Anda di halaman 1dari 34

KEFASIHAN pemuda Australia itu berbahasa Melayu cukup menakjubkan apatah lagi mendengar kepetahan beliau berbicara menggunakan

dialek pantai timur. Apabila bertemu empat mata dengan jejaka ini, terasa malu berbaur bangga. Malu kerana orang luar lebih sayang akan bahasa kebangsaan kita tetapi bangga kerana beliau berjaya menguasainya dalam tempoh yang singkat. BAGAIMANAKAH wajah Kuala Lumpur 100 tahun lalu? Siapakah yang membuka dan menyemarakkan kota itu pada akhir abad ke-19? Dalam hal ini, kita tidak boleh menyisihkan sumbangan Haji Abdullah Hukum, pedagang yang menyuntik pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur pada 1850-an. TIDAK ramai yang mahu menerima fakta bahawa membaca buku itu boleh membina minda berilmu, saling tidak tumpah seperti peranan makanan berkhasiat untuk menghasilkan badan yang sihat. PENGARUH permainan video terhadap psikologi kanak-kanak menyebabkan golongan itu membesar sebagai insan yang ganas sekali gus mendorong pelbagai perlakuan agresif. Menurut pakar psikiatri, Dr Mohamad Hussain, dari aspek psikologi kanak-kanak yang bermain permainan video ganas, bukan saja berimaginasi malah menghayati babak pembunuhan itu kerana mereka bertindak selaku watak utama dalam permainan, seterusnya perlakuan ganas dalam permainan video akan terbawa-bawa ke alam realiti. PEPATAH Cina ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki tetapi sebenarnya minda dan fikiran. Oleh itu, minda kita keseluruhannya perlu dipacu dengan ilmu pengetahuan, serta wajar diasah dan diasuh agar berfikir mencipta kegemilangan. PEMIKIR tersohor, Descartes menekankan bahawa membaca buku bermutu itu ibarat berdialog dengan orang-orang hebat atau pemikir-pemikir besar. Bahkan, buku dapat mempertemukan dan menghubungkan dunia masa silam dengan dunia pembaca masa kini. Betapa hebatnya pengaruh buku itu, sehinggakan Voltaire menegaskan buku mampu membakar semangat sesuatu bangsa dan mengubah dunia. APA gunanya kita mempunyai kemudahan yang canggih tetapi rakyat kita tidak mampu menggunakannya kerana mereka tidak celik minda dan tidak mempunyai pengetahuan. Hal ini boleh diumpamakan sebuah negara yang subur dan mempunyai banyak hasil bumi seperti emas, perak dan permata, tetapi semua itu akan menjadi sia-sia, sekiranya tenaga manusianya tidak berkualiti, tidak berpengetahuan dan tidak mampu menguasai teknologi.

Dikirim dalam Esei, Pengajaran Bahasa, Sintaksis. 74 Komen

Memahami Ayat Aktif dan Ayat Pasif


Jun 16, 2007 mindabahasa

Ragam ayat dalam Bahasa Melayu, ialah ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif. Dua perkara yang membezakan ayat aktif daripada ayat pasif ialah kedudukan subjek dalam ayat dan kata kerja yang digunakan. Dalam ayat aktif, subjek menjadi judul ayat itu dan kata kerja yang digunakan ialah kata kerja aktif transitif yang berimbuhan meN-. Contoh ayat aktif: a) Anak anjing Felix mengejar kucing jantan Maria. Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek (objek dijadikan judul) dan kata kerja pasif yang berimbuhan di-, teR- beR-, ke--an atau mempunyai kata kena sebelum kata kerja. Kata kerja pasif (kata kerja dasar) tidak menerima sebarang imbuhan bagi kata pasif diri pertama dan diri kedua. Contoh ayat pasif: a) Kucing jantan Maria dikejar oleh anak anjing Felix. b) Anak anjing Marsha dikejar oleh kucing jantan Mawi. c) Anak anjing Cheong terkejar oleh saya tadi. d) Kucing jantan Ina terkejar adik saya. e) Baju sekolah saya sudah berbasuh. f) Baju itu belum bergosok. g) Kami kehujanan semasa menjalani latihan bola sepak semalam. h) Anak kucing jiran saya kelaparan kerana jiran saya sudah tiga hari pergi melancong. i) Perompak yang merompak kedai emas itu sudah kena tangkap. j) Beberapa ekor kera liar yang memasuki rumah saya sudah kena tembak. KATA KERJA TRANSITIF TANPA IMBUHAN Biasanya, semua kata kerja transitif aktif menerima awalan meN- kecuali kata makan dan minum. Contoh ayat daripada kata makan dan minum: a) Pada ketika itu, kami sedang makan sate di sebuah gerai di Kajang. b) Kanak-kanak itu sudah minum air mineral yang diberikan kepada mereka. KATA KERJA BERAWALAN MEN- TANPA OBJEK (KATA KERJA TAK TRANSITIF) Kata kerja transitif aktif digunakan dalam ayat aktif transitif yang mengutamakan subjek ayat sebagai judul. Objek yang mengikuti kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata nama, frasa nama, atau klausa komplemen. Namun begitu, terdapat juga ayat transitif aktif yang tidak mempunyai objek kerana objek kata kerja transitif aktif dalam ayat itu digugurkan. Kekeliruan yang dihadapi oleh pengguna bahasa Melayu adalah untuk membezakan kata kerja transitif aktif daripada kata kerja tak transitif yang berawalan meN-. Hal ini mudah difahami kerana ayat mempunyai kata kerja transitif aktif dapat dipasifkan, tetapi ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif tidak dapat dipasifkan. Contoh kata kerja tak transitif yang berawalan meN- dalam ayat: a) Syarini akan menjadi seorang pegawai tentera apabila ditauliahkan kelak. b) Budak-budak itu berlari sambil menyanyi di padang sekolah.

c) Padi di sawah nenek sudah menguning. Walaupun dikatakan semua kata kerja transitif aktif mesti menerima objek, terdapat banyak juga kata kerja transitif aktif yang tidak diikuti oleh objek kerana objek kata kerja transitif aktif itu digugurkan (berlaku proses pengguguran objek dalam ayat). Namun begitu, ayat berkenaan masih juga gramatis. Contoh ayat transitif aktif yang objeknya boleh digugurkan: a) Bapa saya sedang mengarang di dalam biliknya. (objek yang digugurkan: buku, cerpen, novel, sajak, dan sebagainya) b) Emak memasak di dapur. (objek yang digugurkan: gulai, dalca, nasi, dan sebagainya) c) Adik sedang melukis. (objek yang digugurkan: gambar kucing, gambarajah, graf, dan sebagainya) d) Saya telah memancing. (objek yang digugurkan: ikan di dalam kolam itu) e) Mereka sudah makan pagi tadi. (objek yang digugurkan: nasi lemak, roti canai, dan sebagainya) Ayat aktif transitif di atas tidak dapat dipasifkan sekiranya objek selepas kata kerja transitif aktif tidak dinyatakan. Hal ini demikian kerana dalam proses pemasifan ayat, objek dalam ayat aktif transitif perlu dijadikan subjek dalam ayat pasif. Oleh itu, sekiranya ayat-ayat di atas hendak dipasifkan, maka objek dalam ayat itu perlu dinyatakan dan tidak boleh digugurkan. Contoh ayat pasif daripada ayat aktif transitif di atas: a) Buku (cerpen, novel, sajak, dan sebagainya) sedang dikarang oleh bapa saya di dalam biliknya. b) Gulai (dalca, nasi, dan sebagainya) dimasak oleh emak di dapur. c) Gambar kucing (gambar rajah, graf, dan sebagainya) sedang dilukis oleh adik. d) Ikan di dalam kolam itu telah saya pancing. e) Nasi lemak (roti canai, pisang, dan sebagainya) sudah dimakan oleh mereka pada pagi tadi. Selain itu, terdapat kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif yang menerima awalan teR-. Banyak pengguna bahasa Melayu kurang sedar bahawa terdapat sebilangan kata kerja yang menerima awalan teR- terdiri daripada kata kerja transitif aktif kerana kata kerja itu mesti diikuti oleh objek dan kata kerja transitif aktif yang mengekalkan awalan teR- apabila dipasifkan. Contoh ayat aktif transitif dengan kata kerja transitif aktif yang berawalan teR-.. : a) Saya tersepak batu tajam itu ketika berlari di padang. b) Dalam pertandingan itu, Badang terangkat balak yang berat. c) Anak kecil saya termakan masakan yang pedas. d) Adakah kamu terbaca buku yang tebal itu? e) Ibu terhidang lauk yang basi kepada tetamu. Semua ayat di atas dapat dipasifkan apabila kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif aktif berawalan teR- itu dijadikan judul dalam ayat pasif. Walaupun bentuk kata kerja transitif aktif itu tidak berubah dan dikekalkan, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan dalam ayat pasif dengan kata kerja transitif pasif berawalan teR-. termasuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.Ayat pasif dengan kata kerja transitif pasif berawalan teR- daripada bentuk ayat aktif transitif di atas ialah: a) Batu tajam itu tersepak oleh saya ketika berlari di padang. b) Dalam pertandingan itu, balak yang berat terangkat oleh Badang. c) Masakan yang pedas termakan oleh anak kecil saya. d) Adakah buku yang tebal itu terbaca oleh kamu? e) Lauk yang basi terhidang oleh ibu kepada tetamu. Selain itu, terdapat sebilangan kata kerja transitif aktif yang menerima apitan meN--kan dan meN--i mempunyai dua objek, iaitu

objek tepat dan objek sipi. Contoh ayat aktif transitif dengan dua objek: a) Ketika di Madinah, saya membelikan Syarini sebentuk cincin. b) Ibu sedang membacakan adik syair Burung Pingai. c) Syamsyul mengirimi ibunya wang pada setiap bulan. d) Hakim telah menjatuhi pengedar dadah itu hukuman gantung. Sekiranya ayat-ayat aktif transitif dengan dua objek di atas hendak dipasifkan, maka objek tepat hendaklah dijadikan subjek dalam ayat pasif. Hal ini dapat dilihat dalam ayat-ayat di bawah: a) Ketika di Madinah, Syarini saya belikan sebentuk cincin. b) Adik sedang dibacakan syair Burung Pingai oleh ibu. c) Ibunya dikirimi wang oleh Syamsyul pada setiap bulan. d) Pengedar dadah itu telah dijatuhi hukuman gantung oleh hakim.
Frasa menarik dalam karangan Frasa menarik dalam karangan

1Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya 2Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu 3Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan 4Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu 5Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam 6Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan 7Alaf baharu - Masa terkini 8Mutakhir ini - Pada masa kini 9Seantero dunia - Seluruh dunia 10Menikam sanubari - Merosakkan perasaan 11Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran 12Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek 13Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli 14Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan 15Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya 16Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan 17Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang 18Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan 19Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan 20Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani 21Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu 22Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum 23Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan 24Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa 25Landasan berfikir - Cara berfikir 26Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa 27Mengaibkan diri - Memalukan diri

28Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar 29Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir 30Alpukah - Daya usaha / inisiatif 31Bacul - Tidak bersemangat 32Badai kehidupan - Cabaran hidup 33Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai 34Berkongkalikung - Bersepakat 35Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh 36Praja - Kota / negeri 37Prakarsa - Inisiatif / daya usaha 38pramusaji - Pelayan tetamu di restoran 39Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari 40Nawaitu diri - Keinginan diri 41Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri 42privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan 43Portfolio menteri - Tugas menteri 44Pentas siasah - Dunia politik 45Polemik - Bahas / debat / konflik 46Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan 47Linglung - Hilang ingatan 48Falah - Kejayaan / kemenangan 49interpretasi - Tafsiran / penjelasan 50.bersilengah - Bersikap tidak tahu

Penanda Wacana i) Penanda permulaan karangan a) Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti arus kemodenan ini, d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya, iii) Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala iv) Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti v) Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu, d) Maka, e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya, vi) Penanda menutup isi

a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian, vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) a) justeru b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan f) sekali gus g) di samping h) bahkan i) malar-malar viii) Penanda memulakan perenggan penutup a) Kesimpulannya, b) Intihanya, c) Secara tuntas, d) Konklusinya, e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan, i) Secara total, ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a) Walau bagaimanapun, b) Walakin begitu, c) Namun demikian, d) Daripada perspektif yang berbeza, e) Jika dilihat dari sudut lain, f) Dengan kata lain, g) Kontradiksinya,

i) Di sebalik itu, j) Dalam pada itu, k) Dari sudut lain, x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, ....... b) Bak kata peribahasa Melayu, ............ c) Bak kata orang tua-tua, ........... d) Bak kata mutiara, ......... e) Bak peribahasa, ............ f) Bak kata cendekiawan, ............. g) Persis kata peribahasa, ............ h) Persis kata peribahasa Melayu, ............. i) Persis kata orang tua-tua, ............ j) Persis kata mutiara, ............ k) Persis peribahasa, ............... l) Persis kata cendekiawan, ............. m) Hal ini sama dengan peribahasa .......... n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ....... o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan peribahasa ........... q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah . Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan

terperinci demi kebaikan bersama. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan . Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain ..

Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan Hal ini penting dalam Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa Ini menggambarkan bahawa Ini secara tidak langsung akan Ini semua meninggalkan kesan kerana Ini tentu sekali membuatkan Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah Keadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak kebelakangan ini Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Keadaan ini seharusnya boleh Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini Kendatipun demikian, kita masih Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialah PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH Sebagai contohnya Biar kita lihat

Biar kita ambil contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Sebagai analoginya, Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN 01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang 06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77 07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18 08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz 10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) 11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz 12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib 17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214) 20. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orangorang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR 23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. 25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Hidup ini perlukan pedoman


Suapan: Kiriman Komentar

Mutiara Kata

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpanjadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpanbuat pedoman Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapiwangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ya atau tidak supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat

Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain. Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengahtengah pipi masyarakat

Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya Seandainya hidup ini punca perpisahan biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan biarlah hidup memeberi erti yang nyata Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang

dihajati dalam kerukunan perkahwinan

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkantapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya

Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika

tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran


Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala. Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan

UPSR
Kertas Dua Bahagian A
Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik)

1.0 Pengenalan
Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan ini, dicadangkan langkah-langkah berikut:

1.1 Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan - Baca soalan dan fahami arahannya. - Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi.

1.2 Memahami / meneliti situasi atau keadaan - Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat

dalam gambar / ilustrasi. - Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat. - Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit.

1.3 Menulis ayat yang lengkap - Ayat yang ditulis hendaklah lengkap. - Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat. - Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.

1.4 Menyemak - Semak, sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara / keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi. - Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang betul. - Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.

2.0 Panduan Umum Menjawab Soalan

2.1 Teliti Bahan - Teliti gambar yang terdapat dalam soalan - Kenal pasti tema / tajuk yang diberi - Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan - Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar

2.2 Membina Ayat

- Bina lima ayat (nomborkan 1-5). - Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat. - Membina ayat-ayat tersirat sebagai pelengkap atau ayat utama. - Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada bahan grafik. - Boleh menamakan watak. - Susun ayat mengikut keutamaan isi.

2.3 Struktur Ayat - Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan. - Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis. - Membina ayat tunggal atau ayat majmuk. - Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja. - Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan dengan bahan grafik

2.4 Menyemak Semula - Semak dengan membaca semula ayat. - Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.

2.5 Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik - Kenal pasti kata kerja & kata adjektif dalam gambar. - Tulis kata kerja & kata adjektif dalam gambar. (Kertas soalan) - Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif

2.6 Isi Tersurat dan Isi Tersirat

- Perkara-perkara atau aktiviti yang terdapat atau yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar dikenali sebagai maklumat tersurat. - Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar dikenali sebagai maklumat tersirat.

Kertas Dua Bahagian B


Panduan Menjawab Soalan Karangan
1. Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan - Baca soalan dengan teliti, fahami kehendak atau arahannya. - Bagi sesetengah soalan, ayat pertama atau ayat kedua adalah maklumat situasi, manakala kehendak atau arahan soalan adalah ayat terakhir - Hindari sikap terlalu gopoh.

Sebagai contoh, perhatikan soalan berikut:

Sekolah kamu menganjurkan kejohanan olahraga. Tuliskan sebuah karangan yang menggambarkan suasana di kejohanan tersebut.

Ayat pertama maklumat atau situasi, manakala ayat kedua kehendak soalan. Amati kehendak soalan dan jawab apa yang ditanya. Perkara lain yang berkaitan dengan situasi dan kehendak soalan juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan sebuah karangan yang lebih menarik. Perkara-perkara yangtiada kaitan elakkan sama sekali.

2. Merangka atau mencatat isi-isi penting karangan. - Rangka karangan hendaklah dibuat berdasarkan tiga bahagian Iaitu: a. Pengenalan / pendahuluan

b. Isi ( memadai tiga isi ) beserta huraian dan contoh. c. Penutup

3. Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka atau isi-isi penting karangan - Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan. - Perenggan pertama pendahuluan, perenggan kedua, ketiga dan keempat isi dan perenggan akhir penutup. - Setiap isi hendaklah disertakan dengan huraian dan contoh. 4. Semakan - Pastikan struktur ayat, ejaan, tanda baca dan kosa kata yang digunakan betul dan tepat. - Pastikan setiap isis disertakan huraian dan contoh.

Langkah Menjawab Bahagian B


- Baca ketiga-tiga soalan yang disediakan dan cuba fahami kehendak soalan. - Pilih satu sahaja soalan yang paling mudah. (Mudah mencari isi. Gunakan panduan / cara / petua mencari isi yang telah dipelajari) - Bina kerangka karangan atau peta minda semasa mencari isi. - Tulis karangan mengikut format yang betul dengan : - Jelas dan terang - Ayat yang gramatis dan struktur ayat yang betul - Ejaan dan tanda baca yang betul - Susunan cerita yang menarik

- Elakkan cerita-cerita yang tidak berkaitan dengan isi atau kehendak soalan. - Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.

Strategi menulis karangan

Pendahuluan - Jangan tulis lebih daripada sayu peranggan - tepat - jelas - 2/3 ayat sahaja - teruskan bicara tentang tajuk - jangan libatkan isi

- Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja. Bahagian ini - Juga hendaklah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk. - Pendahuluan yang baik dapat menerangkan seluruh isi yang akan anda tulis dalam karangan. - Pendahuluan sesebuah karangan hendaklah pendek, ringkas dan padat.

Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C Pengenalan Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan bahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan. Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada rangsangan atau situasi yang diberikan tadi. Langkah-langkah yang dicadangkan ialah: 1. Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan - Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya. - Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran berdasarkan petikan yang diberi. - Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

2. Mencatat nilai murni atau pengajaran - Baca dan fahami kandungan petikan. - Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam petikan. - Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai murni / pengajaran. - Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini sekitar lima minit. 3. Menulis ayat lengkap - Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri. - Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh. - Hendaklah ditulis dalam satu perenggan. - Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit. 4. Menyemak - Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut strukturnya. - Semak juga aspek tatabahasanya. - Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.

Panduan Menjawab Bahagian C - Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti - Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan nilai murni, amalan baik, faedah atau pengajaran. - Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan membefri contoh ayat yang terdapat dalam petikan. - Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan. - Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.

Contoh Soalan dan jawapan: Latihan 1: Baca arahan dan soalan dengan teliti. Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu. Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.

Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik. LANGKAH 2: Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan amalan baik, nilai murni , faedah atau pengajaran. Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu. Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.(berdikari) Liza merupakan anak yang suka menolong ibu (tolong-menolong) dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya (tolong-menolong) mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri.(kebersihan fizikal dan mental) Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama) dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik. LANGKAH 3: Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan memberi contoh ayat yang terdapat di dalam petikan - Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg (kerajinan) - Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini (berdikari) - Suka menolong ibu. membantu ayahnya mencuci kereta (tolongmenolong) - Menjaga kebersihan diri (kebersihan fizikal)

- Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) - Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama)

LANGKAH 4: Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk perenggan Liza seorang budak yang baik. Sikapnya yang rajin menolong ahli keluarganya patut kita contohi. Dia juga sentiasa berdikari kerana tidak mengharapkan bantuan daripada orang lain, malah dia sendiri yang melakukannya. Banyak kerja rumah yang telah dilakukannya tanpa suruhan sesiapa. Dia juga tidak suka pada keadaan yang kotor dan tidak teratur. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Dia mengemas bilik tidurnya dengan rapi apabila bangun dari tidur. Rambutnya diikat kemas dan kukunya yang dipotong rapi menunjukkan dia seorang yang berdisiplin. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya bekerjasama membersihkan rumah. Rumah mereka yang sentiasa bersih dan ceria membuatkan jiran-jirannya menyukai mereka sekeluarga. Tafsiran Nilai Murni: BAIK HATI - Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain) - Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan) - Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya) - Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing) - Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan) BERDIKARI - Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain) - Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba) HEMAH TINGGI - Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan) - Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat) - Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang) HORMAT-MENGHORMATI - Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa) - Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi

layanan yang baik) Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri) Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia) Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada) Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah)

KASIH SAYANG - Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain) - Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup) KEADILAN - Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian) - Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman) KEBEBASAN - Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama KEBERANIAN - Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi) - Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata) KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL - Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat) - Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran) - Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain) KEJUJURAN - Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain) - Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung) - Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)

KERAJINAN - Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti) - Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah) KERJASAMA - Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela) - Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya perselisihan) - Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa) KESEDERHANAAN - Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain) - Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain) KESYUKURAN - Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian) PATRIOTISME - Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, nama baik negara) RASIONAL - Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan) SEMANGAT BERMASYARAKAT - Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama) - Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga) - Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)

Karangan : Usaha Menangani Jenayah Di Negara Ini


Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan jenayah yang acapkali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupaun percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang biasa mencabar. Adakah gejala ini merupakan satu kebiasaan dan tidak perlu dibanteras? Adakah gejala ini menjadi kebanggaan para remaja kini yang mampu mewujudkan pelbagai kumpulan berhaluan kiri sehinggakan tiada sebarang tindakan diambil? Mungkinkah ini salah satu cara ppergaulan yang diinginkan untuk memupuk semangat perpaduan? Tuntasnya, gejala jenayah ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan seharian. Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidk anak agar tidak terjerumus dalam perkara social seperti gejala jenayah ini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anakanak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah. Selain itu, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Antaranya ialah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebur bebas daripada keskes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan daripada pasukanpasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan si penjenayah dari melakukan akiviti mereka dan seterusnya mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Bantuan daripada alatalat teknologi pada zaman kini dapat membantu kita menyempurnakan konsep bandar dan pekan selamat. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas sekali merupakan usaha yang efektif bagi mencegah jenayah. Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras kes

jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja. Selain itu, kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan peluang pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah yang sedang kita bincangkan ? Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan. Perkara ini dikatakan dapat mencegah jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi gelap, pengedaran dadah, perompak, dan sebagainya. Sekiranya mereka memiliki satu pekerjaan yang tetap, sekurang-kurangnya mereka sudah memiliki penggantungan untuk menampung hidup selain melalui cara yang diharamkan agama mahupun negara. Secara tuntasnya, antara usaha yang boleh dilakukan kerajaan bagi mencegah jenayah di Malaysia adalah dengan memperkasakan bidang ekonomi bagi meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kenpem kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan. Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial dapat didefinisikan sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kegiatankegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti gangsterisme, vandalisme dan buli didapati semakin merosot sejurus selepaspenubuhan kelab-kalab bersifat antijenayah sosial di sekolah. Oleh itu, kelab-kelab bersifat antijenayah sosial haruslah lebih giat dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini.

Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yag boleh dilakukan bagi membendung jenaah sosial di negara ini. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti negatif ini tidak berlarutan dan bertamabh serius lagi. Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Johor (JPJ) ada mengadakan kawalan jalan raya terutamanya pada waktu malam untuk mengawasi keadaan jalan raya supaya tiada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku seperti lumba haram. Tindakan JPJ ini sememangnya wajar dilakukan agar kegiatan jenayah lain dapat dielakkan. Lama-kelamaan, mat-mat rempit enggan berlumba secara haram kerana takut akan tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa. Oleh hal yang sedemikian, jenayahjenayah sosial dapat dikurangkan daripada terus merebak di Malaysia. Menabung. Laras Sastera. Pendahuluan: - Menyimpan wang untuk masa depan. - Di simpan di dalam bank-bank lebih selamat. - Kegunaan masa cemas atau untuk modal perniagaan. Isi-isi penting: 1. Peranan individu. - Ada kesedaran diri. - Mempunyai arah dan tujuan dalam hidup. - Berwawasan. 2. Peranan ibu bapa terhadap anak-anak. - Menyemai sikap menabung semenjak kecil. - Sediakan tabung untuk anak menabung. - Mengajar anak-anak berjimat-cermat. 3. Peranan Institusi Kewangan. - Bank menyediakan faedah tinggi. - Menyediakan bonus dan dividen. - Menawarkan hadiah tertentu seperti Sijil Simpanan Premium. 4. Kempen menggalakkan masyarakat menabung. - Menggalakkan masyarakat berjimat cermat. - Kempen kesedaran menabung. - Papan tanda kesedaran menabung. 5. Peranan kerajaan. - Menyediakan saham amanah seperti ASB, ASW, ASN dan lain-lain lagi. - Menjamin wang tidak hilang. - Memberi jaminan bahawa simpanan menguntungkan.

Penutup: - Menabung akan meningkatkan ekonomi keluarga dan negara. - Rakyat perlu sedar penting menabung untuk masa depan. - Rakyat perlu menyahut seruan menabung.

Anda mungkin juga menyukai