Anda di halaman 1dari 4

Teks Ucapan.

Majlis Sambutan Hari Guru SKP Penajis

ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN SAMA KATA SAMA SEPAKAT HARI GURU MARI RAIKAN. BATU BERNAMA SI BATU BATA TEMPAT HINGGAP SIBURUNG BALAM GURU ITU IBARAT PELITA MEMBERI CAHAYA SETIAP MALAM BISMILLAHIRAHMANIRAHIMASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT PAGI Yang Berusaha Guru Besar SK Penajis , Pn Hjh Naripah binti Othman Yang Di hormati Guru Penolong Kanan 1 , Pn Rosnita, Guru Penolong Kanan HEM , Pn Siti Aida, GPK KoKo En. Mohd Nori bin Hamzah) Barisan pendidik Sek. Kebangsaan Penajis, barisan pengawas dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat Hari Guru diucapkan kepada guru-guru di Sek. Keb. Penajis Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikankan insan yang amat kita sanjungi.dalam majlis sambutan perayaan hari guru peringkat Sek Keb Penajis pada tahun 2012. Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini. Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini ,marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dlafazkan oleh Cikgu Mohd Nori bin Hamzah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (bacaan doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majls merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Mohd Nori bin Hamzah atas bacaan doa sebentar tadi. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika suaranya takda berbicara. Hadirin sekalian majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Hjh Naripah, Guru Besar SK penajis Menyampaikan sedikit ucapan sempena perayaan hari guru dipersilakan . (ucapan guru besar) TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA Guru besar DI ATAS UCAPAN ITU TADI. Sekarang tibalah masanya untuk membaca perutusan. Majlis menjemput Guru Penolong Kanan 1, Pn Rosnita binti Abd wahab untuk membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia. (bacaan perutusan) Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rosnita, Seterusnya majlis menjemput sekali lagi Guru Besar SK Penajis, Pn. Naripah binti Othman untuk membacakan perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada guru Besar di atas bacaan perutusan itu tadi. Sekarang beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru untuk bacaan ikrar yang akan diketuai oleh Cikgu Hisham . dan selepas itu,kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru dengan nyanyian lagu kami guru malaysia dan lagu tema hari guru 2012

ANGIN MENDERU DENGAN SEPOINYA DI ANAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN KASIH GURU AKAN MURIDNYA MASA DAN TENAGA RELA KOBANKAN demikianlah tadi nyayian beberapa lagu daripada guru-guru yang kita sayangi. Seterusnya, di minta semua pelajar bersedia untuk acara seterusnya di padang sekolah keb. Penajis (acara padang) Para guru dan rakan pelajar sekalian. Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita tampilkan satu persembahan daripada tahap 1 ebagai kenangan dihalwa telinga khususnya untuk guru-guru yang diraikan pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada _________________ atas persembahan yang menarik itu tadi. Sekarang di jemput pula rakan-rakan dari Tahap 2 untuk menyampaikan persembahan (persembahan tahap 2) Terima kasih di ucapkan kepada rakan-rakan dari tahap 2 di atas persembahan itu tadi. BERSENJATAKAN PENA KERAMAT BERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARAT MELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGAT KE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN SATU MISI DAN MATLAMAT SEMOGA JASA GURU MENDAPAT RAHMAT Seterusnya di jemput guru-guru SK Penajis untuk menyampaikan persembahan iaitu nyanyian lagu biarku menjadi lilin Terima kasih diucapkan kepada guru-guru atas persembahan itu tadi. Seterusnya tibalah masa untuk rakan-rakan mengikut kelas untuk menyampaikan cenderamata atau hadiah kepada guru-guru. Terima kasih cikgu.

Akhirkata tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini Semoga Allah menganugerahkan ilham kepada semua guru untuk menjadi pendidik yang gemilang.semoga benih-benih keikhlasan berjaya ditanam dalam setiap batas hati para guru,kerana dengan keikhlasan,akan terpancar kejernihan dan kejayaaan anak didik yang mutlak.mudah mudahan Ayuh bersama kita ucapkan selamat hari guru Terima kasih daun keladi Panjang umur kita sambut lagi Buat guru kami sudahi Selamat hari guru buatmu dikasihi Jasa guru terpahat dihati Sekian.salam sejahtera Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt (Teks ucapan untuk wakil pelajar SK Penajis)

Anda mungkin juga menyukai