Anda di halaman 1dari 2

PERISTIWA TENTERA BERGAJAH MENYERANG KAABAH Bismillahir rahmanir rahim Alam tarakai fafa ala rabbuka bi ashabilfill Tidakkah

kamu mengetahui bahawa Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera yang dipimpin oleh pembawa gajah yang hendak meruntuhkan Kaabah ? Assallamu alaikum semuasaya Nurul Izzah akan menceritakan kisah ini kepada kamu semua. Kawan-kawan, Peristiwa ini berlaku ketika Nabi Muhammad masih dalam kandungan ibunya .Abrahah ni kawan-kawan adalah seorang raja yang memerintah negeri Yaman. Dia sangat cemburu melihat orang-orang Arab dan orang-orang Yaman yang suka menziarahi Kaabah di Mekah.Sedangkan dia sudah membina sebuah gereja yang begitu mewah dan indah di Yaman tetapi tidak mendapat sambutan.Oleh sebab itu ,dia membuat keputusan untuk meruntuhkan Kaabah itu supaya orang-orang Arab dan Yaman akan menziarahi gereja yang telah dibinanya itu. Pasukan tentera Abrahah ini kawan-kawan terdiri daripada tentera bergajah yang sangat besar yang akan digunakannya untuk menghancurkan Kaabah itu.Tetapi kawan-kawan Allah itu maha berkuasa.Allah memelihara Kaabah dengan memerintahkan sekumpulan burung Ababil . Burung Ababil yang didatangkan dari syurga itulah yang menyerang tentera bergajah .Burung-burung itu membawa batu yang berasal dari tanah yang terbakar. Menurut riwayat batu itu sama seperti yang pernah dihujankan kepada kaum Nabi Luth alaihis salam. Maka kawan-kawan hancurlah Abrahah bersama semua tentera bergajah itu.Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daundaun yang dimakan ulat. Cerita tentang tentera bergajah ini kawankawan ada dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Fill ayat 1 hingga 5. Kawan-kawan janganlah jadi seperti Abrahah ni angkuh diatas muka bumi Allah dan akhirnya dia dibinasakan oleh Allah dengan dahsyat sekali.Sekian.Wabillahi taufik wal hidayah.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

KEMATIAN DATUKNYA ABDUL MUTALIB Bila Izrail datang memanggil ,jasad terbujur dipembaringan, Seluruh tubuh akan menggigil,inilah kisah satu kematian. Assalamu alaikum dan salam sejahtera.Bismillahir rahmanir rahim. Kawan-kawan , saya Zul Izzat akan menceritakan kisah kematian datuk datuk kesayangan Nabi Muhammad iaitu Abdul Mutalib. Ceritanya bermula begini,setelah kewafatan ibunya Aminah maka datuk Nabi Muhammad iaitu Abdul Mutalib pula yang memelihara beginda.Abdul Mutalib ini sangat sayang akan Nabi Muhammad sehingga melebihi anak-anaknya sendiri.Pernah suatu ketika kawan-kawan,beliau memberikan tempat duduknya iaitu permaidani khas yang dibentangkan di sisi Kaabah kepada Nabi Muhammad. Sedangkan sebelum itu tidak ada seorang pun dibenarkan duduk di situ termasuk anak-anaknya sendiri. Selama dalam pemeliharaannya , Abdul Mutalib lebih suka memanggil nabi dengan panggilan anakku dan bukannya cucuku ataupun Muhammad.Walaubagaimanapun kasih sayang yang dicurahkan oleh Abdul Mutalib terhadap cucunya itu tidaklah lama. Pada usia 80 tahun beliau telah meninggal dunia. Pada ketika itu kawan-kawan, umur Nabi Muhammad SAW baru mencecah 8 tahun.Ini bermakna beginda hanya sempat bermanja dengan datuknya kira-kira dalam dua tahun sahaja.Betapa sedihnya hati Nabi Muhammad di atas kematian datuknya yang tercinta itu .Kesedihan beginda lebih jelas kelihatan apabila beginda terus menerus menangis ketika mengiringi jenazah datuknya ke tanah perkuburan.Sebelum Abdul Mutalib wafat,beliau sempat mewasiatkan kepada Abu Talib iaitu bapa saudara nabi untuk memelihara cucunya itu.Betapa sedihnya kehidupan nabi kawan-kawan .Sejak kecil lagi sudah kehilangan tempat bermanja dan bergantung.Oleh itu syukurlah kita kepada Allah yang memberikan kita segala kecukupan. Sekian wabillahi taufik wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai