Anda di halaman 1dari 1

Sendiri

Bulan pun tidak bersinar seperti dikau.. Cuma meminjam sinar seketika dari mentari.. Dan aku memohon, agar biar sahaja dikau jadi mentariku.. Terus-terusan bersinar selagi tiada 'kun fayakun' dari pencipta.. Dan tatkala altitud mentari semakin jatuh tenggelam.. Galaksi hatiku ternyata kosong.. Gelap mungkin, umpama lohong hitam itu.. Ya Allah.. Kau menjadikan bulan, bintang, mentari, semuanya sujud patuh perintahMu.. Andai juga hati ini sepatuh cakerawala, tiada pernah membantah, tiada pernah merindui yang tidak harus buatku.. Tapi, mungkin aku harus akur dengan hukum graviti semesta.. Umpama kompas yang tertarik kepada medannya.. Dan andai sahaja hati ini umpama eclipse di malam hari.. Biar tiada lagi sinarmu yang ku rasa.. Biar aku tetap sendiri di sini, biar aku bagai Sirius! Tetap sendiri.. Kerana mungkin aku tidak layak menjadi Charon, yang mempunyai Pluto di sisinya..

Anna_zum

Anda mungkin juga menyukai