Anda di halaman 1dari 22

ANALISIS POTENSI PERANCANGAN PEMBANGUNAN AGROINDUSTRI BAGI KOMODITI KACANG TANAH DI WILAYAH BARAT PROPINSI SUMATERA UTARA Oleh

: Robert Tua Siregar


tuasir@gmail.com dan

Associate Professor Dr. Norhaslina Hassan


nhaslina@um.edu.my

Urban Studies and Planning Program, Faculty of Arts and Social Sciences University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur Tel: (603)7967-5400 Fax: (603)7967-5709 Abstrak Pelaksanaan pembangunan tidak hanya untuk menggesa pertumbuhan ekonomi rakyat, akan tetapi setiap pembangunan harus mempercepat pertumbuhan peluang kerja dan pemanfaatan sumber alam supaya dapat memberangsangkan pelaksanaan pembangunan. Seperti diketahui ekonomi rakyat ialah aktiviti ekonomi yang dilakukan rakyat dengan teknik mengusahakan sendiri dan mengelola sumber apa saja yang dapat dikuasainya dan ditujukan untuk memenuhi keperluannya. Polisi pembangunan daerah Propinsi (negeri) Sumatera Utara melaksanakan pembangunan wilayah dan kawasan dengan potensi sumber alam supaya lebih merangsang pembangunan perlu disokong pembangunan sektor industri dan pertanian. Pemanfaatan sumber potensi di wilayah Propinsi Sumatera Utara yang dilakukan secara bersepadu sangat diperlukan. Salah satu sektor yang terlibat ialah sektor pertanian, dengan sasaran utama pembangunan pertanian. Tindakan ini dilakukan untuk mewujudkan sektor pertanian yang kuat, dengan meningkatnya peranan sektor pertanian yang memiliki potensi sumber tenaga yang besar berbanding dengan sektor-sektor lain. I.Pengenalan Memperhatikan keadaan daripada Indonesia daripada tahun 1967 yang merupakan jaman orde baru melaksanakan pembangunan pada beberapa sektor. Pembangunan sektor pertanian merupakan hal utama yang dilakukan kerana Indonesia merupakan negara yang bersumber potensi utama pertanian sesuai dengan keadaan tanah yang dimilikinya. Akan tetapi tahun 1999 negara Indoensia mengalami penurunan ekonomi dengan terjadinya krisis ekonomi secara nasioanal. Oleh sebab itu tahun 2000 Indonesia melaksanakan proses pemulihan ekonomi yang dijangka akan terus berlangsung sehingga pulih semula.

Pertumbuhan ekonomi Indonesia berdasarkan kenaikan Produk Domestik Bruto (PDB) tahun 2007 berbanding tahun 2006 mengalami peningkatan 6.3 peratus. Tiga sektor yang mengalami peningkatan tertinggi ialah sektor pengangkutan-komunikasi 5.2 peratus, listrik-gas-air bersih 4.9 peratus dan sektor perdagangan-hotel-restoran 3.7 peratus. Sektor pertanian tahun 2007 mengalami peningkatan sebesar 16.2 peratus sehingga sekarang. Pertumbuhan ini disokong oleh subsektor tanaman perladangan yang bersifat musiman iaitu meningkat sebesar 70.0 peratus, kemudian kehutanan dan perikanan tumbuh masing-

PDRB
Sumber : BPS Propinsi Sumatera Utara

3.65

8.44

2.97

Sumber : BPS Propinsi Sumatera Utara

Rajah 1. Laju Pertumbuhan PDRB Propinsi Sumatera Utara Dalam usaha pembangunan agroindustri berhubung kait dengan pembangunan wilayah barat Sumatera Utara, dilakukan penentuan kawasan geografi yang paling berpotensi untuk menempatkan aktiviti industri tersebut. Propinsi Sumatera Utara terletak pada 10-40 Lintang Utara dan 9801000 Bujur Timur, yang memiliki luasan daratan Propinsi Sumatera Utara 71,680 km. Propinsi Sumatera Utara tersohor kerana luas perladangannya hingga kini menjadi sektor utama ekonomi. Secara geografi wilayah barat Propinsi Sumatera Utara memiliki kesamaan dari segi topografi, kesesuaian tanah, potensi sumber alam, dan mata pencarian penduduknya. Wilayah bahagian barat meliputi Kabupaten Tanah Karo, Kabupaten Dairi, Kabupaten Pakpak Barat, Kabupaten Humbang Hasundutan, Kabupaten Samosir, Kabupaten Toba Samosir dan Kabupaten Tapanuli Utara. Kajian ini menggunakan data daripada Kabupaten Tanah Karo, Kabupaten Dairi, Kabupaten Humbang Hasundutan, Kabupaten Toba Samosir dan Kabupaten Tapanuli Utara, kerana Kabupaten Samosir dan Kabupaten Pak-pak Barat

belum memiliki data yang sempurna sehingga tahun 2005 maka tidak diikut sertakan pada kajian ini. Potensi dan kesesuaian tanah untuk seluruh komoditi pertanian berdasarkan perwilayahan komoditi secara wilayah memiliki kesamaan. Sedangkan luas tanah yang dimiliki masing-masing kabupaten berbeza tetapi sangat sesuai untuk pembangunan komoditi pertanian di masing-masing kabupaten, berdasarkan permintaan dan arahan pembangunan ke hadapan. Potensi wilayah berdasarkan jenis komoditi utama pertanian yang tersedia, kemudahan, perundangan dan tanggapan penduduk diperlukan untuk menentukan sesuatu polisi pembangunan wilayah di Propinsi Sumatera Utara. Sehingga setakat ini pembangunan pada sektor pertanian agroindustri masih belum terlaksana dengan baik.

Polisi yang ditentukan oleh pihak kerajaan belum mempunyai hala tuju yang khusu kepada pembangunan agroindustri. Oleh itu pembangunan wilayah sangat memerlukan polisi yang mendekatkan kepada keperluan dan keadaan sumber potensi. Aktiviti agroindustri juga merupakan penerusan aktiviti pertanian sebelum

melangkah kepada aktiviti industri skala besar atau berteknologi tinggi. Dengan demikian penentuan tempat kilang pembuatan keluaran pertanian dan sumber bahan mentahnya perlu dilakukan agar antara kedua aktiviti tersebut saling berinteraksi dan saling menguntungkan. Untuk itu asas yang digunakan dalam penentuan tempat kilang pembuatan keluaran pertanian yang berpeluang dan sumber bahan mentahnya ialah meminimumkan pergerakan manusia dan bahan mentah dalam menjalankan aktivitinya. Rumusan kajian berupa cadangan yang akan diberikan nantinya agar dapat dibuat sebagai masukan dalam polisi pembangunan sektor pertanian di wilayah barat Propinsi Sumatera Utara. II. Permasalahan

Dalam kajian yang akan dilakukan didapati bahawa terdapat pengeluaran yang besar dan beraneka ragam dalam sektor pertanian, namun disyaki bahawa produk pertanian tersebut tidak dapat digunakan para petani dengan baik untuk

mensejahterakannya secara maksimum. Oleh sebab belum terdapat suatu asas yang kuat untuk digunakan bagi membuat polisi perancangan pembangunan sektor pertanian dan penetapan zon komoditi kerangka pembangunan agroindustri yang berbentuk kilang. Oleh itu diperlukan suatu kaedah yang dapat digunakan dalam melaksanakan peningkatan pembangunan sektor pertanian. Sehingga permasalahan yang dihadapi tentang keluaran pertanian yang akan mengalami penambahan nilai ekonomi komoditi untuk dijadikan keluaran pertanian tersebut berguna. Aktiviti yang dapt dilaksanakan ialah dengan membentuk sistem pasaran agribisnis dan pembangunan agroindustri dengan kilang pembuatan keluaran pertanian. Dalam lokasi kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah wilayah barat Propinsi Sumatera Utara iaitu; Kabupaten Tanah Karo, Kabupaten Dairi, Kabupaten Simalungun, Kabupaten Tapanuli Utara, Kabupaten Humbang Hasundutan, dan Kabupaten Toba Samosir (Tobasa). Alasan pemilihan lokasi kajian ini berdasarkan: a) Kawasan berada pada area yang berhampiran, sehingga memiliki kesamaan dari segi kesesuaian tanah, geografi, tofografi dan sumber potensi alamnya. b) Wilayah dataran tinggi yang memiliki tekstur tanah berbukit dan pegunungan. c) Terdapat permasalahan pada komoditi yang tidak sesuai dalam pengertian yang menguntungkan untuk agroindustri (misalnya; komoditi yang beraneka ragam pada satu daerah sehingga tidak dapat ditentukan apa yang menjadi keluaran khusus daerah tersebut kerana tidak terdapat suatu komoditi yang utama). d) Terdapat beberapa pertimbangan polisi khusus daripada pihak pelabur sehingga

ianya lebih menguntungkan berlokasi di tempat lain (lokasi alternatif ), namun tidak akan mengurangi manfaat kehadiran industri dalam pembangunan wilayah barat di Propinsi Sumatera Utara.

e) Munculnya rancangan pembangunan yang lebih penting dan strategi yang bertentangan dengan kedudukan agroindustri pada lokasi tersebut. Penentuan lokasi agroindustri dan daerah sumber bahan mentahnya akan berperanan terhadap pembangunan agroindustri khususnya dan pembangunan wilayah secara amnya. Hala tuju lokasi agroindustri yang diusulkan ialah kabupaten yang mempunyai nilai potensi tertinggi apabila dibandingkan dengan kabupaten lainnya di wilayah barat Propinsi Sumatera Utara. III. Faktor-faktor Penentu Lokasi Agroindustri Agroindustri yang akan dikembangkan dalam kajian ini dapat digolongkan ke dalam aktiviti ekonomi yang berorientasikan sumber bahan input (resources oriented) kerana bahan mentah merupakan industri yang mengurang berat (weight losing material) serta mempunyai ciri sebagai berikut: 1. Bahan mentahnya mudah rosak/busuk sehingga memerlukan pembuatan

secepatnya. 2. Bahan mentahnya mengalami pengurangan berat setelah mengalami pembuatan dan ini memerlukan lokasi agroindustri (kilang pembuatan) yang dekat sumber bahan mentah untuk menjimatkan kos pengeluaran. Dengan demikian faktor-faktor yang akan digunakan dalam menentukan lokasi agroindustri di kawasan barat Propinsi Sumatera Utara adalah berdasarkan aspek yang berikut: 1. Kewujudan bahan mentah sumber input 2. Kewujudan tenaga kerja 3. Kemudahsampaian (aksesibiliti) 4. Kelengkapan kemudahan (kemudahan) 5. Perundangan yang dikuat kuasakan 1. Tanggapan penduduk

Berdasarkan hasil pengenalpastian data yang sesuai dengan beberapa kriteria lokasi, sehingga faktor penentu lokasi agroindustri di Propinsi Sumatera Utara dapat dikelompokkan dalam dua jenis iaitu: a) Faktor penentu utama, iaitu jenis faktor secara mutlak diperlukan dalam proses produksi. Faktor penentu utama ini ialah: i. ii. iii. iv. Faktor kewujudan bahan mentah Faktor kewujudan tenaga kerja Faktor kemudah sampaian Faktor kewujudan kemudahan

b) Faktor penyokong, iaitu jenis faktor yang membantu menyokong sistem aktiviti. Faktor penyokong ini meliputi: i. Perundangan; perlesenan, pelaburan dan cukai yang dimiliki setiap wilayah kajian ii. Faktor tanggapan penduduk

Langkah selanjutnya ialah membuat analisis terhadap data potensi yang telah ditentukan. Analisis ini dilakukan secara kualitatif agar penjelasan daripada setiap data dapat diketahui lebih jelas. Ini kerana penjelasan akan ditunjukkan melalaui huraian daripada angka-angka yang diperoleh.

IV. Teori Lokasi Beberapa teknik untuk menentukan pembangunan disebutkan menggunakan teori Asal Ekonomi, Kesan Penggada yang berkaitan dengan teori input-output dan penggunaan Teori Lokasi (Location Theory), Teori Tempat Pusat (Central Place Theory) dan penerapan Teori Kutub Pertumbuhan (Growth Pole Theory). Penjelasan setiap teori dapat disebutkan sebagai berikut (Tarigan Robinson, 1998): 1) Teori Lokasi, ada tiga hal yang dapat dijadikan pertimbangan dalam menetapkan lokasi pembangunan iaitu (a) kos terendah (b) jangkaan pasaran dan (c) untung paling tinggi (Tarigan Robinson, 1998).

2) Teori Tempat Pusat, membentuk Pola ideal, asumsi homogen dalam bentuk lokasi, kualiti tanah dan tingkat ekonomi penduduk serta budayanya. Christaller juga menyajikan bentuk pola tempat perkhidmatan seperti jaring segi enam (heksagon). Bentuk pola tempat perkhidmatan heksagon ini secara teori mampu menghasilkan secara optimum penjimatan kos pengangkutan, pasaran dan pentadbiran (Haggett, 2001). 3) Teori Kutub Pertumbuhan, berbeza dengan pernyataan Christaller yang berlatar ahli geografi, teori Kutub Pertumbuhan digagaskan dan dikembangkan oleh para ahli ekonomi. Teori ini melahirkan konsep ekonomi seperti konsep industri penggerak (leading industry), konsep polarisasi dan konsep memberi pengaruh (trickle atau spread effect) (Tarigan Robinson, 1998). Akan tetapi teori lokasi yang tradisional berpendapat bahawa kluster (pengelompokan) industri muncul terutama akibat minimumkan kos pengangkutan atau kos produksi (Isard, 1956, Weber, 1909). Teori lokasi industri Weber menurut model Weber adalah bergantung kepada tiga faktor iaitu pasaran, tenaga kerja dan bahan mentah. Penjelasan berasaskan kepada mencari lokasi dengan kos pengeluaran yang paling rendah dan keuntungan yang maksimal merupakan salah satu konsep geografi. Keterbatasan Teori Weber telah memunculkan teknik lain, yang disebut pendekatan interdependensi lokasi (locational interdependence). Perbezaan yang utama kajian ini yang disebut dengan model Direct Location Area (DLA) ialah menambah faktor kewujudan perundangan dan tanggapan penduduk dalam penentuan lokasi. Penentuan lokasi yang akan dijadikan polisi harus mampu menyesuaikan dengan keadaan lokasi yang dicadangkan untuk menghasilkan pembangunan yang berterusan. Kesesuaian ini dalam model DLA ini ditetapkan pertama faktor kewujudan perundangan yang dapat memberikan jaminan secara

undang-undang kepada pihak-pihak pengguna lokasi yang telah ditentukan untuk beraktiviti secara berterusan. Kedua, faktor tanggapan penduduk pada lokasi area yang telah ditentukan, hal ini tentu sangat mempunyai peranan dalam pelaksanaan aktiviti pada lokasi, kerana dengan mengetahui sikap penduduk pada rancangan pembangunan yang dicadangkan akan memudahkan pelaksanaan dan keberterusan aktiviti tersebut ke hadapan. Kemajuan jaman dengan berbagai informasi yang diterima oleh pihak penduduk akan mempengaruhi sikap dan tindakan dalam menerima suatu aktiviti di daerahnya. Apakah sikap dan tindakan tersebut menguntungkan atau tidak, dapat diperoleh dari tanggapan yang diminta dari penduduk. Oleh itu kajian ini dengan disebut dalam istilah DLA menyesuaikan dengan teori lokasi Weber. V. Polisi Nasional Pembangunan Pertanian Indonesia Kementerian pertanian Indonesia telah menetapkan asas strategi pembangunan pertanian yang dituangkan dalam pembangunan sistem agribisnis sebagai penggerak ekonomi nasional. Pada intinya asas strategi pembangunan pertanian tersebut mencakup empat hal penting, iaitu (Departement Pertanian, 2007): 1) Pembangunan pertanian harus menjadi inti pembangunan nasional 2) Pembangunan pertanian harus dilakukan melalui pendekatan sistem agribisnis 3) Keberhasilan pembangunan agri-bisnis sebagian besar tergantung kepada faktor dan polisi yang berada di luar kewenangan Departemen Pertanian, sehingga diperlukan upaya koordinasi yang sangat baik antar instansi terkait 4) Pengembangan agribisnis harus dalam upaya meningkatkan daya

saing,membangun ekonomi kerakyatan,berkelanjutan dan terdesentralisasi dalamkerangka penguatan ekonomi daerah. Berdasarkan prosesnya, perancangan ini dibahagi menjadi: (1) perancangan dari bawah ke atas (bottomup planning); dan (2) perancangan dari atas ke bawah (topdown

planning). Perancangan dari bawah ke atas dianggap sebagai pendekatan perancangan yang seharusnya diikuti kerana dipandang lebih didasarkan kepada keperluan nyata. Pandangan ini timbul kerana perancangan dari bawah ke atas ini dimulakan prosesnya dengan mengenali keperluan di peringkat penduduk yang secara langsung berkaitan dengan pelaksanaan dan mendapat kesan dari aktiviti pembangunan yang dirancang. Perancangan dari atas ke bawah ialah pendekatan perancangan yang menerapkan teknik pelaksanaan rancangan induk ke dalam rancangan lebih terperinci. Polisi desentralisasi dan otonomi daerah sebagaimana ditunjukkan Undang-Undang Nomor 22 Tahun 1999 dan Undang-Undang Nomor 25 Tahun 1999 yang memberikan kuatkuasa semakin besar kepada kerajaan daerah telah menuntut berbagai perubahan dalam sistem pengelolaan pemerintahan. Salah satu perubahan tersebut adalah dalam sistem dan mekanisme perancangan pembangunan nasional yang lebih bersifat desentralistik. Sesuai dengan perubahan tersebut sekarang diperlukan pengaturan mengenai sistem dan mekanisme perancangan pembangunan nasional yang baru untuk mengakomodasikan berbagai tuntutan reformasi ke dalam suatu sistem perancangan pembangunan nasional yang lebih demokratis, desentralistik, sinergis, komprehensif, dan berterusan. VI. Pembangunan Sektor Pertanian di Sumatera Utara Kawasan yang dipilih dalam kajian ini ialah Propinsi Sumatera Utara di bahagian barat Indonesia yang meliputi kabupaten seperti; Kabupaten Simalungun, Kabupaten Dairi,

Kabupaten Tanah Karo, Kabupaten Toba Samosir, Kabupaten Humbang Hasundutan dan Kabupaten Tapanuli Utara. Kawasan ini merupakan wilayah yang berhampiran dan memiliki banyak kesamaan. Sebelum penentuan kawasan ini, telah dilakukan tinjauan awal terhadap kawasan kajian untuk mengenal pasti. Hasil daripada tinjauan awal tersebut selanjutnya dilakukan pemilihan kawasan kajian berdasarkan beberapa kriteria iaitu:

10

a. Keadaan tanah yang digunakan bersesuaian sebagai kawasan pertanian b. Keadaan topografi c. Potensi dan kemudahan kawasan Kriteria di atas digunakan untuk pemilihan lokasi kerana dalam kajian pembangunan wilayah, ketiga-tiga hal tersebut merupakan perkara yang dapat dijadikan dasar dalam melakukan kajian pembangunan pada sesuatu wilayah, khususnya dalam kajian perancangan pembangunan agroindustri. Kriteria keadaan tanah yang dimiliki menjelaskan tentang tanah dari segi kesesuaiannya untuk tanaman pertanian. Sedangkan keadaan topografi akan menjelaskan tentang keadaan ketinggian tanah daripada permukaan laut, iklim dan kaji cuaca. Manakala kriteria potensi ialah keadaan penduduk, infrastruktur, dan kemudahan lainnya. Wilayah barat Propinsi Sumatera Utara yang dipilih sebagai kawasan kajian memiliki kesesuaian dengan kriteria yang ditetapkan. Keadaan tanah di enam kabupaten merupakan wilayah pertanian sebagai penggunaan utamanya. Memiliki topografi yang bersesuaian kerana bersamaan letaknya di dataran tinggi pergunungan, iklim yang sejuk dan kaji cuaca sering turun hujan. Sedangkan potensi penduduk yang memiliki kesamaan dari segi pekerjaan iaitu majoriti petani, memiliki kemudahan untuk wilayah pertanian seperti jalan, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain. Pemilihan komoditi hortikultur dalam kajian ini ialah disebabkan pembangunan agroindustri dipertimbangkan beberapa aspek sebagai berikut: (a) rasionalisasi dan optimum pemanfaatan sumber daya dalam pengembangan dan peningkatan keluaran; (b) peningkatan produktiviti melalui perubahan imej petani terhadap palawija dengan reorientasi sebagai komoditi komersial: (c) peningkatan nilai tambah melalui

pengembangan produk (agroindustri) dengan mengintegrasikan usaha keluaran pengolahan - dan pemasaran; (d) implementasi pendekatan peran serta terhadap rantai pasaran sebagai model pembelajaran learning by doing antara petani - penyuluh - peneliti untuk membantu petani menjadi pihak pengusaha, pengolah, pelaksana pasaran produk palawija.

11

Kemudahan-kemudahan yang ada pada setiap wilayah kajian memiliki perbezaan dari segi jumlah dan kualitinya, begitu juga besaran jumlah penduduk pada setiap kabupaten. Sebagaimana diketahui bahawa pada tinjauan awal, kajian ini menggunakan ketiga-tiga kriteria yang di atas dalam penentuan wilayah kajian, tetapi pada tahapan pembahasan menggunakan kriteria analisis potensi. Kawasan kajian tertera pada rajah Propinsi Sumatera Utara berikut:

Sumber : Bappeda Sumatera Utara tahun 2004

Rajah 2: Kawasan Propinsi Sumatera Utara Pembangunan ekonomi Propinsi Sumatera Utara yang utama pertanian berorientasi pada pembangunan agribisnis yang strateginya didasarkan pada pengembangan pertanian yang berkerakyatan, berkeadilan, berwawasan lingkungan dan berkelanjutan serta desentralisasi. Wilayah barat Propinsi Sumatera Utara yang terdapat di Kabupaten Karo, Dairi, Pakpak Bharat, Simalungun, Tapanuli Utara, Humbang Hansundutan, Samosir dan Toba Samosir dapat dipandang sebagai suatu kawasan pengembangan ekonomi tempatan (local economic development) yang berbasis pertanian dengan tujuan meningkatkan ekonomi pedesaan yang didukung oleh pertumbuhan ekonomi kota dan daerah sekitarnya.

12

Kesamaan geografi, kultur budaya dan komoditi menjadikan wilayah ini menjadi kawasan yang berperan penting dalam pembangunan ekonomi di Sumatera Utara. Perannya yang cukup signifikan di sektor pertanian tidak terlepas dari adanya sinergi dan saling ketergantungan dengan wilayah dataran medium dan dataran rendah. Sehingga keterkaitan wilayah barat Propinsi Sumatera Utara sebagai wilayah pergunungan dengan kawasan dataran medium dan rendah merupakan suatu kesatuan yang utuh dan tidak dapat dipisahkan sama sekali. VII. Analisis Komoditi Dalam aktiviti sektor pertanian tentunya masalah komoditi menjadi punca perhatian yang sangat penting kerana pemacu utama kepada pertumbuhan. Sudah sewajarnya pergerakan dari sektor pertanian yang dimiliki oleh daerah yang berpotensi dapat dirangsang. Oleh itu dalam kajian ini komoditi sebagai faktor utama sebagai penentu dalam polisi pembangunan agroindustri. Bagaimanapun usaha untuk mengguna polisi dengan model Direct Location Area kepada perusahaan pertanian masih belum menunjukkan prestasi yang menggalakkan.Data potensi komoditi utama pertanian sesuai keperluan kajian ini mengguna keluaran komoditi sebagai salah satu faktor penetapan perancangan. Nilai analisis komoditi dari jumlah keluaran komoditi yang ada di wilayah kajian yang telah ditetapkan dari data jumlah komoditi ditunjukkan dalam jadual yang berikut ini:
Jadual 2 : Jumlah Komoditi Utama setiap Kabupaten di Wilayah Kajian Tahun 2003

Kabupa ten 1. Tapanuli U. 2. Toba S. 3. Simalungun 4. D a i r i 5. K a r o 6. Humbang H. Jumlah

JUMLAH KOMODITI (Tan/tahun) Kacang Tanah Jumlah % 4,014 0.24 1,141 0.07 6,537 0.39 3,819 0.23 1,206 0.07 1.310 0.00 16,717

13

Sumber:BPS Propinsi Sumatera Utara, dan Kabupaten Daerah kajian 2003

Pengiraan nilai komoditi utama pertanian dengan data tahun 2003 yang ditetapkan pada kajian ini. Potensi komoditi utama untuk potensi sektor pertanian di setiap daerah kajian yang diperoleh terdapat perbezaan keluaran. Dari keadaan ini nanti, pada penentuan direct location area akan dapat diperoleh setelah di campur dengan faktor lain yang menyokong. Menentukan nilai lokasi kabupaten sesuai dengan faktor kewujudan bahan mentah ini akan ditentukan berdasarkan jumlah bahan mentah yang dimiliki atau keluaran pada tahun 2003. Pada tahap awal dilakukan pengelompokan data untuk menentukan jumlah kelas.

Jadual 3: Nilai Potensi Lokasi Setiap Kabupaten Menurut Faktor Penentu Lokasi Wilayah Kajian
Nilai Lokasi Kacang Komoditi Tanah Tenaga Kerja Kemudah Dalaman sampaian Luaran Kemudahan Perundangan Tanggapan penduduk Tapanuli Toba.S Simalungun D a i r i K a r o Humbang 0.95 0.20 0.44 0.44 0.17 0.16 0.16 0.48 0.20 0.27 0.35 0.08 0.16 0.16 1.90 0.78 0.18 0.18 0.33 0.24 0.16 0.95 0.20 0.35 0.27 0.08 0.24 0.16 0.95 0.20 0.53 0.53 0.08 0.24 0.16 0.48 0.20 0.53 0.53 0.08 0.08 0.32

Sumber :Jadual Dapatan Pengiraan

Data di atas menunjukkan bahawa daerah Kabupaten Simalungun yang memang memiliki beberapa faktor yang memiliki nilai paling tinggi berbanding dengan daerah kabupaten lainnya. Dapatan pengiraan nilai potensi keseluruhan untuk lokasi agroindustri dengan teknik DLA ini menunjukkan Kabupaten Simalungun mendapat nilai paling tinggi untuk komoditi utama kacang tanah. Sedangkan Kabupaten Humbang Hasundutan sebagai wilayah kabupaten yang baru, terbentuk memiliki nilai paling rendah untuk tiga komoditi. Peringkat di atas diperoleh setelah melakukan penilaian atas faktor-faktor yang menentukan pada model DLA.

Jadual 4.: Peringkat Potensi setiap Kabupaten Wilayah Kajian Berdasarkan Komoditi
No KABUPATEN KOMODITI Kacang Tanah

14

1 2 3 4 5 6

Tapanuli Utara Toba Samosir Simalungun Dairi Karo Humbang H.

2.514 1.690 3.763 2.244 1.327 2.211

2 5 1 3 6 4

Sumber : Jadual Dapatan Pengiraan dalam lampiran

Namun faktor bahan mentah sebagai faktor utama, penentuan peringkat ini iaitu komoditi utama kopi yang dimiliki daerah Kabupaten Humbang Hasundutan paling besar keluarannya berbanding dengan kabupaten lainnya. Jadi faktor bahan mentah sebagai faktor utama penentu lokasi dalam DLA memang terbukti pada daerah Kabupaten Humbang Hasundutan. Untuk lebih menerangkan dapatan nilai potensi keseluruhan di atas akan ditunjukkan pada bahagian yang berikut ini.Setelah dibuat peringkat penilaian pada penentuan lokasi dengan model DLA, maka akan didapati dapatan atas dasar komoditi yang telah ditetapkan pada kajian ini. Keluaran komoditi utama yang akan dibuat menjadi asas untuk memudahkan penentuan lokasi. Oleh sebab komoditi utama dapat memperlihatkan daerah mana yang sesuai untuk dapat dikembangkan agroindustri. Misalnya untuk komoditi jagung dengan dapatan yang ditunjukkan pada susun taraf nilai potensi lokasi dapat ditunjukkan bahawa komoditi jagung sesuai pada daerah yang mempunyai nilai dapatan lokasi yang paling besar. Kabupaten Simalungun yang memiliki nilai terbesar memperoleh nilai lokasi 4 pada faktor komoditi kacang, faktor tenaga kerja, kemudahan, perundangan dan tanggapan penduduk.

VIII. Dapatan Lokasi dengan Model DLA untuk Komoditi Kacang Tanah (Arachis hypogaea) Untuk hala tuju DLA komoditi kacang tanah yang didapati susun taraf tertinggi nya juga ialah Kabupaten Simalungun. Keadaan berdasarkan oleh komoditi yang besar pada Kabupaten Simalungun yang juga disokong oleh nilai potensi faktorfaktor penentu lokasi tersebut. Keluaran yang ditunjukkan oleh jumlah komoditi kacang tanah yang lebih besar di

15

Kabupaten Simalungun iaitu sebesar 6,537 tan berbanding dengan Kabupaten Tapanuli Utara sebesar 4,014 tan yang berada pada urutan di bawah Kabupaten Simalungun. Dapatan dengan nilai 3.763 menjadi faktor terbesar yang menyokong Kabupaten Simalungun menjadi hala tuju lokasi agroindustri untuk komoditi kacang tanah. Manakala untuk faktor-faktor penentu lokasi yang lain Kabupaten Simalungun juga memiliki nilai potensi yang tidak kecil berbanding dengan kabupaten lain. Hal ini dapat dilihat pada jadual dapatan perolehan nilai potensi lokasi. Maka polisi dengan model DLA untuk pembangunan agroindustri di wilayah kajian bagi komoditi kacang tanah dalam kajian ini ialah Kabupaten Simalungun. Dengan analisis potensi yang dilakukan pada daerah kajian ini dapatan pengiraan juga menunjukkan bahawa Kabupaten Simalungun dengan nilai potensi paling tinggi dan pada peringkat 2 ialah Kabupaten Tapanuli Utara dengan nilai 2.514. Komoditi kacang tanah berpotensi untuk Kabupaten Simalungun yang memiliki jenis tanah yang sesuai dan keadaan dataran tanah serta potensi infrastruktur dan faktor penyokong lain yang memperoleh dapatan yang paling tinggi. Sebagai bahan rujukan ke atas dapatan kajian ini untuk wilayah yang berdekatan dengan Kabupaten Simalungun iaitu bandar Pematangsiantar, pada masa ini telah ada aktiviti industri pembuatan keluaran komoditi kacang tanah. Bahan mentah untuk aktiviti yang telah ada sebahagian besar terdapat di wilayah Kabupaten Simalungun. Jadi dengan merujuk kepada apa yang berlangsung di wilayah Kota Pematangsiantar maka dapatan kajian ini sangat sesuai dengan apa yang berlaku pada masa ini. Aktiviti yang sedang berlangsung ini jika disesuaikan dengan kajian ini seharusnya lokasinya yang sesuai berada pada Kabupaten Simalungun kerana bahan mentah dan keadaan lokasi berdasarkan analisis perancangan pembangunan ia merupakan yang paling tepat. Oleh kerana polisi yang ditetapkan pada masa itu belum ada lagi hala tuju lokasi pada setiap daerah dan dalam membuat polisi untuk pembangunan wilayah pada pembangunan

16

agroindustri dalam kajian ini menunjukkan Kabupaten Simalungun paling sesuai daripada kabupaten lain. Zon lokasi ditunjukkan pada rajah 6.4 yang berikut ini:

ZON LOKASI AGROINDUSTRI KOMODITI KACANG TANAH

KABUPATEN KARO KABUPATEN KABUPATEN SIMALUNGUN DAIRI KABUPATEN TOBASA KABUPATEN TAPANULI UTARA

KABUPATEN HUMBANG HASUNDUTAN

Zon Lokasi yang paling berpotensi untuk rancangan pembangunan industri asas tani jenis komoditi kacang tanah Zon Lokasi artenatif I untuk rancangan pembangunan industri asas tani jenis komoditi kacang tanah Zon Lokasi artenatif II untuk rancangan pembangunan industri asas tani jenis komoditi kacang tanah

Rajah 3: Zon Lokasi Agroindustri Komoditi Kacang Tanah Di Wilayah Kajian IX. Kesimpulan dan Cadangan

17

Dalam proses perancangan dikenal pasti beberapa bentuk perancangan sampai pada ketika ini antara lain; perancangan projek, perancangan sektoral, perancangan program pembangunan, perancangan makro ekonomi, dan perancangan wilayah dan bandar. Aktiviti perancangan sebahagian besar merupakan proses tindakan mengubah keadaan dan hala tuju penduduk yang biasanya dilakukan oleh organisasi kerajaan. Namun pada akhir-akhir ini gerakan sosiopolitik penduduk sangat banyak, sehingga tindakan perancangan untuk mengarahkan penduduk tanpa proses penglibatan dan penyertaan penduduk akan menyebabkan berkurangnya atau tidak adanya kesahihan keluaran suatu proses aktiviti perancangan. a. Kesimpulan Analisis dan penilaian potensi lokasi wilayah telah pun dibuat dengan menggunakan model DLA diperoleh dapatan bahawa rancangan lokasi agroindustri ditemui menurut jenis komoditi. Untuk komoditi kacang tanah ditentukan pembangunan lokasi agroindustri pada Kabupaten Simalungun dan alternatif lokasi Kabupaten Tapanuli Utara. Dari dapatan di atas dapatlah ditunjukkan bahawa pada penentuan lokasi agroindustri yang berasaskan kepada faktor-faktor penentu yang telah ditetapkan sebelumnya diperoleh kesimpulan seperti yang berikut: a) Faktor komoditi merupakan faktor utama yang menjadi penentu dalam menentukan lokasi agroindustri menurut model DLA, namun bukan bererti komoditi yang besar secara langsung dapat menentukan sesebuah wilayah sebagai lokasi pembangunan agroindustri. Oleh sebab masih perlu melihat kepada faktor lain yang menjadi penyokong kepada keputusan akhir. b) Faktor penentu lokasi; tenaga kerja, kemudahsampaian, kemudahan, kewujudan perundangan dan maklum balas penduduk merupakan sebahagian daripada faktor penentu lokasi kajian ini. Akan tetapi faktor-faktor tersebut pada dapatan kajian

18

memiliki pengaruh yang kecil berbanding dengan faktor komoditi. Namun jika keseluruhan faktor ini dimiliki oleh sesebuah sesuatu daerah dengan nilai terbesar pada nilai potensinya, maka faktor komoditi dapat diabaikan. c) Faktor fizikal pada penentuan lokasi tidak seterusnya yang menjadi penentu lokasi, namun faktor bukan fizikal seperti yang terdapat dalam kajian ini iaitu faktor kewujudan perundangan, dan faktor maklum balas penduduk merupakan hal yang boleh dijadikan sebagai faktor penentu lokasi dengan model DLA. Sebab dengan faktor bukan fizikal sesebuah daerah boleh ditentukan, sebagai lokasi yang baik. Dalam banyak kajian yang telah dilakukan, bahagian faktor bukan fizikal sangat jarang dibuat. Ini bermakna banyak kajian hanya mengutamakan faktor fizikal sahaja. d) Faktor bukan fizikal dalam kajian ini iaitu kewujudan perundangan dan maklum balas penduduk merupakan aspek baru dalam pelaksanaan penentuan lokasi. Terutama sekali untuk polisi yang dapat dilakukan dalam pembangunan wilayah. Oleh sebab itu faktor ini boleh dianggap suatu aspek asas penentuan lokasi yang telah dilupakan. Namun jika dilihat dari kesan yang diberikan faktor, ini cukup bererti dalam melaksanakan aktiviti. Oleh sebab dengan adanya perundangan yang lengkap pada sesuatu daerah akan menyokong pihak pelabur menjalankan aktivitinya. Keselesaan melakukan aktiviti akan lebih mudah dalam pembangunan wilayah yang boleh menyebabkan pihak pelabur akan semakin ramai datang ke daerah yang lebih selesa. Begitu juga pada maklum balas penduduk, yang mana jika penduduk tidak ikut serta dalam menyokong sesuatu aktiviti yang telah ditetapkan dalam polisi pembangunan, maka polisi tersebut tidak dapat digunakan. e) Zon lokasi yang dibuat pada hasil dapatan kajian ini akan memudahkan pihak pembuat keputusan polisi. Kerana dengan zon lokasi tersebut pihak pembuat polisi akan lebih mudah menentukan daerah mana yang perlu dikembangkan bersesuaian dengan potensi yang dimiliki. f) Kajian ini akan memudahkan pihak pembuat polisi untuk mengetahui potensi utama setiap daerah, dan dengan mengetahui potensi tersebut akan dapat dibuat daerah

19

khusus menurut potensi. Dengan adanya ciri khusus sesebuah daerah (spesialization region) maka akan memudahkan pihak pelabur menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan kos yang dimilikinya.

g) Kajian ini juga memiliki keberkesanan bagi sistem perancangan, supaya perancangan
yang dibuat untuk sesuatu daerah tidak terlalu merujuk kepada konsep teoretikal yang terlampau banyak. Maknanya untuk suatu konsep keputusan keputusan praktikal memerlukan sesuatu yang cepat diperoleh hasilnya supaya polisi dapat dibuat dan dapat dimanfaatkan kepada sesebuah wilayah.

h)Dapatan

pengiraan kajian menunjukkan bahawa Kabupaten Simalungun memiliki

peluang dalam pembangunan lokasi agroindustri bagi komoditi kacang tanah dengan nilai tertinggi dengan kelas 4 (empat).

i) Menentukan

keputusan polisi dalam suatu kerajaan, kajian ini juga menemukan

sesuatu teknik yang secara berurutan tentang apa-apa yang dilakukan kerajaan dalam peringkatnya. Kerajaan pusat hanya dapat membuat polisi induk yang diberikan kepada daerah, dan kerajaan Propinsi berkenaan membuat polisi yang bentuknya boleh dilaksanakan di daerahnya (implementation region). Dan kerajaan kabupaten/bandar akan membuat polisi yang secara bersamaan melaksanakan polisi yang bersesuaian dengan keadaan potensi dan polisi yang dibuatkan untuk pelaksanaannya.

B.Cadangan Kabupaten Simalungun yang memiliki potensi yang sangat besar di antara komoditi, tenaga kerja, dan kemudahan sehingga wilayah ini sangat berpeluang membangun kilang yang mengolah komoditi kacang tanah. Jenis keluaran daripada komoditi kacang tanah dapat dilakukan pengolahan mulai daripada teknik yang sederhana sehingga teknik yang lebih tinggi. Dapatan ini tentu memberi peluang bagi penduduk melakukan aktiviti agribisnis

20

daripada mula sehingga pengolahan dengan efesien dan maksimum, kerana aktiviti memberi peningkatan penghasilan kepada semua pihak semua pihak yang berkaitan dengan aktiviti. Oleh itu komoditi kacang tanah yang dapat dilakukan dengan pengolahan mulai dari tekinik yang sederhana sehingga teknik yang besar. Untuk yang sederhana diguna pengolahan dalam isirumah dengan model industri rumah, dan keluarannya berupa makanan ringan dan sisanya dapat diolah menjadi makanan haiwan. Sehingga secara nyata aktiviti dicadangkan ialah membangun kilang pengolahan komoditi, merangsang penduduk melakukan aktiviti sektor pertanian jenis komoditi yang digalakkan. Pihak kerajaan diharapkan memberi maklumat secara cepat dan tepat bagi meningkatkan kerjaya sektor agribisnis pada wilayah ini.

Akita, T., dan A. Hermawan, 2000. The Source of Industrial Growth in Indonesia, 1985-95: An Input-Output Analysis. ASEAN Economic Bulletin 17 (3): m.s. 270 284 Allen, E.J. and Scott, R.K., 1980. An analysis of growth of Sci. Cambridge 94, pp. 583606. the potato crop. J. Agric.

Arsyad, L., 1999. Pengantar Perancanganan dan Pembangunan Ekonomi Daerah, Edisi Pertama, Yoyakarta, BPFE. Assauri Sofyan, 1978. Management Produksi, Jakarta, LPFE UI., Press. Assauri, S.E. Matematika Ekonomi, Raja Grafindo Persada. Azis, I.J., 1994. Ilmu Ekonomi Regional dan Beberapa Aplikasinya Di Indonesia, Jakarta, LPFE-UI. Badan Perencanaan Pembangunan Daerah (Bappeda) Propinsi Sumatera Utara, 2004. Perencanaan Daerah, WWW.bappedasu. go.id. Badan Perencanaan Pembanngunan Nasional (Bappenas), 2004. Proses Perencanaan Nasional, WWW.bappenas. go.id. Badan Pusat Statistik Provinsi Sumatera Utara, 2003. Sumatera Utara dalam Angka 2003, Medan Jayadinata, Johana T., 2000. Perencanaan pembangunan prasarana atau infrastruktur pekerjaan umum di pedesaan, Forum Komunikasi Pembangunan Pedesaan PU.

21

Jayadinata, Johara T. 1992. Tata guna tanah dalam perencanaan pedesaan, perkotaan dan wilayah, Ed. ke-1, Bandung, ITB. Jean-Paul Rodrigue,DR., 1998, Weber's Location Triangle, Dept. of Economics & Geography, Hofstra University. Kartasapoetra. A.G., 1989., Pengantar Ekonomi Produksi Pertanian. Jakarta : Bina Aksara. Rostow, W.W., 1960. The Stage of Economic Growth: A Non-Communist Manifesto, New York, Cambridge University Press. Soekartawi, A. Soehardo, J.L. Dillon dan J.B. Hardaker, 1989. Ilmu Usahatani dan Penelitian Pengembangan Petani Kecil, UI Press, Jakarta Sukirno Sadono,1985. Ekonomi pembangunan: Proses, masalah dan kebijaksanaan, Lembaga Penelitian Fakultas Ekonomi, Universitas Indonesia.

22