Anda di halaman 1dari 10

TUTORIAL:SIMULASI ADAT MAKAN KAUM CINA

AKTIVITI SIMULASI
Membuat simulasi lakonan tentang sebuah keluarga besar Cina yang sedang makan malam.

PENGENALAN
Secara lazimnya, adat makan kaum Cina terbahagi kepada tiga peringkat iaitu adat sebelum makan,semasa makan dan selepas makan. Terdapat juga beberapa pantang larang yang harus dipatuhi dalam adat makan kaum ini. Secra amnya,makanan dihidang serentak dan setiap individu akan dihidangkan dengan nasi dan mereka akan memilih lauk pauk sendiri.

ADAT SEBELUM MAKAN


Ketika di meja bulat-semua ahli keluarga samasama menjamu selera di meja makan sebagai tanda hormat. Menjadi adat dan rutin untuk minum sup dahulu sebelum menjamah nasi. Orang yang lebih tua akan memulakan memegang penyepit terdahulu,kemudian barulah orang muda-sebagai tanda hormat. Ornag yang lenih muda akan mempelawa orang yang lebih tua untuk makan.

ADAT SEMASA MAKAN


Tidak digalakkan untuk bercakap dan berbual. Terdapat tiga cara makan:
1. Mengambil lauk dari hidangan dengan menggunakan sudu,kemudian makan menggunakan penyepit. 2. Memasukkan lauk yang diinginkan di dalam satu mangkuk kecil terlebih dahulu sebelum makan seperti biasa. 3. Mengambil lauk terus dari hidangan ke dalam pinggan nasi dengan menggunakan penyepit.

Dianggap tidak bersopan jika menjilat hujung penyepit. Letakkan penyepit di tempat yang disediakan dan jangan berebut-rebut. Pastikan anda menunggu giliran apabila memusing bulatan pemusing.

ADAT SELEPAS MAKAN


Setelah selesai makan,penyepit diletakkan di atas mangkuk. Arah penyepit harus menghala ke depan. Menjadi adat kaum Cina untuk menunggu semua ahli selesai makan di meja sebelum bersurai. Seperti biasa orang perempuan akan mengemas meja setelah selesai makan.

Alatan ketika makan


Penyepit (chopstick) Susu Mangkuk nasi Mangkuk lauk Piring kicap

Pantang Larang
Tidak meletak pingggan dekat dengan mulut ketika menyuap makanan. Tidak boleh mencuri makan/lauk dari dalam kuali. Tidak menghasilkan bunyi ketika mengunyah makanan. Setelah selesau makan,penyepit yang digunakan tidak diletakkan secara bersilang. Nasi tidak boleh disediakan secara menggunung kerana membawa petanda yang tidak baik (mati)

Anda mungkin juga menyukai