Anda di halaman 1dari 48

TAMADUN CINA

PENGENALAN
KONSEP TAMADUN CINA PERKEMBANGAN TAMADUN CINA PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM NILAI INTERAKSI TAMADUN CINA DENGAN TAMADUN LUAR

MASYARAKAT DAN BUDAYA


AGAMA DAN FALSAFAH POLITIK DAN PEMERINTAHAN

KESIMPULAN

PENGENALAN
Tamadun Cina merupakan salah sebuah tamadun tertua di dunia dan masih berterusan serta berkesinambungan sehingga kini. Sepanjang sejarah, ia pernah dicabar oleh tamadun lain tetapi tidak pernah diserap ke dalam tamadun lain. Terdapat ciri-ciri unik yang dimiliki oleh Tamadun Cina sehingga ia mampu terus kekal sebagai sebuah tamadun yang berwibawa. Warisan peninggalan tamadun ini juga masih memberi kesan kepada perkembangan Tamadun Cina sehingga kini.

PENGENALAN PENGENALAN

Tamadun Cina adalah antara tamadun tertua dunia

KONSEP TAMADUN CINA


Tamadun ini bermula di Tanah Besar China dan berkembang di wilayah-wilayah lain seperti perkembangan budaya Cina di Asia Tenggara, benua Australia, Pulau Formosa, Amerika Utara dan Eropah.

Walaupun terdapat beberapa perbezaan yang nyata antara tamadun dan budaya di Tanah Besar China dengan budaya masyarakat Cina di kawasan-kawasan lain, namun kepercayaan dan sifat-sifat budaya Cina yang berasal dari tanah besar masih diamalkan di kebanyakan kawasan-kawasan yang lain

Peta Tamadun Cina 2011

KONSEP TAMADUN CINA BANGSA CINA


LIMA KUMPULAN ETNIK HAN HUI MANCHU MONGOL ZANG

Bangsa cina KONSEP TAMADUN CINA


GABUNGAN 5 ETNIK BESAR

ZHONGHUA MINZU BANGSA TIONGHUA

BANGSA CINA KONSEP TAMADUN CINA


NAMA BANGSA CINA BERUBAH2

PERINGKAT AWAL

DINASTI HAN

DINASTI TANG

HUAXIA

HAN

TANG

Latar Belakang
Konsep negara dalam Tamadun Cina disebut sebagai Zhong Guo (Tiongkok) bermaksud Negara Tengah. Konsep tersebut bersesuaian dengan lokasi negara China yang dikatakan terletak di tengah-tengah kawasan yang diketahui dunia dan dikelilingi oleh negara-negara yang berstatus rendah lain yang memberi penghormatan bunga emas. Sementara itu, konsep Zhong Hua (Tionghua) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kirakira 3,500 tahun di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun, negeri atau negara walaupun terdapat beberapa tamadun dan negara di sekitarnya. Istilah Zhong Hua merupakan gabungan istilah Zhong Guo dan Hua Xia yang bermaksud konsep wilayah tanah jajahan pemerintahan dinasti Cina (bangsa Han) yang mengamalkan budaya Zhong Yen. Sebelum dan semasa Dinasti Han, Zhong Guo mempunyai tiga maksud berbeza iaitu:

Latar Belakang
Sebelum dan semasa Dinasti Han, Zhong Guo mempunyai tiga maksud berbeza iaitu: 1. Kawasan di persekitaran ibu negara dan kawasan jajahan. Maksud Zhong Guo diperjelaskan dengan secara khusus dan terang dalam Buku Pantun. 2. Kawasan yang berada di bawah pemerintah pusat. Rekod sejarah mengatakan, terdapat lapan gunung terkenal dalam empayar ini, tiga daripadanya merupakan milik orang bawahan Man dan Yi, manakala lima berada di dalam Zhong Guo. 3. Kawasan yang kini dipanggil Kawasan Dataran China Utara. Buku Sanguo Zhi merekodkan monolog berikut: Jika kita mahu memujuk hos Wu dan Yue (kawasan di selatan wilayah Jiangsu dan utara wilayah Zhejiang) untuk menentang Zhong Guo, kita mestilah memutuskan hubungan dengan mereka pada masa terdekat. Dalam konteks ini, perkataan ini sama dengan maksud Hua () dan Xia ().

KONSEP Latar Belakang


KONSEP NEGARA

ZHONG GUO/ TIONGKOK

ZHONG HUA

NEGARA TENGAH

ZHONG GUO + HUA XIA

WILAYAH TANAH JAJAHAN DINASTI CINA (HAN), BERBUDAYA ZHONG YEN

PERKEMBANGAN TAMADUN CINA


Peradaban Cina bermula dengan pertumbuhan kebudayaan masyarakat Neolitik di Yangshao dalam wilayah Shanxi, sementara kebudayaan di Longshan berpusat di wilayah Shandong. Peradaban zaman gangsa pula mengambil alih zaman Neolitik dengan penggunaan peralatan besi dan ia terletak di wilayah Jiangxi. Raja China pertama, iaitu Huang Di (2697 SM), bertanggungjawab dalam membawa peralihan ke zaman gangsa. Pada masa ini, kegiatan ekonomi lebih sempurna dengan aktiviti penternakan, pembinaan empangan dan penenunan sutera. Hasil kesatuan kumpulan dan keluarga yang kuat telah menyebabkan kemunculan kerajaan-kerajaan berbentuk dinasti. Dinasti Xia (2205-1766 SM) merupakan dinasti awal ditubuhkan oleh Raja Yu. Beliau dikenali sebagai pemerintah mistik yang menjadi penaung kepada pertanian. Kedudukan beliau dikatakan memba untuk mengelakkan banjir dan mengawal arus air di Sungai Kuning.

Kebudayaan dan Pemerintahan Dinasti-Dinasti Tamadun Cina


Zaman
Kebudayaan Yangshao Kebudayaan Longshan Dinasti Xia, Shang dan Zhou Musim Bunga dan Luruh serta Negara Berperang Dinasti Qin Dinasti Han Dinasti Wei, Jin dan Selatan serta Utara Dinasti Sui Dinasti Tang Lima Dinasti dan Sepuluh Negara Dinasti Song Dinasti Yuan

Tempoh
Kira-kira 5000 SM Kira-kira 2000 SM 2100 S.M-771 SM 770 SM-221 SM 221 SM-207 SM 206 SM-220 M 220 M-581 M 581 M- 618 M 618 M-906 M 907 M-960 M 960 M-1279 M 1271 M-1368 M

Dinasti Ming
Dinasti Qing

1368 M-1644 M
1644 M-1911 M

PERKEMBANGAN TAMADUN CINA


Terdapat tiga ciri yang dimiliki oleh Tamadun Cina dalam proses revolusi perindustrian. Pertama, Tamadun Cina telah memberi sumbangan kepada peradaban manusia pada tahap pertanian namun proses perindustriannya agak ketinggalan dan hanya bermula setelah 200 tahun di belakang kebanyakan negara-negara Barat. Kedua, China berhadapan dengan banyak kesukaran dalam proses perindustriannya apabila segelintir golongan elitnya berusaha keras untuk memajukan perindustrian pada setengah abad ke-20. Akan tetapi kempen mereka gagal kerana tekanan pemikiran dan sikap tradisi sehinggalah pada penghujung abad ke-20 apabila proses perindustrian ini dimulakan oleh kepimpinan Parti Komunis. Ketiga, dalam tiga tahun semenjak China melaksanakan dasar reformasi dan terbuka, China kini menyaksikan perubahan baru dalam lembaran sejarah perkembangan Tamadun Cina. China kini telah menyarankan pelan pembangunannya, iaitu Scientific Outlook on Development berteraskan orientasi-manusia, komprehensif, berkoordinasi dan seimbang yang mengambil kira keperluan untuk mengintegrasikan kehidupan manusia dan alam sekitar. Di peringkat aplikasinya, ia telah meletakkan integrasi kepentingan sosial, ekonomi dan persekitaran sebagai matlamat utama dalam semua aktiviti. Ia juga telah mengoptimumkan dan menggabungkan tindakan oleh pihak kerajaan, syarikatsyarikat dan orang awam.

PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM NILAI


Masyarakat Cina memiliki pandangan mereka tersendiri terhadap kehidupan dan alam semesta keseluruhannya. Pandangan semesta dan nilai mereka banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah, etika dan moral serta agama yang dianuti atau diamalkan

Konsep Tian
Tian merujuk kepada langit (ketinggian) iaitu syurga (heaven), dewa yang dipuja atau disembah. Semasa zaman Dinasti Zhou, Tian merujuk kepada: Sumber kewujudan kepada seluruh makhluk di dunia. Yang maha agung yang mengatasi segala sesuatu. Penentu nasib sesebuah dinasti. Penentu kebahagiaan dan kesengsaraan insan. Raja juga dikaitkan dengan Tian iaitu, sebagai wakil tuhan untuk mentadbir bumi, bertanggungjawab menjaga keamanan dan keadilan. Jika keadaan sebaliknya berlaku kepada pemerintah atau raja, tuhan akan menarik balik kuasa yang diberikan.

Konsep Dao
Dao dari segi bahasanya bermaksud jalan (the way) iaitu, cara bagaimana sesuatu kelakuan atau tabiat baik dan buruk dilakukan oleh seseorang. Kung Fu-Tze menganggap konsep Dao sebagai satu hukum moral yang harus dipatuhi oleh seseorang. Dao juga bermaksud semula jadi dan keadaan harmoni (tabii/nature). Prinsip agung yang mutlak, asal usul semua makhluk (wanwu). Dao bersifat azali (primodial), di mana semua manusia berasal dan akan kembali pada akhir hayat.

Konsep Di/Ti
Konsep ini merujuk kepada bumi. Penggabungan perkataan Tian dan Di, melahirkan konsep alam fizikal. Dalam teori Ying dan Yang, Tian dirujuk sebagai proses penciptaan makhluk dan akan bertindak untuk memeliharanya. Walau bagaimanapun, Di boleh dianggap makhluk yang unggul iaitu Shangdi. Bagi masyarakat cina, Di juga dirujuk sebagai dewa tertinggi yang menguasai dewa lain

Konsep Taiji, Ying Yang dan Wuxing


Konsep Taiji merujuk kepada satu hakikat yang mutlak (the ultimate reality). Dalam kitab Yijing (The Book of Changes) dinyatakan bahawa tiada sebarang batasan bagi diri Taiji. Sementara itu konsep Ying dan Yang ialah konsep pertentangan antara aspek positif dan negatif. Konsep Ying dan Yang ini mempunyai kaitan dengan konsep Wuxing. Fasa pertukaran bergilir dwikutub dengan lima elemen (wuxing) iaitu logam, kayu, air, api dan tanah akan menjadikan sesuatu. Lima elemen Wuxing saling mempengaruhi antara satu dengan yang lain. Manifestasi kuasa ying yang dan lima elemen merupakan proses putaran yang tiada pengakhiran. Perubahan berterusan ini diumpamakan sebagai pergerakan dao

Konsep Tian dan Insan


Konsep kesepaduan ini bermaksud bahawa insan adalah sebahagian daripada Tian. Dalam hal ini, memperlihatkan bahawa hubungan antara insan dan Tian yang sangat akrab. Oleh kerana hubungan antara Tian dan insan yang begitu rapat, maka segala kesalahan yang dilakukan oleh manusia akan menyebabkan bencana alam. Ia merupakan tanda kemarahan dan amaran Tian kepada manusia.

Konsep Zong Yong


Konsep kesederhanaan (The Golden Mean) merupakan sifat mulia yang tidak melampaui sama ada terlebih atau terkurang. Pegangan ini tidak mengambil jalan kekerasan sebagai penyelesaian masalah, bahkan mengamalkan sikap tolak ansur dan toleransi dalam menghadapi sebarang masalah

INTERAKSI TAMADUN CINA DENGAN TAMADUN LUAR


Latar belakang pembentukan Tamadun Cina yang terdiri daripada berbilang kumpulan etnik, membentuk interaksi dalam kebudayaan Cina dan dunia luar yang bermula daripada zaman Xia (kurun ke-21 SM hingga ke -16 SM). Faktor sistem politik yang berwibawa, kuat dan stabil, serta pencapaian tahap kemajuan yang lebih tinggi mendorong perkembangan kebudayaan Cina ke rantau lain, sama ada di kawasan berdekatan atau di rantau jauh. Lingkaran kebudayaan Cina meliputi kawasan Korea, Jepun dan Vietnam manakala hubungan dengan rantau seperti Asia Tenggara, India, Timur Tengah dan Eropah turut dijalinkan

INTERAKSI TAMADUN CINA DENGAN TAMADUN LUAR


Hubungan Malaysia dengan China dipercayai telah bermula sebelum kegemilangan Kerajaan Melaka, tetapi hubungan ini bertambah baik apabila Laksamana Cheng Ho, yang di hantar Maharaja China untuk berdagang dengan kerajaan Melaka diterima baik oleh Sultan Melaka. Asalnya hubungan perdagangan ini telah bertukar kepada hubungan perkahwinan apabila Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Melaka.

INTERAKSI TAMADUN CINA DENGAN TAMADUN LUAR


Tamadun Cina dan Tamadun India dikatakan bertembung di Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan. Keduadua tamadun ini mempunyai keagungan masingmasing dan interaksi antara dua tamadun ini, telah membuka lembaran baru dalam konsep kepercayaan Buddha. Ajaran Buddha yang konsepnya hampir menyerupai konsep Daoisme senang diterima masyarakat Cina, sehinggakan dalam tempoh yang singkat, orang-orang Cina telah berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi yang dinamakan Tripikata yang terdiri dari kandungan kitab Mahayana dan Hinayana.

INTERAKSI TAMADUN CINA DENGAN TAMADUN LUAR


Walaupun interaksi antara Tamadun Cina dengan Tamadun Barat berlangsung agak lewat, pertembungan dua tamadun ini banyak memberi kesan positif kepada kecemerlangan tamadun dunia hari ini. Tamadun Barat yang terkenal dengan kemajuan sains, telah menggunakan kesempatan ini sepenuhnya apabila mengkaji secara lebih mendalam empat penemuan agung Tamadun Cina. Tamadun Cina yang mengutamakan etika dalam pengurusan masyarakat dan negara dianggap oleh para intelektual Cina sebagai penghalang kepada kemajuan sains dan teknologi. Pertembungan tamadun ini telah menyedarkan para intelektual Cina supaya melancarkan satu revolusi yang dikenali sebagai Gerakan Kebudayaan Baru dalam usaha untuk memajukan negara China khususnya dan Tamadun Cina secara umum.

MASYARAKAT DAN BUDAYA


Jumlah penduduk China kini dianggarkan seramai 1.3 bilion. Dengan populasi dunia kesemuanya dianggarkan sebanyak 7.2 bilion, China merupakan rumah kepada lebih kurang 20% daripada manusia di dunia ini. Didapati terdapat lebih daripada 100 etnik wujud di China. Dalam pada itu, jumlah etnik yang diiktiraf oleh Kerajaan Republik Rakyat China adalah sebanyak 56 etnik. Walau bagaimanapun, bangsa Han tetap merupakan bangsa terbesar di wilayah tersebut. Semasa era pemerintahan Mao Zedong, China telah melaksanakan dasar mengurangkan kawalan jumlah kelahiran bagi mempromosikan usaha meningkatkan jumlah penduduknya. Namun begitu, oleh kerana berhadapan dengan kepadatan penduduk yang tinggi, Kerajaan Republik Rakyat China melancarkan satu polisi kawalan kelahiran yang secara amnya dikenali sebagai dasar seorang anak untuk satu keluarga.

MASYARAKAT DAN BUDAYA


Struktur sosial masyarakat Cina berasaskan sistem keluarga yang memberi penekanan kepada keluarga sebelah bapa (patrilineal) dan pemusatan kuasa oleh kaum lelaki (patriachy). Masyarakat Cina juga menitikberatkan persoalan sistem nilai dan etika. Sebagai contoh, walaupun kuasa politik raja bersifat mutlak, namun dari segi praktikalnya kuasa raja adalah terhad kerana tindak-tanduk raja dikawal oleh undang-undang moral sejak zaman berzaman seperti amalan berdasarkan sistem etika konfusius dan kepatuhan kepada keanggotaan Majlis Tertinggi

MASYARAKAT CINA MASYARAKAT DAN BUDAYA


SISTEM KEMASYARAKATAN BERASASKAN SISTEM KEKELUARGAAN SISTEM KELUARGA KEUTAMAAN KUASA BAPA MEMBUAT KEPUTUSAN MENGATUR PERKAHWINAN ANAK

KUASA BAPA DAN BUDAYA MASYARAKAT (patriachy)


WARIS SEBELAH BAPA PEMERINTAHAN BERPUSATKAN KUASA BAPA

ANTARA PENGARUH KUASA BAPA DALAM MASYARAKAT CINA

KEDUDUKAN SUAMI DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI

KEUTAMAAN ANAK LELAKI BERBANDING ANAK PEREMPUAN


PERTALIAN DARAH & KAUM KERABAT

KERANGKA MASYARAKAT CINA MASYARAKAT DAN BUDAYA


SANGKANG

RAJA - PEMBESAR

BAPA - ANAK

SUAMI - ISTERI

MASYARAKAT DAN BUDAYA


Hirarki masyarakat berdasarkan jenis pekerjaan, masyarakat Cina terbahagi kelas utama Pertama: Golongan bijak pandai yang amat berpengaruh, menjadi penasihat dalam pentadbiran mahupun dan mengawasi tingkah laku. Kedua: Golongan petani yang dipandang mulia kerana membekal makanan asasi dalam kehidupan manusia. Ketiga: Golongan tukang dan penggiat seni yang dianggap mahir dalam bidang masing-masing. Keempat: Golongan pedagang yang dianggap pengaut keuntungan yang keterlaluan. Kelima: Golongan hamba yang biasanya bekerja sebagai pembantu rumah. Dalam keadaan getir, keluarga Cina yang agak miskin adakalanya terpaksa menjual anak perempuan untuk dijadikan hamba khususnya ketika kebuluran.

MASYARAKAT DAN BUDAYA


LI
TATASUSILA/ PERATURAN SOSIAL

YI
KESAKSAMAAN

ZHI
HIKMAH

REN
KEMANUSIAAN

TEORI KONSEP WU CHANG

XIN
AMANAH

KERANGKA MASYARAKAT CINA MASYARAKAT DAN BUDAYA

SISTEM ZONG FA

KEPENTINGAN HUBUNGAN DARAH DALAM MENGAWAL KERANGKA KELUARGA & SISTEM BANGSA

AGAMA DAN FALSAFAH Konfusianisme


Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze (551 SM-479 SM), yang merupakan seorang tokoh yang berketurunan bangsawan. Beliau dikenali sebagai ahli falsafah dan pendidik. Ajaran Konfusius merangkumi aspek falsafah, pendidikan, sosial dan politik yang terkandung dalam kitab Lun Yu (Analects). Ajaran ini menekankan amalan dan nilai mulia sepeti ren (kemanusiaan), li (kesopanan), xiao (ketaatan kepada ibu bapa).

Ajaran Konfucius digabungkan dalam empat kitab utama iaitu, Lun Yu, Meng Zi, Da Xue, Zhong Yong yang dipanggil sebagai Si Shu (Empat Buku) oleh Konfusius dan Pelajarnya.
Ajaran Konfucius sangat teliti menyebabkan kebanyakan ajaran diwarisi dan diamalkan sehingga kini. Nilai ini diamalkan dan diteladani oleh khususnya dalam kalangan orang yang bermoral dan mulia yang dikenali sebagai junzi.

AGAMA DAN FALSAFAH Konfusianisme

AGAMA DANCINA BUDAYA FALSAFAH Konfusianisme


SI SHU Organisasi personaliti manusi Objektif pembangunan manusia Teori-teori pembelajaran manusia T eori-teori asuhan dan pendidikan anak-anak.

AGAMA DAN FALSAFAH Buddhisme Cina


Ajaran ini merupakan salah satu kepercayaan yang mempengaruhi budaya dan pandangan semesta masyarakat Cina. Ia mula tersebar ke China sejak kurun pertama Masihi iaitu semasa Dinasti Han. Namun begitu, ajaran ini telah mengalami perubahan sehingga menjadi satu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan dan dikenali sebagai Buddhisme Cina.

AGAMA DAN FALSAFAH Daoisme / Taoisme


Ajaran ini diasaskan oleh dua orang pemikir agung iaitu Laozi (604 SM) dan Zhuangzi (369 SM-865 SM). Taoisme terbahagi kepada dua cabang pemikiran iaitu pemikiran falsafah dao (daojia) dan aliran keagamaan dao (daojiao) yang terkandung dalam Dao de Jing.

AGAMA DAN FALSAFAH Aliran Fa (Legalisme)


Aliran ini terangkum dalam tiga cabang iaitu, Fa (undangundang), Shi (autoriti) dan Shu (kaedah). Ia dirumus oleh ahli falsafah Cina, iaitu Han Feizi dan dilaksanakan semasa pemerintahan Dinasti Qin oleh Qin Shi Huangdi. Aliran ini mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah ke atas rakyat bagi tujuan untuk menyatukan negara. Selain itu, untuk memperkukuhkan kesatuan dan pertahanan negara, pemerintah China juga telah membina Tembok Besar China khususnya bagi mengelak serangan musuh di bahagian utara.

AGAMA DAN FALSAFAH Islam


Agama Islam diperkenalkan di China melalui jalan darat dan laut seawal kurun ke-7 Masihi. Orang pertama tiba di negara China ialah utusan daripada Khalifah Uthman ibn Affan. Berdasarkan catatan sejarah, dua orang sahabt nabi iaitu Saad Lebid RA dan Yusuf RA telah berdakwah masing-masing di wilayah Chuan Chow dan Kwang Tung (Ibrahim Ma, 1991). Semasa peringkat awal penyebaran Islam, pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di China telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Quanzhou. Sementara itu, pedagang yang melalui Laluan Sutera di kawasan Parsi dan Afghanistan pula telah membentuk masyarakat Islam di Xian. Kemuncak kegemilangan Islam di China ialah semasa pemerintahan Dinasti Yuan. Sumbangan tokoh Islam amat menyerlah dalam pembangunan Tamadun Cina dalam pelbagai bidang ilmu seperti astronomi, pelayaran, pembinaan takwim dan kalendar, perubatan serta sains dan teknologi.

AGAMA DAN FALSAFAH Islam

POLITIK DAN PEMERINTAHAN


Pemikiran politik tradisional Cina banyak dipengaruhi oleh aliran-aliran falsafah Konfusianisme, Daoisme, Moisme dan aliran Fa sehingga kini. Secara umumnya, sistem politik di China berteraskan dinasti yang bersifat feudal. Semasa melaksanakan pemerintahan, secara praktisnya sesebuah dinasti akan berpegang kepada satu ajaran falsafah yang berbeza antara satu falsafah dengan falsafah yang lain. Konfusianisme menekankan pemerintahan berasaskan etika manakala Moisme menekankan pemerintahan berasaskan berkebajikan. Sementara itu, Daoisme pula menekankan pemerintahan berdasarkan tabii (wuwei). Berbeza dengan aliran falsafah sebelumnya, aliran Fa menekankan pemerintahan berteraskan perundangan dan undangundang. Namun begitu setelah Revolusi 1911, struktur dan sistem pemerintahan republik diperkenalkan yang menandakan berakhirnya corak pemerintahan tradisi berbentuk dinasti.

KESIMPULAN
Tamadun Cina mempunyai ciri-cirinya yang unik dan tersendiri. Tamadun ini merupakan tamadun yang berpengaruh dan berwibawa dari sejak kelahiran sehingga berkembang pesat pada zaman moden kini. Perkembangannya kini banyak dipengaruhi oleh latar belakang, cara hidup, pemikiran, pandangan semesta dan falsafah etika yang diamalkan sejak zaman berzaman.