Anda di halaman 1dari 70

KEMAHIRAN BERBAHASA: MENDENGAR DAN BERTUTUR

KEMAHIRAN BERBAHASA

KEMAHIRAN BERBAHASA
ASPEK=

meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa

Tetapi,

RAJAH PERILAKU - UCAPAN TEORI CHOMSKY

KEMAHIRAN LISAN

keupayaan seseorang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. proses ini berlaku, saling menghantar dan menerima, gerak balas @ respon tertentu. komponen kemahiran mendengar bertutur yang tidak kurang pentingnya dan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR DALAM SUKATAN PELAJARAN B.M KBSR


mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;

bertutur

dan

mengeluarkan

buah

fikiran

dengan

menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakanrakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.

KEMAHIRAN MENDENGAR

PENTINGNYA KEMAHIRAN MENDENGAR

SITUASI

mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut

Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam

proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya. mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses : mendengar, memahami, menghurai dan menilai

APAKAH BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR ITU?


secara pasif. secara bertelau-telau. tanpa tindak balas. secara menebuk-nebuk. dengan beremosi. secara berhati-hati dengan pengamatan. secara kritikal.

PRINSIP PENTING DALAM PROSES MENGAJAR KEMAHIRAN MENDENGAR


mendengar - gabungan yang pernah dilihat,

didengar dan dingati; proses mendengar - melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat; individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang;

pendengaran yang cekap menyatukan idea secara

logik dan berkesan. mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan. mendengar untuk mengkritik. mendengar untuk hiburan. mendengar untuk apresiasi.

PRINSIP PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama

kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis. Proses P&P yang melibatkan kemahiran mendengar dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu.

Setiap aktiviti dan kemahiran pelbagai


murid-murid boleh melibatkan diri :
proaktif,

memberi respon yang pelbagai memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan secara berperingkatperingkat, konkrit abstrak - dekat kepada yang jauh - perkara-perkara yang mudah kepada perkara yang lebih sukar dan seumpamanya.

Motivasi

guru - tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanakkanak. perlu diberi peluang untuk berlatih kemahiran mendengar - aktiviti yang ditentukan atau melalui daya insiatif murid sendiri.

kanak-kanak

KEMAHIRAN BERTUTUR

proses komunikasi yang kompleks. menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). proses bertutur melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi.

Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyibunyi bahasa dengan menggunakan unsurunsur prosidi dan melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan.

KONSEP PERTUTURAN

gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu]; Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya; Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya;

Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan

Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

ASPEK PERTUTURAN

SEBUTAN

diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, KERANA melibatkan perkataan ejaan yang sama tetapi sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /smak/ dan seumpamanya;

TEKANAN
cara

dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;

MORA (PANJANG-PENDEK):

Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut harakat), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu;

JEDA (PERSENDIAN)

memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, jangan tembak, jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, jangan/tembak, bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!

INTONASI

kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.

NADA

bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.

TATABAHASA:

aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;

KELANCARAN:

keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan muridmurid.

KEFASIHAN

bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;

LARAS BAHASA

menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.

PROSES DAN BENTUKNYA AKTIVITI DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR

PENDEKATAN SITUASI

Untuk bolehkan individu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur)Beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu: Menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan Melaluinya, aspek penggunaan & penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa

PRINSIP PENGAJARAN (PS)

Ringkasnya:

PS PENTINGKAN penyebutan unsurunsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa);

PENDEKATAN KOMUNIKATIF (PK)

Baiki/ atasi masalah (pendekatan situasi/PS).

pengajaran

bertutur

PK ini meliputi PENGUASAAN KEMAHIRAN apa yang ada pada PS; merangkumi kebolehan untuk guna unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa.

PRINSIP PENGAJARAN (PK)

Ringkasnya:

PK UTAMAKAN ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan.

PERSAMAAN PENDEKATAN:
Dalam

PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR,

Guru

perlu beri latihan menggunakn unsur bunyi & struktur bahasa dulu sebelum suruh murid lakukan aktiviti libatkan kemahiran bertutur. Tiada latihan dari guru murid tidak dapat kuasai kemahiran bahasa: bertutur guna bahasa tepat & berkesan.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR

Guru perlu merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran Guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai pengajaran kemahiran bahasa yang berkesan.

TEKNIK-TEKNIK:
a) b) c) d) e) f) g)

Latih tubi Bercerita Bersoal jawab Perbualan/ dialog/ wawancara Perbincangan Berbahas/ debat Main peranan dan simulasi

h) Sumbang saran i) Drama atau lakonan j) Melapor berita k)Permainan bahasa l) Pengajaran puisi m) Penyelesaian masalah n) Tunjuk cara

AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR


Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. a) Latih Tubi Sebutan Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid.

Murid-murid, ikut cikgu sebut.

Bola. Ali menendang bola. Ali menendang bola di padang. Bola. Ali menendang bola. Ali .

Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza.

daki

laki

tari -

lari

malu

balu

Latih

tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan menyebut fonem /p/ -Pandang pandan tepi pagar depan padang. -Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.

b) Nyanyian Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.

c) Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai rangsangan untuk menghasilkan pertuturan.
Latihan

bahan

pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.
Kad

imbasan bergambar, carta bergambar sering juga digunakan.

dan slide

i. Pak Abu seorang petani. ii. Dia bekerja di sawah. iii. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah.

Karangan Lisan Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas.

Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis.

d) Memproses Maklumat Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima.

Umumnya, murid-murid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.

Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu.

Senarai barang yang diberi oleh guru. Khemah Lampu picit Makanan kering Makanan basah Alat memasak Pakaian Baldi Alat menjahit Pisau Kapak Bantal Selimut Air Susu tin Cangkul Surat khabar Radio Mancis api

e) Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan lakonan.

Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.

CONTOH LAKONAN TERKAWAL

Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda. Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi pelanggannya.

RUMUSAN

Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan satu pengajaran unsur-unsur yang ini akan serta

menghasilkan

bermutu

pembelajaran yang berkesan.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai