Anda di halaman 1dari 2

ABU BAKAR AS-SIDDIQ

RIWAYAT HIDUP ABU BAKAR Nama sebenarnya : Abdullah bin Abi Quhafah Dilahirkan di Mekah pd th 572 masihi, 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah Berasal dari keturunan bangsawan Quraisy, Bani Tamim Ahli perniagaan berjaya yg menyumbang kpd perkembangan dakwah Islam Merupakan lelaki dewasa pertama memeluk Islam Setelah memeluk Islam beliau digelar Abu Bakar kerana beliaulah org yg mula-mula beriman dgn dakwah Rasulullah Diberi gelaran 'As- Siddiq' krn sentiasa yakin dan membenarkan setiap apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. cth : mengakui kebenaran peristiwa Isra' dan Mikraj yang dilalui oleh Rasulullah Dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama selepas Rasulullah wafat Meninggal dunia pada tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun

KEPERIBADIAN SAIDINA ABU BAKAR

Sentiasa bersopan santun Pengasih dan amat penyayang Bersifat lemah lembut Ikhlas dalam perjuangan Bercakap benar Tabah menghadapi dugaan

SUMBANGAN / PENGORBANAN DAN JASA SAIYIDINA ABU BAKAR Sumbangan dan Pengorbanan Sebelum Menjadi khalifah Mendermakan seluruh hartanya untuk membiayai peperangan Tabuk. Membebaskan penganut Islam yang disiksa dengan membayar tebusan Sentiasa bersama Rasulullah dalam semua peperangan Sanggup mengorbankan nyawanya utk menyelamatkan Rasulullah Menemani Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah Jasanya ketika menjadi Khalifah Memerangi dan menghapuska golongan murtad dan org yang mengaku menjadi nabi Memerangi golongan yang enggan membayar zakat Mengembangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah Berusaha mengumpulkan semua ayat Al-Quran

KISAH PENGORBANAN SAIYIDINA ABU BAKAR Ketika peristiwa Hijrah- Rasulullah ditemani Saiyidina Abu Bakar telah bersembunyi di gua Thur Abu Bakar telah terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat rasulullah tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan mematuk kaki Rasulullah. Lantaran menahan kesakitan dipatuk ular air matanya terjatuh ke pipi Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbananya ini tercatat didalam al Quran dalam Surah At- Taubah :ayat :40

PERLANTIKAN ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH Rasulullah tidak menetapkan atau mewasiatkan khalifah pengganti baginda sebelum bagibda wafat Perbincangan antara Muhajirin & Ansar telah memutuskan utk melantik Abu Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah. Antara sebab Sayidina Abu Bakar dipilih Abu Bakar sentiasa di sisi Rasulullah & Merupakan sahabat baik baginda Beliau yg diminta oleh Rasulullah utk mengantikan baginda menjadi imam sewaktu baginda sakit Rasulullah telah memilih beliau utk mengetuai rombongan haji pertama umat Islam PERISTIWA PERLANTIKAN ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH Setelah Rasulullah wafat- Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah dan memilih Saad Ibn Ubadah untuk mengantikan tempat Rasulullah. Setelah tindakan Kaum Ansar diketahui umum- Saiyidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah ke Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan mejoriti umat Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja. Hal ini boleh membawa perpecahan kepada umat Islam. Dalam pertemuan ini Abu Bakar mencadangklan memilih salah seorang dari dua samada Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang drp Ansar dan seorang drpd Muhajirin. Kemudian Basyir bin Saad dari gol Ansar bangun dan meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu sebagai khalifah",serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam yang hadir. Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2 tahun 3 bulan (Secara persetujuan ramai umat Islam) Peristiwa perlantikan Abu Bakar ini membuktikan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh umat Islam.Mereka sanggup mengenepikan soal keturunan demi menjaga kepentingan agama ,bangsa dab negara 1. 2. IKTIBAR DARI TOKOH 3. 4. Setiap mukmin hendaklah menjalankan ikatan silaturrahim berdasarkan iman dan taqwa tanpa mengira keturunan dan darjat. Setiap mukmin hendaklah berjihad pada jalan Allah dengan ikhlas dan sanggup bekorban jiwa, harta, tenaga, masa dan fikiran untuk agama, bangsa dan negara Umat Islam bertanggungjawab dalam pemilihan pemimpin spt menyertai pilihanraya untuk memilih ketua / pemimpin Setiap amanah hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab