Anda di halaman 1dari 10

BIODATA IMAM SHAFIE

Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah.

Nama ibu beliau ialah Fatimah binti Abdullah binti al-Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Talib.
Nasab keturunan beliau bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. melalui datuk baginda Abdul Manaf dan melalui nasab ibu beliau, Fatimah binti Abdullah binti al-Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Talib.

Beliau membesar di dalam keluarga yang fakir di Palestin.


Bapanya meninggal ketika Imam Syafie kecil lagi. Ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawa ke Kota Makkah untuk berjumpa dengan saudara mara beliau . Ketika Imam Syafie berumur 9 tahun, beliau telah pun menghafaz Al Quran dan selepas itu beliau menghafaz pula hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Beliau mempunyai suara merdu,boleh bersyair dan juga bersajak.Beliau juga telah menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram.

Guru pertama beliau ialah Imam Ismail Kustantani,iaitu salah seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang Al-Quran di Mekah pada waktu itu. Imam Syafie kerap berhijrah ke luar negara untuk mengutip mutiara ilmu dari ramai ulamak yang tersohor pada masa itu.
Beliau pergi ke Madinah Al Munawwarah untuk berjumpa dengan Imam Malik dan tinggal bersamanya sehingga ke penghujung hayat Imam Malik. Imam Malik meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah.

Beliau juga telah menghafal dan kitab al-Muwatta yang ditulis oleh Imam Malek sejak berumur 15 tahun.

Imam Syafie masuk ke Baghdad sebanyak 3 kali. Kali pertama pada tahun 183 H ataupun sebelum Khilafah Harun Ar Rashid. kali kedua pada tahun 195 H dan tinggal di Baghdad selama 2 tahun. Kali ketiga pada tahun 198 H.
Setelah itu Imam Syafie menyibukkan diri dengan ilmu agama dan beliau bertugas di Yaman. Ketika beliau di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor Al-Malik di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Di yaman,beliau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Hamidah binti Uyainah bin Amru bin Uthman bin Affan. Kemudian,beliau dilantik menjadi hakim di wilayah Najran dan tinggal di sana bersama keluarganya.

Pada suatu hari,Gabenor as-Saud(Gabenor Yaman yang baru) menghantar surat kepada Khalifah Harun ar-Rashid mengatakan bahawa Imam Syafie menyokong puak Alawiyah. Akibat daripada itu,Khalifah Harun ar-Rashid telah memecat beliau sebagai hakim di wilayah Najran. Namun begitu,Imam Syafie difitnah lagi oleh Gabenor tersebut mengatakan bahawa beliau beserta ahli kumpulannya sedang merancang hendak menjatuhkan kerajaan Abbasiyah termasuk menggulingkan Khalifah Harun ar-Rashid. Disebabkan itu,Imam Syafie ditangkap dan dibawa bertemu dengan Khalifah Harun ar-Rashid.

Selepas daripada peristiwa tersebut,Imam Syafie berhijrah pula ke Mesir kerana mendapat jemputan oleh Gabenor Mesir iaitu Gabenor Abbas. Di Mesir,beliau terus mengajar orang ramai di sana. Imam Syafie meninggal dunia di Mesir pada malam Jumaat yang penuh barakah iaitu pada 28 Rejab tahun 204 hijrah,bersamaan 820 Masihi.Ketika itu beliau berumur 54 tahun. Beliau dikebumikan selepas Asar pada hari Jumaat bertarikh 29 Rejab 204 H bersamaan 19 Januari 820 M.

Pada 7 Rabiul Awal 608 hijrah,al-Malik al-Kamil al-Muzaffar alMansur mengarahkan supaya membina sebuah kubah yang cantik di makam Imam Syafie.Tidak lama kemudian sebuah masjid didirikan lalu dinamakan Masjid Imam Syafie.

MAKAM IMAM SYAFIE

MASJID IMAM SYAFIE

Wajah Imam Syafie yang digambarkan oleh seorang pelukis.

Kitab al Um yang menjadi rujukan umat Islam hingga sekarang.

Anda mungkin juga menyukai