Anda di halaman 1dari 4

DI MANA CERMIN MATA, CIKGU?

Aiman, Edi dan Fairuz merupakan pelajar yang paling terkenal dengan kenakalan mereka di kelas 4 Cempaka. Bahkan semua guru di sekolah SK Jaya Bakti cukup masak dengan kerenah nakal mereka bertiga. Mereka kerap di denda akibat perbuatan nakal mereka, namun mereka tidak pernah serik untuk melakukannya lagi. Pada suatu pagi yang hening di kelas 4 Cempaka,

Siti

: Aaaaaaaaa! (menjerit dengan kuat kerana terperanjat melihat lipas di atas mejanya)

Aiman, Edi dan Fairuz Aiman

: (ketawa terbahak-bahak sambil melakukan high five) : Jom! Kita kacau budak skema tu pulak. (berbisik dengan Edi dan Fairuz sambil menunding ke arah Azman)

Mereka bertiga menghampiri Azman yang sedang sibuk menelaah buku. Edi Azman : Oi, budak skema! Kau baca apa tu hah? : (Teragak-agak) Saya tengah baca buku cerita yang baru mak saya belikan semalam. Fairuz : (Merampas buku yang dibaca oleh Azman) Kalau aku pinjam, kau tak marah, kan? Aiman : Fairuz, kau reti ka baca buku tu? Nak mengeja pun merangkakrangkak lagi. (sambil tertawa sinis) Fairuz : Siapa cakap aku nak baca buku ni? Aku cakap nak pinjam je pun kan? Aku nak buat pembungkus nasi lemak mak aku, boleh kan Azman? Mereka bertiga ketawa terbahak-bahak manakala Azman hanya mampu memandang. Mata Azman mula bergenang dengan air mata dan tidak semena-mena air matanya tumpah. Di tengah

keriuhan kelas, Cikgu Alias pun melangkah masuk ke kelas. Murid-murid mula beredar ke tempat duduk masing-masing dan berdiri untuk mengucapkan salam kepada Cikgu Alias. Ketua kelas Murid 4 Cempaka Cikgu Alias : Selamat pagi, cikgu! : (Menyebut dengan serentak) Selamat pagi cikgu! : Selamat pagi, kelas. Sila duduk semua. Baiklah, hari ini cikgu hendak mengajar tentang kebersihan diri. (Terpandang Azman yang sedang menangis) Kenapa dengan kamu, Azman? Kamu sakit? Azman Ruby : (Menggeleng-gelengkan kepala sambil menangis teresak-esak) : Tak, cikgu. Tadi Edi, Fairuz dan Aiman ambil buku dia dan tak bagi balik, cikgu. Cikgu Alias Azman Cikgu Alias : Betul, Azman? : (Menggangguk-angguk) : Kamu bertiga, berdiri sekarang! (sambil memandang ke arah Aiman, Edi dan Fairuz) Betul kamu bertiga ambil buku Azman? Edi, Fairuz dan Aiman : (Hanya mampu tertunduk dan membisu) Cikgu Alias : Saya tanya, betul ka tidak? Bila saya tanya, kamu jawab.

Edi, Fairuz dan Aiman : Betul,cikgu. ( sambil tertunduk) Cikgu Alias Edi Cikgu Alias : Kenapa kamu ambil buku dia? : Kami main-main sahaja, cikgu. : Main-main? Ini bukan kali pertama kamu buat seperti ini. Pulangkan balik buku Azman dan sebagai dendanya cikgu mahu kamu nyanyikan lagu Maafkan Kami kepada Azman sekarang. Aiman, Edi dan Fairuz : (Menyanyikan lagu Maafkan Kami kepada Azman)

Cikgu Alias

: Baiklah, sekarang sebagai denda kamu tidak mengaku di atas kesalahan kamu tadi, berdiri di atas kerusi dan pegang telinga kamu sekarang.

Aiman, Edi dan Fairuz pun berdiri di atas kerusi sambil memegang telinga.

Cikgu Alias

meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa. Tiba-tiba seorang pengawas mengetuk pintu kelas 4 Cempaka. Pengawas : Selamat pagi, cikgu. Cikgu, guru besar mahu berjumpa dengan cikgu di bilik guru besar sekarang. Cikgu Alias : Baiklah, terima kasih. Baiklah, kelas. Saya mahu kamu sambung latihan pada muka surat 18. Ketua kelas.. Ketua kelas Cikgu Alias : Saya, cikgu. : Pastikan pelajar-pelajar ini berdiri di atas kerusi dan pastikan kelas dalam keadaan senyap. Saya hendak keluar sebentar. Cikgu Alias keluar menuju ke pejabat. Sepuluh minit kemudian, dia masuk ke dalam kelas. Cikgu Alias : Baiklah, kamu bertiga boleh duduk. (sambil memandang ke arah Edi, Aiman dan Fairuz) Kelas, sekarang kita akan bincangkan jawapan. Tiba-tiba Cikgu Alias terhenti. Dia memeriksan kocek bajunya. Dia memandang ke arah meja guru. Kemudian, dia meluru ke arah Aiman, Edi dan Fairuz. Cikgu Alias Aiman Cikgu Alias : Aiman, di mana cermin mata saya? : Errrrrrr... : Cepat cakap! Di mana cermin mata saya? Oh, kamu hendak balas dendam ya? Fairuz : Tidak, cikgu.

Ketua kelas bangun perlahan-lahan. Dia memandang Cikgu Alias. Wajahnya serba-salah. Ketua kelas Cikgu Alias : Cikgu.. di atas kepala cikgu (sambil menunjuk kepala Cikgu Alias) : Apa? (meraba-raba kepalanya)

Cikgu Alias malu sendiri. Dia meminta maaf kepada ketiga-tiga pelajar nakal tersebut. Cikgu Alias : Sekarang, adakah kamu semua telah mendapat pengajaran di atas apa yang telah berlaku? Sekiranya sekali kamu melakukan sesuatu kesalahan masyarakat akan kenal dan ingat kamu kerananya. Jadi ubahlah sikap kamu bertiga. Janji? Aiman, Edi dan Fairuz . : Baiklah, cikgu. Kami janji.

Anda mungkin juga menyukai