Anda di halaman 1dari 9

6.

Analisis Keseluruhan ARAHAN GURU MURID

KEMAHIRAN

1 1. Nama huruf kecil Tulis huruf kecil yang disebut oleh guru. Tulis huruf kecil besar yang disebut oleh guru. 3. Suku kata V Tulis suku kata V berdasarkan gambar yang diberi 4.Suku Kata KV Pilih jawapan yang tepat dan isikan tempat kosong Bulatkan perkataan yang sesuai berdasarkan gambar. Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar. 7.Melengkapkan perkataan dua suku kata awal V+KV 8. Menulis perkataan KVK Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar. Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar 9.Melengkapkan perkataan dengan suku kata awal KVK Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar / X / / / /

2 /

3 /

4 /

2. Nama huruf besar

5.Suku kata KV+KV

6. Suku kata KV+KV+KV

10. Melengkapkan perkataan dengan suku kata awal V+KVK

Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar.

11. Menulis perkataan dua suku kata KV+KVK

Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar. Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar. Pilih perkataan yang sesuai berdasarkan gambar. Pilih jawapan yang sesuai dan isi tempat kosong

12. Menulis perkataan dua suku kata KVK+KVK

13. Menulis perkataan KV+KV+KVK

14. Menulis perkataan yang mempunyai diftong dan vokal berganding 15. Melengkapkan perkataan yang mempunyai huruf konsonan bergabung

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

Jadual 1: Ujian diagnostik kemahiran menulis

Petunjuk: Bil 1. 2. 3. 4. Nama Amirah Izzati Ainul Firamir Hariz Irfan Harith Arsyad

Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya ialah kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).

Pemerhatian telah dilakukan di sekolah Taman Tun Dr Ismail 2 ke atas murid-murid disleksia. Terdapat 35 murid yang mengalami disleksia yang terdiri daripada murid tahap satu dan dua sekolah tersebut. Berdasarkan ujian diagnostik ke atas 4 orang murid iaitu Amirah izzati, Ainul Firamir, Hariz Irfan dan Harith Arsyad mendapati terdapat pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh murid tersebut iaitu berdasarkan 15 kemahiran yang dibuat. Antara 15 kemahiran tersebut adalah merujuk jadual 1 di atas.

Amirah Izzati

Ainul Firamir

Hariz Irfan

Harith Arsyad

Pertamanya ialah berdasarkan analisis individu yang dilakukan oleh pengkaji pada setiap murid mendapati mereka tidak membuat banyak kesalahan apabila ujian diagnostik diberikan oleh mereka. Mereka dikatakan telah pulih secara beransur ansur dan tidak mengalami disleksia yang tegar. Murid pertama iaitu amirah izzati membuat banyak kesalahan dalam 15 kemahiran ujian diagnostik yang diberikan berbanding murid yang lain. Kesalahan yang dilakukan oleh amirah ialah pada kemahiran 2, kemahiran 6, kemahiran 8, kemahiran 10, kemahiran 11, kemahiran 13 dan kemahiran 15. (Rujuk jadual 1) . Amirah telah melakukan sebanyak 7 kesalahan dalam ujian yang diberikan terhadapnya. Berdasarkan ujian diagnostik amirah tidak dapat menguasai sepenuhnya lagi tahap kemahiran menulis yang melibatkan 15 kemahiran yang diberikan.

Tulisan Amirah Pengkaji juga mendapati bahawa Amirah Izzati menulis beberapa huruf dengan arah yang terbalik. Beberapa huruf yang berjaya dikesan oleh pengkaji adalah huruf a, d, dan juga n. Ciri-ciri disleksia masih ketara dalam diri amirah dan dia tidak pulih sepenuhnya lagi. Seperti murid-murid disleksia yang lain juga, Amirah Izzati menulis sedikit lambat berbanding dengan murid-murid biasa di kelas arus perdana. Hal ini mungkin berlaku kerana murid ini keliru ketika ingin menukarkan huruf-huruf yang berada dalam minda mereka kepada bentuk tulisan. Walau bagaimanapun, murid ini mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Lukisan yang dilukis Amirah

Selepas menjalankan ujian diagnostik, pengkaji telah meminta Amrah Izzati untuk melukis beberapa gambar yang berkaitan dengan dirinya. Murid ini telah melukis beberapa gambar dan menceritakan sesuatu yang menarik mengenai gambar tersebut. Amirah mempunyai daya kreativiti serta imaginasi yang tinggi apabila mampun melukis dengan baik serta kemas ketika diminta melukis. Manakala murid yang kedua iaitu Ainul Firamir membuat empat kesalahan dalam kemahiran yang diberikan iaitu pertamanya murid ini tidak dapat menjawab kesemua kemahiran dengan betul iaitu dari aspek kemahiran 8,11,12 dan 13. (Rujuk jadual 1). Ainul firamir tidak seperti ciriciri murid disleksia lain apabila dilihat dari sudut fizikal. Ainul murid yang sangat mementingkan kebersihan dan tulisan yang sangat kemas. Pengkaji mendapati ainul tidak dapat menganggar ruang serta jarak apabila tulisan di antara perkataan bersambung. Ainul juga berfikir terlalu lama untuk menyiapkan ujian diagnostik yang diberikan. Pengkaji juga mendapati ainul mengalami masalah sakit tangan apabila melakukan kemahiran menulis.yang diberikan.

Gambar ainul yang berfikir

Murid yang ketiga ialah Hariz Irfan yang berumur 10 tahun merupakan kanak-kanak disleksia dari tahun 4. Murid ini tidak mempunyai disleksia yang terlalu tegar. Jika dilihat pada bentuk fizikal murid ini, pengkaji sendiri tidak menyangka murid ini merupakan murid yang mengalami disleksia. Bentuk fizikalnya sama seperti murid-murid normal yang lain kerana disleksia bukanlah satu penyakit tetapi masalah atau kesukaran yang dialami oleh kanak-kanak. Dalam ujian yang dilakukan hariz telah melakukan kesalahan pada kemahiran 12 iaitu menulis perkataan dua suku kata KVK+KVK dan 14 iaitu menulis perkataan yang mempunyai diftong dan vokal berganding. Hariz telah melakukan kesilapan dalam kemahiran ini tetapi pengkaji mendapati hariz bukanlah seorang disleksia yang tegar seperti kawan-kawannya yang lain. Mungkin kerana umurnya membuatkan dia sudah dipulihkan oleh guru-guru sekolah.

Contoh kesalahan yang dilakukan oleh hariz

Pengkaji juga mendapati kesalahan yang dilakukan oleh hariz merupakan kesalahan biasa yang dilakukan ke atas murid-murid normal yang lain. Pengkaji juga mendapati hariz mempunyai tulisan yang sangat kemas iaitu tulisan yang tidak bersambung dan tulisan yang mudah dibaca. Hariz juga sentiasa menjaga kebersihan iaitu dia tidak

menggunakan pemadam terlalu kerap apabila berlaku kesalahan. Hariz juga menjaga kebersihan diri iaitu menjaga penampilan diri kerana hariz

sangat kemas dari segi penampilan. Dia juga seorang murid yang sangat ceria dan aktif apabila dia menjawab soalan yang diajukan oleh pengkaji. Seterusnya, adalah murid yang terakhir iaitu Harith Arsyad yang berumur 9 tahun. Berdasarkan analisis ujian diagnostik mendapati harith juga tidak mengalami disleksia tegar dan murid ini hanya melakukan kesalahan 2 daripada 15 kemahiran atau elemen yang diuji. Dua

kemahiran tersebut merupakan antara kemahiran yang terakhir iaitu kemahiran 14 (menulis perkataan yang mempunyai diftong dan vokal berganding) dan kemahiran 15 (melengkapkan perkataan yang

mempunyai huruf konsonan yang bergabung).

Hariz sedang melukis

Apabila dikaji , pengkaji mendapati hariz seorang yang pendiam dan suka melukis serta berimaginasi tinggi. Hariz sentiasa membawa buku lukisannnya dan melukis dalam buku tersebut. Daya ingatan harith sangat kuat apabila dia mengingati setiap watak dalam kartun kegemaran iaitu transformer. Dia akan menjadi aktif bila pengkaji mengajukan solan

tentang kartun kegemarannya dan dia menjadi sangat pasif apabila melakukan aktiviti kesukaannya iaitu melukis. Lukisannya juga tentang suatu kisah atau penceritaan.

Berdasarkan analisis ke atas keempat-empat murid disleksia mendapati mereka sudah dipulihkan oleh guru-guru sekolah yang dikaji. Kebanyakkan murid yang dikaji adalah lelaki dan murid lelaki dikatakan lebih berisiko untuk mengalami disleksia berbanding murid perempuan kerana mellaui analisis ke atas keempat-empat murid tiga daripada murid tersebut adalah lelaki dan seorang murid perempuan yang mengalami disleksia. Pengkaji juga mendapati kesemua murid menulis menggunakan tangan kiri tetapi tulisan mereka sangat bersih dan kemas. Murid yang dikaji juga sangat kemas dari segi penampilannya apabila mereka menjaga kebersihan diri mereka. Kebanyakkan murid yang dikaji pasif dan mereka akan menjadi aktif apabila terdapat pujian atau galakan daripada guru serta pengkaji. Mereka juga akan menjadi aktif apabila pengkaji mengajukan soalan yang berkaitan perkara yang disukai oleh mereka.

Murid yang sangat aktif dan ceria Pengkaji juga mendapati murid-murid disleksia di sekolah ini sangat aktif dan ceria sehinggakan mereka sangat menerima kedantangan orang luar. Mereka juga bekerjasam apabila diminta menjawab ujian diagnostik kemahiran menulis yang diberikan.

Kesimpulannya, disleksia bukanlah suatu penyakit tetapi ia adalah masalah atau kesukaran dalam melakukan aktiviti contohnya yang melibatkan tatabahasa dan ciri-ciri lain disleksia . Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji di sekolah Taman Tun Dr Ismail 2 mendapati kesemua murid disleksia di sekolah ini hampir dipulihkan apabila mereka tidak banyak melakukan kesalahan dalam kemahiran yang diberikan malahan mereka banyak mengajukan soalan apabila mereka tidak memahami suatu perkara. Mereka juga tidak mengalami disleksia yang tegar kerana guru-guru di sekolah ini sangat membantu mereka menghapuskan kesukaran yang dialalami oleh mereka.

Anda mungkin juga menyukai