Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS SK TOK KEPAK TAHUN 2011

1. PENDAHULUAN Dalam melahirkan murid-murid yang cemerlang, kelas yang kondusif dan selesa bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen yang paling penting di sekolah. Di samping itu, sahsiah mereka juga perlu dilengkapkan dengan sifat rajin, kerjasama, toleransi dan bertolak ansur. Oleh yang demikian program ini diadakan agar dapat melahirkan insan yang cemerlang, mencintai kebersihan, menghargai keindahan dan disamping mewujudkan kelas yang kondusif bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2. MOTO PROGRAM Kebersihan Asas Keimanan Sejagat. 3. MATLAMAT Program ini bermatlamat untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab, berdisiplin, mencintai kebersihan, bertolak ansur dan bekerjasama serta matang dalam memikul tanggungjawab 4. OBJEKTIF Di antara objektif program ialah 4.1 Menyedarkan para pelajar tentang kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian. 4.2 Menanamkan sikap cinta pada kebersihan serta menyayangi harta benda sekolah dan mewujudkan perhubungan dan kerjasama yang baik dengan semua pihak demi kebersihan dan keceriaan kelas. 4.3 Memantapkan rohani dan jasmani para pelajar melalui aktiviti-aktiviti kebersihan dan keceriaan kelas. 4.5 Mewujudkan iklim,suasana dan budaya bilik darjah yang kondusif. 5. KUMPULAN SASARAN Semua Murid Sekolah Kebangsaan Tok Kepak

6. TARIKH DAN TEMPAT Tarikh : Bulan Mac hingga bulan Oktober 2010. Tempat: Semua kelas Tahun 1-6 SK Tok Kepak. 7. PENILAIAN MARKAH Penilaian markah dibuat pada hari Khamis setiap minggu. Markah kelas yang paling banyak pada setiap 3 bulan dikira sebagai Johan pertandingan. Penilaian untuk Johan dan Naib Johan dibuat sebanyak 2 kali setahun. 8. BELANJAWAN PROGRAM Perkara 1) Pembelian hamper - Johan - Naib Johan - Lain-lain (pembalut hadiah, bakul) Anggaran kos hadiah Jumlah

RM30 x 1kali (3 bulan) RM20 x 1kali (3 bulan)

RM 30.00 RM 20.00

RM4.50 JUMLAH BESAR

RM 4.50 RM 54.50

10. AHLI JAWATANKUASA PENGERUSI En. Shuib bin Shafie TIMBALAN PENGERUSI Pn. Pauziah bt Abdul Kadir NAIB PENGERUSI 1 Encik Kassim bin Idris NAIB PENGERUSI 2 Tn. Hj. Rahim bin Ramli SETIAUSAHA Pn. Norhayaty Yahya

AHLI JAWATANKUASA Encik Azman Mat Rejab Pn. Haiza Bt. Suid

11. PENUTUP Semoga program yang mulia ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada warga kerja SK Tok Kepak seterusnya memperolehi manfaat yang berguna dan dalam mewujudkan iklim, suasana dan budaya bilik darjah yang kondusif disamping melahirkan murid yang mencintai kebersihan dan berdisiplin.

Disediakan oleh, . (Norhayaty Bt. Yahya) Setiausaha, Program Keceriaan Kelas, SK Tok Kepak

Disahkan oleh,