Anda di halaman 1dari 7

Fauziyah Binti Abdul Lait LP111108 SEKOLAH DAN MASYARAKAT TUGASAN INDIVIDU TAJUK: MOBILITI SOSIAL

1.0

PENGENALAN

Mobiliti sosial adalah satu proses perubahan status sosio-ekonomi seseorang individu dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Pergerakan sosial ini berlaku dalam struktur masyarakat yang mencakupi sifat-sifat hubungan sesama individu dalam kalangan kelompoknya. Pendidikan berperanan penting dalam membantu mengubah kedudukan sosial seseorang dalam masyarakat. Misalnya, apabila seorang pelajar dibesarkan dalam keluarga yang tahap ekonominya rendah (miskin) akan mampu mengubah tahap ekonomi keluarganya kepada yang lebih baik (kaya) sekiranya dia berjaya dalam pencapaian akademiknya, ini berlaku sekiranya pelajar tersebut mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan akademiknya.

Terdapat beberapa faktor yang menghalang terjadinya mobiliti sosial, iaitu sama ada melalui sistem kasta, kemampuan individu atau kemiskinan. Menurut Paul B. Horton dan Chester L. Hunt (1984), status dan kedudukan orang ditentukan oleh warisan nenek moyangnya, iaitu melalui sistem kasta iaitu sistem yang merupakan contoh yang paling ekstrem dari masyarakat bersistem kelas sosial tertutup. Negara India mengamalkan sistem kasta dan pemerintahannya telah memberi ruang kepada mereka berkasta untuk memperoleh jenis pekerjaan yang berstatus tinggi. Pemerintah berusaha untuk mengubah masyarakat negara India menjadi suatu masyarakat yang bersistem sosial terbuka.

Bagi faktor kemampuan individu pula, menurut Paul B. Hortin dan Chester L. Hunt (1984), meskipun faktor struktur menentukan kedudukan tinggi dalam masyarakat, namun faktor individual yang banyak mempengaruhi siapa yang akan mencapai kedudukan yang tertinggi. Walaupun dalam beberapa hal terdapat persamaan, namun orang cekap biasanya akan memperoleh pendapatan yang lebih besar daripada orang lain. Masih banyak hal yang tidak diketahui berkaitan dengan kemampuan. Memang benar bahawa tidak semua orang memiliki kemampuan yang sama. Meskipun tidak mungkin untuk dapat mengukur sembilan kemampuan secara tepat, namun kita berpendapat

Fauziyah Binti Abdul Lait LP111108 bahawa perbezaan kemampuan merupakan faktor penyebab penting yang menentukan keberhasilan hidup dan mobiliti sosial.

Manakala kemiskinan pula merupakan suatu gejala yang sering ditemui pada suatu masyarakat. Kemiskinan dapat ditakrifkan sebagai ketidaksanggupan individu atau kelompok orang untuk dapat memenuhi dan memuaskan keperluan-keperluan asas materialnya. Dalam konteks tersebut, kemiskinan adalah ketidakcukupan seseorang untuk memenuhi keperluan primernya untuk meneruskan hidup serta meningkatkan hidup dan kedudukan sosial ekonominya. Sumber-sumber daya material yang dimiliki adalah sangat terbatas kerana ia sekadar mampu digunakan untuk mempertahankan kehidupan

fizikalnya dan tidak memungkinkan untuk dimanfaatkan demi meningkatkan kesejahteraan.

2.0

JENIS-JENIS MOBILITI SOSIAL

Mobiliti sosial berkait rapat dengan stratifikasi sosial iaitu pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kepada atau pembentukan strata (Kamus Dewan Edisi Ke Empat). Terdapat beberapa jenis mobiliti sosial antaranya ialah, mobiliti sosial mendatar (horizontal mobility), menegak (vertical mobility), mobiliti sosial antara generasi (intergenerational mobility), mobiliti sosial dalam generasi (Intragenerational mobility), struktur mobiliti sosial (structural mobility) dan kedudukan dalam mobiliti sosial (positional mobility). Kesemua jenis mobiliti ini saling berkait rapat dengan pergerakan sosial dalam masyarakat.

2.1

MOBILITI SOSIAL MENDATAR (HORIZONTAL MOBILITY)

Mobiliti sosial mendatar atau horizontal adalah satu pergerakan sesuatu masyarakat atau individu dari suatu kedudukan sosial kepada kedudukan sosial yang lain dalam taraf atau status yang sama, dengan kata mudahnya, perubahan status jawatan pekerjaan kepada jawatan lain tetapi dengan nilai gaji atau upah yang sama.

Mobiliti mendatar ini merujuk kepada proses mengubah kedudukan pekerjaan atau peranan sesuatu individu atau masyarakat tanpa melibatkan sebarang perubahan

Fauziyah Binti Abdul Lait LP111108 kedudukan dalam hierarki sosial. Ia juga merujuk kepada asas perubahan dalam kedudukan individu atau masyarakat di sepanjang hierarki sosial tersebut tanpa mengubah status kelompok tersebut.

Contoh situasi sebenar, situasi ini pernah berlaku di sebuah daerah di negeri Sabah iaitu di Daerah Pitas di mana Puan A ialah seorang guru matematik di sebuah sekolah rendah dalam daerah Pitas. Suatu hari, Puan A telah ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Linus (Fasi Linus) daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pitas. Penawaran jawatan ini menghendaki Puan A untuk bertukar daripada bertugas di sekolah kepada bertugas di dalam pejabat Pelajaran Daerah. Puan A telah menerima tawaran tersebut, maka bermulalah tugas beliau sebagai Fasi Linus di Pejabat Pelajaran berkenaan.

Namun, tidak lama menjawat jawatan sebagai Fasi Linus, beliau telah meminta ditukarkan semula masuk ke sekolah dengan alasan tugas yang banyak, waktu bekerja mengikut waktu pejabat, dan alasan yang sebenar adalah nilai gaji yang diterima adalah sama dengan nilai gaji yang diterima oleh beliau ketika bertugas sebagai seorang guru.

2.2

MOBILITI SOSIAL MENEGAK (VERTICAL MOBILITY)

Mobiliti sosial menegak atau vertikal pula adalah satu pergerakan seseorang atau kelompok masyarakat dari satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam status yang berbeza. Dalam mobiliti sosial menegak ini melibatkan pergerakan individu atau masyarakat dari satu status kepada satu status yang lain, ia melibatkan perubahan dalam seumur hidup seseorang individu kepada status yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada orang yang terpaksa bermula dari bawah yang berbeza taraf dan status. Terdapat dua jenis pergerakan yang vertikal atau menegak iaitu yang ke atas (social climbing) dan ke bawah (social sinking). Pergerakan sosial ke atas mempunyai dua bentuk utama, antaranya ialah pergerakan individu yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi, kedudukan sedia ada dan pembentukan suatu kelompok sosial baru dan ia ditempatkan pada darjat yang lebih tinggi dari kedudukan individu bagi pembentukan kelompok tersebut.

Fauziyah Binti Abdul Lait LP111108

Contoh situasi sebenar mobiliti sosial menegak ini adalah berdasarkan kisah yang berlaku di Daerah Kota Belud yang berlaku kepada seorang pemuda yang bernama Encik R. Pada mulanya, Encik R hanya bekerja sebagai Pembantu Amanah Ikhtiar di Cawangan Membakut dengan menggunakan kelulusan SPM sahaja. Setelah 4 tahun berkhidmat dalam tersebut, beliau telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat diploma pendidikan untuk melayakkan beliau menjadi seorang guru lepasan Ijazah kerana sebelum bekerja sebagai Pembantu Amanah Ikhtiar beliau merupakan seorang pelajar lepasan Ijazah. Selepas tamat belajar beliau telah menjadi seorang guru dan mendapat gaji yang lebih tinggi serta taraf jawatan yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

2.3

MOBILITI SOSIAL ANTARA GENERASI (INTERGENERATIONAL)

Mobiliti sosial antara generasi (intergenerational) ialah pergerakan satu status sosial kepada status sosial yang lain. Ia juga merujuk kepada perubahan dalam kedudukan sosial merentasi generasi. Pergerakan ini biasanya boleh dikaitkan dengan kedudukan ibu bapa daripada kelas rendah dapat melahirkan generasi iaitu anak yang berjaya kerana pencapaian pendidikan atau apa sahaja. Ini boleh terjadi apabila seseorang individu daripada kelas bawah mendapat kesedaran untuk mengubah status kehidupan kelompoknya iaitu keluarga untuk menjadi keluarga yang lebih baik dengan memberikan pendidikan yang secukupnya kepada generasinya (anak) untuk mencapai hajat individu bagi mengubah status sosialnya kepada yang lebih baik. Maksudnya, dengan memberikan pendidikan kepada anak, maka status sosial keluarga dapat diubah daripada status keluarga yang tidak berpelajaran kepada generasi yang berpendidikan.

Contoh kisah yang dapat mengukuhkan lagi pernyataan ini adalah berdasarkan kisah yang berlaku di sebuah kampung dalam daerah Kota Belud, situasi ini terjadi kepada sebuah keluarga yang hidup susah, yang hidup mereka pada ketika itu umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Keluarga ini yang terdiri daripada ibu tunggal, bekerja sebagai pembantu rumah dan mengambil upah membasuh kain di rumah jiran demi untuk menyara dan menyekolahkan 5 orang

Fauziyah Binti Abdul Lait LP111108 anaknya. Ibu terpaksa bekerja keras untuk memastikan pelajaran anak-anaknya tidak terhenti sekerat jalan kerana kemiskinan. Pengorbanan si ibu itu berbaloi apabila anak keduanya menjadi pelajar cemerlang dalam peperiksaan STPM dalam daerah Kota Belud. Anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya mengikuti KPLI. Kini anaknya telah berjaya mencapai cita-citanya. Rumah mereka yang dahulu pondok kecil bertukar menjadi rumah banglo. Si ibu tidak perlu lagi mengambil upah bekerja di rumah orang lain. Beliau hanya duduk di rumah melayan cucu-cucunya menikmati sisa-sisa hidup. Pengorbanannya selama ini berbaloi kerana hidup ini perjuangan yang segigihnya.

2.4

MOBILITI SOSIAL DALAM GENERASI (INTRAGENERATIONAL)

Mobiliti sosial dalam generasi (Intragenerational) juga dikenali sebagai mobiliti kerjaya atau pergerakan pengalaman oleh satu individu, ini merujuk kepada perubahan dalam kedudukan sosial seseorang individu, terutamanya dalam tenaga kerja. Mobiliti sosial dalam generasi ini juga berlaku dalam jangka hayat orang yang sama yang merujuk kepada kemajuan dalam tahap sosial hidupnya. Ini bermakna, mobiliti sosial dalam generasi adalah suatu pergerakan yang melibatkan diri individu atau masyarakat itu sendiri daripada satu pekerjaan kepada pekerjaan yang lain yang dianggap lebih baik oleh individu tersebut, misalnya individu tersebut dahulunya bekerja sebagai pegawai daerah kemudian berubah status pekerjaan menjadi ahli korporat.

Kisah berikut dapat memberikan gambaran bagaimana mobiliti sosial antara generasi berlaku. Kisah ini juga berlaku di Kampung Lebak Moyoh dalam Daerah Kota Belud. Individu bernama A memulakan kerjayanya sebagai guru sandaran di sebuah sekolah menengah bernama B. Berbekalkan segulung Ijazah dalam bidang Perikanan dari Universiti Putra Malaysia beliau akhirnya mendapat kerja tetap sebagai Pegawai Perikanan di daerah Kota Belud. Walaupun mendapat gaji yang lumayan beliau tidak selesa dengan suasana kerja di tempat itu kerana banyak karenah birokrasi. Beliau bertekad mencari pekerjaan lain yang lebih tinggi statusnya. Beliau menyambung Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Sains Politik dan selepas itu berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik iaitu setiausaha Sulit di Putrajaya.

Fauziyah Binti Abdul Lait LP111108 Selang dua tahun kemudian beliau telah bertukar lagi kerjaya iaitu bertukar status pekerjaan daripada bidang Perikanan kini menjadi Timbalan Pengarah Biro Tata Negara di Putrajaya. Jawatan yang beliau pegang sekarang lebih baik berbanding jawatan-jawatan yang lain sebelum ini. Mobiliti sosial antara generasi ini juga turut berlaku kepada isteri beliau yang dahulu bekerja sebagai pramugari kini menjadi seorang guru tetap di sekolah menengah C dan turut memiliki Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Teknologi Pendidikan. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan individu malahan turut mempengaruhi generasi yang lain.

2.5

MOBILITI SOSIAL KEDUDUKAN (POSITIONAL MOBILITY)

Mobiliti kedudukan atau pergerakan kedudukan merupakan pergerakan melalui hierarki stratifikasi sosial iaitu pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kepada atau pembentukan strata (taraf) sebagai akibat daripada sebab-sebab dalaman. Stratifikasi sosial juga menunjukkan ketidaksamaan antara individu dalam masyarakat. Manusia disusun atur dalam hierarki dan tertakluk kepada ganjaran kebendaan. Lagi tinggi kedudukan dalam sesuatu hierarki, lagi banyak ganjaran diperolehi atau sebaliknya.

Stratifikasi sosial diasaskan pencapaian dan juga status yang ditentukan (ascription). Misalnya sistem kelas dan sistem kasta. Sistem kasta adalah contoh stratifikasi sosial berasaskan sesuatu yang ditentukan atau ditetapkan (ascription). Sistem kelas adalah stratifikasi sosial yang berasaskan kepada pencapaian.

Mobiliti sosial kedudukan ini banyak berlaku dalam masyarakat sekarang. Golongan kaya bertambah kaya dan sebaliknya. Contohnya pernah berlaku di daerah Pitas di sabah. Lelaki yang bernama A merupakan anak nelayan sejati. Kehidupan keluarganya hanya bergantung kepada hasil laut. Walaupun sudah berjaya dan memiliki Ijazah namun A belum mendapat pekerjaan. Banyak borang dan surat permohonan jawatan kerja kosong telah diisi dan dihantar terus ke pejabat-pejabat kerajaan. Namun jawapan yang diterima mendukacitakan. Situasi ini berlaku kerana terdapat karenah birokrasi dalam sesetengah sektor awam dan swasta. Jawatan kosong

Fauziyah Binti Abdul Lait LP111108 yang ada sebenarnya sudah diisi oleh keluarga terdekat orang tertentu dalam sektor itu.

2.6

STRUKTUR MOBILITI SOSIAL (STRUCTURAL MOBILITY)

Struktur mobiliti adalah berkait rapat dengan mobiliti menegak. Struktur mobiliti merujuk kepada mobiliti yang dibawa oleh perubahan dalam hierarki stratifikasi sendiri.

Contohnya pembentukan suatu kelompok baru memungkinkan individu untuk meningkatkan status sosialnya, misalnya dengan mengangkat diri menjadi ketua organisasi. Selain itu, pembentukan struktur baru memungkinkan seseorang untuk menjadi ketua dari organisasi baru tersebut sehingga status sosialnya naik. Misalnya Penolong Kanan 1 di sekolah pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi Guru Besar.

Anda mungkin juga menyukai