Anda di halaman 1dari 3

Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

LATAR BELAKANG PPIM


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengambangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T

SEJARAH PPIM
Diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia. Keanggotaan hanya untuk pelajar Sekolah Menengah sahaja. Kurikulum berkisar kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Dilanarkan pada tahun 1981 oleh Permaisuri Agung Pertama di UKM, Bangi1988 - PPIM dipisahkan daripada LKPIM di atas arahan Pendaftar Pertubuhan kerana perbezaan umur keahlian dan aktiviti sepatutnya diaktifkan untuk golongan muda. Beribu pejabat sementara di Bangunan Tuanku Puan Besar Kurshiah, Jalan Pantai Baharu dari tahun 1969 hingga 1996. Berpindah ke Jalan U-Thant pada tahun 1996 hingga 2003. Berpindah ke Darul Puteri pada Januari 2004

PENGERTIAN LOGO

Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif) PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA

Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS Putih : Kesucian Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

LAGU PUTERI ISLAM

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan NegaraDunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan Berbakti Membuat Kebajikan Belajar Mencapai Kemajuan Bersemangat Penuh Keimanan

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Anda mungkin juga menyukai