Anda di halaman 1dari 2

TADIKA ISLAM PERAK, PULAU TIGA KIRI, 36800 KG. GAJAH, PERAK. KEPADA : ..................................................... IBUBAPA/PENJAGA PELAJAR, T.I.

P PULAU TIGA KIRI. Tuan/Puan, PER : JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU & HARI GURU T.I.P PULAU TIGA KIRI 2012. Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami akan mengadakan majlis tersebut, bagi meraikan dan mengingati jasa dan pengorbanan insan yang bergelar Ibu & Guru yang akan di adakan pada ketetapan seperti berikut : Tarikh : 18 Mei, 2012 ( Jumaat ) Masa : 9.00 Pagi Tempat : Perkarangan Tadika Islam Perak, PTK 2. Sehubungan itu,pihak kami telah merancang mengadakan pelbagai acara seperti berikut dan kaum Ibu yang berminat hendaklah mendaftarkan nama sebelum hari Khamis. 2.1- Pertandingan Masakan Kek Hari Ibu. - Kaum Ibu hendaklah memasak sendiri kek tersebut mengikut kreativiti sendiri dari rumah. 2.2- Pertandingan Anak Suap Ibu Makan kek 2.3- Pertandingan mereka cipta kad kreatif & Sajak Sempena Hari Guru. 3. Bagi Acara Pertukaran Hadiah, setiap Ibu di minta untuk membawa hadiah bernilai RM10 . Hadiah tidak boleh makanan dan minuman. Kehadiran serta kerjasama tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, Terima Kasih. RUJ. KAMI ( 04 ) TIP. PTK 2012 Tarikh : 10 Mei, 2012

Yang Benar,

.. ( HASMIDA BT JAMALUDDIN) GURU TIP. PTK