Anda di halaman 1dari 1

Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Semua individu perlu menjaga kesihatan diri sendiri supaya kita hidupdalam keadaan yang sihat sejahtera. Ada beberapa cara untukmemastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Cara yang utama ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri.Contoh menjaga kebersihan diri ialah seperti mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, memakai pakaian yang bersih sertamemastikan kawasan sekeliling rumah bersih .Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutamamakanan yang berzat. Kita mestilah makan makanan yang mempunyaivitamin dan mineral yang tinggi. Kita tidak perlu mengambil makananringan atau makanan segera kerana makanan ini tidak menjaminkesihatan yang sempurna. Malah, aktiviti bersenam juga boleh menjamin kesihatan yang baik.Senaman boleh mengeluarkan peluh. Oleh itu toksik di dalam badandapat dikluarkan.Ini dapat mengelakkan jangkitan penyakit. Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Pemeriksaan yang berjadualsebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal. Segalanasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu. Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawabyang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baikbukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapimemberikan satu kehidupan yang sejahtera kepada diri dan keluarga.