Anda di halaman 1dari 2

Turunkan Berat Badan Dengan Protein

Sudah pasti saban hari pasti ramai yang mahu menurunkan berat badan mereka. Ternyata ramai yang kecundang ditengah jalan. Baru beberapa hari berdiet, mereka kembali semula kepada tabiat pemakanan yang asal dengan mengambil makanan yang tidak seimbang.

Protein

Wanita Lebih Sukar Menurunkan Berat Badan Menurut kajian Journal Psychasamatic Medician, golongan wanita lebih sukar menurunkan berat badan mereka berbanding lelaki. Ini disebabkan lebih dari 24.5% daripada wanita menjadi gemuk akibat stress. Kegagalan menangani stress menyebabkan mereka cenderung untuk makan makanan kegemaran mereka. Untuk mengelakkan situasi ini, golongan wanita disarankan mengambil protein soya dalam pengambilan diet harian mereka. Sebahagian besar protein soya adalah tidak tepu dan mengandungi asid lemak perlu yang tinggi. Ia adalah lebih baik daripada protein yang kita perolehi daripada proteinyang terdapat pada haiwan.

Kelebihan Mengambil Protein Selain dapat menurunkan berat badan dengan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan kepada kita, protein soya juga sebenarnya mampu melicinkan kulit anda. Ini kerana, protein soya terbukti mampu untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan parut, serta mempercepatkan proses penggantian sel-sel kulit yang mati. Jadi, mulalah mengambil protein soya pada hari ini juga. Ternyata, banyak khasiat yang terkandung didalamnya untuk kesihatan tubuh anda. http://www.jikebiotechgroup.com/turunkan-berat-badan-dengan-protein/

Anda mungkin juga menyukai