Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum W.M.H.K dan salam sejahtera Yang berusaha Tn. Hj.

Jamry b Hj Sury, Pegawai Daerah Kuala Kangsar, En. Wan Roslan b Hj Wan Yaacob Ketua Unit Kurikulum JPN. Wakil Ketua Sektor Pengurusan Akademik Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah Ketua-Ketua Jabatan atau wakil Pengerusi PKPSM Daerah Kuala kangsar Pengerusi MGB Daerah Kuala Kangsar Pegawai-Pegawai JPN Perak Timbalan serta Penolong -Penolong PPD Pengetua-Pengetua Guru Besar-Guru Besar Panel Hakim Guru Guru pengiring Pelajar-pelajar Tuan-tuan dan puan-puan sekelian Terlebih dahulu, saya mewakili Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berusaha Tuan haji Jamry b haji Sury , Pegawai Daerah Kuala Kangsar di atas kesudian beliau memenuhi undangan kita bagi merasmikan majlis Penutup Pertandingan ini. Demikian juga kepada tuan-tuan dan puan-puan semua khususnya dari daerah luar Kuala Kangsar, saya juga turut merakamkan ucapan terima kasih dan selamat datang ke Bandar Diraja ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Sekiranya kita mengimbau sejenak sejarah perkembangan pertandingan Paluan Kompang dan Formasi ini, dapatlah dikatakan bahawa pertandingan pada kali ini merupakan pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan secara terbuka. Untuk makluman semua, pertandingan kompang yang diadakan sebelum ini dilaksanakan di dalam dewan yang tertutup ataupun di kawasan yang tertutup. Namun demikian dengan mengadakannya di tempat yang sebegini, ia memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk menyaksi, menghayati dan mengagumi salah satu daripada bentuk muzikal tradisi Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Peringkat Negeri Perak ini dapatlah dilihat sebagai sesuatu yang bertepatan pada masa dan ketikanya. Ini kerana dalam usaha kita untuk mengekal dan menonjolkan identiti bangsa maka, salah satu aspek yang perlu diberi penekanan ialah berkaitan dengan seni budaya. Program yang sebeginilah yang sebenarnya menjadi pemangkin dalam usaha membentuk generasi masa hadapan yang celik dan sayangkan budaya bangsanya. Kita amat kuatir sekiranya tiada usaha diambil maka kita akan kehilangan khazanah bangsa kita yang tidak ternilai harganya. Tidak mustahil suatu masa nanti generasi akan datang tidak mengenali apa itu kompang, rebana, gendang dan sebagainya. Selain itu dalam konteks yang lebih luas pertandingan paluan kompang yang merupakan salah satu cabang kegiatan ko akademik sebenarnya mampu memupuk pelbagai kemahiran seperti berkomunikasi, kerja berpasukan, kreativiti, berdisiplin, memimpin dan sebagainya. Malah yang lebih penting lagi ia mampu mewujudkan interaksi di antara pelbagai lapisan masyarakat Ini kerana aktiviti aktiviti yang sebegini adalah berorientasikan Hidden Curriculum. Ia pastinya mampu memberi impak positif kepada

murid-murid sekaligus melahirkan warga yang bangga dengan budaya bangsanya. Kesempatan ini seharusnya digunakan sebagai gelanggang menggarap kemahiran tersebut dan berusaha mengketengahkannya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Memetik kembali kata-kata Herodetus, seorang sejarawan Yunani, beliau pernah menyatakan Keunggulan sesebuah negara kota itu bertunjangkan kepada sejauh mana masyarakatnya mempertahankan budaya bangsa mereka. Ini kerana mereka yang sayangkan budayanya adalah juga mereka yang sayangkan negara bangsanya. Negara Jepun umpamanya sebuah negara yang amat bangga dengan amalan tradisinya. Walaupun mereka merupakan sebuah negara yang maju namun amalan seni budaya mereka terus menerus terpelihara. Dengan kata lain arus pemodenan sukar untuk menggugat amalan tradisi mereka. Budaya adalah sebahagian daripada kehidupan mereka .Demikian juga jika dilihat di Thailand, Indonesia, Burma dan sebagainya. Mereka sememangnya akan memastikan anak-anak mereka mewarisi budaya yang diamalkan oleh generasi sebelumnya. Lebih daripada itu mereka bangga mengamalkan budaya mereka Hadirin dan hadirat sekelian, Saya amat berkeyakinan bahawa aktiviti seumpama ini merupakan titik tolak kepada usaha berterusan bagi menyemarakkan aktivitiaktiviti lain yang berkaitan dengan seni budaya. Ini kerana Daerah Kuala Kangsar sahaja umpamanya memiliki perbagai jenis khazanah seninya. Bermula dengan pembuatan keris, labu sayong, kompang, rebana, kraftangan dan sebagainya. Kesemua ini boleh diketengahkan melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Bermula dari murid sekolah hinggalah kepada golongan tua. Dengan cara inilah kita dapat memastikan kesinambungan seni budaya sebagai warisan bangsa akan berterusan.

Tuan-tuan dan puan-puan, Saya tidak bercadang untuk berucap dengan panjang lebar, kepada yang menang tahniah diucapkan kerana telah menjadi yang terbaik dan kepada yang kurang bernasib baik berusahalah lagi. Perbaiki kelemahan dan perkasakan pasukan masing-masing. Buktikan kemampuan anda pada pertandingan akan datang. Akhir kata saya selaku Pengerusi Pengelola ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada Tuan Haji Jamry b Haji Sury, Pegawai Daerah Kuala Kangsar yang indah permai ini. Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada Majlis Perbandaran Kuala Kangsar kerana bermurah hati membantu menyediakan kemudahan dan peralatan tempat pertandingan ini. Setinggi terima kasih juga kepada semua pihak yang telah bekerja keras menjayakan program ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai