Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN C Tulis beberapa pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

Pada pagi itu, Hakim tidak sempat untuk bersarapan di rumah kerana dia terlewat bangun. Apabila sampai di sekolah, dia berlari ke kantin. Setibanya di kantin Hakim tidak beratur seperti murid-murid lain. Dia terus menuju ke barisan hadapan. Seorang pengawas bernama Hanum bertugas di kantin pada masa itu. Hanum menegur perbuatan Hakim itu. Hakim tidak pedulikan teguran Hanum itu malah dia cuba menunjukkan kekuatannya. Hanum melaporkan perbuatan Hakim itu kepada guru disiplin. Guru disiplin memanggil Hakim masuk ke biliknya. Hakim diberi nasihat agar mematuhi disiplin dan tingkah laku. Pada hari itu Hakim dikenakan tindakan tatatertib atas perbuatannya itu. Sejak itu Hakim merasa menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan melanggar disiplin.

Anda mungkin juga menyukai