Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan Penakrifan konsep budaya secara keseluruhannya merangkumi aspek-aspek kemanusiaan, kesusasteraan, muzik, falsafah, institusi polotik, sejarah

dan sebagainya. Konsep budaya secara umumnya adalah merupakan cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa. Ia meliputi semua aspek dan aktiviti seharian manusia. Ia juga berfungsi membandingkan antara bangsabangsa tertentu. Menurut Ralph Linton ,kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup dari masyarakat dan merujuk kepada berbagai aspek kehidupan yang meliputi cara-cara hidup, kepercayaan, sikap dan juga hasil dari lokegiatan manusia yang khas untuk suatu masyarakat atau kelompok penduduk tertentu. Menurut pendapat E. B. Tylor pula, menyatakan bahawa budaya kepada suatu keseluruhan yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, nilai, seni, tatsusila, serta sebarang kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat Mengikut pandangan Malinowsky dalam bukunya yang bertajuk A Scientific Theory Of Culture, mengkelaskan budaya adalah suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Seringkali pengertian budaya dikaitkan dengan kehidupan sesuatu kelompok masyarakat. Setiap ahli masyarakat memerlukan antara satu sama lain bagi memartabatkan kehidupan bangsa mereka. Justeru itu, sesuatu budaya itu adalah milik bersama yang harus dikongsi oleh sesuatu kelompok manusia. Antara aspek yang sering dilihat adalah di sudut kepercayaan, nilai-nilai hidup, hubungan antara ahli masyarakat, budaya pakaian, masakan, bahasa, unsur kesenian dan sebagainya. Lantaran itu, proses pembudayaan ini berlaku apabila adanya proses belajar, pemahaman dan penerimaan tatacara lakuan daripada sudut adab-adab, pantang larang, normanorma masyarakat dan sebagainya. Contohnya di sini, kita tidak boleh menerima pergaulan seks bebas tanpa ikatan yang sah berbanding dengan negara barat yang mengamalkan seks bebas sebelum perkahwinan. Selain itu, amalan pantang larang selepas bersalin dalam budaya masyarakat Melayu. Para ibu harus berpantang selama 44 hari dengan menjaga soal pemakanan, penjagaan bayi, kesihatan dan kebersihan. Pengalaman ini akan dikongsi oleh anak-anak mereka dan amalan ini akan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Tamadun pula berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Dari perkataan lain pula iaitu maddana yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelokkan tingkah laku. Juga membawa pengertian membuka bandar.

Pengertian tamadun membawa konsep yang luas dan sangat kompleks. Ia merujuk kepada pencapaian sesuatu negara atau masyarakat dalam jurusan ilmu pengetahuan, kepercayaan, perbandaran, undang-undang, system tulisan, adat resam, dan moral. Secara umumnya, tamadun boleh ditafsirkan sebagai sejumlah pemerolehan dan pencapaian dalam segala bentuk pemikiran, penciptaan yang terbaik dan perlakuan dalam membentuk peribadi diri, tingkah laku, budi bahasa dan akhlak yang baik serta terpuji bagi seseorang individu atau suatu kumpulan manusia dalam membentuk sesebuah negara bangsa atau masyarakat. Ia juga boleh dilihat sebagai pencapaian sesuatu suatu bentuk budaya manusia.

Anda mungkin juga menyukai