Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN Konsep Komunikasi Komunikasi bermaksud perhubungan dengan perantaraan media.

Tujuan utama berkomunikasi antara orang ialah menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Terdapat beberapa cara digunakan oleh manusia berkomunikasi. Dianranya ialah penggunaan alat media seperti suratkhabar, radio, televisyen, computer, surat, lisan dan sebagainya. Bagaimanapun, komunikasi secara lisan dan bertulis merupakan komunikasi yang kerap berlaku. Menurut Highet, komunikasi adalah pemancaran maklumat atau idea daripada pemikiran seseorang kepada pemikiran orang yang lain. Maka, komunikasi boleh diertikan sebagai sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara dua individu, atau diantara seorang individu dengan sekumpulan orang. Dengan perkataan lain, komunikasi merupakan suatu interaksi sosial diantara orang melalui aktiviti pemindahan mesej secara lisan. Di dalam bilik kaunseling, komunikasi biasanya berlaku diantara kaunselor dengan klien semasa sesi kaunseling diadakan atau diantara klien dengan kumpulan peserta semasa aktiviti sumbangsaran diadakan.

Model-Model Komunikasi Didalam proses kaunseling, komunikasi merupakan proses yang paling penting kerana komunikasi yang tepat akan dapat meningkatkan peluang penyelesaian masalah orang. Terdapat beberapa model yang dikemukakan oleh pakar penyelidik adalah dianggap sesuai digunakan dalam sesi kaunseling. Diantaranya ialah Model Shannon dan Weaver, Model Simetri Newcomb, Model Wilbur Schramm dan Model Komunikasi Interpersonal.

Model Shannon dan Weaver Model Shannon dan Weaver adalah hasil kajian daripada komunikasi dalam pengajatan matematik pada tahun 1949. Oleh itu, model ini juga dikenali sebagai Teori Matematik Komunikasi. Asas kajian model Shannon dan Weaver adalah bagaimana sesuatu sumber maklumat dapat disampaikan melalui proses komunikasi ke destinasi yang ditujukan, iaitu pendengar.

Sumber maklumat disimpan dalam ingatan

Sumber gangguan (situasi)

Destinasi (otak)

Mesej Alat pemancar (suara) Isyarat (mesej)

Mesej Alat penerima (telinga)

Rajah 1.0 : Model Shannon dan Weaver (1949)

Mengikut model Shannon dan Weaver, proses komunikasi bermula dari sumber maklumat (disimpan dalam ingatan) yang menghasilkan mesejnya melalui alat pemancar seperti suara, kemudianmelaui saluran dan sampai kea lat penerima (telinga). Alat penerima dengan serta merta mentafsir mesej yang diterima dan kemudiannya disalurkan ke destinasi yang dituju iaitu otak orang. Sama ada komunikasi menjadi berkesan atau tidak bergantung kepada kadar kekuatan sumber gangguan semasa mesej disalurkan dari alat pemancar ke alat penerima. Misalnya jika mesej ini disalurkan dalam keadaan kebisingan yang kuat, maka keberkesanan komunikasi akan berkurang.

Model Simetri Newcomb Model Simetri Newcomb adalah hasil kajian yang berasaskan kepada interaksi antara individu. Model ini juga dikenali sebagai Model Komunikasi Kemanusiaan yang dikemukakan pada tahun 1953.

X (mesej)

A (individu)

B (individu)

Rajah 2.0 : Model Simetri Newcomb (1953)

Mengikut Model Komunikasi Kemanusiaan ini, proses komunikasi berasas daripada interaksi diantara dua orang individu terhadap mesej yang hendak disampaikanatau diterima. Ketiga-tiga unsur ini membentuk suatu sistem komunikasi yang beroperasi daripada empat orientasi, iaitu : a) Orientasi A terhadap perkara X, iaitu sikap dan kepercayaan A terhadap perkara X. b) Orientasi A terhadap B, iaitu sikap A terhadap B. c) Orientasi B terhadap perkara X, iaitu sikap dan kepercayaan B terhadap X. d) Orientasi B terhadap A, iaitu sikap B terhadap A.

Model Wilbur Schramm Model Wilbur Schramm pada asasnya dikembangkan daripada Model Shannon dan Weaver (1954). Schramm dalam bukunya How Communication Works (1954) mengemukan tiga model komunikasi

Model Schramm I

Sumber (rangsangan)

Enkod

Isyarat (mesej

Dekod

Destinasi (orang)

Rajah 3.0 : Model Schrimm I (1954)

Mengikut Model Schrimm I, proses komunikasi bermula dengan rangsangan dikenali sebagai sumber, kemudian dienkod, iaitu mentafsir sumber yang hendak disampaikan, diikuti dengan menghantar mesej itu dalam bentuk isyarat, sama ada secara lisan atau bukan lisan. Selepas mesej itu diterima oleh orang,maksudnya akan ditafsir atau didekod dengan serta merta dan disalurkan ke destinasinya iaitu orang yang menerima mesej tersebut. Model Schramm I menekankan proses menghantar dan menerima mesej semasa proses komunikasi. Di dalam model ini, keberkesanan komunikasi di dalam bilik kaunseling banyak bergantung kepada tepatnya sumber dienkod oleh kaunselor dan didekod oleh kliennya.

Model Schramm II Model Schramm II adalah lanjutan daripada Model Schramm I. Di dalam model kedua, Schramm mengaitkan proses komunikasi dengan bidang pengalaman orang yang menyampai mesej dan orang yang menerimanya. Menurut Schramm, proses komunikasi yang berkesan hanya boleh berlaku apabila bahagian bidang pengalaman bertindih antara dua pihak, iaitu diantara sumber dengan destinasi. Ini adalah kerana rangsangan dienkod dan mesej didekod adalah berdasarkan bidang pengalaman masing-masing.

Sumber (rangsangan)

Enkod

Isyarat (mesej

Dekod

Destinasi (orang)

Ringkas kata, komunikasi berkesan hanya boleh berlaku apabila sumber dienkod adalah sama dengen mesej didekod oleh penerima. Di dalam bilik kaunseling, keberkesanan sesi kaunseling amat bergantung kepada idea yang disampaikan oleh kaunselor, sama ada dapat ditafsir dengan tepat oleh kliennya. Rumusannya ialah komunikasi yang berkesan ini hanya boleh berlaku di dalam bilik pengalaman yang bertindih diantara kaunselor dengan kliennya.

Model Schramm III Model Schramm III pula dikembangkan daipada pertama dan kedua. Di dalam model ketiga ini, Schramm menghuraikan komunikasi sebagai interaksi antara dua pihak, iaitu kedua-dua pihak yang memainkan peranan sebagai penyampai mesej dan

penerimanya.

mesej

Pengenkod pentafsir pendekod

Pendekod pentafsir pengenkod

mesej

Rajah 5.0 : Model Schrimm III

Model Komunikasi Interpersonal : Cole & Chan Model ini adalah dibina dan dihasilkan pada tahun 1987. Kebanyakan proses operasi komunikasi adalah berlandaskan Model Komunikasi Schramm III, melainkan termasuk rangkaian-rangkaian (channels) dan situasi (bunyi) diantara penghantar dan penerima.

Enkod

Channel A-B (bunyi)

Dekod Penerima Penghantar B

Penghantar Penerima A Dekod Channel B-A (bunyi) Enkod

Rajah 6.0 : Model Komunikasi Interpersonal : Cole & Chan

Mengikut Cole & Chans (1987), rangkaian (A-B, B-A) merupakan saluran komunikasi, termasuk suara (komunikasi verbal) atau bahan bercetak (komunikasi bukan verbal). Bunyi merupakan gangguan dalamnya, yang boleh mempengaruhi ketrepatan interpretasi mesej yang disampaikan.bahasa yang digunakan oleh penghantar atau sikap negetif penerima pula menjadi gangguan dalam proses komunikasi dalam saluran itu. Dengan rangkaian-rangkaian termasuk gangguan bunyi bersalur dua hala, proses komunikasi di bawah Model Komunikasi Interpersonal sebenarnya ialah hasil kajian dan adaptasi daripada model-model Shannon & Weaver, Newcomb, dan Model Komunikasi Schramm III.

Anda mungkin juga menyukai