Anda di halaman 1dari 4

Definisi Pengguguran Bayi

Pandangan terhadap pengguguran dan pembuangan bayi seperti yang dijelaskan ialah bermaksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan ( sembilan bulan untuk manusia ) yang mengakibatkan kemusnahan janin.

Definisi Euthanasia
Euthanasia merupakan perbuatan mematikan seseorang. Amalan ini melanggar undang-undang di kebanyakan negara. Isu ini banyak menimbulkan kontroversi kerana wujudnya pelbagai persoalan moral dan etika, bukan sahaja terhadap amalan itu, tetapi juga definisinya. Penyokong amalan ini mendakwa bahawa mematikan seseorang yang menghidap penyakit teruk merupakan perbuatan yang berperikemanusiaan. Penentang eutanasia pula melabelkan kaedah ini sebagai bentuk pembunuhan.

Definisi Bunuh Diri Bunuh diri adalah tindakan mengakhiri hidup sendiri tanpa bantuan aktif orang lain. Alasan atau motif bunuh diri bermacam-macam, namun biasanya didasari oleh rasa bersalah yang sangat besar, kerana mereka gagal untuk mencapai sesuatu harapan.

Punca-punca yang menyebabkan pengguran bayi Kurang Didikan dan Kefahaman Agama -Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pendoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejalagejala negative seperti pergaulan bebas. Remaja yang melibatkan diri dalam pergaulan bebas sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas melahirkan. Pengaruh rakan sebaya -Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Rakan-rakan negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negative

tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Sikap ingin tahu remaja -Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja, biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Mereka berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang, mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patuh berseronok dan bergembira. Sebenarnya, mereka tidak mengetahui baik atau buruknya serta akibat yang bakal diterima oleh mereka.

Jenis-jenis Pengguguran Bayi Dilatasi -Lubang rahim diperbesar, agar rahim dapat dimasuki kuret, iaitu sepotong alat yang tajam. Kemudian janin yang hidup itu dipotong kecil-kecil, dilepaskan dari dinding rahim dan dibuang keluar. Umumnya terjadi banyak pendarahan. Bidan opersi ini harus mengobatinya dengan baik, bila tidak, akan terjadi infeksi. Kuret -Ada juga kuret dengan cara penyedotan yaitu, dilakukan dengan memperlebar lubang rahim, kemudian sebuah tabung dimasukkan ke dalam rahim dan dihubungkan dengan alat penyedot yang kuat. Dengan cara demikian, bayi dalam rahim tercabik-cabik menjadi kepingan-kepingan kecil, lalu disedot masuk ke dalam sebuah botol. Peracunan dengan Garam -Pengguguran dengan peracunan garam ini dilakukan pada janin berusia lebih dari 16 minggu, ketika sudah cukup banyak cairan terkumpul di sekitar bayi dalam kantong anak. Sebatang

jarum yang panjang dimasukkan melalui perut ibu ke dalam kantong bayi, kemudian sejumlah cairan disedot keluar dan larutan garam pekat disuntikkan ke dalamnya. Bayi dalam rahim akan menelan garam beracun sehingga ia sangat menderita. Bayi itu akan meronta-ronta dan menendangnendang karena dibakar hidup-hidup oleh racun itu. Dengan cara ini, sang bayi akan mati dalam waktu kira-kira 1 jam dan kulitnya benar-benar hangus. Dalam waktu 24 jam kemudian, si ibu mengalami sakit beranak dan melahirkan seorang bayi yang sudah mati. Namun, sering juga terjadi bayi yang lahir itu masih hidup, tetapi biasanya dibiarkan saja hingga mati.