkan secara serentak EURYTHMICS (gerakan harmoni tarian & muzik) Menggunakan pergerakan kinetik untuk membina kemahiran dalam muzik Kaedah ini merupakan kaedah yang efektif bagi mewujudkan suasana & pengalaman pembelajaran yang bermakna

ISL MINGGU 5

SOLFEGE (solfa)

Kemahiran mendengar, berfikir & beritma Solfa Dalcroze sangat unik apabila digabungkan dengan eurythmics, ia menggabungjalinkan hubungan pic pendengaran, kemahiran berfikir & pembinaan kemahiran ritma melalui eurythmics; menggunakan suara untuk belajar

PENEKANAN DALAM KAEDAH DALCROZE Kepentingan pengalaman peribadi dalam pembelajaran Pergerakan tubuh badan sebagai asas kepekaan terhadap rentak Kepentingan hubungan antara masa, ruang dan tenaga dan antara muzik dan pergerakan Minda dan tubuh hendaklah sentiasa dalam keadaan seimbang dan harmoni

CIRI KEMAHIRAN ASAS PERGERAKAN & NYANYIAN

Pendengaran dalaman iaitu kebolehan mengenali sensasi yang dirasai melalui pergerakan dan bunyi

Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui pergerakan ditukar kepada perasaan yang kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula akan memproses maklumat dan menukar maklumat yang diterima menjadi pengetahuan

RANCANGAN PENGAJARAN DALCROZE Guru perlu beranggapan bahawa kanak-kanak mungkin mempunyai sedikit pengetahuan formal -minda yang lebih sensitif(mudah menerima sesuatu pembelajaran yang baru) Kanak-kanak perlu dibimbing untuk menyelesaikan sesuatu perkara -daripada bimbingan ini, kanak-kanak akan mudah untuk mengingati sesuatu (kenangan)

ISL MINGGU 5

Murid tidak harus disalahkan sekiranya berlaku kekeliruan semasa proses pengajaran -Ianya disebabkan oleh guru itu sendiri yang tidak menggunakan cara yang betul ketika menerangkan sesuatu perkara

Sekiranya murid dapat mempelajari sesuatu pergerakan, mereka akan merasa gembira - mereka tidak akan berasa jemu untuk belajar

PERANAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah-langkah pengajaran perlulah mengikut urutan yang betul. Menggalakkan semua murid bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seorang murid lain (jika ada). Mengulangi pergerakan yang telah dipelajari sebelum ini Peka terhadap tanda tekanan dan keletihan yang ditunjukkan oleh murid Guru hendaklah memastikan pergerakan yang diajar sesuai dengan bahagian tubuh berdasarkan tempo, irama dan jenis gerakan Murid perlu berlatih dengan menggunakan pelbagai kemahiran dalam sesuatu persembahan Menggunakan tempo / irama yang sesuai dengan pergerakan

PENGAJARAN DAN PEMBEAJARAN DAPAT MEMBANTU MURID Menggunakan semua deria semasa belajar - kelima-lima deria dapat digunakan semasa melakukan pergerakan (mata=melihat, telinga=mendengar alunan muzik) Meneroka gerakan tubuh badan mereka - mengawal pergerakan tangan untuk menepuk dan kaki untuk menghentak Menggunakan imaginasi dalam kreativiti

ISL MINGGU 5

- membuat pergerakan ombak Menjadi peka kepada ruang sekeliling mereka - menggunakan ruang semaksima yang mungkiN Lebih fleksibel dalam membina koordinasi keupayaan motor - pergerakan yang seiring (gerakan tangan dan kaki yang serentak mengikut irama) Meluahkan perasaan melalui gerakan tubuh dan bunyi - muzik perlahan untuk perasaan yang sedih dan sebaliknya Menggunakan minda bagi mengawal tubuh - ikut arahan guru bagi mengelakkan kecederaan Membina kemahiran seperti yang diarahkan - imitation (tiru apa yang dibuat) Membina kemahiran berfikir - murid-murid boleh menyumbangkan idea

KESIMPULAN Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Dalam kehidupan seharian, kanak-kanak berkomunikasi secara verbal dan bukan verbal melibatkan pergerakan estetik yang menjurus kepada isyarat yang merupakan gambaran kepada emosi dalaman, jiwa dan pemikiran mereka

ISL MINGGU 5