Anda di halaman 1dari 33

Answer:

Improve

menguntungkan? mungkin kerana warga asing ini tidak kisah dengan gaji yang rendah sedangkan rakyat negara kita ini begitu berkira dengan gaji yamg bakal diterima apabila bekerja di sesuatu tempat. mungkin pendapat ini tidak dapat diterima pelbagai pihak. saya juga tidak merasai lagi pengalaman dunia pekerjaan ini oleh itu saya kurang arif dengan perkara ini tetapi sya hanya mengutarakan pendapat berdasarkan apa yang saya perhatikan,dengar dan ketahui sahaja.

Pekerja asing di Malaysia keperluan atau pembaziran modal insan tempatan Migrasi pekerja antarabangsa bukan sahaja fenomena bagi negara penerima tetapi juga menjadi industri baru bagi negara pengeksport tenaga kerja untuk menambahkan pendapatan negara. Pengeksportan pekerja menjadi sumber pendapatan yang penting bagi negara-negara yang miskin seperti kerajaan Indonesia yang melakukan program pengeksportan tenaga kerja untuk mengatasi masalah pengangguran dan kemiskinan. Pengiriman pekerja Indonesia ke luar negara telah ditetapkan dalam Garis-Garis Besar Haluan Negara (GBHN) 1993 1998 dan 1999 2004 sebagai kebijakan eksport selain minyak. Malahan kerajaan Indonesia menyatakan bahawa penghijrahan merupakan salah satu alternatif kebijakan ekonomi bagi pembangunan ekonomi Indonesia pada masa sekarang mahu pun akan datang (Carunia Mulya Firdausy, 2000). Salah satu daripada negara di dunia yang menjadi tumpuan pekerja asing ialah Malaysia. Malaysia dianggap sebagai lubuk emas: oleh rakyat negara jiran yang miskin. Meskipun bekerja di luar negara mendatangkan berbagai masalah tetapi ianya semakin berkembang dan diakui sebagai satu pilihan untuk mengubah nasib mereka (Soijah Likin, 2004:21). Mereka pulang dan berhijrah semula sehingga membentuk suatu sistem penghijrahan yang berkesinambungan dan mengalirkan pekerja, gagasan, dan wang kepada dan dari daerah asal (M. Lala Kolopaking, 1999:312). Sistem penghijrahan yang berkesinambungan hanya menguntungkan negara pengeksport tenaga pekerja. Manakala negara penerima pula mengalami kebanjiran pekerja asing samada secara sah ataupun tidak sah. Negara penerima juga menanggung berbagai kesan sosial yang negatif akibat kebanjiran pelbagai bangsa pekerja asing. 2 Keberadaan pekerja asing di Malaysia telah sampai ke tahap berlebihan berbanding keperluan. Dua dekad yang lalu, pekerja asing hanya bekerja di sektor pembinaan dan perladangan. Pada hari ini pekerja asing terdapat di pelbagai sektor yang sepatutnya diisi oleh warga tempatan. Ia memberi gambaran bahawa kerja-kerja kolar biru hanya boleh dilakukan oleh pekerja asing. Pengambilan pekerja asing untuk bekerja di sektor perladangan dan pembinaan memang sukar dielakkan kerana kerja-kerja tersebut ditolak oleh penduduk tempatan. Penduduk tempatan mempunyai pilihan bekerja di sektor yang menawarkan pendapatan yang lumayan, selesa dan tidak bahaya. Namun yang sukar untuk diterima ialah majikan di sektor lain yang sengaja mengambil pekerja asing untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Pekerja asing dibayar upah yang murah berbanding orang tempatan (Utusan Malaysia, 21 Oktober 2007). Sikap sedemikian yang telah menyebabkan seramai 2.5 juta pekerja asing yang sah bekerja di Malaysia. Jumlah tersebut lebih besar jika dicampur dengan pendatang tanpa izin yang dipekerjakan oleh majikan-majikan yang tidak patriotik. Jika majikan menolak pendatang tanpa izin bekerja sudah pasti mereka tidak akan berada di Malaysia. Fenomena pekerja asing yang tidak sah tidak akan pernah ada atau sangat kecil jumlahnya, jika tidak ada penggunanya (Suara Pembaruan, 16 Februari 2005). Tindakan undang-undang yang tegas harus dikenakan bukan sahaja terhadap pekerja asing tidak sah tetapi terhadap majikan yang mempekerjakan mereka. Tidak mengejutkan apabila dikatakan jumlah pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini lebih ramai daripada masyarakat India, iaitu kaum ketiga terbesar di Malaysia. Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun lalu yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dan

Bahagian Perangkaan Demografi, Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah pekerja asing mencecah 1.91 juta, manakala masyarakat India 1.88 juta (Berita Harian, 12 Ogos 2007) 3 Masalah Sosial Pelbagai masalah sosial terjadi akibat kebanjiran pekerja asing. Keadaan ini disebabkan tingkah laku, nilai, norma, budaya dan sikap mereka yang bertentangan dengan tingkah laku nilai, norma, budaya tuan rumah. Walaupun sering disebut kita serumpun tetapi antara Malaysia dan Indonesia sangat berbeza. Begitu juga dengan negara-negara lain seperti Bangladesh, Pakistan walaupun majoritinya beragama Islam tetapi berbagai masalah sosial tetap wujud. Pengambilan pekerja asing dari Bangladesh pernah dibekukan pada 6 Februari 2002 kerana menimbulkan masalah moral. Mereka sering menganggu isteri atau anak gadis di khalayak ramai tanpa segan silu. Perangai yang tidak bermoral itu telah membawa pergaduhan dengan penduduk tempatan (Fokus, Julai 2002). Kebanjiran pekerja asing menjadikan rakyat Malaysia semakin tidak selesa dan selamat. Sepatutnya sebagai tetamu haruslah bersikap menghormati tuan rumah. Di mana-mana saja negara di dunia ini yang menjadi tumpuan pekerja asing menuntut hal yang sama. Mereka harus menyesuaikan diri dengan masyarakat tuan rumah. Apa yang terjadi di Malaysia adalah sebaliknya. Tuan rumah pula yang mengalah dan menyesuaikan diri dengan mereka. Sebelum kebanjiran pekerja asing kita rasa selamat untuk berada di mana saja tetapi kini ada tempat-tempat tertentu yang kita terpaksa hindari kerana dimonopoli pekerja asing. Pekerja asing di Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dari negara kurang membangun dan mundur. Budaya, nilai, norma, watak yang dibawa ke negara ini adalah ciri-ciri mental kelas ketiga. Secara tidak langsung persekitaran yang wujud adalah persekitaran negara kurang membangun dan mundur seperti pengotor, bising, kencing dan membuang sampah sesuka hati, serta tidak menggunakan kemudahan awam dengan betul. Di Kuala Lumpur pada Aidilfitri telah diserbu pendatang asing dan apabila mereka beredar maka lautan sampah yang ditinggalkan (Utusan Malaysia, 23 Oktober 2007). Kesannya kepada nilai, norma, sikap, budaya masyarakat Malaysia ialah kemuduran nilai, norma, sikap, budaya. Apakah persekitaran ini sihat untuk generasi muda membesar? 4 Kesan kebanjiran pekerja asing di negara ini juga menyebabkan masalah sosial dan penyakit. Terutamanya yang berpunca daripada pendatang tanpa izin yang sudah semestinya tidak menggunakan saluran dan prosedur yang betul untuk memasuki Malaysia. Hakikatnya, hari demi hari ia kelihatan makin sukar untuk diselesaikan. Malahan kita seakan dibuli oleh negara-negara pengeksport pekerja asing seperti Indonesia. Media massa sering menjadikan pekerja Indonesia sebagai berita untuk menunjukkan perlakuan buruk Malaysia (Utusan Malaysia, 30 September 2007). Walaupun kejadian tersebut adalah tidak benar tapi ia dapat membakar emosi bangsa mereka. Tindakan kerajaan Malaysia melaksanakan hukuman sebat pada 1 Ogos 2002 dan pemulangan pekerja tak sah telah menimbulkan kecaman dan tunjuk perasaan di depan Kedutaan Malaysia, Jakarta (Berita Harian, 28 Ogos 2002). Kerajaan melakukan tindakan tersebut demi keselamatan negara dan masyarakat yang semakin terancam dengan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing dari Indonesia. Negara penghantar tidak lagi menghormati negara penerima dan memperlakukan Malaysia seolah-olah di bawah kekuasaan mereka. Ini jelas terlihat apabila kerajaan Malaysia mengambil tindakan atau melaksanakan polisi tertentu terhadap pekerja mereka maka jalur gemilang akan menjadi mangsa dibakar. Bukan sekali tetapi telah berkali-kali. Mereka memberi isyarat seolah-olah negara penerima tenaga kerja Indonesia sepatutnya menerima saja apapun yang dilakukan oleh rakyat Indonesia kerana tanpa mereka Malaysia tidak akan dapat membina KLCC, KLIA, Putrajaya. Adilkah anggapan seperti itu? Peluh yang mereka curah untuk membina mercu tanda dan pekerjaan yang dilakukan

adalah dibayar. Gaji tersebutlah yang mengeluarkan jutaan rakyatnya dari kemiskinan dan pengangguran. Kerajaan Indonesia sendiri tidak mampu untuk mengatasi kemiskinan dan mengurangkan kadar pengangguran yang relatif tinggi (Utusan Malaysia, 20 Oktober 2007). Apatah lagi membela nasib rakyat kecil di desa-desa yang miskin dan tidak tersentuh pembangunan samasekali. Keadaan tersebut telah menyebabkan pekerja 5 Indonesia yang dihantar pulang oleh kerajaan Malaysia enggan pulang ke kampung halaman. Alasan mereka enggan pulang ke kampung halaman ialah malu dengan orang kampung, gaji yang belum diambil di tempat mereka bekerja, sukarnya mencari pekerjaan di tanah air sendiri (Kompas, 8 September 2002; 14 September 2002). Menurut Apong Herlina (aktivis perburuhan Indonesia), ramai pekerja Indonesia yang memilih kembali ke Malaysia kerana didesak oleh ketiadaan pilihan bertahan hidup di negara sendiri. Oleh kerana itulah, segala ancaman hukuman dari kerajaan Malaysia tidak mematahkan hasrat untuk kembali ke Malaysia (Kompas, 30 Ogos 2002). Malahan protes yang menuntut agar pengiriman pekerja wanita ke luar negara dihentikan telah menimbulkan bantahan di kalangan pekerja wanita Indonesia. Tragedi kemanusiaan yang menimpa pekerja wanita Indonesia tidak menjadi penghalang penghijrahan. Kejadian tersebut dipandang sebagai nasib buruk yang belum tentu menimpa mereka. Maka tidak hairanlah jika 75.2% daripada wanita yang pernah mengalami masalah ketika bekerja di luar negara masih menyimpan keinginan bekerja semula ke luar negara (M.Lala Kolopaking, 1999:126). Mungkinkah pepatah hujan emas di negara orang lebih baik di negara sendiri tidak sesuai untuk mengambarkan keadaan pekerja asing di Malaysia. Sebaliknya negara orang memberi emas, negara sendiri memberi batu adalah ungkapan yang tepat. Oleh sebab itulah pekerja asing di Malaysia merebut peluang sebaik mungkin untuk mengumpulkan wang dan harta kerana peluang tersebut tidak ada di negara mereka. Oleh kerana itu jutaan manusia Indonesia rela bekerja apa saja dan di bayar berapa pun kerana di dalam negeri mereka tidak boleh bekerja apa-apa. Walaupun bekerja membanting tulang, diperlakukan sangat hina, dan kadang dianiaya serta di perkosa, sebagian besar dari mereka tetap memilih bekerja di luar negeri daripada menganggur di kampung-kampung (Suara Pembaruan, 16 Februari 2005). 6 Walauapapun keadaannya, Malaysia tidak boleh hanyut dengan cerita duka dan sengsara pekerja asing di negara asal mereka. Keselamatan negara, kepentingan rakyat adalah isu yang lebih utama. Hal kebergantungan Malaysia kepada guna tenaga asing dan juga kesan-kesan kedatangan warga asing ini ke Malaysia demi memenuhi tuntutan ekonomi yang sedang berkembang pesat di negara ini sudah sampai masanya untuk diselesaikan secara serius. Penguatkuasaan Semua pihak harus bertanggungjawab untuk memastikan hanya pekerja asing yang layak dan sah sahaja berada di negara ini. Jika semua pihak sama ada rakyat atau pihak berwajib mempunyai sikap dan tanggungjawab untuk menjaga negara daripada unsurunsur negatif, sudah pasti masalah pekerja asing di Malaysia tidak akan separah ini. Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G.Rajasekaran berkata, rekod kemasukan pekerja asing yang amat tinggi adalah tidak munasabah. Pengeluaran permit pekerja asing dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira keperluan sebenar pihak majikan merupakan antara punca kebanjiran pekerja asing (Utusan Malaysia, 16 Oktober 2007). Skandal rasuah yang melibatkan individu-individu di Jabatan Imigresen perlu dijadikan pelajaran kepada kerajaan untuk memastikan pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah. Pihak terbabit umpama pintu rumah, jika pintu rumah hanya memilih tetamu tertentu sahaja maka keselamatan penghuninya lebih terjamin. Sekiranya pintu rumah sentiasa dibuka kepada semua maka negara kita umpama bakul sampah, pelbagai barang terdapat di dalamnya. Terdapat juga penduduk yang memberi perlindungan kepada pekerja asing tanpa izin

dengan memberi mereka kerja di kebun-kebun secara sembunyi. Pemilik kebun atau ladang menyediakan bangsal kediaman dan segala keperluan diurus oleh pemilik kebun atau ladang. Pekerja asing tidak akan keluar dari kawasan kebun tersebut sesuka hati. 7 Sesetengahnya hanya keluar dari kawasan tersebut apabila hendak balik ke negara asal atau bekerja dengan majikan lain. Keadaan ini lebih merbahaya kepada negara dan masyarakat kerana tempat persembunyian mereka yang terpencil dan tersembunyi. Pelbagai kegiatan negatif boleh dilakukan tanpa dapat dikesan oleh pihak berwajib maupun masyarakat setempat. Malahan terdapat rakyat Malaysia yang terlibat sebagai tekong/calo yang membawa masuk pekerja asing tanpa izin. Mereka hanya memikirkan keuntungan diri sendiri. Sedangkan perbuatan mereka menyebabkan kebanjiran pekerja asing yang mengakibatkan pelbagai masalah kepada negara. Jika negara mahu bebas daripada kebanjiran pekerja asing maka harus dipastikan pihakpihak yang berwajib melaksanakan kerja dengan amanah. Menjana modal insan tempatan Faktor utama yang menjadi tonggak pembangunan dan kemajuan sesebuah negara ialah modal insan dan ini yang menjadi teras kedua antara lima teras utama misi nasional Rancangan Malaysia ke 9 (RMK9). Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu membentangkan RMK9 pada 31 Mac 2006 berkata: "Kita perlu bertindak pantas. Kita mempunyai kurang 15 tahun untuk capai wawasan 2020. Kita perlu menjadikan tempoh ini sebagai tempoh yang paling produktif dan paling bermakna, demi mencapai cita-cita kita" (Utusan Malaysia, 24 Julai 2007). Justeru, sama ada berjaya atau gagal usaha menjana modal insan sendiri boleh diukur daripada bilangan pekerja asing yang masih mengaut peluang pekerjaan di negara ini. Insan adalah aset penting negara. Modal insan adalah penentu kepada survival sesebuah negara. Modal insan merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambah, ditingkatkan nilai intelek serta diperkaya modal budaya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Oleh itu, Kerajaan harus melipat 8 gandakan usaha dengan memperbanyak dan mempelbagaikan program pembangunan insan di kalangan rakyat tempatan untuk membina kekuatan fizikal, mental dan rohani. Pada masa yang sama, jangan pula kita hanya tertumpu untuk melahirkan cerdik pandai serta intelek dan meminggirkan keperluan menghasilkan golongan pekerja kolar biru. Hakikatnya negara tidak kekurangan tenaga pekerja tempatan. Pengangguran warga tempatan di Malaysia telah mencapai 90,000 orang. Manakala 242,190 orang atau 3.8 peratus daripada 6.3 juta pelajar sekolah di seluruh negara gagal menamatkan persekolahan mereka sehingga ke tingkatan lima. Di manakah mereka ini? Anak-anak ini walaupun tidak cemerlang dalam pelajaran boleh dilatih menjadi pekerja mahir atau separuh mahir. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya menjejaki mereka untuk menjana modal insan demi kepentingan ekonomi negara dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing (Berita Harian, 3 Ogos 2007). Pergantungan ekonomi negara kepada buruh asing, terutamanya dalam sektor pembinaan dan pertanian memang tidak dapat dielakkan. Sektor-sektor tersebut merupakan sektor yang masih berintensifkan buruh. Pekerja asing memang diperlukan untuk sektor yang intensif buruh tetapi majikan juga harus mencari pendekatan baru untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Pertanian cara moden harus diperkenalkan di Malaysia. Malaysia sepatutnya mencontohi petani di England yang menguruskan ladang beribu-ribu hektar tanpa memerlukan jumlah pekerja yang ramai. Kaedah pertanian di Malaysia yang mengunakan pekerja yang ramai sudah tidak sesuai diamalkan kerana negara tidak memiliki tenaga buruh yang mencukupi. Oleh itu, majikan yang kini mempunyai buruh asing perlu menggunakan tenaga kerja mereka secara optimum, selain mencari pendekatan baru, iaitu ke arah intensif modal. Pendekatan tersebut adalah seiring dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara perindustrian serta persediaan sekiranya 2 juta pekerja asing itu

kembali ke negara masing-masing. 9 Hasrat untuk menjadi sebuah negara perindustrian sukar untuk terlaksana jika Malaysia terus bergantung kepada buruh asing. Pergantungan kepada pekerja asing akan melambatkan proses pemindahan dan penyerapan teknologi terkini kerana majikan lebih berminat menggaji buruh asing kerana upah yang rendah daripada memiliki teknologi yang lebih mahal (kos tetap). Kerajaan menggalakkan pelabur menggunakan teknologi tinggi, berintensifkan modal dan intensif teknologi supaya tidak bergantung kepada terlalu ramai pekerja (Utusan Malaysia, 22 Mac 2005) Sedar atau pun tidak, kebanjiran pekerja asing juga telah merampas pekerjaan yang dilakukan oleh orang Melayu. Kebanyakan pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing adalah pekerjaan yang sebelumnya dilakukan oleh orang Melayu. Hal ini perlu dipandang serius kerana jika ia berterusan akan menimbulkan masalah ekonomi di kalangan orang Melayu. Kita tidak mahu orang Melayu merempat di bumi sendiri. Perladangan dan pertanian adalah sektor-sektor yang orang Melayu telah lama bertapak dan mempunyai kelebihan. Punca orang Melayu tidak mahu bekerja di sektor tersebut harus dikaji. Apakah kerana malas atau manja? Apakah gaji yang rendah dan cara pertanian yang tradisional telah menyebabkan pertanian dan perladangan tidak menarik minat generasi muda orang Melayu. Sektor pertanian, perikanan dan industri-industri yang berkaitan harus di modenkan agar menarik semula keterlibatan anak-anak melayu. Sektor-sektor ini berupaya memberi jaminan pulangan berjangka masa panjang. Banyak potensi yang dapat diraih; tambahan pula dengan penggunaan kaedah bioteknologi. Kita lihat pertanian di negara maju berjaya menarik minat generasi muda kerana mengamalkan pertanian moden. Jika Netherlands iaitu sebuah negara seluas negeri Pahang berupaya menjadi pengekspot barangan makanan dan pertanian kedua terbesar di dunia, tidak mustahil jika negara kita juga boleh melakukannya. Peranan kerajaan sangat diperlukan samada bantuan kewangan maupun teknikal. 10 Kesan utama apabila kita berjaya menjana modal insan sendiri dalam sektor pertanian ialah peningkatan ekonomi orang Melayu, menggelakkan kebergantungan kepada pekerja asing dan pengimportan sumber makanan daripada negara asing. Kerajaan dan semua pihak perlu mengubah minda dan merubah penilaian terhadap sektor tersebut. Orang Melayu hendaklah ke hadapan, merintis usaha menjadi petani moden memajukan sektor pertanian menggerakkan industri asas tani. Kebergantungan pekerja asing di sektor perkhidmatan seperti pembantu rumah boleh dikurangkan dengan menaikkan taraf kerjaya pembantu rumah kepada profesion yang dihormati boleh dikaji dengan lebih mendalam Menurut Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, terdapat kira-kira 310, 661 pembantu rumah di Malaysia. Selain itu untuk mengurangkan jumlah pembantu rumah adalah menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak yang selesa dan selamat. Majikan sama ada swasta atau kerajaan sepatutnya membina pusat jagaan kanak-kanak sendiri. Jika setiap majikan membina atau menyediakan ruang untuk menempatkan anak-anak pekerja maka permintaan kepada pembantu rumah tidak terlalu tinggi. Bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak lebih menarik dan terjamin bagi warga tempatan berbanding pekerjaan sebagai pembantu rumah. Langkah-langkah jangka panjang seperti outsourcing dan automasi adalah di antara strategi-strategi yang dianggap berkesan bagi mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing. Di samping itu, kita boleh memperkenalkan strategi-strategi lain yang boleh diberi pertimbangan. Ini termasuk meningkatkan penglibatan guna tenaga wanita, pengambilan pesara-pesara, tenaga kerja yang terbiar seperti golongan belia di kawasan luar bandar, memperkenalkan program kerja separuh masa, teleworking dan menempatkan semula industri di kawasan-kawasan yang kurang membangun dan mempunyai bekalan tenaga kerja yang berlebihan. 11

Tindakan restoran makanan segera dan Plus yang memperkerja orang kurang upaya sebagai pengambil pesanan dan pemberi tiket tol adalah langkah bijak untuk mengurangkan pekerja asing. Langkah ini patut diteladani oleh pihak-pihak lain. Warga tempatan tidak seharusnya terlalu memandang rendah kepada sesuatu pekerjaan. Tidak salah mencuba bidang-bidang seperti pembantu rumah, pembuatan, perladangan atau pembinaan jika tiada pilihan selain menganggur. Bukanlah itu lebih baik daripada kita melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah dan memudaratkan orang lain. Sudah tiba masanya warga tempatan mengubah persepsi terhadap pekerjaan yang dimonopoli warga asing. Fikirkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan terhadap warga asing. Fikirkan juga keamanan dan kedaulatan negara yang semakin dipinggir oleh warga asing. Kerjasama antara kerajaan, majikan-majikan serta warga tempatan dalam mengurangkan penggunaan pekerja asing memerlukan perancangan yang teliti. Bukan sahaja negara dapat menjimatkan kos-kos tertentu melalui usahasama ini, malah pihak polis dan jabatan imigresen juga tidak perlu memeningkan kepala menyelesaikan jenayah yang dilakukan oleh mereka. Keperluan yang wujud di antara majikan dan pekerja harus di isi dan pembaziran yang berlaku akibat kemasukan pekerja asing dapat dikurangkan. Keperluan diurus secara bijaksana Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) yang memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat digerakkan dengan lancar (Berita Harian, 19 Julai 2007). Di negara kita hari ini, daripada tapak pembinaan, ladang, kebun sayur, kedai makan, pasar hingga ke pejabat berhawa dingin, rumah kediaman dan pelbagai lagi lokasi, kita boleh lihat pekerja asing ini. Jumlah itu adalah angka yang tinggi. Apabila jumlah mereka terlalu ramai, kita bimbang akan berlaku kesukaran untuk mengawal pergerakan mereka. Lebih membimbangkan apabila ada yang gagal memperoleh sebarang kerja di negara ini bertindak di luar jangkaan termasuk melakukan jenayah. Kementerian Hal Ehwal Dalam 12 Negeri baru-baru ini turut membuat kenyataan bahawa warga asing bukan sahaja membanjiri pasaran pekerjaan dalam negara, malah turut menjadi hampir sebahagian daripada penghuni penjara di negara ini. Daripada 49,000 penghuni penjara, kira-kira 24,000 orang adalah warga asing. Banduan warga asing yang ramai ini bukan sahaja membebankan perbelanjaan kerajaan, malah mengakibatkan kesesakan di penjara. Itu belum lagi kos penyelenggaraan yang terpaksa dikeluarkan untuk menyara lebih daripada 10,000 warga asing yang berada di depoh tahanan Jabatan Imigresen kerana ketiadaan visa dan permit (Berita Harian, 19 Julai 2007) Tindakan untuk mengurus keberadaan pekerja asing di negara ini perlu dilakukan segera untuk mengurangkan berbagai masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow hari ini berkata cadangan menempatkan pekerja asing di satu tempat khusus boleh dikaji dengan teliti keberkesanannya (Utusan Malaysia, 8 Ogos 2007). Saranan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan itu supaya pekerja asing ditempatkan di satu tempat khusus bagi mengurangkan kadar jenayah. Ia bukan untuk menyekat kebebasan mereka bergerak tetapi mengawal mereka daripada membentuk koloni di tempat-tempat tertentu yang menganggu keselesaan penduduk tempatan. Masyarakat tempatan ingin menjalani kehidupan tanpa sebarang masalah, kerana banyak aduan diterima ekoran kehadiran warga asing yang ramai. Rumah kongsi yang didiami pekerja asing perlu digantikan dengan rumah teres tersusun dan terancang bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan golongan tersebut. Menerusi konsep rumah teres itu juga, pemeriksaan berkala boleh dilakukan dalam usaha mengelakkan masalah pekerja asing hilang. Menerusi langkah berkenaan, ia akan memudahkan tindakan pihak berkuasa jika berlaku sesuatu kes melibatkan pekerja asing. Pekerja asing juga seharusnya dihantar pulang ke negara masing-masing sebaik sahaja pekerjaan atau projek yang dijalankan selesai. Kaedah ini diamalkan di negara maju. Ini

akan mengurangkan pengangguran di kalangan pekerja asing. Dikhuatiri jika tidak 13 dihantar pulang mereka menjadi pekerja tanpa izin dan melakukan pekerjaan yang tidak bermoral untuk membiayai kehidupan di Malaysia. Apa yang paling penting perlu dilakukan untuk mengurangkan kebanjiran pekerja asing di Malaysia ialah pemantauan yang lebih rapi. Apabila satu-satu majikan membuat permohonan untuk mengambil pekerja asing, apa yang perlu dilihat dan diteliti sebaikbaiknya ialah sama ada permohonan itu wajar atau tidak. Pihak berkenaan mesti membuktikan yang mereka tidak dapat mencari pekerja tempatan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mereka. Jabatan Tenaga Manusia pula mesti membuat bancian jumlah guna tenaga yang boleh dibekalkan kepada sektor-sektor yang amat memerlukan pekerja. Langkah ini dapat mempastikan keperluan sebenar tenaga kerja dalam sektor-sektor tertentu. Semua pihak menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing lebih banyak membawa kesan buruk. Negara memerlukan pekerja asing tetapi bukan kebanjiran. Kebanjiran pekerja asing menyebabkan pembaziran modal insan tempatan dan kemunculan berbagai masalah sosial yang mengancam keselesaan rakyat dan keselamatan negara. Jika kerajaan dan rakyat Malaysia meyayangi Malaysia maka milik kita Malaysia mesti dijaga dan diurus dengan sebaiknya. Malaysia bukan sahaja kaya dengan berbagai kekayaan yang tidak dimiliki oleh negara jiran tetapi yang lebih penting adalah maruah dan harga diri. Jangan biarkan Jalur Gemilang dibakar lagi hanya kerana isu pekerja asing. Jika rakyat negara jiran sanggup berkorban apa sahaja untuk menggali lubuk emas di negara kita mengapa kita tidak sanggup berkorban apa saja untuk merampas dan menguasai kembali lubuk emas tersebut. 14 Bibliografi Firdausy, Carunia Mulya, International Labour Migration Policy and Development Strategy in Indonesia, International Migration and Structural Change in APEC Member Economies, Taipei, 19 20 October 2000). Sumber yang tidak diterbitkan Kolopaking, M. Lala, Penghijrahan Pekerja Antarabangsa dan Pembangunan Daerah Asal di Jawa, thesis Ph.D., USM, 1999. Soijah Binti Likin, Penghijrahan Dari Indonesia Ke Malaysia: Kajian Kes Tentang Pekerja Wanita Indonesia di Sungai Nibong, Pulau Pinang, thesis Sarjana, USM, 2004. Surat Kabar Berita Harian,25 February 2007; 19 Julai 2007; 3 Ogos 2007; 12 Ogos 2007; 28 Ogos 2007 Fokus, Julai 2002 Suara Pembaruan, 16 Februari 2005 Kompas, 30 Ogos 2002; 8 September 2002; 14 September 2002 Utusan Malaysia, 22 Mac 2005; 24 Julai 2007; 8 Ogos 2007; 16 Oktober 20007; 20 Oktober 2007; 21 Oktober 2007; 23 Oktober 2007, 30 September 2007 Wednesday, August 18, 2010 PENINGKATAN PERMOHONAN TARAF KEWARGANEGARAAN Kebanjiran pendatang asing seringkali dikaitkan dengan globalisasi. Pertembungan budaya memang telah berlaku di seluruh dunia semenjak zaman nenek moyang hingga kini. Sebagai contoh, dalam tahun 2000, penduduk Asia telah melebihi orang kulit putih di San Francisco menjadikannya bandar raya kedua di Amerika yang majoriti penduduknya ialah penduduk Asia selain Honolulu. Mungkin kita boleh menyorot kembali sejarah bagaimana orang-orang cina dibawa ke Tanah Melayu untuk dijadikan buruh melombong bijih timah. Ini adalah salah satu contoh kesan globalisasi. Seperti yang kita tahu, pendatang asing kelihatannya agak memonopoli sektor pekerjaan di negara ini. Perkembangan ekonomi dan pentadbiran politik di Malaysia menjadi faktor yang menarik perhatian pekerja asing. Kebergantungan Malaysia terhadap pekerja asing amat tinggi terutama dalam sektor perkhidmatan, pembinaan, perladangan, dan

pembuatan. Keadaan itu amat menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu negara Malaysia dan juga pekerja asing yang datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, China, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Pakistan, dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kemasukan secara beramai-ramai dengan izin dan tanpa izin ini menjadikan negara kita semakin pening dengan kesan-kesan yang wujud. Sikap terbuka kerajaan menerima kedatangan pekerja asing ini menjadikan Malaysia salah satu destinasi yang penting untuk penghijrahan manusia mencari kerja. Wujud pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Malaysia dan negara mereka seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian permit kerja menjadikan negara ini syurga buat mereka. Maka, dasar kerajaan yang terbuka terhadap pengambilan pekerja asing telah menyebabkan mereka sanggup datang ke sini.Namun dalam masa yang sama dasar mengutamakan pekerja asing ini telah membuatkan peluang kerja kepada masyarakat tempatan terutama golongan muda agak terhad. Seperti yang kita tahu, sektor pekerjaan warga asing tidak hanya tertumpu kepada sektor tidak professional iaitu buruh dan pembinaan malahan dalam sektor professional juga iaitu sektor sains dan teknologi. Apa yang dapat kita perhatikan di sini adalah sesuatu yang amat bercanggah antara satu sama lain. Sebagai warganegara Malaysia, bilangan mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia dikategorikan sebagai lambakan yang menyebabkan ramai di antara mereka mengganggur disebabkan tiada peluang pekerjaan. Mengapakah perkara ini boleh berlaku?Adakah jauh bezanya kualiti yang terdapat pada mahasiswa dan mahasiswi berbanding dengan warga asing yang menyebabkan mereka seolah-olah tersisih untuk diambil bekerja oleh majikan?persoalan ini yang patut kita terapkan. Sebagai penuntut pusat pengajian tinggi, kerajaan menggalakkan kita untuk menerapkan kemahiran insaniah ataupun lebih dikenali dengansoft skill yang merangkumi aspek kemahiran berfikir secara kreatif, kemampuan untuk menginterpretasi idea dan kemahiran untuk berbahasa inggeris. Tetapi mengapakah masih ramai lagi graduan yang mengganggur?Adakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memantapkan graduan selama ini adalah sia-sia?Ataupun kita sebagai mahasiswa tidak berpijak di bumi yang nyata? Antara contoh mudah yang mendorong kerajaan untuk memberikan taraf kewarganegaraan tetap kepada warga asing adalah kerana kedua-dua mendapat kepentingan mereka sendiri. Warga asing mendapat ganjaran di atas pekerjaan mereka dan kerajaan mendapat hasil di atas sumbangan mereka. Adakah kita sedar bahawa sekirannya perkara ini tidak dibendung, tidak mustahil tanah ini yang dibuka dan dimakmurkan oleh nenek moyang kita akan dihuni oleh warga asing yang langsung tiada kaitannya dengan kita. Inilah masalahnya kita sebagai bangsa melayu, kita hanya memikirkan kepentingan kita pada masa kini tanpa memikirkan warisan yang kita akan tinggalkan pada anak cucu kita pada masa depan. Mahukah anak cucu kita sebagai penghuni tanah yang indah ini merempat di bumi sendiri pada masa hadapan?sama-sama kita renungkan. Sebagai kesimpulan, kita pernah dijajah pada waktu dahulu dan sekarang warga asing kelihatannya memonopoli sektor kritikal. Mahukah kita ditindas oleh bangsa asing yang lain pula? Kedatangan mereka sukar dikawal dan globalisasi tidak boleh dielakkan, lantaran itu kita sebagai warga tempatan lah yang perlu bertindak memperkasakan ekonomi dan bangsa kita sendiri. Jangan harapkan warga asing ini dihalau balik ke negara mereka kerana hal ini tidak akan berlaku! Jangan mengaku kalah dan hanya menuding jari kepada pihak berkuasa atau warga asing ini. Bangunkanlah bangsa kita agar kita tidak merempat di negara sendiri. Posted by team bank at 4:37 PM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: tuan ahsanillah akmal PENINGKATAN PERMOHONAN TARAF KEWARGANEGARAAN Kesan kebanjiran pendatang asing di Malaysia seringkali dikaitkan dengan fenomena globalisasi. Ianya merupakan contoh pertembungan budaya yang berlaku di seluruh dunia semenjak zaman nenek moyang hingga kini. Sebagai contoh, dalam tahun 2000, penduduk Asia telah melebihi orang kulit putih di San Francisco menjadikannya bandar raya kedua di Amerika yang majoriti penduduknya ialah penduduk Asia selain Honolulu. Di Malaysia sebagai contoh di mana orang-orang cina dibawa ke Tanah Melayu untuk dijadikan buruh melombong bijih timah sehingga medapat kewarganegaraan yang tetap di Malaysia ini. Perkembangan ekonomi dan pentadbiran politik di Malaysia , menjadi faktor yang utama yang menarik perhatian warga

asing selain kekurangan tenaga kerja khususnya dalam sektor perkhidmatan, pembinaan, perladangan, dan pembuatan. Keadaan itu sememangnya menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu negara Malaysia dan juga pekerja asing yang datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, China, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Pakistan, dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kemasukan secara beramai-ramai dengan izin dan tanpa izin ini menjadikan negara kita semakin pening dengan kesan-kesan yang wujud setakat ini sebagai contoh, peningkatan permohonan taraf kewarganegaraan oleh warga asing yang ingin dititikberatkan di sini. Dalam misi mencapai wawasan 2020, kerajaan menetapkan jumlah yang tertentu bagi taraf kewarganegaraan Malaysia, tetapi apa yang dimaksudkan oleh kerajaan adalah peningkatan penduduk asal negara dan bukannya peningkatan warga asing yang mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia. Konsep ini jelas ternyata adalah salah dan adakah kita harus biarkannya terus berlaku?Mengapakah kerajaan masih mengambil lewa berkaitan dengan keadaan ini?Adakah kedatangan warga asing di Malaysia mempunyai kelebihan yang mengatasi keburukkan?Persoalan ini yang harus kita tekankan di sini. .Dikatakan suatu waktu dahulu, Malaysia menyenaraikan jumlah pengangguran di kalangan warga tempatan dengan angkanya agak membimbangkan. Adakah jumlah ini berkaitan dengan pengambilan warga asing yang tidak dikawal?Bagi yang berpendidikan pula, kerja kilang atau buruh kasar di tapak pembinaan sudah semestinya tidak sepadan dengan pendidikan yang mereka terima. Terdapat juga majikan yang mengambil pekerja asing kerana kepakaran mereka (selalunya dalam bidang sains dan teknologi) tidak terdapat pada warga tempatan. Apakah Malysia sekarang ini kekurangan tenaga kerja dalam sektor sains sedangkan ramai lagi kaum bumiputera yang menuntut di pusat pengajian mengambil jurusan ini. Sekirannya perkara ini berlaku, warga asing akan cenderung untuk memohon kewarganegaraan Malaysia dan Malaysia mungkin akan tidak teragak agak untuk menyerahkannya kerana masing-masing mendapat kepentingan mereka sendiri. Tetapi inilah masalahnya Malaysia yang majoritinya kaum melayu. Kita lebih suka untuk memikirkan kepentingan kita pada masa kini berbanding dengan apa yang anak-anak kita akan warisi pada masa depan. Bayangkan sekirannya tiada usaha yang diambil untuk mengatasi masalah ini, tidak mustahil generasi kita atau lebih tepat lagi anak anak kita akan merempat di bumi sendiri pada masa hadapan. Adakah ini yang kita harapkan?Tanah yang dibuka dan dimakmurkan oleh nenek moyang kita pada masa dahulu diwarisi oleh bangsa asing yang langsung tiada kaitannya dengan kita?Tetapi ini juga merupakan persoalan yang menarik untuk diutarakan. Adakah mahasiswa dan mahasisiwi Malaysia langsung tidak mempunyai kualiti untuk dibandingkan dengan warga asing? Adakah usaha kerajaan untuk memantapkan kualiti pelajar pusat pengajian tinggi sia-sia?Di manakah silapnya?sama-sama kita renungkan. Dewasa ini, mahasiswa dan mahasiswi digalak untuk memantapkan kemahiran insaniah iaitu lebih dikenali sebagai soft skill yang merangkumi kemahiran untuk bercakap, menginterpritasi idea, kemahiran berbahasa inggeris dan lain-lain. tetapi apakah kita sedar, adakah kita benar-benar menguasi semua aspek ini? Mungkin sudah tiba masanya kerajaan melihat semula situasi yang berlaku ini dan memantau serta menyelesaikan dengan bijaksana segala kesan yang wujud akibat kebanjiran tenaga asing di Malaysia. Umpama menarik rambut dalam tepung di mana rambut tidak putus, tepung pula tidak berselerak, begitulah juga kaedah yang harus digunapakai oleh kerajaan dalam memelihara keharmonian dan kepentingan kedua-dua belah pihak. Kita tidak mahu menimbulkan sebarang persengketaan yang mungkin menganggu keharmonian negara. Melihat kepada situasi terkini, tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam membendung atau mengurangkan kebanjiran pekerja asing seolah-olah menangkap bayang-bayang. Jangan kerana hendak meneruskan program pembangunan, kita mengenepikan sumber manusia yang merempat di bumi sendiri. Sikap terbuka kerajaan menerima kedatangan pekerja asing ini menjadikan Malaysia salah satu destinasi yang penting untuk penghijrahan manusia mencari kerja. Wujud pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Malaysia dan negara mereka seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian permit kerja menjadikan negara ini syurga buat mereka. Maka, dasar kerajaan yang terbuka terhadap pengambilan pekerja asing telah menyebabkan mereka sanggup datang ke sini. Namun dalam masa yang sama dasar mengutamakan pekerja asing ini telah membuatkan peluang kerja kepada masyarakat tempatan terutama golongan muda agak terhad. Seolah olah tiada kualiti dalam bangsa Malaysia yang menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mengambil warga asing. Ada segelintir warga asing ini sudah mempunyai MayKAD sendiri. Tidak pasti mana meraka perolehi, pernah terjadi pada diri aku masa berkerja dimana mereka ada MayKAD terutama warga acheh. Menggunakan alamat orang lain dan ada sebahagian mereka ini menggunakan MyKAD seiras iras pada MayKad yang asal. Penambahbaikan pengurusan dan pemantauan warga asing melalui strategi dan pendekatan yang baru perlu dilaksanakan sejajar dengan senario semasa seperti kaedah terkini pergerakan masuk dan keluar serta mobiliti pekerja

asing dalam negara yang sukar dikesan melalui pendekatan konvensional.

Pendatang Tanpa Izin Berdasarkan Negara Asal dan Jenis Pekerjaan di Malaysia Negara asal : Indonesia - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= 39,087 , Pertanian=88,681 , Pembinaan=182,137 - Jumlah : 182,137 - Peratus : 83.24 Negara asal : Negara Thai - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= 3,563 , Pertanian=14,029 , Pembinaan=4,926 - Jumlah : 22,518 - Peratus : 6.05 Negara asal : Myanmar - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= 99 , Pertanian=500 , Pembinaan=8,790 - Jumlah : 9,389 - Peratus : 2.52 Negara asal : Filipina - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= 117 , Pertanian=5 , Pembinaan=289 - Jumlah : 411 - Peratus : Negara asal : Singapura - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= - , Pertanian=- , Pembinaan=2 - Jumlah : 2 - Peratus : Negara asal : Brunei - Jenis pekerjaan : Pembantu rumah= - , Pertanian=- , Pembinaan=1 - Jumlah : 1 - Peratus : Sumber : Jabatan Imigrasi Malaysia, Kuala Lumpur (1993) Posted by team bank at 12:00 PM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: TUAN AHSANILLAH AKMAL 205223 Tuesday, August 17, 2010 PENYAKIT YANG DIBAWA OLEH WARGA ASING. Ekonomi malaysia berkembang dengan pesat. projek pembagunan berjalan dengan lancar. hal ini mewujudkan peluang pekerjaan. namun begitun peluang ini di manfaatkan oleh perkerja asaing.kedatangan mereka di katakan telah membawa masalah yang serius iaitu vairus penyakit terutamanya penyakit berjangkit. Buruh asing yang masuk secara izin dikehendaki menjalankan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Namun mereka yang masuk melalui 'lorong semut' tidak berbuat demikian. Hal ini kerana mereka sudah tahu bahawa mereka tidak akan lulus pemeriksaan tersebut.Kebanyakkan mereka yang datang ke negara kita berasal daripada kawasan yang mundur dan tidak tahu menjaga kesihatan dan kebersihan. vairus yang sering dibawa oleh pendatang asing ialah penyakit AIDS.Penyakit ini boleh menyebabkan vairus HIVdi mana perkongsian jarum suntikan bagi penagih dadah.Vairus HIV juga boleh merebak apabila penghidap HIV melanggan pelacur. Terdapat pendatang asing wanita yang menjadi pelacur. Hal ini mempercepatkan lagi penyebaran vairus ini.

Penyakit TIBI juga meningkat selepas kedatangan pendatang asing yang tidak terkawal.Hal ini kerana mereka tidak tahu menjaga kebersihan.Penyakit TIBI dibawa oleh vairus TIBI.Penyakit ini menyerang organ badan seperti tulang,otak,kulit dan sebagainya.Penyakit ini mudah merebak ia hanya melalui udara sama ada batuk dan bersin.

Pendatang asing yang datang secara haram mendirikan rumah secara haram di tanah milik karajaan.Hal ini akan menyebabakan pelbagai penyakit timbul.Kerana saluran perparitan yang tidak terurus.Antaranya demam denggi yang disebabkan oleh nyamuk AEDES. Nyamuk aedes betina yang menyebabkan demam denggi berlaku.Hal ini kerana banyak air bertakung yang boleh meyebabkan pembiakan nyamuk berlaku. Selain itu juga, peningkatan penyakit lain juga barlaku iaitu demam kepialu,taun dan sebagainya Hal ini amat membimbangkan kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan kos untuk mengubati penyakit tersebut.

Jelaslah bahawa kedatangan pendatang asing tampa terkawal akan mendatang masalah kepada negara dan rakyat secara amnya.Walaupun kita memerlukan tenaga buruh asing untuk pembagunan negara.Namun tidak semestinya rakyat dan negara menjadi taruhan. Posted by team bank at 8:08 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Labels: NURAZILA AIDA Tuesday, August 10, 2010 KES JENAYAH WARGA ASING DI MALAYSIA Isu pendatang bukanlah sesuatu perkara yang baru di negara kita.Kebanjiran pendatang asing semakin meningkat saban hari dan menjadi satu masalah kepada negara.Pendatang asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia,Filipina,Bangladesh,India,Myanmar,Vietnam dan lain-lain lagi. Berdasarkan statistik Jun hingga Disember 2009 1.9 juta pendatang asing dicatat sehingga 31 Disember 2009.Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata,jumlah yang direkodkan itu adalah berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia.Daripada 1,918,146 juta,warga Indonesia mencatat bilangan paling tinggi iaitu (991,940)orang diikuti Bangladesh (319,020) orang ,Nepal(182,668) orang,Myanmar (139,731) orang dan India (122,382).Statistik yang ditunjukkan adalah pendatang asing yang mempunyai permit kenegara ini. Apa yang dikesali disini, kedatangan warga asing ke Malaysia telah menyebabkan kes jenayah di Malaysia meningkat.Saban hari akhbar memaparkan kes-kes jenayah yang melibatkan warga asing.Menurut Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan Polis Diraja Malaysia ,sehingga 30 Jun 2006 bilangan pendatang asing yang telah ditahan dan diusir di seluruh Malaysia ialah seramai 362,958 orang kerana melakukan pelbagai kesalahan di negara kita. Pendatang Indonesia merupakan rakyat asing yang paling banyak terlibat dalam kes jenayah di negara kita.Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ,Datuk Mohd Bakri Mohd Zain berkata,statistik polis mendapati pada tahun 2007, 1,984 orang pendatang Indonesia terlibat dalam keseluruhan kes jenayah yang dilaporkan di negara ini.Menurutnya, daripada jumlah itu, 61 orang warga Indonesia terlibat dalam kes pecah rumah dengan bersenjatakan parang atau pisau dan ada juga yang memiliki senjta api.Mengikut statistik Bukit Aman,kadar jenayah pecah rumah menigkat 4,727 kes kepada 33,599 kes pada 2007 berbanding 28,872 kespada 2006. Pada tahun 2010 iaitu pada 22 Julai yang lalu, Pegawai Kastam Diraja Malaysia telah menahan seorang lelaki warga Iran kerana membawa masuk dadah ke Malaysia ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Lelaki Iran brekenaan didakwa memiliki 1.250 gram syabu dianggarkan bernilai RM312,500 mengikut harga pasaran. Manakala pada 29 Julai yang lalu warga Indonesia ditumpaskan oleh pihak polis kerana melakukan jenayah samun.Salah seorang warga Indonesia tersebut menggunakan tarafnya sebagai permastautin tetap untuk melakukan jenayah samun.Dia dibantu oleh tiga orang rakannyayang memasuki ke negara ini secara haram.Mereka telah melakukan jenayah tersebut sejak berbulan lalusebelum dapat ditangkap. Pada 21 Julai di Kuala Lumpur seorang amah telah mencuri wang dan meninggalkan anak majikannya.Amah tersebut merupakan warga Indonesia ,berjaya ditahan oleh pihak polis pada 26 Julai 2010 .Dia didakwa atas dua pertuduhan dibawah seksyen 33akta kanak-kanak 2001yang jika disabit dengan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM5000 atau penjara maksimum dua tahun. Maka jelaslah bahawa, kebanjiran pendatang asing di Malaysia bukan sahaja memberi manfaat kepada negara tetapi turut menyumbang kepada peningkatan kes jenayah dalam negara.Walaupun undang-undang tegas telah dilaksanakan tetapi masih ada pendatang asing yang berani melakukan jenayah hanya untuk kepentingan diri sendiri. Posted by team bank at 1:37 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: PENDY Sunday, August 8, 2010 KESAN KEPADA PETEMPATAN DAN KEMUDAHAN Kedatangan pendatang asing juga memberi kesan kepada kawasan perumahan.Kebanyakkan daripada pendatang asing ini akan mendirikan kawasan perumahan secara haram.Kebiasaannya kawasan hutan atau kebun-kebun menjadi sasaran.Walaupun perumahan tersebut didirikan di kawasan pendalaman, kemudahannya boleh dikatakan serba mewah dan lengkap kerana adanya kemudahan bekalan air, elektrik yang lengkap.Kebiasaannya bekalan-bekalan ini disambung dari rumah penduduk tempatan dengan bayaran sewa yang telah dijanjikan.

Di kawasan setinggan pula,ada juga perumahan yang didiami oleh pendatang asing ini.Punca berlakunya hal ini disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab penduduk tempatan itu sendiri.Sikap tamak dan mahu keuntungan semata-mata menyebabkan penduduk tempatan sanggup menyewakan rumah kepada pendatang asing ini dengan menawarkan harga yang tinggi berbanding dengan harga yang ditawarkan kepada penduduk tempatan.Oleh itu kesannya, rakyat tempatan akanbersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan rumah sewa dengan kadar harga yang lebih murah.Apabila pendatang asing ini menjadi sebahagian daripada penduduk kawasan setinggan ini, keadaan

menjadi tidak teratur serta kurang kemudahan asasnya yang sepatutnya digunakan oleh penduduk tempatan.Kebersihan yang tidak memuaskan selain keselamatan penduduk yang tidak terjamin.Hal ini akan menyebabkan timbulnya banyak hal atau kes.

Apabila hal ini berlaku, tidak mustahil pembangunan negara akan terbantut.Kesannya dapat dilihat pada masa kini sedikit demi sedikit.Imej negara turut terjejas sekaligus menggambarkan akan kelemahan negara ini.Kepercayaan negara luar terhadap negara ini akan sedikit goyah.Ianya menggambarkan bahawa sistem pentadbiran serta pengurusan negara ini tidak teratur.Pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi menjadi tidak seimbang.Hak yang sepatutnya diterima oleh rakyat tempatan telah diambil oleh pendatang asing ini.

Kesimpulannya, pendatng asing ini sebenarnya memberi kesan kepada rakyat tempatan, dan juga negara dalam aspek petempatan dan kemudahan yang disediakan. Oleh El Nurwanie Posted by team bank at 9:33 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: EL NURWANIe Saturday, August 7, 2010 MEMBEKALKAN TENAGA BURUH Kebanjiran pendatang asing ke malaysia merupakan satu daya penggerak kepada menjana pembangunan negara yang kian berkembang. Memang tidak dapat dinafikan, kedatangan buruh asing ke negara kita hanya untuk mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor perladangan, pembinaan, pembantu rumah dan sektor perkhidmatan. Namun akhir-akhir ini mereka mula memonopoli keseluruhan perkerjaan tempatan. Pendatang asing di Malaysian di katogerikan kepada dua katogeri iaitu katogeri secara sah dan secara haram Tenaga buruh merupakan aset kepada menjayakan projek pembangunan daripada perkembangan ekonomi Negara yang pesat dan kemasukan para pelabur untuk melabur bagi sesuatu projek pembangunan. Keadaan ini meningkatkan kadar pemperatusan peluang pekerjaan yang luas. Namun masalah timbul apabila Negara kita kekurangan sumber tenaga manusia daripada buruh tempatan. Bagi menampung masalah ini para majikan mengunakan agensi kerajaan dalam memenuhi pemintaan ini dengan mengaji para pendatang asing sebagai suatu alternatif menanggani kekurangan buruh projek di sesebuah syarikat yang dikendalikan. Selain itu, kebanjiran pendatang asing berkerja di Malaysia telah memula mereka dalam melibatkan diri dalam persaingan perkerjaan yang berkreativiti dengan para buruh tempatan. Kewujudan persaingan dikalangan buruh ini meningkatkan buruh mahir dalam pelbagai kretiviti dan inovasi dalam perkerjaan mereka dalam menghasilkan pekerjaan yang lebih bermutu. Oleh itu, masing-masing mencari ilmu dalam menghasil mutu kerja yang lebih berkesan dalam melahirkan diri mereka dalam sesuatu bidang kerja yang mahir dan mempunyai daya kemantapan pekerja di pertingkatkan. Manakala pada pandangan makro oleh masyarakat antarabangsa melalui stastistik kemasukan buruh asing ke Malaysia yang meningkat memberikan mengambarkan ekonomi sesebuah negara maju, berkembang dan mantap. Oleh hal demikian, negara kita ditafsirkan sebagai sebuah negara yang mampu berdaya saing dan dapat memenuhi permintaan terhadap sumber tenaga manusia. Penyumbangan pembangunan hasil daripada kebanjiran pendatang asing dapat memberi nilai tambah kepada keadaan politik di negara kita. Penyaluran perkerjaan untuk bekerja dinegara kita melalui agensi badan kerajaan dan bukan badan berkerajaan (NGO). Keterjalinan hubungan diplomatik di antara kedua belah pihak dengan Negara yang terlibat contahnya Negara Malaysia mendapat bekalan sumber tenaga buruh daripada Indonesia melalui kementerian sumber tenaga dan manusia di kedua dua belah pihak. Keadaan ini melibatkan pembangunan politik dalam mendapat perkhidmatan terhadap sektor yang terlibat. Hubungan perjanjian dua hala ini dapat mewujudkan keeratan dalam memenuhi permintaan masing-masing.

Kesimpulannya, kebanjiran pendatang asing ke negara kita bukanlah fenomena yang tidak dapat disangkakan lagi.Hal ini kerana kita sendiri mengetahuai faktor penolak dan penarik yang mewujudkan kebanjiran pendatang asing untuk

merebut peluang pekerjaan yang luas. Perkembangan dalam semua bidang dan projek terutama dalam pembangunan memerlukan tenaga buruh mahir yang menjadikan satu landasan pengiat terhadap sesebuah syarikat pelaburan pembangunan. Kehadiran mereka iaitu para buruh asing dapat membantu melancarkan perancangan projek besar dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Oleh itu tidak dapat dinafikan kehadiran para buruh asing dapat membantu dalam pelbagai pembangunan ekonomi ,sosial dan politik di negara kita. Posted by team bank at 4:15 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: FARHAH BT AZIZ 207303 Tuesday, August 3, 2010 KEDATANGAN PEKERJA ASING MENUTUP PELUANG KERJAYA PENDUDUK TEMPATAN Menurut laporan Jabatan Imigresen Malaysia, pada Disember 2009 jumlah pekerja asing yang terdapat di dalam Malaysia adalah lebih daripada 1.92 juta orang yang mana terdiri daripada rakyat negara Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, dan India. Pada masa yang sama,menurut Utusan Malaysia Online bertarikh 26 Mac 2009, kadar pengangguran penduduk tempatan meningkat daripada 3.7 peratus kepada 4.5 peratus. Hal ini membuktikan bahawa kebanjiran pekerja asing telah menutup peluang kerjaya penduduk tempatan.

Pada pendapat saya, kedatangan pekerja asing berkait rapat dengan masalah pengangguran penduduk tempatan kerana beberapa faktor. Walaupun pada dasarnya kita melihat bahawa mereka hanya diambil bekerja untuk pekerjaan kos rendah seperti pelayan tetamu dan pekerja kontrak, namun kedatangan mereka dikatakan menutup peluang kerjaya kerana pekerjaan sedemikian boleh ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang ingin mengumpul wang untuk meneruskan pelajaran mereka ke tahap yang seterusnya. Dari aspek pekerja kontrak seperti tukang paip dan buruh, kebanyakkan pelajar di Malaysia mahir dalam bidang tersebut seperti pelajar-pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Apabila pekerja asing yang diambil bekerja, hal ini menimbulkan isu-isu pengangguran seperti yang berlaku pada masa kini.

Kedatangan pekerja asing juga menutup peluang kepada usahawan muda untuk memulakan bisnes mereka. Sebagai langkah permulaan di dalam bidang perniaagan, kebanyakkan usahawan muda cuba bermula dari perniagaan kecilkecilan seperti menjual burger atau sate dan berkembang menjadi francais seperti Otai Burger dan Sate Kajang. Namun, kejayaan seperti ini menjadi sukar apabila berlaku kebanjiran pekerja asing kerana mereka juga turut terlibat dalam bisnes kecil-kecilan ini seperti menjual nasi lemak dan goreng pisang. Penglibatan mereka telah mewujudkan persaingan seperti merebut tapak premis perniagaan.

Selain itu, perkara lain yang menutup peluang kerjaya penduduk tempatan adalah kerana majikan-majikan di gedung membeli-belah yang tersohor seperti Mydin, Giant dan Tesco hanya berminat untuk menggunakan khidmat pekerja asing disebabkan bayaran gaji mereka yang rendah. Dalam hal ini, majikan perlu mengambil langkah penyelesaian untuk mengurangkan kadar pengangguran penduduk tempatan dengan menggunakan khidmat mereka yang tiada pekerjaan. Bukan sahaja kadar pengangguran menurun, malahan taraf ekonomi rakyat tempatan juga boleh meningkat.

Posted by team bank at 12:44 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Sunday, August 1, 2010 WUJUDNYA BUDAYA NEGATIF by Aliff Farhan BUDAYA NEGATIF YANG MENGHANTUI MASYARAKATSETEMPAT.

Masalah sosial dalam negara kita merupakan satu isu yanghangat sering diperkatakan.Apatah lagi, ini dapat menjejaskan banyak perkara termasuklah keadaan budaya masyarakatsetempat.Malaysia merupakan negara yang pesat membangun dengan kerjasama semua penduduknya.Namun hariini,pembangunan Malaysia adalah satu hasil tangan buruh asing.

Bilangan mereka dianggap bagai "cendawan yang tumbuhselepas hujan".Hal ini sebenarnya banyak memberi impaknegatif kepada penduduk setempat b erbanding kesan positif.Pada hari ini,kita dapat menyaksikan pelbagai karenah budaya yangditonjolkan oleh masyarakat kita.Terutamanya,remajaremajayang akan menjadi pembimbing negara kelak.Contohnya ialah mempengaruhi masyarakat dalam etika pemakaian,pertuturan danjuga pergaulan.Dalam konteks pemakaian,dapat disimpulkanbahawa cara mereka iaitu orang asing adalah amat berbezadengan kita di Malaysi a.Ini secara tidak langsung dapatmenangkis adat dan budaya pemakaian di negara kita. Kebanyakan buruh asing ataupun pendatang asing adalah daripelbagai latar belakang keluarga,cara hidup dan agama.Ia nyaadalah berbeza dengan gaya hidup di tempat kita. Seperti yang kita tahu,persekitaran negara kita dengan merekaadalah berbeza,begitu juga amalan pergaulan yang berlai nanjantina.Kemungkinan pergaulan mereka adalah amat bebas danamalan ini seterusnya dibawa ke negara kita.Hasilnya , dapatdisimpulkan bahawa amalan pergaulan bebasw itu sudah punbertapak di negara kita.Dari hari ke hari ade saja berita tentang pembuangan bayi. Dapat dilihat juga,ini telah meruntuhkan moral dan akhlakmasyarakat kita.Haruslah kita sedar bahawa kemasukan manu siaasing yang melampau banyak akan memberi kesan negatif kepadakita semua.

Posted by team bank at 9:54 PM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: ALIFF FARHAN KEDATANGAN PEKERJA ASING MENUTUP PELUANG KERJAYA PENDUDUK TEMPATAN Menurut laporan Jabatan Imigresen Malaysia, pada Disember 2009 jumlah pekerja asing yang terdapat di dalam Malaysia adalah lebih daripada 1.92 juta orang yang mana terdiri daripada rakyat negara Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, dan India. Pada masa yang sama,menurut Utusan Malaysia Online bertarikh 26 Mac 2009, kadar pengangguran penduduk tempatan meningkat daripada 3.7 peratus kepada 4.5 peratus. Hal ini membuktikan bahawa kebanjiran pekerja asing telah menutup peluang kerjaya penduduk tempatan.

Pada pendapat saya, kedatangan pekerja asing berkait rapat dengan masalah pengangguran penduduk tempatan kerana beberapa faktor. Walaupun pada dasarnya kita melihat bahawa mereka hanya diambil bekerja untuk pekerjaan kos rendah seperti pelayan tetamu dan pekerja kontrak, namun kedatangan mereka dikatakan menutup peluang kerjaya kerana pekerjaan sedemikian boleh ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang ingin mengumpul wang untuk meneruskan pelajaran mereka ke tahap yang seterusnya. Dari aspek pekerja kontrak seperti tukang paip dan buruh, kebanyakkan pelajar di Malaysia mahir dalam bidang tersebut seperti pelajar-pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Apabila pekerja asing yang diambil bekerja, hal ini menimbulkan isu-isu pengangguran seperti yang berlaku pada masa kini.

Kedatangan pekerja asing juga menutup peluang kepada usahawan muda untuk memulakan bisnes mereka. Sebagai langkah permulaan di dalam bidang perniaagan, kebanyakkan usahawan muda cuba bermula dari perniagaan kecilkecilan seperti menjual burger atau sate dan berkembang menjadi francais seperti Otai Burger dan Sate Kajang. Namun, kejayaan seperti ini menjadi sukar apabila berlaku kebanjiran pekerja asing kerana mereka juga turut terlibat dalam bisnes kecil-kecilan ini seperti menjual nasi lemak dan goreng pisang. Penglibatan mereka telah mewujudkan persaingan seperti merebut tapak premis perniagaan.

Selain itu, perkara lain yang menutup peluang kerjaya penduduk tempatan adalah kerana majikan-majikan di gedung membeli-belah yang tersohor seperti Mydin, Giant dan Tesco hanya berminat untuk menggunakan khidmat pekerja asing disebabkan bayaran gaji mereka yang rendah. Dalam hal ini, majikan perlu mengambil langkah penyelesaian untuk mengurangkan kadar pengangguran penduduk tempatan dengan menggunakan khidmat mereka yang tiada pekerjaan. Bukan sahaja kadar pengangguran menurun, malahan taraf ekonomi rakyat tempatan juga boleh meningkat.

-FADHLULLAH FAHIM BIN ABDUL AZIZ-205298Posted by team bank at 9:07 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: FADHLULLAH FAHIM 205298 Friday, July 30, 2010 KURANG SIVIK DAN MEROSAKAN HARTA AWAM Kebanjiran pekerja-pekerja asing di Malaysia menjadikan rakyat Malaysia semakin tidak selesa dan selamat. Sepatutnya sebagai tetamu, mereka haruslah bersikap menghormati tuan rumah (Malaysia). Di mana-mana saja negara di dunia ini yang menjadi tumpuan pekerja asing menuntut hal yang sama. Mereka seharusnya menyesuaikan diri dengan masyarakat tuan rumah. Tetapi apa yang terjadi di Malaysia, tuan rumah pula yang mengalah dan menyesuaikan diri dengan mereka. Sebelum kebanjiran warga asing di negara kita. kita rasa selamat untuk berada di mana-mana sahaja tetapi kini ada tempat-tempat tertentu yang kita terpaksa hindari kerana dimonopoli oleh mereka. Warga asing di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa terutamanya dari negara yang kurang membangun. Budaya, nilai, watak yang dibawa ke negara ini adalah kebanyakannya terdiri daripada mental kelas ketiga. Jadi, tidak asinglah jika kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan kita disalah gunakan oleh warga asing ini. Pelbagai kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tempatan telah musnah dengan teruk akibat daripada segelintir warga asing yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk kemudahan penduduk tempatan. Di samping itu, mereka juga dapat menikmati kemudahan tersebut. Namun begitu, meraka tidak menghargai apa yang mereka dapat. Mereka tidak memikirkan apa-apa tentang kemusnahan harta benda awam yang dilakukan oleh mereka kerana mereka tidak perlu membayar apa-apa, tidak seperti kita sebagai yang perlu membayar cukai dan sebagainya. "Jangan! Jangan! Jangan! Dilarang! Dilarang! Dilarang!" Di mana-mana jua tempat di Malaysia terdapat pelbagai jangan dan larangan tentang pelbagai perkara seperti "Jangan Merokok", "Jangan Membuang Sampah Merata-rata", "Jangan Meludah", "Dilarang Memijak Rumput", "Dilarang Masuk", "Dilarang Berkelakuan Sumbang", "Dilarang Bercakap" dan sebagainya. Sering diingatkan dengan simbol-simbol larangan tertentu di mana-mana jua dalam pelbagai bahasa contoh bahasa Inggeris. Jika ada yang mengatakan warga asing tidak memahami Bahasa Melayu, itu bukan satu alasan yang releven untuk mereka tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan kerana pihak kerajaan telah mengeluarkan amaran atau papan peringatan dalam bahasa lain seperti bahasa Inggeris, di mana bahasa tersebut merupakan bahasa pengantar yang digunakan di seluruh dunia Namun begitu, masih ramai warga asing ini tidak mematuhi arahan-arahan tersebut. Semua kata-kata dan simbol larangan dan jangan yang ada di sekeliling adalah untuk mengingatkan mereka yang sentiasa lupa dan leka, dan kadangkala buat-buat lupa dan buat-buat tidak nampak. Lupa dan leka bukan kerana hilang ingatan, manakala tidak nampak pula bukan kerana cacat penglihatan. Itu semua berpunca daripada suatu keadaan yang dinamakan tiada atau kurang kesedaran SIVIK. Kerosakan harta awam akan menyebabkan kita tidak dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan baik. Ini kerana banyak kemudahan telah rosak seperti telefon awam, tandas awam, pondok-pondok pehentian, tamantaman rekreasi dan banyak lagi. Sebagai contoh, telefon awam sangat diperlukan jika terdapat hal-hal kecermasan jika

telefon bimbit tidak berfungsi pada masa itu Taman rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk tempatan bagi bekumpul bersama keluarga, apabila sudah rosak, maka, tiada tempat untuk golongan keluarga bersantai lagi. Kerosakan ini akan menyebabkan pihak kerajaan akan berbelanja besar bagi menyelenggara semula segala kemudahan yang telah rosak. Hal ini secara langsung akan membazir wang rakyat dengan begitu sahaja tanpa memperolehi sesuatu perkara yang akan menguntungkan rakyat tempatan dan negara. Oleh itu, pihak-pihak yang terbabit seperti pihak kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan hal seperti ini berlaku lagi. Pelaburan yang dibuat oleh pihak terbabit bagi meningkatkan kemudahan awam, menjadikan satu pelaburan yang tidak menguntungkan kerana kemudahan awam yang disediakan disalah gunakan oleh pihak luar dan penduduk tempatan terpaksa melihat dari jauh kemusnahan-kemusnahan yang telah dilakukan. Penduduk tempatan juga harus bekerjasama bagi membendung hal seperti ini daripada terus berlaku. Pemduduk tempatan juga harus melaporkan kepada pihak berkuasa jika melihat hal ini berlaku di depan mata mereka. mari kita sama-sama menjga dan mengawal kegiatan yang tidak bermoral yang di lakukan segelintir warga asing ini.

Posted by team bank at 10:26 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: AmieR GreeN 205537 PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dari segi pembangunan namun, sedarkah kita bahawa daripada mana pembangunan ini pesat membangun?Disini kita akan menjelaskan tentang bagaimana kebanjiran buruh asing ini boleh membantu negara kita semakin membangun. Menurut sumber rujukan daripada Surat Khabar Berita Harian 10/02/2010 telah menwarwarkan tentang kepentingan buruh asing dalam negara kita .Hal ini kerana warga Malaysia masih ramai yang kurang berminat dalam kerja - kerja daripada sektor pembinaan , justeru sebagai langkah mengatasi negara Malaysia ketinggalan dalam dunia pembangunan maka buruh asing diperlukan dalam negara menyebabkan wujudnya impak iaitu lambakan atau kebanjiran buruh asing . Namun , kebanjiran buruh asing dalam negara bukan hanya mendatangkan impak negatif tetapi ia juga membantu negara dari segi perkongsian dan pemindahan teknologi di mana tenaga kepakaran dalam sektor pembinaan walaupun mereka yang bekerja dalam sektor tersebut bukan terdiri daripada pekerja- k namun , kemahiran yang diperoleh dapat membantu Malaysia semakin membangun dalam era pembangunan. selain daripada itu juga , dalam konteks kemasukan pekerja asing , strategi negara tidak jelas. Malahan , peningkatan jumlah buruh asing yang begitu mendadak telah menjadikan pelbagai sektor dipenuhi oleh buruh asing. Mengapa dikatakan begini , ialah disebabkan oleh peralihan dari ekonomi -p kepada ekonomi - k . Pada masa ekonomi -p , kos buruh yang rendah menjadi tawaran kepada negara namun setelah beralih kepada ekonomi -p buruh yang berpengetahuan diperlukan sejajar dengan wawasan 2020.setelah diteliti buruh asing memberi impak positif , ia juga mendatangkan implikasi yang negatif kerana untuk negara beralih kepada ekonomi -k memerlukan tenaga profesional yang berasaskan pengetahuan , daya inovasi , dan kemampuan untuk mengaplikasikan teknologi moden, namun apabila berlakunya kebanjiran buruh asing menyebabkan tenaga profesional tidak mahu berhijrah ke Malaysia. Sekaligus ini akan menimbulkan pelbagai masalah dalam pembangunan negara walaupun perkara ini memberi kesan yang lebih kepada kesan negatif .

119 Che Hashim Hassan Buruh Asing di Malaysia BURUH ASING DI MALAYSIA: TREND, KAEDAH, KESAN, MASALAH DAN CARA MENGATASINYA (FOREIGN LABOUR IN MALAYSIA: TRENDS, METHODS, IMPACTS, PROBLEMS AND STRATEGIES TO SOLVE THE PROBLEMS) Che Hashim Hassan Abstract

The arrival of foreign labor in Malaysia is to help meet the shortage of labour of the various economic sectors of the country. Their arrival, if not controlled, will decrease the local populations employment opportunities. However, the arrival of foreign labour was able to increase the countrys output and reduce the rate of wages in the local labor market. Despite the benefits received by both the sending and receiving countries, many problems arise in the receiving country, Malaysia. This paper will analyze the budget allocated for foreign labor, the trend of the foreign labors arrival, the effects of their arrival on employment opportunities of the local people, the benefits received by both sending and the receiving countries. It also discusses effects of wages, and yields some recommendations to maximize the benefits of the entry of foreign labor in Malaysia and steps to be taken to minimize the problems faced by the local people and government of Malaysia. Keywords: Foreign labour, trend, wage, under employment, and budget Pengenalan Pekerja asing atau buruh asing bagi Negara Malaysia merupakan pekerja yang berasal dari negara luar yang datang bekerja atau untuk bekerja di Negara Malaysia bagi sesuatu tempoh tertentu. Kertas kerja ini melihat anggaran bilangan buruh asing yang berada di Malaysia sekarang, trend pekerja asing tidak mahir, pekerja asing mengikut negara asal, mengikut sektor, faedah yang diperoleh oleh negara asal mereka, faedah kepada negara kita Malaysia - kesan terhadap keluaran dan pasaran buruh bagi sesuatu sektor pekerjaan, kesan terhadap kadar upah, masalah yang sering dihadapi oleh Negara Malaysia dan beberapa syor atau langkahlangkah yang patut diambil oleh pihak berwajib untuk meminimumkan masalah yang dihadapi. Anggaran Bilangan Buruh Asing di Malaysia Pada tahun 1995, pekerja asing meliputi 35 peratus daripada tenaga pekerja di Malaysia. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (1995-2000) penduduk120 Jati, Vol. 14, December 2009 Malaysia meningkat pada kadar 2.3 peratus setahun manakala penduduk asing (bukan warganegara) meningkat pada kadar 4.3 peratus setahun. Pada 2005, penduduk asing meliputi 7.6 peratus daripada jumlah penduduk dalam umur bekerja di Malaysia, tidak termasuk penduduk asing tanpa izin. 1 Bi langan s ebenar be rapa ramai buruh as ing yang be rada di Malays ia sekarang ini adalah amat sukar untuk di ketahui. Kita dapat mengetahui bilangan yang datang secara rasmi (legal) untuk bekerja dengan menggunakan pasport dan permit pekerjaan tertentu, tetapi bilangan yang datang secara tidak rasmi atau i l l egal atau dipanggi l juga s ebagai pendatang haram amat sukar untuk dianggarkan bilangannya. Mengikut maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Tenaga Kerja Malaysia bahawa sekarang ini secara rasminya pekerja asing yang berada di Malaysia adalah seramai kira-kira 2 juta orang. 2 Sabah, sebuah negeridi Malaysia yang paling ramai mempunyai pekerja asing yang illegal atau yang dipanggil sebagai pendatang haram dianggarkan mempunyai seramai 1.7 juta hingga 2 juta orang.3 Kebanyakan daripada mereka datang dari Filipina danIndonesia d an separuh daripada mereka dikatakan mempunyai kad pengenalan dan menikmati semua hak sebagai rakyat negara ini termasuklah mengundi. 4 Sejak tahun 2003, Sabah menerima pekerja asing dari Indonesia seramai 1.6 juta orang dan 569,000 daripada mereka terdiri dari pendatang haram. 5 Tidak keterlaluan kalau kita menganggarkan bahawa jumlah minima buruh asing di Malaysia yang

datang secara sah, mahir dan tidak mahir, adalah kira-kira 2 juta orang, manakala pendatang tanpa izin adalah ki ra-ki ra 2 juta orang. Jadi jumlah s emuanya dianggarkan tidak kurang daripada 4 juta orang. 6 Pekerja asing yang tidak mahir yang berdaftar telah meningkat dari 627,246 orang pada tahun 1997 menjadi 1,067,529 orang pada tahun 2002 dan meningkat menjadi 1,914,049 orang pada bulan Jun 2007. 7 Jadual 1 di bawah menunjukkan trend pertambahan pekerja asing tidak mahir di Malaysia sejak tahun 1997 hingga Jun 2007. Pada tahun 1998, bilangan pekerja asing tidak mahir di Malaysia telah berkurang sebanyak 37% jika berbanding dengan tahun 1997. Kemudian kadar pertambahan telah mula meningkat sebayak 4.6% bagi tahun 1999, 53% bagi tahun 2000 menjadikan jumlah mereka seramai 635,062 orang. Kadar pertambahan semakin berkurang sehingga tahun 2004, dengan pertambahan 33.% bagi tahun 2001, 25.6% bagi tahun 2002, 25.2% bagi tahun 2003 dan 10% bagi tahun 2004. Jumlah pekerja asing tidak mahir pada tahun 2004 adalah seramai 1,470,090 orang dan meningkat sebanyak 23.5% pada tahun 2005 menjadi seramai 1,815,238 orang. Pada tahun 2006, peningkatan sebanyak 3.0%, dan sehinggan bulan Jun 2007 bilangan mereka meningkat sebanyak 2.4% sahaja, menjadi jumlah semuanya seramai 1,914,049 orang. 8 Trend pertambahan pekerja asing tidak mahir di Malaysia sejak tahun 1997 hingga Jun 2007 ditunjukkan dalam Gambar rajah 1 di bawah. Pada tahun 1998, pekerja asing tidak mahir di Malaysia menunjukkan pengurangan sebanyak 37% berbanding dengan tahun 1997. Di antara tahun 1998 dan 1999, trend menunjukkan pertambahan, dan pertambahan tersebut berterusan sehingga tahun 2005. Di antara tahun 1999 hingga tahun 2005 berlaku pertambahan sebanyak 339%, iaitu, dari jumlah 413,490 menjadi 1,815,238 orang. Sejak tahun 2005 hingga tahun 2007, pertambahan adalah dengan kadar yang perlahan, di antara tahun 2005 dan 2006 pertambahan sebanyak 3.0% dan sehingga Jun 2007, bilangan bertambah sebanyak 2.4%, menjadikan jumlah mereka pada bulan Jun 2007 seramai 1,914,049 orang.121 Che Hashim Hassan Buruh Asing di Malaysia Pekerja Asing Mengikut Negara Asal Jumlah pekerja asing tidak mahir di Malaysia pada akhir Jun 2007 seramai 1,914,049 orang. Daripada jumlah tersebut, 61% datang dari Indonesia, 11.8% dari Nepal, 7.5% dari India, 6.2% dari Myanmar, 6.0% dari Vietnam, 3.2% dari Bangladesh dan bakinya dari lain-lain negara seperti Filipina, Thailand, Pakistan dan Cambodia. 9 Jumlah bilangan pekerja asing tersebut mengikut negara asal mereka ditunjukkan dalam Jadual 2 di awah. Jelas kelihatan bahawa majoriti pekerja asing yang tidak mahir di Malaysia sekarang ini datangnya dari negara Indonesia. Jadual 1: Pekerja Asing Tidak Mahir di Malaysia, 1997 2007 Tahun Bilangan Pekerja % Pertambahan 1997 627,246 1998 395,140 -37.0 1999 413,490 4.6 2000 635,062 53.6 2001 849,829 33.8 2002 1,067,529 25.6 2003 1,336,980 25.2 2004 1,470,090 10.0 2005 1,815,238 23.5 2006 1,869,209 3.0 2007* 1,914,049 2.4 Angka bagi tahun 2007 dikira sehinggan akhir bulan Jun 2007. Sumber: Data dari Jabatan Imigresen Malaysia, dipetik dari Kang (2007:30, Table 3.3). Rajah 1: Trend Pertambahan Pekerja Asing Tidak Mahir Di Malaysia, 1997-2007

Sumber: Jadual 1.122 Jati, Vol. 14, December 2009 Peratusan pekerja asing tidak mahir mengikut negara asal ditunjukkan dalam Gambar rajah 3 di bawah: Gambarajah 2: Bilangan Buruh Asing Mengikut Negara Asal, Jun 2007 Sumber: Data dikira berasaskan peratusan dari Kang (2007 : 44, Jadual 3.8) Gambarajah 3: Peratus Tenaga Kerja Asing di Malaysia Mengikut Negara Asal, Jun 2007 Sumber: Kang, 2007 : 44, Table 3.8123 Che Hashim Hassan Buruh Asing di Malaysia Pekerja Asing Mengikut Sektor Bilangan pekerja asing tidak mahir mengikut sektor bagi tahun 1997, 2002 dan 2007 ditunjukkan dalam Gambar rajah 4 di bawah: Gambarajah 5: Pekerja Asing Tidak Mahir Mengikut Sektor, Jun 2007 Gambarajah 4: Pekerja Asing Tidak Mahir Mengikut Sektor, 1997-2007 Sumber: Kang, 2007 : 31, Table 3.4. Jika diperhatikan sektor perkilangan yang paling ramai sekali menerima pekerja asing yang tidak mahir. Pada tahun 1997 terdapat seramai 226,508 orang dalam sektor ini, meningkat menjadi 323,299 orang pada tahun 2002 dan 662,319 pada akhir Jun 2007. 10 Sehingga akhir Jun 2007, Sektor perladangan seramai 347,738 orang, pembantu rumah 318,561 orang, pembinaan 266,742 orang, perkhidmatan lain-lain 177,789 orang dan pertanian seramai 140,900 orang. Peratusan pekerja asing tidak mahir mengikut sektor pada bulan Jun 2007, dirumuskan dalam Gambar rajah 5 di bawah. Daripada jumlah 1,914,049 juta orang pekerja asing tidak mahir tersebut, sektor perkhidmatan pembantu rumah sebanyak 16.6%, sektor pembinaan 13.9%, perkilangan 34.6%, perkhidmatan lain-lain 9.3%, perladangan 18.2% dan pertanian 7.4%. 11124 Jati, Vol. 14, December 2009 Faedah yang Diperoleh oleh Negara Asal dan Negara Malaysia Faedah Kepada Negara Asal Seperti yang diketahui umum bahawa kebanyakan pekerja asing di Malaysia sekarang ini adalah datangnya dari Negara Indonesia, Nepal, India, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Thailand, Cina, Vietnam dan Burma. Negara asal, sekurangk u r a n g n y a d a p a t me n g u r a n g kadar pengangguran dan juga kadar under employment (bekerja dengan kadar upah yang rendah daripada sepatutnya). Negara asal juga mendapat faedah daripada kadar tukaran mata wang asing. Mereka yang datang bekerja di Negara ini sudah pastinya tidak mempunyai pekerjaan di negara asal mereka atau kalau ada pekerjaan sekali pun kadar upah di Negara asal mereka adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar upah yang diterima mereka di Negara Malaysia. Faktor ini, walaupun tidak ada bukti empi r ikal untuk menyokong kenyataan t e r s ebut , t e tapi amat s e suai dengan penemuan kajian yang dibuat oleh seorang ahli ekonomi yang terkemuka M.P. Todaro. Todaro menyatakan bahawa alasan utama bagi buruh berpindah dari tempat asal ke tempat tuju adalah perbezaan kadar upah. Kadar upah di tempat tuju adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar upah di tempat asal. 12 Jamilah menjelaskan bahawa sebab-sebab utama kaum wanita Melayu berhijrah ke bandar di Semenanjung Malaysia bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan dan membaiki taraf hidup.

13 Findley menyatakan: No matter which theory is used to explain migration, the predominance of economics motives is generally recognized..These economics motives fall into two general classes, the search for employment and the search for higher income. 14 Bhaludin mendapati bahawa alasan utama bagi orang-orang Kelantan pergi bekerja di Singapura pada tahun 1970-an dan 1980-an, adalah kerana di kampung tiada pekerjaan dan kalau ada pun kadar upah bekerja di kampung adalah sangat rendah. 15 Jadi, dapat disimpulkan di sini bahawa kedatangan pekerja asing ke Malaysia adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan mendapat upah yang lebih tinggi d a r i p a d a b e k e r j a d i n e g a r a a s a l . Ka n g me n j e l a s k a n k a d a r u p a h d i s e k t o r pembinaan di Malaysia secara relatifnya lebih tinggi daripada kebanyakan negara ASEAN dan kadar upah di Malaysia lebih 10 kali ganda berbanding dengan kadar upah di Indonesia. 16 Kebanyakan pekerja asing yang datang ke Malaysia ini, mereka bekerja bukan sahaja untuk menanggung diri, tetapi mereka menyimpan atau menabung dan s ebahagian dar ipadanya dihantar pulang ke kampung halaman untuk menanggung anak isteri dan keluarga. Negara tempat asal mereka menerima wang hantaran tersebut dan mendapat faedah tukaran wang asing antara negara. Jumlah nilai wang yang dihantar pulang tersebut menjadi pendapatan kepada negara asal dan boleh digunakan untuk mendapat balik wang Malaysia atau membayar kos import bagi barang-barang atau perkhidmatan yang dijual oleh negara Malaysia. Setiap tahun, jumlah ringgit Malaysia dikirim rakyat asing yang bekerja dalam pelbagai sektor di negara ini menerusi bank tempatan ke luar negara terus meningkat. Pada tahun 2007, sebanyak RM17.2 bilion mengalir keluar. Jumlah itu125 Che Hashim Hassan Buruh Asing di Malaysia dijangka meningkat mencecah RM18.1 bilion pada tahun 2008. Jumlah itu hanya membabitkan wang dihantar menggunakan perkhidmatan bank, dan dipercayai jumlah sebenarnya lebih tinggi lagi kerana ramai pekerja asing, terutama pendatang tanpa izin membawa sendiri wang apabila pulang ke negara asal atau mengirim menerusi saudara mara dan rakan. Jumlah wang kiriman pekerja asing ke luar negara i tu adalah l ebih t inggi be rbanding cukai pendapatan individu yang dipungut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu RM12 bilion pada tahun 2007. 17 Bagi negara Indonesia, proses pengiriman tenaga pekerja Indonesia ke negara-negara lain me rupakan satu akt ivi t i pe r tukaran as ing yang amat menguntungkan negara mereka sendiri. Keadaan ini boleh dilihat daripada laporan ini: Berdasarkan laporan Bank Pembangunan Asia, jumlah pengiriman wang ke Indonesia oleh rakyatnya adalah lebih daripada jumlah eksport negara Indonesia. Adalah dipercayai bahawa jumlah pengiriman wang balik ke Indonesia telah mencecah US$ 2.5 bilion pada tahun 2005. 18 Jumlah pengiriman wang yang banyak tersebut dapat membantu negara Indonesia mengatasi masalah ekonomi negara mereka. Kesimpulannya, kedatangan pekerja asing ke Malaysia sekurang-kurangnya dapat mendatangkan dua faedah utama kepada Negara asal; mengurangkan kadar

pengangguran atau kadar under employment dan negara asal juga mendapat bekalan wang asing yang boleh digunakan untuk mengimport barang-barang dan perkhidmatan daripada negara Malaysia. Faedah Kepada Negara Malaysia Penglibatan pekerja asing tidak menyekat peluang pekerjaan pekerja tempatan, malah ia dapat membantu dalam membangunkan ekonomi negara. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, ini kerana kebanyakan pekerja asing terlibat dalam sektor yang memerlukan tenaga kudrat atau kategori yang dianggap kotor, bahaya dan sukar dan tidak diminati oleh rakyat tempatan. 19 Sekarang ini, lebih empat juta orang pekerja asing berada di negara ini dan kebanyakannya mereka terlibat dalam enam sektor ; pembuatan, perladangan, pembantu rumah, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian. 20 Bilangan pekerja as ing yang banyak i tu menandakan bahawa s ebenarnya negara ki ta amat bergantung kepada buruh asing dalam proses pertumbuhan dan pembangunan negara. Tanpa sumbangan buruh asing, terutamanya dalam sektor pembinaan, pembuatan, pertanian dan perkhidmatan pembantu rumah, ekonomi negara tidak dapat berkembang dengan cepat. Malaysia sebuah Negara yang sedang pesat membangun dan mempunyai projek pembangunan dalam hampir semua sektor ekonomi. Negara kita mengalami kekurangan tenaga kerja terutamanya dalam sektor pertanian, pembinaan, kilang dan perkhidmatan. Kita memerlukan tenaga kerja untuk membantu mengusahakan ladang kelapa sawit, ladang getah, sawah padi, nelayan dan juga penternakan. Kita juga memerlukan tenaga kerja untuk membantu di sektor pembinaan di mana kita tidak cukup buruh mahir bagi bekerja di sektor tersebut. Kita memerlukan ramai pekerja untuk bekerja di kilang-kilang yang pesat pertumbuhannya sekarang ini. Di sektor perkhidmatan, terutamanya perkhidmatan pembantu rumah, pencucian126 Jati, Vol. 14, December 2009 pejabat dan kawasan dan perkhidmatan buruh kasar. Kedatangan pekerja asing tersebut dapat menampung kekurangan tenaga kerja dalam sektor-sektor yang disebutkan. Negara kita mendapat faedah bagi menampung kekurangan tenaga kerja dan dapat meneruskan pengeluaran dan perkhidmatan ke peringkat yang maksima. Di samping itu, firma-firma di Negara kita dapat mengurangkan tekanan kenaikan kadar upah akibat kekurangan tenaga buruh. Permintaan terhadap buruh dapat ditampung oleh penawaran buruh di pasaran. Jika tidak kerana kemasukan pekerja asing, firma-firma terpaksa membayar kadar upah yang lebih tinggi kepada buruh tempatan dan tidak dapat memenuhi keperluan mereka sehingga firma-firma tidak akan dapat memaksimumkan pengeluaran dan keuntungan mereka. Kesan Terhadap Peluang Pekerjaan Terhadap Rakyat Tempatan Sekarang ini terdapat kira-kira 12.5 juta peluang pekerjaan di Malaysia dan tenaga kerja yang ada adalah seramai 11 juta orang. 21 Kedatangan pekerja asing sekarang ini boleh dianggap dapat menampung keperluan tenaga kerja di Negara kita. Jika sekiranya kedatangan mereka menyebabkan tenaga kerja melebihi bilangan peluang pekerjaan yang ada di Malaysia, sudah pasti akan menjejaskan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan. Bagi sektor-sektor tertentu seperti perkhidmatan di stesen minyak dan di hypermarkets, kemasukan pekerja asing bagi sektor tersebut boleh dihadkan dan digantikan dengan pekerja tempatan kerana pekerjaan di sektor ini tidaklah susah, tidak kotor dan tidak merbahaya.

22 Begitu juga bagi sektor lain yang dikira rakyat tempatan boleh mengambil tempat, hendaklah dikenal pasti dan kemasukan pekerja asing ke sektor tersebut hendaklah dihadkan dan digantikan dengan rakyat tempatan. Kesan Terhadap Keluaran Negara Kita boleh mentafsirkan bahawa di negara kita, terdapat sektor-sektor tertentu yang masih mempunyai kekosongan yang ketara yang amat memerlukan sejumlah penawaran tenaga kerja yang banyak. Sektor yang tidak digemari oleh rakyat tempatan seperti sektor pertanian, perkhidmatan (pembantu rumah) pembinaan dan pembuatan. Oleh itu, kemasukan pekerja asing dari luar bukan sahaja dapat me n amp u n g k e k u r a n g a n p e k e r j a b a g i s e k t o r- s e k t o r t e r s e b u t t e t a p i d a p a t menambahkan jumlah keluaran negara, Pertambahan keluaran akan menyebabkan harga keluaran barangan atau perkhidmatan tersebut akan menjadi lebih rendah daripada sepatutnya. Keadaan ini ditunjukkan dalam Gambar rajah 6 di bawah. Pertambahan tenaga buruh ditunjukkan oleh peralihan kelok penawaran buruh yang beralih dari SS o ke SS 1. Hal tersebut menyebabkan keluaran bagi sektor ini telah meningkat dari Q0 ke Q1 dan harga bagi barangan keluaran jatuh dari H0 ke H1. Kesan Terhadap Kadar Upah Dar i s egi t eor i ekonomi mikro, kadar upah di t entukan ol eh pasaran buruh. Permintaan dan penawaran tenaga buruh di pasaran yang akan menentukan tingkat kadar upah. Dalam bahasa yang mudah, jika sesuatu industri memerlukan127 Che Hashim Hassan Buruh Asing di Malaysia Gambarajah 6: Kesan Pertambahan Buruh Asing Terhadap Keluaran Negara Gambarajah 7: Keseimbangan Pasaran Buruh dan Kadar Upah Sumber: Mankiw, N.G. 1998 : 390, Fugure 18.4.128 Jati, Vol. 14, December 2009 buruh yang ramai dan bilangan pekerja yang ingin bekerja adalah sedikit, maka kadar upah berkecenderungan untuk naik. Sebaliknya, jika terdapat ramai pekerja yang ingin bekerja dalam sesuatu industri sedangkan bilangan pekerja yang diperlukan oleh industri adalah sedikit, atau dengan lain perkataan terdapat lebihan buruh bagi industri tersebut, maka kadar upah akan turun. Untuk melihat kesan kemasukan pekerja asing terhadap pasaran buruh di Malays ia dapat di tunjukkan dengan menggunakan Gambar Rajah 7 di atas . Gambar- ajah di atas menunjukkan keseimbangan dalam pasaran buruh. Kadar upah adalah bergantung kepada penawaran (supply) dan permintaan (demand). Disebabkan oleh kelok permintaan menunjukkan nilai keluaran marginal buruh (marginal produc t of labour ) , dalam ke s e imbangan peke r ja mene r ima upah sebanyak nilai keluaran marginal keluaran barang-barang dab perkhidmatan. Kadar upah dalam pasaran adalah pada paras Wo . Kemasukan pekerja asing dalam konteks ini, menyebabkan peralihan kelok penawaran (supply) ke kanan. Keadaan ini dapat dilihat dalam Gambar Rajah 7 di atas. Kelok penawaran buruh beralih dari S o ke S

1. Pada asalnya kadar upah pada tingakt W1, Sekarang kuantiti buruh yang ditawarkan adalah melebihi kuantiti buruh yang diminta. Kelebihan penawaran buruh tersebut mendesak kadar upah untuk turun ke paras W2 akibat daripada pertambahan buruh yang ditawarkan meningkat dari L o ke L 1 . Penurunan dalam kadar upah tersebut menyebabkan firma beroleh keuntungan yang lebih dengan menggunakan lebih ramai buruh. Bilangan pekerja telah meningkat, keluaran marginal buruh (marginal product of labour) telah jatuh begitu juga dengan nilai keluaran marginal. Dalam keseimbangan baru, kedua-dua kadar upah dan nilai keluaran marginal adalah lebih rendah berbanding dengan sebelum kemasukkan pekerja asing tersebut. Mankiw telah menerangkan bagaimana kesan pertambahan dan pengurang tenaga buruh dapat mempengaruhi kadar upah. 23 Dalam tahun 1980-an, beriburibu orang Palestin berulang-alik dari rumah mereka bekerja terutamanya dalam industri pembinaan dan pertanian di West Bank dan Gaza Strips,kawasan yang diduduki oleh Israel. Kadar upah pada masa itu adalah relatifnya rendah dan menguntungkan. Pada tahun 1988, keadaan politik di kawasan tersebut telah beubah dan kerajaan Israel mengambil langkah perintah berkurung, permit kerja disemak dengan ketat dan tidak membenar pekerja bermalam di tempat kerja, yang menyebabkan berkurangnya pekerja dari Palestin tersebut. Kesan ekonomi keadaan tersebut tepat seperti jangkaan teori ekonomi. Bilangan pekerja Palestin berkurang 50%, dan mereka yang masih meneruskan pekerjaan di kawasan tersebut mendapat kenaikan kadar upah lebih kurang 50%. Dengan berkurangnya pekerja Palestin tersebut, nilai keluaran marginal (value of marginal product) pekerja yang masih tinggal menjadi lebih tinggi. Berdasarkan perbincangan setakat ini, jelas dapat kita simpulkan bahawa kedatangan pekerja asing ke Malaysia dapat membantu sektor ekonomi yang tidak mencukupi tenaga buruh dengan kemahiran tertentu. Kesas umum secara ekonomi dapat kita simpulkan bahawa kedatangan mereka akan menambah penawaran buruh dalam ekonomi seterusnya meningkatkan keluaran dan menurunkan kadar upah. Kalau tidak diambil tindakan mengawal atau menghadkan kemasukkan pekerja asing tersebut dan menentukan kadar upah minima, sektor-sektor tertentu dalam ekonomi Negara kita akan mengalami kelebihan tenaga buruh yang ramai dan kadar upah akan turun kepada satu kadar yang sangat rendah malah akan lebih rendah daripada kadar upah minima yang sepatutnya.129 Che Hashim Hassan Buruh Asing di Malaysia Langkah-Langkah yang Patut Diambil Membendung Kemasukkan Pekerja Secara Haram atau pendatang Kemasukan pekerja secara haram sepatutnya dihapuskan atau dikawal ketat oleh pihak kerajaan. Kemasukkan mereka bukan sahaja boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial dan jenayah, tetapi akan menyulitkan pihak kerajaan untuk merancang keperluan tenaga buruh bagi setiap sektor dalam ekonomi negara kita. Hal ini akan timbul kerana bilangan mereka agak sukar untuk kita anggarkan. Di s amp i n g i t u , k ema s u k k a n p e k e r j a s e c a r a h a r am y a n g t i d a k k i t a k e t a h u i kemahiran mereka, boleh mendatangkan pelbagai masalah sosial dan jenayah di negara kita ini. Sebagaimana yang dikatakan oleh Jatswan Sidhu :

Immigration policies must be tightened to control the free flow of migrants and illegal, because some get involved in transnational crimes, which could threaten national security. 24 Mengutamakan Rakyat Tempatan Bekerja di Pelbagai Sektor Kerajaan hendaklah memberi keutamaan kepada rakyat tempatan untuk bekerja di pelbagai sektor di negara kita. Misalnya, bagi sektor perkhidamatan sebagai pembantu rumah, pihak kerajaan mestilah mengenal pasti bilangan penduduk yang meme r l u k a n p emb a n t u ruma h me n g i k u t k a t e g o r i e t n i k , a g ama d a n j e n i s kemahiran yang diperlukan. Pihak kerajaan juga mestilah mendaftarkan penduduk tempatan yang berminat untuk menjadi pembantu rumah. Latihan kemahiran asas pembantu rumah hendaklah diberikan kepada mereka supaya mereka boleh menjadi pembantu rumah yang profesyional. Hal ini adalah selaras dengan cadangan yang dibuat oleh YB. Dr. Ng Yen Yen, Menteri Wanita, Keluarga dan P emb a n g u n a n Ma s y a r a k a t . 25 Ko s p e n g e n d a l i a n l a t i h a n t e r s e b u t h e n d a k l a h ditanggunag oleh majikan yang berminat untuk mengambil mereka. Kos tersebut adalah jauh lebih rendah daripada kos yang terpaksa dibayar oleh majikan untuk mengambil pembantu rumah warga asing. Tawaran boleh dibuat kepada potensi majikan yang berminat untuk mengambil mereka. Apabila bilangan potensi pembantu rumah tempatan tidak mencukupi untuk menampung permintaan majikan, barulah pihak kerajaan boleh menganggarkan bilangan keperluan pembantu rumah asing mengikut keperluan majikan dan mengeluarkan kuota pengambilan pembantu rumah asing mengikut negara asal dan agama yang sesuai dengan kehendak potensi majikan. Pembantu rumah asing juga hendaklah diberi latihan kemahiran asas untuk menjadi pembantu rumah supaya tidak menimbulkan banyak masalah apabila mereka bekerja dengan ma j i k a n n a n t i . S a t u mo d u l re n g k a s b a g i l a t i h a n k ema h i r a n u n t u k me n j a d i pembantu rumah bagi penduduk tempatan dan juga asing hendaklah dibuat. Modul dan latihan tersebut hendaklah dibuat dan dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia dibawah unit latihan kemahiran atau mana-mana pihak yang diberi kuasa untuk melaksanakannya. Dengan berbuat demikian, kita mengutamakan rakyat tempatan untuk bekerja di sektor pembantu rumah, dan apabila bilangan mereka tidak mencukupi barulah ditambah dengan pembantu rumah dari negara asing. Begitulah juga perlu dibuat bagi keperluan pekerja bagi sektor-sektor lain, seperti sektor pembinaan,130 Jati, Vol. 14, December 2009 perkilangan, perkhidamatan, perladangan dan pertanian. Satu sekim gaji khas termasuk gaji minima dan terma kerja juga hendaklah dibuat dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak, pekerja dan majikan. Dengan berbuat demikian, masalah lebihan atau kurangan buruh dalam suatu sektor dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan pekerjaan dan upah akan dapat diminimakan. Merancang Keperluan Tenaga Kerja yang Tidak Mencukupi Pihak kerajaan mesti menganggarkan keperluan tenaga kerja bagi setiap sektor e k o n omi d a l am n e g a r a k i t a . Ha l i n i mu s t a h a k d i b u a t s u p a y a k i t a d a p a t me n g a n g g a r k a n k e p e r l u a n t e n a g a k e r j a t amb a h a n b a g i s e t i a p s e k t o r d a n mengeluarkan pas atau permit kerja bagi pekerja asing mengikut keperluan kita. Kemasukan pekerja asing tersebut jangan sampai menjejaskan peluang bagi penduduk tempatan dan juga jangan sampai menekan penurunan kadar upah ke tahap yang sangat rendah. Mengambil Pekerja Asing Mengikut Kemahiran yang DiPerlukan Kuota pengambilan pekerja asing juga hendaklah mengikut kemahiran tertentu dan

mengikut keperluan setiap sektor dalam ekonomi negara kita. Jika tidak dibuat demikian, akan berlaku kelebihan buruh dalam sektor tertentu tetapi kekurangan pula dalam sektor yang lain. Hal ini perlu dikaji dan dibuat tindakan yang proaktif agar tidak berlaku pengangguran di kalangan orang tempatan dan juga kepada pekerja asing yang datang tersebut. Pengangguran akan menyebabkan berlakunya banyak penyakit sosial dan jenayah yang lain, membebankan rakyat dan kerajaan untuk menangganinya. Pengurusan Tenaga Kerja Asing Hendaklah Dikemaskinikan Pengurusan tenaga kerja asing hendaklah dikemaskinikan. Satu data bank perlu diwujudkan untuk mengawal dimana mereka berada atau dengan syarikat atau sektor ekonomi mana mereka bekerja. Kemungkinan timbul masalah tinggal di Malaysia atau bekerja melebihi tempoh yang ditetapkan (over-stayed) dan menjadi p e k e r j a d a l am s t a t u s p e n d a t a n g h a r am p u l a . P e n g u a t k u a s a a n j u g a p e r l u dipertingkatkan agar pekerja asing tersebut tidak lari atau berpindah tempat kerja tanpa kebenaran majikan dan pihak kerajaan. Hal ini perlu diambil perhatian serius kerana migrants can move easily, and the market does not discriminate between terrorists and others. This is the dark side of globalisation. 26 Kesimpulan Kedatangan peke r ja as ing ke Malays ia bol eh dikatakan dapat menampung k e k u r a n g a n t e n a g a b u ru h d i Ma l a y s i a . J i k a s e k i r a n y a k e d a t a n g a n me re k a menyebabkan pertambahan tenaga kerja melebihi daripada peluang pekerjaan yang ada di Malaysia, barulah ianya akan mengurangkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sekarang ini, kedatangan pekerja asing menambahkan p e n awa r a n t e n a g a b u ru h d a l am s e k t o r e k o n omi t e r t e n t u d a n k e s a n n y a131 Che Hashim Hassan Buruh Asing di Malaysia menambhakan keluaran negara dan menurunkan kadar upah atau gaji bagi pekerja dalam sektor tersebut. Makin ramai pekerja asing yang datang, maka makin rendah kadar upah dalam pasaran buruh tertentu. Kedatangan pekerjaan asing boleh mendatangkan faedah kepada negara asal mereka dan juga kepada negara penerima seperti Malaysia. Negara asal dapat mengurangkan kadar pengangguran dan kadar under employment dan mendapat t u k a r a n wa n g a s i n g , ma n a k a l a n e g a r a p e n e r ima me n d a p a t p e k e r j a u n t u k menampung kekurangan pekerja dalam sektor-sektor ekonomi tertentu seperti sektor pertanian, pembinaan, kilang dan perkhidmatan. Di samping faedah yang didapati, kemasukan pekerja asing ke negera kita perlu juga di awasi dan diambil langkah-langkah yang pro-aktif seperti yang disyorkan di atas. Kalau tidak, kemasukan pekerja asing akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Masalah sampingan akibat kemasukan pekerja-pekerja asing ke Malaysia tersebut akan menjadi lebih serius, tidak dapat dikawal dan akan mendatangkan banyak masalah sosial, politik dan jenayah di negara kita sekarang ini. Nota hujung 1 Utusan Online, 25 Oktober 2007. 2 Tenaga kerja Asing Di Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia (KSM), 2008, Unpublished data. 3 M.V. Pandiyan, Sabah Feels the Strain, in The Star, 19 th June 2008, h. 44. 4

Ibid. 5 TV3, Berita Jam 8.00 malam, 28hb Jun 2008. 6 Kenyataan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri, dipetik dari Berita Jam 7.00 pagi, RTM 1, 16hb Jun 2008. 7 Hyoji Kang, Foreign Labour Inflows to Malaysia, (Dissertation submitted in Fulfilment of the requiremnets for the degree of Master of Economics, Faculty of Economics and Administration, University of Malaya. 2007), h. 30, table 3.3. 8 Ibid. 9 Ibid., h. 44, Table 3.8. 10 Ibid., h. 31, Table 3.4. 11 Ibid. 12 M.P. Todaro, Economics Development, 8 th Edition, (London: Pearson Addison Wesley, 2000), h. 203-208. 13 Jamilah Ariffin, Penghijrahan Buruh wanita Melayu Ke Sektor Perkilangan, Satu Masalah ekonomi Bumiputra, Kertas Kerja Dibentangkan Di Konvensyen Ekonomi Bumiputra, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 19-22 Mac 1978. 14 S. Findley, Planning of Internal Migration: A Review of Issues and Policies in Developing Countries (Washington: U.S. Government Printing Office, 1977), h. 11.132 Jati, Vol. 14, December 2009 15 Bhaludin Saleh, Migrasi Buruh Negeri Kelantan Ke Singapura: Kajian Kes di Mukim Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan, (Thesis Ijazah Sarjana Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 2007), h. 92. 16 Kang, Hyoji, Foreign Labour Inflows to Malaysia, h. 26 dan 27. 17 Dipetik dari, http://groups.google.com.my/group/komunitioku/browsethread/thread/ 79ec20ccc711cf1e 18 Asian Development bank, Workers Remittance Flows in Southeast Asia. 2006, dipetik dari http://209.225.62.100/Documents/Reports/Workers-Remittance/chap2.pdf 19 (Dipetik dari www.imi.gov.my). 20 (http://arts.anu.edu.au/suara/salleh6.rtf). 21 RTM Kenyataan Menteri Sumber Manusia Di Dewan Rakyat, Laporan Sidang Parlimen, TV 1, Jam 11.30 malam, 24hb Jun 2008. 22 Kenyataan YB. Dato Shahrir Samad, Menteri Perdagangan dan Hal-Ehwal Pengguna, Dipetik dari Satiman Jamin, The New Straits Times, Isnin, 15 September, 2008.

23 N.G. Mankiw, Principles of Microeconomics (Orlando: The Dryden Press, 1997). 24 The Sun, Sept 30, 2001, h. 17. 25 The Star, March 3, 2009, h. 17. 26 Zainal Aznam Yusoff, Security Policies due for a total makeover, The Sun, Sept 30, 2001, h. 17.
>

Rencana

>>

Komentar

Antara Keperluan Dengan Pembaziran


13 August 2007

Oleh ZALILA ISA ISU Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bukan satu isu baru atau fenomena yang akan tenggelam dalam tempoh tertentu. Hakikatnya, ia merupakan isu lapuk yang tiada berkesudahan dan sentiasa berkembang dari hari ke hari. Lapuknya isu ini bersangkut hal kebergantungan Malaysia kepada guna tenaga asing dan juga kesan-kesan kedatangan warga asing ini ke Malaysia demi memenuhi tuntutan ekonomi yang sedang berkembang pesat di negara ini. Tidak mengejutkan apabila dikatakan jumlah pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini kini lebih ramai daripada masyarakat India, iaitu kaum ketiga terbesar di Malaysia. Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun lalu yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dan Bahagian Perangkaan Demografi, Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah pekerja asing mencecah 1.91 juta, manakala masyarakat India 1.88 juta. (Berita Harian, 12 Ogos 2007) Kebergantungan Malaysia terhadap pekerja asing amat tinggi terutama dalam sektor perkhidmatan, pembinaan, perladangan, dan pembuatan. Keadaan itu amat menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu negara Malaysia dan juga pekerja asing yang datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, China, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Pakistan, dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kemasukan secara beramai-ramai dengan izin dan tanpa izin ini menjadikan negara kita semakin pening dengan kesan-kesan yang wujud. Sepanjang tahun 2005, Malaysia menghantar sekurang-kurangnya RM 5 bilion hingga RM 7.2 bilion wang ke negara asal masing-masing. Jumlah itu pula semakin meningkat dari tahun ke tahun. Jumlah yang besar ini harus ditanggung oleh Malaysia memandangkan keperluan sumber manusia di Malaysia yang tidak mencukupi. Dikatakan suatu waktu dahulu, Malaysia menyenaraikan jumlah pengangguran di kalangan warga tempatan dengan angkanya agak membimbangkan. Adakah jumlah ini berkaitan dengan pengambilan warga asing yang tidak dikawal? Daya saing dan semangat bekerja tanpa mengira penat, bahaya atau kotornya sesuatu pekerjaan membuatkan warga asing menjadi pilihan majikan di Malaysia. Daya saing di kalangan warga asing juga amat tinggi berikutan kemiskinan di negara asal ataupun desakan hidup yang semakin menghimpit yang membuatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan pekerjaan di Malaysia. Majikan di Malaysia pula cenderung menggaji pekerja asing kerana memerlukan tenaga pekerja yang ramai seperti di kilang, tapak pembinaan, dan sektor pembuatan.Ditambah lagi dengan pembayaran gaji yang agak rendah dan kebajikan warga asing yang tidak begitu diambil kira, menjadikan kedatangan warga asing dialu-alukan oleh majikan-majikan di Malaysia. Apatah lagi, warga tempatan sendiri tidak berminat mengisi kekosongan kerja-kerja yang dianggap berisiko, kotor, bahaya dan menawarkan gaji yang rendah. Mereka lebih rela menganggur daripada melakukan kerja-kerja berat dalam sektor pembinaan atau perladangan. Kerja sebagai pembantu rumah pula hanya dipandang sebelah mata kerana dianggap terkongkong, waktu kerja yang panjang dengan gaji

yang murah, layanan seperti hamba dan membosankan berada di rumah sepanjang hari. Bagi yang berpendidikan pula, kerja kilang atau buruh kasar di tapak pembinaan sudah semestinya tidak sepadan dengan pendidikan yang mereka terima. Terdapat juga majikan yang mengambil pekerja asing kerana kepakaran mereka (selalunya dalam bidang sains dan teknologi) tidak terdapat pada warga tempatan. Pekerja asing tidak releven dengan isu pengangguran yang berlaku di Malaysia. Namun, kita tidak boleh memandang sebelah mata kesan kebanjiran pekerja asing di negara ini meliputi masalah sosial dan penyakit yang dikhuatiri berpunca daripada pendatang tanpa izin yang sudah semestinya tidak menggunakan saluran dan prosedur yang betul memasuki Malaysia. Bukan sedikit kes yang berkaitan dengan jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing ini. Di penjara sahaja, dikatakan 24,000 daripada 49,000 penghuninya adalah warga asing dengan pelbagai kesalahan termasuk merompak, meragut, membunuh, dan memperkosa. Itu belum lagi kos penyelenggaraan yang terpaksa dikeluarkan untuk menyara lebih daripada 10,000 warga asing yang berada di depoh tahanan Jabatan Imigresen kerana ketiadaan visa dan permit. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan melihat semula situasi yang berlaku ini dan memantau serta menyelesaikan dengan bijaksana segala kesan yang wujud akibat kebanjiran tenaga asing di Malaysia. Umpama menarik rambut dalam tepung di mana rambut tidak putus, tepung pula tidak berselerak, begitulah juga kaedah yang harus digunapakai oleh kerajaan dalam memelihara keharmonian dan kepentingan kedua-dua belah pihak. Perkara ini perlu difikir sedalam-dalamnya dengan bukan hanya memandang kepada majikan yang memerlukan pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi mereka, malah melihat semula bagaimana modal insan tempatan harus dijana untuk mengisi kekosongan sektor pekerjaan di Malaysia. Sudah tiba masanya kerajaan melihat statistik pengangguran warga tempatan di Malaysia yang dikatakan mencecah 90,000 orang. Begitu juga statistik yang memaparkan kira-kira 242,190 atau 3.8 peratus daripada 6.3 juta pelajar sekolah di seluruh negara gagal menamatkan persekolahan mereka sehingga ke tingkatan lima. Di manakah mereka ini? Pemaparan statistik ini bukan untuk dipolemikkan di dewan persidangan parlimen atau menjadi perbalahan di pejabat pejabat menteri ataupun menjadi topik hangat di kedai-kedai kopi. Statistik itu menunjukkan bahawa pihak yang bertangggungjawab untuk menjana modal insan demi kepentingan ekonomi, harus bangkit dan menjejaki golongan yang tercicir ini untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada pekerja asing. Mengambil contoh sektor perkhidmatan seperti pembantu rumah, banyak perkara boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar penggunaan pekerja asing. Menurut Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, terdapat kira-kira 310, 661 pembantu rumah di Malaysia. Manakala, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar pula menyatakan negara masih memerlukan 100,000 pembantu rumah dalam masa terdekat ini untuk mengisi permintaan semasa. Mungkin juga cadangan menaikkan taraf kerjaya pembantu rumah kepada profesion yang dihormati boleh dikaji dengan lebih mendalam (Berita Harian, 3 Ogos 2007). Pembantu rumah yang seringkali dilayan seperti hamba, gaji yang rendah, wujud unsur-unsur deraan secara fizikal (mencederakan dan mangsa seksual) dan mental serta fenomena skeptikel yang lain harus dihentikan. Majikan dan pembantu rumah harus diikat dengan kontrak atau undang-undang sosial. Ini seterusnya akan mengubah persepsi masing-masing terhadap peranan yang dipertanggungjawabkan dan seterusnya mengubah pandangan masyarakat terhadap kerjaya sebagai pembantu rumah. Menaikkan taraf pembantu rumah dengan anjakan gaji yang lebih baik daripada RM 450 sebulan kepada RM700 sehingga ke RM 900, mungkin boleh menarik minat warga tempatan yang menganggur. Insentifinsentif lain seperti kos penginapan, perubatan, cuti dan makanan boleh dibincangkan dengan lebih mendalam dalam usaha menaikkan taraf pembantu rumah.

Manakala rekod layanan buruk majikan di Malaysia terhadap pembantu rumah dan juga jenayah yang dilakukan oleh pembantu rumah terhadap majikan, boleh dihapuskan apabila kedua-dua pihak (majikan dan pembantu rumah) diwajibkan menandatangani satu kontrak undang-undang bagi memelihara keharmonian kedua-dua belah pihak. Begitu juga dengan sektor-sektor lain seperti pembuatan, pembinaan dan perladangan yang memerlukan kajian secara tuntas untuk menarik minat warga tempatan mengisi kekosongan sumber manusia di sektor-sektor berkenaan. Polisi yang disediakan oleh kerajaan juga harus komprehensif dan seragam agar tidak berlaku percanggahan undang-undang yang melibatkan kebajikan pekerja. Apa yang difikirkan lebih baik ialah majikan yang memerlukan tenaga kerja yang ramai dan tidak mendapat sambutan di kalangan warga tempatan harus berusaha sendiri membawa warga asing ke Malaysia. Usaha ini termasuklah menyatakan jumlah warga asing yang diperlukan, mendaftarkan mereka secara terus dengan pihak berkuasa serta urusan levi, visa dan permit yang dilakukan sendiri oleh majikan. Oleh hal yang demikian itu, tidak timbul isu lebihan pekerja asing yang akhirnya tidak bekerja dan melakukan jenayah untuk meneruskan hidup di Malaysia. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) yang memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat digerakkan dengan lancar. Jelas di sini bahawa, Malaysia amat memerlukan warga asing untuk mengisi keperluan sektor-sektor yang kritikal seperti perkhidmatan, pembinaan, dan perladangan. Namun, kebanjiran warga asing yang tidak dikawal menjadi satu musibah dan kerugian yang ditanggung oleh Malaysia melalui pengaliran wang yang keluar dan juga kesan-kesan akibat jenayah yang dilakukan oleh mereka. Begitu juga dengan warga tempatan yang dikatakan merempat di bumi sendiri (menganggur) dan hilang entah ke mana (mungkin di penjara). Keengganan warga tempatan dan kemanjaan mereka dalam memenuhi kekosongan sektor-sektor tertentu, menyebabkan kerajaan menanggung kerugian. Malah kita sendiri melenting apabila warga kita terbunuh, diperkosa atau teraniaya oleh warga asing, tanpa menyedari bahawa kita yang mempelawa mereka datang ke Malaysia, mengaut keuntungan dan memijak kepala kita. Siapa sebenarnya yang menjadi keperluan dan menyebabkan pembaziran. Mereka yang dihidangkan dengan menu lazat dari Malaysia atau kita yang menyediakan menu itu? Melihat kepada situasi terkini, tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam membendung atau mengurangkan kebanjiran pekerja asing seolah-olah menangkap bayang-bayang. Jangan kerana hendak meneruskan program pembangunan, kita mengenepikan sumber manusia yang merempat di bumi sendiri. Warga tempatan tidak seharusnya terlalu memandang rendah kepada sesuatu pekerjaan. Tidak salah mencuba bidang-bidang seperti pembantu rumah, pembuatan, perladangan atau pembinaan jika tiada pilihan selain menganggur. Bukanlah itu lebih baik daripada kita melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah dan memudaratkan orang lain. Sudah tiba masanya warga tempatan mengubah persepsi terhadap pekerjaan yang dimonopoli warga asing. Fikirkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan terhadap warga asing. Fikirkan juga keamanan dan kedaulatan negara yang semakin dipinggir oleh warga asing. Bagi majikan pula, jangan kerana keuntungan mereka lebih rela mengambil warga asing sedangkan warga tempatan tidak langsung dipelawa atau ditolak untuk mengisi ruang kosong itu. Malahan, kerana keuntungan sesetengah pihak juga, warga asing tidak dijaga sepenuhnya sehingga menjadi kudis dalam masyarakat dan seterusnya memerlukan ubat yang mahal untuk mengubati kudis tersebut. Kerjasama antara kerajaan, majikan-majikan serta warga tempatan dalam mengurangkan penggunaan pekerja asing memerlukan perancangan yang teliti. Bukan sahaja negara dapat menjimatkan kos-kos tertentu melalui usahasama ini, malah pihak polis dan jabatan imigresen juga tidak perlu memeningkan kepala menyelesaikan jenayah yang dilakukan oleh mereka. Keperluan yang wujud di antara majikan dan pekerja harus di isi dan pembaziran yang berlaku akibat kemasukan pekerja asing dapat dikurangkan.

Jumlah Statistik Pekerja Asing Sah Dan PATI Yang Telah Didaftarkan Menerusi Program 6P (sehingga 31 Ogos 2011)

KATEGORI

JUMLAH

Pekerja Asing Sah PATI Pekerja Asing Sah + PATI


Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 06 September 2011 20:20

1,016,908 1,303,126 2,320,034

Anjakan ekonomi buruh asing


Oleh DR. ASAN ALI GOLAM HASSAN

KEHADIRAN pekerja asing diakui dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja. Malah ia turut membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi. Kemasukan buruh asing ketara sejak akhir 1980-an. Pada awalnya, kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh kasar di sektor formal tetapi kemudian ramai yang beralih menjadi pengusaha. Promosi Malaysia sebagai negara yang mempunyai kadar upah rendah, mungkin tidak lagi sesuai. Upah pekerja Malaysia tidak lagi rendah secara relatif. Yang rendah ialah upah pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Malaysia wajar dipromosikan sebagai sebuah negara yang sedang beralih kepada aktiviti intensif teknologi dan nilai tambah lebih tinggi, dengan pengambilan buruh asing dilaksanakan secara bijaksana dan terpilih. Pada tahun lalu, penduduk Malaysia berjumlah sekitar 27,728,700 orang. Kaum Bumiputera meliputi 61.8 peratus, Cina 22.9 peratus, India dan lain-lain 8.1 peratus. Penduduk bukan warganegara pula berjumlah 7.1 peratus.

Peratusan bukan warganegara paling tinggi ialah di Sabah. Bagi setiap 100 penduduk di negeri itu, 25 daripadanya bukan warganegara. Bagaimanapun daripada segi agihan tenaga buruh mengikut kaum, peratus tenaga buruh bukan warganegara sebenarnya lebih tinggi daripada jumlah kaum India dan lain-lain di negara ini. Daripada sejumlah 10,889,500 tenaga buruh di Malaysia pada tahun lalu, 57.3 peratus terdiri daripada Bumiputera; kaum Cina pula 24.8 peratus sementara India dan lain-lain sebanyak 8.2 peratus. Buruh di kalangan bukan warganegara pula berjumlah 9.7 peratus. Bilangan bukan warganegara - dalam umur bekerja - meningkat dengan mendadak daripada 215,200 pada 1982 kepada 1,240,200 pada 2005. Tenaga buruh bukan warganegara pula meningkat daripada 138,500 kepada 1.03 juta. Dalam tempoh 20 tahun iaitu antara 1985-2005, jumlah buruh bukan warganegara meningkat sebanyak 367 peratus. Daripada sejumlah 1,240,200 pada 2005, sebanyak 1,015,300 bekerja sementara, baki seramai 14,200 tidak bekerja (menganggur) dan 201,700 di luar tenaga buruh. Trend kadar pengangguran buruh asing semakin berkurangan dan kadar penyertaan tenaga buruh semakin meningkat. Pekerja bukan warganegara paling ramai ialah dari Indonesia. Statistik pada 2005 menunjukkan 67.4 peratus berasal dari Indonesia, 9.9 peratus (Filipina), 3.2 peratus (Bangladesh) dan bakinya dari negara-negara lain. Tiga industri utama yang dimonopoli oleh bukan warganegara ialah industri pertanian termasuk perhutanan dan perikanan - sebanyak 33 peratus, sementara industri pembinaan dan pembantu rumah pula sekitar 14 peratus. Pekerja tempatan pula masih melebihi pekerja asing dalam industri pembuatan iaitu sebanyak 19.1 peratus. Bagaimanapun, industri pembuatan merupakan industri kedua paling ramai pekerja asing iaitu 17 peratus, hanya kurang dua peratus daripada pekerja tempatan. Tiga jenis pekerjaan industri utama yang dimonopoli oleh bukan warganegara ialah pekerja asas sebanyak 31 peratus, pekerja mahir pertanian dan perikanan (28 peratus) dan operator loji dan mesin serta pemasangan (13 peratus). Bagi jenis pekerjaan pula, pekerja pertukangan dan yang berkaitan dengannya meliputi 11 peratus, sama dengan warganegara. Datadata ini diperoleh dari Penyiasatan Tenaga Buruh, Profil Bukan Warganegara 2007 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada 2007, sebanyak 87.7 peratus daripada bukan warganegara terlibat sebagai pekerja, 9.7 peratus lagi bekerja sendiri, 1.9 peratus pekerja keluarga tanpa gaji dan bakinya sebanyak 0.7 peratus terdiri daripada kumpulan majikan. Dijangka sebahagian daripada bukan warganegara yang 'bekerja sendiri' ini terdiri daripada imigran asing yang telah lama menetap di sini dan mereka yang menjadi 'pekerja keluarga tanpa gaji' pula sebahagiannya ialah anak-anak atau saudara-mara kepada pekerja yang 'bekerja sendiri.' Kemasukan besar-besaran buruh asing bermula sekitar 1987. Kemasukan itu berkait rapat dengan peluang pekerja di sektor pertanian dan pembinaan (kini pembuatan). Bagaimanapun, semasa krisis ekonomi 1997 (dan juga krisis 2008) sebahagian mereka pulang ke negara asal. Sebahagian besar yang pulang ialah mereka yang telah diberhentikan kerja dan tiada peluang untuk bekerja dalam mana-mana sektor.

Mereka tiada peluang kerana sama ada masih baru di Malaysia, tiada kenalan dengan pekerja asing yang telah lama di sini atau tiada kenalan rapat dengan rakyat tempatan. Ringkasnya, semakin lama mereka di Malaysia, semakin rendah kemungkinan untuk mereka pulang ke negara asal jika berlaku krisis ekonomi. Bagi imigran yang telah lama di sini, krisis ekonomi merupakan petunjuk aras untuk berubah kepada pekerjaan yang lebih baik demi survival. Memang berlaku anjakan pekerjaan asing akibat krisis ekonomi ini. Ramai buruh kasar yang datang ke sini pada lewat 1980-an, kini menjadi seorang pengusaha melalui usahasama dengan rakyat tempatan dan kemudian menubuhkan syarikatnya sendiri. Ia sebahagian daripada proses bagaimana pekerja migran cuba menyesuaikan diri berikutan perubahan di luar kawalan mereka iaitu krisis ekonomi. Mereka juga sentiasa mengambil peluang meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup termasuk melibatkan diri dalam aktiviti tidak formal yang tidak sah daripada segi peraturan. Syarikat mungkin didaftarkan (atau dimiliki) oleh pengusaha tempatan tetapi aktiviti syarikat oleh pengusaha asing yang pekerja mereka juga sebahagian besarnya ialah pekerja asing. Sub-sub kontraktor pengusaha asing ini (yang tidak berdaftar) akan bersaing dengan pengusaha-pengusaha kecil (terutamanya pengusaha Bumiputera) untuk mendapatkan projek. Akibatnya, kerja-kerja untuk sub kontrak ini akan diberi kepada pengusaha asing, yang secara relatifnya menawarkan harga lebih murah. Secara khusus, penglibatan pengusaha asing boleh melambatkan usaha meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam aktiviti perniagaan melalui dua cara. Pertama, peluang perniagaan kepada sub-sub kontraktor Bumiputera akan berkurangan kerana tidak mampu bersaing dari segi kos dan pulangan. Kedua, mewujudkan budaya perniagaan 'Ali-Baba' baru daripada 'Melayu-bukan Melayu' kepada 'Melayu-Bukan Warga.' Kebanyakan pengusaha asing, sama ada melalui syarikat mereka sendiri - rasmi atau tidak rasmi - atau dengan kerjasama dengan pengusaha tempatan, akan menggunakan pekerja dari negara asal mereka. Selain menutup peluang pekerja tempatan, kemasukan buruh asing yang rata-ratanya bukan pekerja mahir, akan memperlahankan upah dalam sektor berkaitan. Bagi sesetengah sektor, pergantungan berlebihan kepada buruh asing menyebabkan faktor upah pekerja tidak mahir menjadi tegar (tepu) atau mungkin berkurangan. Besar kemungkinan upah pekerja tidak mahir di kalangan penduduk tempatan meningkat pada kadar yang jauh lebih rendah daripada kadar peningkatan pendapatan per kapita negara. Keadaan ini akan meluaskan jurang perbezaan pendapatan dalam ekonomi. Secara khusus, kemasukan pekerja asing boleh melambatkan usaha mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dalam masyarakat juga melalui dua cara.

Pertama, kemasukan itu akan menambah bilangan pekerja baru yang muda dan tidak mahir, dan seterusnya membawa perubahan dalam struktur umur tenaga buruh. Perubahan itu boleh meningkatkan ketidaksamaan pendapatan walaupun tidak terdapat perubahan dalam struktur upah dan pendapatan. Kedua, kemasukan secara beramai-ramai itu akan merendahkan secara relatif upah pekerja tidak mahir sementara upah pekerja mahir dan pulangan pemilik modal terus meningkat. Akibatnya, jurang perbezaan pendapatan dalam masyarakat akan melebar. Anjakan jenis pekerjaan daripada buruh ke pengusaha kini berbentuk petty traders dan dalam sektor tidak formal. Fenomena petty traders ini wujud di Chow Kit, Petaling Street di Kuala Lumpur sementara di Klang pula kewujudan Little India. Selain itu, pekan sempadan seperti Wang Kelian dan Padang Besar di Perlis pula dikuasai oleh pengusaha dari Thailand. Kini pengusaha asing juga terlibat sebagai orang tengah dalam sektor-sektor formal sama ada melalui status mereka sebagai 'pegawai dagang' atau melalui usaha sama dengan pengusaha tempatan. Kesimpulannya, walaupun kehadiran pekerja-pengusaha ini dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja dan membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi ia tetap menimbulkan masalah. Antaranya, kewujudan pekerja-pengusaha asing ini ia boleh mengehadkan pencapaian dasar kerajaan untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan. Ia juga mengehadkan usaha untuk beralih kepada aktiviti ekonomi berintensifkan teknologi dan nilai ditambah lebih tinggi. PENULIS ialah Timbalan Pengarah, Institut Pembangunan Malaysia, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tiada kaitan dengan dasar kerajaan atau EPU.

Keperluan, terlebih atau membazir?


Oleh Fauziah Arof

MALAYSIA yang cukup makmur ini adalah sebuah negara yang kecil. Kita ada lebih 28 juta penduduk. Tetapi pada masa sama, kita juga ada lebih 2 juta pekerja asing. Itu belum masuk pendatang asing tanpa izin lagi. Kebanjiran mereka ini dikira bukan jumlah biasa. Memang luar biasa. Kita menjadi lubuk atau hujan emas kepada pekerja asing dari negara-negara jiran yang kurang makmur. Suatu ketika dulu, pengambilan mereka ini hanya pada sektor perladangan dan pembinaan. Alasannya, tidak ramai rakyat kita mahu bekerja di sektor itu pendapatan tidak menarik, tidak selesa, kerja penat dan dalam keadaan tertentu risiko kemalangan agak tinggi. Namun sekarang, dalam kebanyakan sektor, ada pekerja asing. Dari peringkat skil bawahan sehingga ke tahap pengurus besar dalam sesetengah syarikat, majikannya mengutamakan pekerja asing, sedangkan rakyat kita ramai yang masih tercari-cari pekerjaan. ... Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.