Anda di halaman 1dari 3

SAYONARA JAHILIYYAH

Seorang mukmin tidak sekali-kali rela untuk hidup dan mati kecuali dalam iman yang dikecapinya itu. Tidak terlintas di hatinya ketika melafazkan kalimah dua kalimah syahadah melainkan ia juga merupakan ikrar daripadanya untuk meninggalkan jahiliyyah dan kekufuran buat selama-lamanya. Hakikat ini boleh dirasai daripada hadis Rasulullah s.a.w (Bukhari, bab HalawatulIman) :


Dua golongan berbeza Perbezaan antara mukmin dan bukan mukmin banyak ditonjolkan di dalam ayatayat Allah, antaranya ialah (47:1-3):

)1( )2( (3)


Perbezaan ini bukan sahaja terletak kepada pegangan akidah sahaja, TETAPI juga perbezaan dari sudut ubudiah, amalan, akhlak, matlamat hidup, persoalan yang menjadi perhatian mereka, hobi, perasaan, emosi dan juga manhaj hidup yang diamalkan oleh mereka. Meninggalkan jahiliyyah Justeru itu, setiap mukmin tidak cukup sekadar untuk mengaku bahawa dia beriman dengan Allah s.w.t dan RasulNya sahaja, bahkan menjadi kewajipannya untuk membentuk diri dan kehidupannya dengan manhaj Islam. Dia mestilah meninggalkan jahiliah secara total. Ini adalah kerana Islam tidak menerima sebarang percampuran antara keduanya (2:208).


Meninggalkan jahiliah ini secara ringkasnya perlu dilaksanakan dengan: 1) Akidah yang sejahtera Setiap muslim perlu memastikan akidah yang dipegang olehnya adalah benar dan sejahtera serta bersih daripada sebarang kekurangan mahupun penambahan. Kebersihan akidah merupakan titik pemisahan utama, antaranya dengan jahiliyyah.

2) Ibadah yang sahih Al-Fudhail bin Iyadh ketika menerangkan firman Allah s.w.t (yang bermaksud): ...Untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya [AlMulk: 2] berkata: Yang paling ikhlas dan yang paling betul amalannya. Dia terus menerangkan: Amalan sekiranya dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak betul, ia tidak diterima. (Begitu juga) sekiranya ia betul tetapi tidak dilakukan dengan ikhlas, ia juga tidak diterima, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan ikhlas dan betul. Maksud amalan yang dilakukan dengan ikhlas ialah yang dilakukan kerana Allah dan amalan yang betul ialah yang dilakukan mengikut Sunnah. 3) Akhlak yang murni Akhlak merupakan salah satu lambang pemisahan mukmin daripada jahiliyyah. Banyak ayat Allah dan Hadis yang menggesa mukmin meninggalkan akhlak-akhlak jahiliyyah, antaranya tabarruj al-jahiliyyah (33:33), hamiyyah jahiliyyah (48:26), asobiah jahiliyyah (lihat lampiran hadis Muslim) dan lain-lain. Ini tidak dapat dicapai dengan hanya pembacaan semata-mata tetapi memerlukan kepada mujahadah dan latihan yang berterusan. 4) Manhaj hidup yang lurus As Syatibi berkata: Allah telah menghadkan sesuatu kepada dua perkara: Wahyu iaitu syariat dan Hawa. Tiada lagi jenis yang ketiga selain daripada kedua-duanya [Al-Muwafaqat: 2/121] Mukmin hanya mempunyai dua pilihan syariat atau hawa yang menyesatkan. Menjadi kewajipan-nya untuk hidup di atas manhaj Islam dan syariatnya sahaja (6:153).


5) Wala yang benar Allah s.w.t telah menentukan garis sempadan wala mukmin kepada tiga pihak sahaja iaitu (5:55):


Allah juga melarang mukmin menyerahkan walanya kepada bukan mukmin (4:144):


Dr. Ali Abdul Halim Mahmud [Tarbiah an-Naasyi al-Muslim] memberi beberapa pengertian wala iaitu: Al-Qurb (mendekati) Al-Nusrah (menolong) Al-Mahabbah (mencintai)

Berasaskan pengertian ini, setiap mukmin perlu berusaha mendekatkan dirinya kepada Allah, rasulNya dan mukminin, membantu dan mencintai mereka. Bagaimanakah pelaksanaan wala ?: a) Wala kepada Allah Mentajarrudkan diri kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Allah lebih dicintai olehnya daripada dirinya dan segala-galanya (keluarga, tempat tinggal, harta benda dsb. 5:24) Merujuk kepada Allah dalam setiap keinginan, tindakan dan diamnya; ketika berseorangan atau ketika bersama orang lain. MentaatiNya dan beriltizam dengan syariat yang dibawa oleh RasulNya. Mengimani bahawa manhajNya adalah satu-satunya manhaj yang benar dan tidak mungkin ditukar ganti, seterusnya berjuang dan berusaha merealisasikannya dalam segenap kehidupan. Meletakkan ghayah matlamat dalam segala usahanya kerana Allah. b) Wala kepada Rasul Oleh kerana Rasul s.a.w adalah selaku utusan kepada Allah s.w.t maka walanya dilaksanakan sama dengan wala kepada Allah. c) Wala kepada mukminin Menjadikan akidah sebagai asas ikatan (bukan keturunan, warna kulit, negara, kepentingan ekonomi, sosial atau politik). Tiada toleransi dan kompromi dalam masalah akidah dan peraturan hidup antara mukmin dan bukan mukmin. Toleransi hanya wujud dalam masalah muamalat individu. Mengambil berat hal ehwal mukminin serta membantu mereka menghadapi permasalahan mereka dan perancangan musuh Islam. Mencintai mukminin kerana Allah, selagi mana mereka di dalam ketaatan kepada Allah. Menyeru maruf dan mencegah mungkar serta meninggalkan majlis di mana maksiat sedang dilakukan. Bekerjasama dalam perkara takwa dan kebaikan. Membantu mana-mana sof mukmin di samping berusaha melemah dan menghapuskan semua sof jahili. Sekiranya perkara-perkara ini dapat dilakukan oleh mukmin, terlaksanalah tuntutan iman yang dipegang olehnya. Jahiliyyah yang berleluasa kini akan menerima nasib yang sama dengan jahiliyyah 14 kurun yang lalu. ____________ Lampiran: