Anda di halaman 1dari 3

Temubual: 1 Bilakah persatuan ini ditubuhkan?

Persatuan ini telah ditubuhkan pada 21 Februari 1994 dan telah didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966. 2 Apakah tujuan persatuan ini ditubuhkan? Tujuan utama persatuan ini ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kecergasan dalam kalangan masyarakat di samping menganjurkan kursus, bengkel, kegiatan sukan, seminar kecergasan dan senamrobik. 3 Siapakah orang yang bertanggungjawab menubuhkan persatuan ini? Pejabat Belia dan Sukan Negeri Terengganu. 4 Adakah kelab/persatuan ini terbuka kepada semua orang yang berminat? Keahlian Persatuan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada empat (4) kategori seperti berikut::
4.1

AHLI BIASA Terdiri daripada orang perseorangan yang berumur 18 tahun ke atas dari berbagai bangsa dan agama dan tinggal di Negeri Terengganu.

4.2

AHLI GABUNGAN Terdiri dari Kumpulan Kecergasan Sukan mengundi serta diundi. peringkat Daerah di Negeri Terengganu yang sah berdaftar di sisi undang-undang negara dan boleh

4.3

AHLI BERSEKUTU Terdiri dari persatuan, kelab dan pertubuhan yang menjalankan berbagai kegiatan sukan selain dari sukan kecergasan dan berdaftar secara sah di sisi undang-undang tetapi tidak boleh mengundi dan diundi.

4.4

AHLI KEHORMAT Individu-individu yang pernah berjasa kepada Persatuan atau individuindividu yang boleh memberi sumbangan kepada persatuan yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persatuan.

Sekiranya seseorang ingin menjadi ahli, bagaimanakah caranya?

Semua permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dihantar kepada Setiausaha. Jawatankuasa Induk. AJK induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan tanpa memberi alasan. Dan adakah bayaran dikenakan untuk menjadi ahli? Yuran masuk ahli adalah sebanyak RM5.00 dan yuran tahaunan pula adalah sebanyak RM12.00 setahun. 6 Bagaimanakah sambutan daripada orang ramai? Sambutan yang diterima amat memuaskan dan menggalakkan terutamanya dalam aktiviti senamrobik. 7 Adakah persatuan ini bergabung dengan mana-mana organisasi? Contohnya dibawah MSN atau ISN? Tidak. 8 Bolehkah tuan jelaskan tentang struktur organisasi persatuan? Srtuktur organisasi Persatuan ini dianggotai oleh seorang Pengeruis, Naib Pengerusi I, Naib Pengerusi II, Setiausaha, Bendahari, 7 orang AJK dan 2 orang pemeriksa kira-kira. 9 Bagaimanakah AJK persatuan ini dipilih? Semua AJK ini dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan. 10 Apakah tugas-tugas AJK yang dilantik? Tugas-tugas AJK yang dilantik meliputi Jawatankuasa Ekonomi, Latihan,Kebajikan, Teknikal dan lain-lain tugas khas. 11 Apakah aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan? Di antara aktiviti-aktiviti yang dirancang termasuklah bengkel, seminar, kursus, latihan dan tentu sekali senamrobik. Kesemua aktiviti berkenaan telah dilaksanakan dan akan terus disambung pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

12

Apakah perancangan persatuan dalam jangkamasa panjang? Persatuan iini merancang untuk terus berbakti kepada masyarakat terutamanya dalam kecergasan.

13.

Dari manakah sumber kewangan diperolehi? Kewangan Persatuan diperoleh melalui Yuran tahunan dan penalti kemasukan semula, derma dan tajaan, bantuan dari kerajaan atau badan-badan berkanun, hasil-hasil perniagaan Persatuan dan sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara.

14

Adakah setiap aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual? Sebahagiannya mengikut jadual manakala terdapat juga beberapa aktiviti yang tidak mengikut jadual.

15

Berapa kalikah mesyuarat diadakan dalam setahun? Sekurang-kurang 4 kali.

16

Bagaimana pula dengan Mesyuarat Agung? Adakah setiap tahun atau dua tahun sekali? Mesyuarat Agung diadakan setiap tahun tetapi pemilihan AJK adalah secara dwitahunan.

17

Bagaimanakah cara pelantikan AJK dijalankan? Pelantikan AJK dijalankan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

18

Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh persatuan ini? Peralatan untuk aktiviti Senamrobik.

19

Adakah kemudahan yang disediakan ini terbuka untuk ahli sahaja ataupun untuk orang ramai? Kemudahan ini terbuka untuk semua tetapi akan dikenakan bayaran.

20

Apakah pencapaian yang paling dibanggakan yang telah dicapai setakat ini? Pencapaian yang paling dibanggakan ialah aktiviti senamrobik Monsun Cup Antarabanagsa di Terengganu.

21

Apakah harapan tuan terhadap persatuan ini? Harapan saya serta semua AJK aialah agar terus maju dan mendapat sambutan serta galanakn daripada semua pihak.