Anda di halaman 1dari 49

WAJ 3101

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA




1.0 PENGENALAN

Tamadun merupakan satu disiplin ilmu yang penting kepada semua golongan
pelajar, pekerja dan pencinta ilmu kerana semua aktiviti kehidupan manusia
merupakan suatu proses membina dan memperkasa tamadun. Tamadun juga
dianggap penting kerana melambangkan jati diri dan perlambangan kehidupan
masyarakat. Tamadun sesuai dikonotasikan sebagai satu cara hidup yang
berkembang apabila sekelompok manusia menetap di sesuatu tempat di mana
terdapat satu organisasi sosial dan politik yang dikenali sebagai negara (state).
Tambahan itu juga, tamadun juga merujuk kepada masyarakat yang kompleks dan
tinggal di bandar. Jelaslah di sini bahawa tamadun merujuk kepada masyarakat
manusia seluruhnya.
Dari sudut Islam, tamadun meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah
seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Syed
Naquib al-Attas pula menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun.
Secara umumnya, tamadun boleh ditakrifkan sebagai kecermelangan dan kemajuan
dalam semua aspek kehidupan sama ada berbentuk material mahupun spiritual.
Masyarakat Islam dan Asia mesti berusaha sesama sendiri menerusi dialog
pada abad ke-21 ini dalam membina kesepaduan dan kekuatan dalaman
berdasarkan persamaan dalam agama, tamadun dan budaya. Impak daripada cara
ini, masyarakat Islam dan Asia akan dapat meminimumkan penjajahan pemikiran
Barat dalam segala aspek kehidupan. Kerjasama dan permuafakatan juga diperlukan
dalam kedua-dua masyarakat ini agar dapat membentuk kekuatan dalaman dalam
mencari alternatif yang difikirkan paling sesuai terhadap beberapa masalah global
seperti penyelewengan kuasa, rasuah, penggunaan dadah, La Nino, El Nino dan
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) .
Kolektifnya, masyarakat tamadun pada masa kini perlu berusaha untuk
meningkatkan taraf hidup dalam satu keadaan yang lebih baik dan tidak sepenuhnya
terikat dan terpengaruh dengan pemikiran hegemoni Barat. Kemajuan teknologi dan
maklumat pada abad ini juga membawa masyarakat tamadun lebih selesa dan
produktif.
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


3.0 KONSEP HEGEMONI BARAT

3.1 PENGENALAN
Kepelbagaian peradaban antara manusia dengan ciri-ciri khas iaitu ciri-ciri
yang sarat dengan nilai-nilai universal yang positif yang perlu diketengahkan adalah
sesuatu yang unik bagi membuka ruang dan peluang untuk saling kenal mengenali,
hormat menghormati dan mempelajari peradaban lain malah mencegah terjadinya
pertembungan peradaban ( Ahmad Fazullah, 2007 : 269 )
Di Malaysia, pendedahan kepada pelbagai tamadun ini sangan penting demi
mewujudkan dan memperkukuhkan interaksi positif dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang dilatari dengan pelbagai tamadun. Kesedaran tentang kepelbagaian
tamadun ini akan menjadikan masyarakat Malaysia khususnya bersedia dalam
menghadapi kehidupan yang lebih realistik dalam kepelbagaian kaum.
Cabaran terbaru yang dihadapi oleh masyarakat dari Tamadun Islam dan
Tamadun Asia masa kini ialah globalisasi yang berlaku secara jelas pada dua dekad
terakhir abad ke-20 ini. Hal ini berlaku kerana kesan daripada revolusi teknologi
maklumat. Globalisasi juga merujuk kepada persejagatan nilai-nilai kehidupan Barat
yang mendukung liberalisme, kapitalisme dan demokrasi acuan mereka sendiri.
Globalisasi ini berjaya mengecilkan dunia kerana maklumat tentang peristiwa-
peristiwa yang terjadi di seluruh dunia mudah diperolehi dan tersebar dengan cepat
dan pantas ( Azhar Mad Aros, 2001 : 404 405 )
Masyarakat Islam dan Asia yang merangkumi Tamadun Peribumi, Tamadun
Islam, Tamadun Jepun, Tamadun China, dan Tamadun India pada hari ini
hakikatnya telah menerima cabaran dari luar yang datangnya dari Barat terutamanya
pada zaman era imperialisme dan kolonialisme. Hakikatnya di sini, Tamadun Islam
dan Tamadun Asia adalah mangsa kepada Barat, dan Barat berada di mana-mana
secara nyata atau tidak. Realiti kehidupan masa kini jelas menunjukkan bahawa
pengaruh globalisasi Barat amat menular ke serata tempat terutamanya kepada
golongan remaja. Kesan daripada globalisasi ini sebenarnya, masyarakat Tamadun
Islam dan Tamadun Asia tidak selesa dan tenang serta kerap merasa terancam dan
diancam.
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Masyarakat Tamadun Islam dan Tamadun Asia itu sendiri juga terus bergolak
sesama sendiri kesan daripada pengaruh Barat ini. Ini juga disebabkan oleh pelbagai
faktor seperti konflik nilai, bahasa, budaya, pertalian darah, sejarah, pandangan
dunia atau cara hidup sehingga meragut nyawa, kemusnahan harta benda serta
pertumpahan darah. Jelaslah bahawa penguasaan Barat untuk menjajah pemikiran
Masyarakat Tamadun Islam dan Tamadun Asia telah berjaya sepenuhnya.
Cabaran kontemporari dari luar Tamadun Islam dan Tamadun Asia datang
dari Barat yang dijelmakan dalam bentuk penguasaan aspek kehidupan masyarakat
bukan Barat sama ada dari aspek ekonomi, politik mahupun sosial. Penguasaan
Barat terhadap masyarakat dari Tamadun Islam dan Tamadun Asia boleh dilihat
menerusi lipatan sejarah masyarakat Barat iaitu imperialisme dan kolonialisme.
Jika diimbas kembali zaman kegemilangan Tamadun Islam dahulu, pejuang
teragung dan paling sempurna dalam kalangan manusia ialah Nabi Muhammad
s.a.w. Kehebatan Rasulullah s.a.w. dalam menguasai dunia amat tidak boleh
dinafikan kerana Baginda menguasai dunia sehinggalah kejatuhan kerajaan Islam
Sepanyol. Kehidupan pada era tersebut amat aman dan tenang serta tidak terancam
dan diancam kerana tiadanya pengaruh penguasaan globalisasi Barat. Namun
begitu, kebangkitan Tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas
kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar
penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Tamadun Islam dan
Tamadun Asia.
Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut
sebagai Hegemoni Barat. Kini, Abad ke-21 yang penuh dengan cabaran ini
menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks seiring dengan
kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi
komunikasi.
Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini,
telah wujud pelbagai kemelut kemanusiaan yang sangat kritikal dan tragis, wabak
penyakit yang menular, terrorisme global, perang saudara yang berterusan dan
pelanggaran hak asasi manusia.
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Oleh itu, masyarakat pada hari ini perlu melakukan sesuatu agar tidak terus
dipengaruhi dengan pemikiran Barat yang saban hari terasa terancam.


Rajah 1 : Globalisasi Barat perlu dielakkan dengan melakukan pelbagai
langkah

Cabaran terbaru :
Globalisasi Barat
Menular ke serata
tempat
Mangsa pemikiran
Barat
Terasa terancam dan
diancam
Pergolakan berlaku
antara Tamadun
Islam dan Tamadun
Asia
Penguasaan Barat
dari setiap aspek
kehidupan
Mengambil iktibar
daipada zaman
kegemilangan
Rasulullah s.a.w.
Perlu mengambil
langkah agar tidak
terus dipengaruhi
hegemoni Barat
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA





Rajah 2 : Cabang Ilmu Hegemoni Barat

HEGEMONI
BARAT
DEFINISI
KONSEP
CABARAN
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


3.2 DEFINISI HEGEMONI BARAT

Rajah 3 : Definisi Hegemoni Barat
Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat.
Konsep itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun
kepimpinan satu negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas negara ataupun
kumpulan yang lain ( New Penguin English Dictionary 2000 : 647 ) Di manakah
asalnya perkataan hegemoni ini wujud ?
Perkataan hegemoni adalah perkataan bahasa Inggeris yang pada asalnya
dipinjam daripada bahasa Yunani (Greek) Perkataan bahasa Yunani tersebut,
hegemonia, datangnya daripada kata hegemon yang bermakna pemimpin, dan
hegemon pula datangnya daripada kata hegeisthai yang memberi maksud pemimpin
( Mclean,1,1996.The Concise Oxford Dictionary of Politics, Oxford: University Press,
p. 218 ) Mengikut Kamus Dewan (2002 (edisi ketiga) : 448), hegemoni ialah
pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Jelaslah konsep
hegemoni ini banyak digunakan oleh sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena
terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.
D
E
F
I
N
I
S
I

Berasal daripada perkataan Yunani hegeisthai
Bermaksud ketua
Membawa maksud pengaruh atau penguasaan
(Istilah Bahasa Inggeris)
Pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas
negara lain
(Istilah Kamus Dewan)
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA



Rajah 4 : Cabaran Globalisasi Barat yang berjaya mempengaruhi Masyarakat
Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Hegemoni Barat juga boleh dikonotasikan sebagai satu keadaan di mana
pengaruh pemikiran masyarakat Barat yang hampir semua perkara yang dilakukan
dalam kehidupan seharian yang begitu ketara sama ada dari aspek politik, ekonomi,
sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya. Hakikat
kehidupan sekarang, masyarakat Tamadun Islam dan Tamadun Asia menerima
pemikiran Barat sebagai satu kebiasaan.
Secara umumnya hegemoni barat melibatkan semua perkara dalam
kehidupan seharian yang dilakukan mengikut kebiasaan masyarakat barat tanpa
disedari. Hegemoni ini boleh kelihatan dalam pelbagai perkara yang tidak dilakukan
secara tradisional di rumah atau dengan masyarakat sekeliling, sebaliknya
merupakan perbuatan masyarakat. Hasrat Tamadun Barat untuk menjajah pemikiran
masyarakat Tamadun Islam dan Tamadun Asia telah berjaya. Sebagai rakyat
Malaysia khususnya, pelbagai langkah yang efektif semestinya perlu dilaksanakan.
Pengaruh
pemikiran
Masyarakat
Barat
Kehidupan
seharian
Cabaran
Globalisasi
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok
terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-
idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang
didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense).
Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi
kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari
kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima
sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan
dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan
dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap
kepimpinan kelompok penguasa.
Menurut Simon (1982) hegemoni ialah strategi mempertahankan kekuasaan
"... the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power
and maintain it later. "
Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep
hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu, iaitu kelas-kelas yang lebih
dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan
moral. Ia menggambarkan suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi
antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa.
Kesimpulannya di sini, hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada
pemikiran Barat. Konsep itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination)
ataupun kepimpinan satu negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas negara
atau kumpulan yang lain.






WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


3.3 SEJARAH HEGEMONI BARAT

Rajah 5 : Sejarah Hegemoni Barat

Pada tahun 1885, gagasan tentang hegemoni pertama kali diperkenalkan oleh
para marxis Rusia, terutamanya oleh Plekhanov pada 1883-1984. Gagasan tersebut
telah dikembangkan sebagai langkah dan strategi untuk menggulingkan Tsarisme.
Istilah tersebut merujuk kepada kepimpinan hegemoni yang harus dibentuk oleh
kaum proletar, dan wakil-wakil politiknya, dan dalam suatu aliansi dengan kelompok-
kelompok lain termasuk beberapa kritikus borjuis, petani dan intelektual yang
berusaha mengakhiri negara polisi Tsaris.


Diperkenalkan oleh para marxis Rusia
Gramsci merupakan tokoh terkenal dengan
analisa hegemoni
Menjalankan "Perang Pergerakan"
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Dalam konteks inilah Lenin membahas pelbagai masalah tentang pendidikan
politik bagi para pekerja. Lenin berharap bahawa revolusi akan pecah di Jerman dan
di tempat-tempat lain di Eropah setelah perang dunia berakhir. Namun gramschi
memberikan analisis tentang revolusi rusia pada 1917 dan menganggapnya sebagai
perang manuver.

Rajah 6 : Dua Analisa Gramsci

Gramsci memberikan dua cara iaitu war of position (perang posisi) dan war of
movement (perang pergerakan).
Perang pergerakan iaitu suatu perang pergerakan dalam suatu masyarakat
dengan pelbagai institusi dan organisasi yang memiliki tingkat perkembangan yang
rendah dalam masyarakat sipil di negara Eropah Timur terutamanya di Inggeris dan
Perancis. Perang posisi dilakukan dengan cara memperoleh dukungan melalui
propaganda media massa, membangun aliansi strategis dengan perasaan yang sakit
hati, pendidikan pembebasan melalui sekolah-sekolah yang meningkatkan
kesedaran diri dan sosial.
Antara ciri-ciri analisa Gramsci ialah menjalankan perjuangan yang panjang,
mengutamakan perjuangan dalam sistem dan perjuangan diarahkan kepada
dominasi budaya dan ideologi perang pergerakan yang dilakukan dengan serangan
langsung (fronta) .
Analisa Gramsci
War of position
War of movement
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA






Rajah 7 : Ciri-ciri Analisa Gramsci
Ciri-Ciri
Analisa
Gramsci
Perjuangan yang
panjang
Mengutamakan
perjuangan
Perjuangan
diarahkan
kepada dominasi
budaya dan
ideologi perang
pergerakan
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Gramsci (1891-1937) adalah merupakan tokoh yang terkenal dengan analisa
hegemoninya. Analisa Gramsci merupakan usaha perbaikan terhadap konsep
determinisme ekonomi dan dialektika sejarah Karl Marx. Dalam dialektika sejarah
Marx, sistem kapitalisme akan menghasilkan kelas buruh dalam jumlah yang besar
dan terjadi resesi ekonomi. Pada akhirnya, akan terjadi revolusi kaum buruh
(proletar) yang akan melahirkan sistem sosialisme. Dengan kata lain, kapitalisme
akan melahirkan sosialisme. Namun, hal ini tidak terjadi.


Gambar 1 : Gramsci, Tokoh Hegemoni



WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


3.4 KONSEP HEGEMONI BARAT


Rajah 8 : Konsep Hegemoni Menurut Pandangan Tokoh-tokoh
Dalam situasi ini, Barat atau Yahudi telah mendominasi hampir kesemua
bangsa dan negara. Refomis dakwah Mesir, Hasan al-Banna dalam bukunya,
"Rasa'il al-Imam al-Syahid", melahirkan kebimbangannya terhadap serangan-
serangan Barat yang tidak mampu ditepis oleh umat Islam. Barat telah membawa
gelombang kehidupan kebendaan kepada negara-negara Islam.
Teori hegemoni merupakan sebuah teori politik paling penting abad XX. Teori
ini dikemukakan oleh Antonio Gramci (1891-1937). Antonio Gramci dapat dipandang
sebagai pemikir politik terpenting setelah Marx.


Menurut Fathi Yakan -
ialah suatu proses
menerima pakai
sesuatu yang bersifat
antarabangsa: baik
dari sudut budaya,
sosial, ekonomi
mahupun dari sudut
politik. Kadang-kadang
ia bermaksud
pensejagatan segala
perkara, meskipun
melalui kekerasan dan
tidak melalui proses
bertahap.

Azhar Muhammad &
Abdullah Sulong -
Pengaruh dan
dominasi ini
merangkumi pelbagai
sudut seperti politik,
ekonomi, sosial,
budaya, ketenteraan,
pendidikan,
perundangan dan
sebagainya.

Gramsci - Ia
menggambarkan suatu
hubungan yang
bersifat monopoli
dan dominasi antara
kelas masyarakat
atasan dan bawahan
dalam sesebuah
negara bangsa.
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Gagasanya yang cemerlang tentang hegemoni, yang banyak dipengeruhi oleh
filsafat hukum Hegel, dianggap merupakan landasan paradigma alternatif terhadap
teori Marxis tradisional mengenai paradigma base-superstructure (basis-
suprastruktur). Teori-teorinya muncul sebagai kritik dan alternatif bagi pendekatan
dan teori perubahan sosial sebelumnya yang didominasi oleh determinisme kelas
dan ekonomi Marxisme tradisional.
Menurut teori Gramsci lagi (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep
hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu, iaitu kelas-kelas yang lebih
dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan
moral. Ia menggambarkan suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi
antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa.
Mereka berusaha menghalang umat Islam mempunyai unsur perubahan dan
kekuatan.Melalui serangan sosial yang didukung oleh kelicikan politik, kepintaran
helah serta kekuatan persenjataan, maka mereka berhasil mencapai apa yang
mereka ingini.
Menurut Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya, "Aina al-Khalal", sebenarnya
umat Islam bukan lemah tetapi kurang kesedaran, lupa diri, tidak menggunakan
seluruh kekuatan dan potensi, tidak berdikari dan banyak bergantung kepada Barat,
daya fikir yang kerdil, sempit dan beku (jumud), budaya taqlid yang merugikan,
kekuatan rohani yang pudar, tandus ilmu, bankrap idea, muflis akhlak, ukhuwah
antara umat Islam yang lemah, kerja yang tidak berkualiti dan kurang berkualiti, serta
membiarkan sahaja sumber ekonomi dieksploitasi oleh musuh-musuh Islam.
Hegemony is the dominance of one group over other groups, with or without
the threat of force, to the extent that, for instance, the dominant party can dictate the
terms of trade to its advantage; more broadly, cultural perspectives become skewed
to favor the dominant group. Hegemony controls the ways that ideas become
naturalized in a process that informs notions of common sense
(http://en.wikipedia.org/wiki/Hegemony)


WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Dapat kita simpulkan bahawa dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi
berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral,
politik, dan budaya dari kelompok dominan ( the ruling party, kelompok yang
berkuasa ).
Hegemoni diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok
dominan dapat menyebar dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini
diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sedemikian sehingga pihak
yang didominasi tetap diam dan taat terhadap kepemimpinan kelompok penguasa.
Jika dilihat sebagai strategi, maka konsep hegemoni bukanlah strategi eksklusif milik
penguasa. Maksudnya, kelompok manapun boleh menerapkan konsep hegemoni
dan menjadi penguasa. Sebagai contoh hegemoni, adalah kekuasaan dolar amerika
terhadap ekonomi global. Kebanyakan jaringan antarabangsa ini dilakukan dengan
dolar amerika.
Terdapat tiga tingkatan yang dikemukakan oleh Gramsci, iaitu hegemoni total
( integral ), hegemini yang merosot ( decadent ) dan hegemino yang minimum
(Femia, 1981). Dalam konteks ini dapat dirumuskan bahwa konsep hegemoni
merujuk pada pengertian tentang situasi sosial politik. Dalam terminologinya
momen filsafat dan praktik sosial masyarakat menyatu dalam keadaan seimbang,
dominasi merupakan lembaga dan manifestasi perseorangan. Pengaruh roh ini
membentuk moral, adat, agama, prinsip-prinsip politik, dan semua aspek sosial,
terutama dari aspek intelektual dan hal-hal yang merujuk pada moral.
Konsep hegemoni terkait dengan tiga bidang, iaitu ekonomi ( economic ),
negara ( state ), dan rakyat ( civil society ) ( Bocock, 1986 ). Namun, dunia politik
yang menjadi arena dari hegemoni, juga menampilkan momen perkembangan
tertinggi dari sejarah sebuah kelas. Dalam hal ini, pencapaian kekuasaan negara
yang dibawa bagi perluasan dan pengembangan penuh dari hegemoni itu telah
muncul secara berpengaruh. Pendek kata, hegemoni merupakan satu kelompok atas
kelompok-kelompok lainnya dalam pengertian Gramscian bukanlah sesuatu yang
dipaksakan. Hegemoni itu harus diperoleh melalui aspek politik, ekonomi dan
intelektual yang menggunakan pandangan dunia bersama bagi seluruh masyarakat.
(Sugiono, 1999).
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA



Rajah 9 : Konsep Hegemoni yang merangkumi Aspek Ekonomi, Negara dan Rakyat

3.5 CABARAN HEGEMONI BARAT


Rajah 10 : Cabaran Hegemoni
RAKYAT
NEGARA
EKONOMI
CABARAN
HEGEMONI
BARAT
BUDAYA
MATERIA
LISTIK
BARAT
MEDIA
BUDAYA EKONOMI
POLITIK
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


}4 _/E@O> El44N 1Og4O^- 4
O4O=E4- _/4EO E7):4>
g4^Ug` ~ ]) OE- *.- 4O-
OE+- '4 =eu4lE>-
-47.-4Ou- Eu4 Og~-.-
E47.~E} =}g` Ug^- 4` El
=}g` *.- }g` ]Oj4 4 OO4^
^g
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka
(yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya
petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi
Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah
datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang
kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang
dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Surah Al-Baqarah : 120
Peradaban Barat berupaya mensejagatkan nilai-nilai kehidupan dan
menerapkan budaya mereka termasuk fahaman-fahaman yang menafikan
kewujudan tuhan dan mengagungkan akal manusia serta sains teknologi dalam
menentukan hala tuju kehidupan seperti sekularisme, materialisme, hedonisme dan
sebagainya.
Penerapan nilai-nilai materialistik juga adalah antara cara Barat mengekalkan
kekuasaan mereka terhadap negara-negara Islam dan Asia. Tamadun Barat yang
bersifat kebendaan ini dan meminggirkan pembangunan aspek spiritual ini telah
mengundang pelbagai krisis moral dan sosial yang sangat kritikal. Ekoran daripada
ini, tidak hairanlah masyarakat Islam dan Asia dilanda masalah yang sama kesan
budaya materialistik Barat ini.
Identiti orang Islam dan Asia juga telah terhapus secara perlahan-lahan. Hal
ini demikian kerana dunia era globalisasi kini kelihatan seperti sebuah dunia Barat
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


yang bersifat hegemoni yang langsung tidak memperlihatkan identiti-identiti tamadun
asal itu sendiri. Impaknya, suasana dunia seluruhnya sedang dan akan terus dihala
dan dimanipulasikan oleh kehendak negara-negara Barat yang utama ( Hashim
Musa, 2004 : 210 )
Kuasa Barat merupakan kuasa antarabangsa dalam mengeluarkan dan
meluluskan keputusan kerana mereka amat berpengaruh di dunia ini. Secara tidak
langsung mereka telah menguasai kuasa politik seluruh dunia. Jika dahulu
penjajahan barat hanya melibatkan negeri-negeri tertentu di bawah pengaruh kuasa-
kuasa Barat seperti India yang pernah menjadi jajahan British, Vietnam di bawah
jajahan Perancis, Filipina di bawah jajahan Amerika Syarikat tetapi kini kita
mendapati bahawa kuasa Barat sudah mendominasi pada peringkat antarabangsa.
Beberapa buah kuasa besar Barat mempunyai kuasa yang penting menentukan hala
tuju perkembangan politik dunia. (Azhar Mad Aros 2000,81)
Penjajahan Barat yang panjang dan lama meninggalkan kesan yang amat
mendalam kepada masyarakat Tamadun Islam dan Tamadun Asia sehingga telah
merubah struktur-struktur ekonomi, institusi-institusi politik serta nilai-nilai
kebudayaan. Kuasa penjajahan Barat yang amat dominan pengaruhnya
menyebabkan masyarakat yang dijajah ini mengalami perasaan rendah diri sehingga
meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri.
Walaubagaimanapun, kini kebanyakkan negara atau masyarakat Islam dan
Asia telah merdeka, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara.
Hakikatnya, masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan
yang tersendiri termasuklah gaya hidup sehinggakan yang melibatkan kedaulatan
negara. Sebagai contohnya, dalam menentukan haluan kehidupan dan masa depan
mereka telah dikongkongkan oleh pelbagai bentuk dominasi baru ( Osman Bakar,
2009 : 114 )
Keadaan politik dunia selepas Perang Dunia Kedua seperti di Amerika
Syarikat, Britain dan Perancis yang telah berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun
telah memperolehi kuasa veto. Negara Amerika Syarikat merupakan negara yang
terkuat dalam kalangan yang mendominasikan Majlis Keselamatan Pertubuhan
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan
negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China ( Osman Bakar, 2009 : 114 )


Penguasaan terhadap Majlis Keselamatan badan dunia oleh Amerika Syarikat
ini membolehkan mereka bertindak sebagai polis dunia dan terlibat dalam pelbagai
konflik di serata dunia walaupun tidak diundang seperti mengebom manusia yang
dilabelkan oleh Amerika Syarikat sendiri sebagai fundamentalis, milikan dan radikal.
Kedudukan Amerika Syarikat itu sendiri sebagai sebuah kuasa global politik yang
amat kuat pengaruhnya disebabkan oleh kekuatan ketenteraan atau militari mereka.
Melalui aspek ekonomi pula, pengaruh Barat ini telah meninggalkan banyak
kesan negatif dalam pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat adalah sifat dan
ciri fenomena kapitalisme global yang menjadi teras dan tumpuan dimensi globalisasi
berkenaan.
Kapitalisme ini menekankan idea dan amalan perdagangan bebas, liberalisasi
pasaran kewangan dan pengaliran bebas modal tetapi konsep kebebasan dan
liberalisasi yang difahami dan diamalkan ini betul-betul bebas dari nilai-nilai murni
yang diperjuangkan oleh Islam dan agama-agama lain. ( Osman Bakar, 2008 : 95 )
Kemunculan sistem ekonomi pasaran global yang mengutamakan negara-
negara perindustrian kuat yang kebanyakkannya terletak di Barat, sebahagiannya
bertanggungjawab terhadap kemiskinan yang berterusan terhadap golongan
tertentu. Pemusatan kuasa di Barat juga telah mencipta satu cengkaman ekonomi
yang agak kuat di Amerika Syarikat misalnya seperti perdagangan senjata dan
dadah yang amat menguntungkan daripada perdagangan komoditi dan
perkhidmatan yang memberikan manfaat kepada manusia.
Selain itu proses pelaksanaan riba dimasukkan dalam ekonomi yang telah
mereka laksanakan. Riba ini merupakan penindasan terhadap golongan bawahan
terutamanya golongan fakir miskin. Oleh yang demikian, golongan fakir miskin akan
sukar untuk menjalani kehidupan sebagai manusia biasa yang dapat mengecapi
sedikit kemanisan dunia.
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA






Riba ini daharamkan dalam Islam sepertimana firman Allah,
E_GC^4C -g~-.- W-ON44`-47
W-OU> W--O4@O-
LE; LOEE_G` W
W-OE>-4 -.- 7+UE
4pO)U^> ^@
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu makan atau mengambil
riba Dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah
supaya kamu berjaya.
Surah Ali-Imran : 130
Gejala sosial yang makin berleluasa berpunca dari budaya orang Barat yang
mana mereka mempromosikan dan mempengaruhi minda muda mudi serta kanak-
kanak untuk mengikuti dan mengamalkan budaya Barat yang negatif. Tidak dinafikan
bahawa terdapat budaya yang positif dari Barat akan tetapi budaya yang negatif
telah dipromosikan melebihi dari budaya yang positif. Oleh yang demikian akidah
umat Islam makin nazak kerana budaya yang dibawa oleh Barat melalaikan dan
menjauhkan diri seorang hamba dari Penciptanya.
Tambahan itu juga, penguasaan Barat terhadap teknologi komunikasi dan
maklumat telah mendominasi penyebaran berita antarabangsa. Dalam tiga dekad
kebelakangan ini juga, dunia Barat juga telah membanjiri dunia dengan
pengeksportan budayanya.
Selain itu, ramalan yang menggunakan zodiak seseorang dan ramalan-
ramalan telah dibuat berdasarkan tarikh lahir. Tafsiran melalui zodiak seseorang
mempengaruhi pemikiran masyarakat sehinggakan setiap ramalan tersebut dijadikan
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


panduan oleh orang ramai. Hampir kesemua masyarakat mengamati dan
mempercayai tafsiran yang dibuat oleh mereka.
Jelaslah di sini bahawa berdasarkan tentang cabaran-cabaran Barat yang
berlaku pada masyarakat Tamadun Islam dan Tamadun Asia pada abad ini telah
dirumuskan bahawa penguasaan Barat amat mencengkam ke atas bangsa-bangsa
manusia yang lainnya.



Rajah 11 : Cabaran Hegemoni dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Ekonomi -Jurang pemisahan
antara miskin dan kaya
Politik - "Polis Dunia"
Pemikiran - Mempengaruhi
masyarakat Tamadun Islam dan
Tamadun Asia dari aspek kehidupan
seharian
Sosial - Gejala dan masalah
sosial semakin meningkat
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA








3.6 RUMUSAN
Ep) EOgN jOOgO- ELgN *.-
E4^- 4O=4N -6OgE+ O) U4
*.- 4O4C 4-UE g4OEOO-
O-4 .Ogu+g` NOE4O
NONO _ CgO g].-
Nj1^- _ E W-O)U;> O}jgOg
:=O^ _ W-OUg-~4
--)O;^- LO-.~E E
74^OUg-NC LO-. _
W-EOUu-4 Ep -.- E74`
4-+-N^- ^@g
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas
bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan
langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. ketetapan Yang
demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya
diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar
laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana
mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah
beserta orang-orang Yang bertaqwa.
Surah At-Taubah : 36
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Berdasarkan Firman Allah dalam Surah At-Taubah, jelaslah bahawa agama
yang betul dan benar adalah Agama Islam yang perlu menjadi panduan dan
ketetapan kepada umat masa kini. Hakikatnya, pengaruh Barat ini telah membutakan
umat-umat Islam terutamanya kepada golongan remaja. Kehidupan bertamadun
dalam konsep globalisasi Barat ini sebenarnya sentiasa menghadapi pelbagai bentuk
cabaran. Namun hakikat dan realitinya. bukanlah satu ketetapan bahawa Barat akan
selamanya menguasai arus globalisasi tanpa ada peluang pada tamadun lain untuk
mendominasi. Segalanya bergantung kepada diri masing-masing.Kemajuan dan
perubahan yang berlaku akibat dari proses hegemoni Barat dan Globalisasi ini juga
telah menimbulkan banyak masalah terutamanya apabila perubahan tersebut
bertentangan dengan budaya dan nilai-nilai Timur.


4.0 KESAN HEGEMONI BARAT DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA





Rajah 12 : Kesan Hegemoni Barat terhadap Masyarakat Malaysia



4.1 Cabaran Globalisasi

K
E
S
A
N

H
E
G
E
M
O
N
I

MEDIA
EKONOMI
POLITIK
SOSIO BUDAYA
HAK ASASI
BUDAYA KEBENDAAN BARAT
BUDAYA HIDUP
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Kuasa Barat mempunyai semangat dan dasar yang sentiasa merancang untuk
menjajah mana-mana negara Islam dan Asia yang mempunyai potensi untuk bangkit
menjadi sebuah kuasa besar dan boleh mencabar hegemoni mereka. Kuasa Barat
mempunyai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dan
meluaskan jaringan dan pengaruhnya melalui media, ekonomi, sosial, dan juga hak
asasi manusia.
Istilah global dan globalisasi merujuk kepada idea tentang dunia tanpa
sempadan seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat
yang berlainan atau jauh. Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh didefinisikan
sebagai hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak
tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga
perkara disebaliknya (Giddens,A.2000). Menurut Martin Albrow pula, Globalisasi
sebagai proses penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia,
masyarakat global.
Terdapat beberapa dimensi yang telah mempengaruhi berlakunya hegemoni
dan globalisasi seperti cabaran terhadap media, cabaran terhadap ekonomi, cabaran
terhadap sosial, cabaran terhadap hak-hak asasi, cabaran terhadap budaya
kebendaan Barat dan cabaran terhadap budaya hidup.
Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi.
Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda
globalisasi ini. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah
negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan
dalam tempoh yang singkat.
Kolektifnya di sini dunia pada masa kini bukan sahaja tidak bersempadan
geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi
,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah
masyarakat.




4.2 Hegemoni Barat terhadap Media
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA



Media memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan
informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa.
Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar
terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi
penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan
perkembangan teknologi mereka. Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang
besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang
sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka.

Firman Allah :

~ --gLg`uUg W-OO_74C ;}g`
;eg-@O= W-OOE^44
_E_NO _ ElgO _O.^e +O
Ep) -.- lOO)lE= E) 4pONE44C
^@
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci
bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang
apa Yang mereka kerjakan.
Surah An-Nur : 130
Berdasarkan Firman Allah di atas, jelaslah di sini bahawa Masyarakat
Malaysia masa kini perlu menyekat pandangan mereka dan memelihara mereka
daripada difitnah. Mereka tidak perlu mempercayai sebulat-bulat dengan media yang
disebarkan oleh Barat terutamanya daripada surat khabar, laman web dan media-
media elektronik seperti televisyen dan radio. Hakikatnya, pengaruh Barat dalam
menguasai media, cetak mahupun elektronik sebenarnya amat luas dan hampir
keseluruhan Masyarakat Malaysia mempercayainya.
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Penguasaan media merupakan satu perkara yang penting dalam pengekalan
hegemoni Barat. Media massa merupakan tempat di mana Masyarakat Malaysia
akan mendapat pelbagai maklumat tentang dunia sekeliling mereka. Melalui media
massa juga Masyarakat Malaysia boleh mendapatkan beberapa bentuk hiburan
yang mengisi masa lapang mereka. Media massa memainkan peranan penting
dalam pembentukan minda dan persepsi masyarakat awam. Masyarakat Barat
mempunyai hampir kuasa penuh terhadap media massa dan penyebaran maklumat.
Penyebaran maklumat melalui media massa pada waktu ini kebanyakannya
dilakukan melalui tiga cara, siaran televisyen dan radio, internet dan media cetak.
Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai
tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin
dan memenuhi segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif
dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat. Mereka sering dikaitkan
dengan kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia.Oleh
sebab itu,kegiatan mereka diharamkan seperti,Tabligh,Toliban,Mujahidin dan Ikhwa-
nul Muslimin. Perkara ini juga dipandang oleh Masyarakat Malaysia yang mempunyai
pelbagai agama. Berdasarkan pengaruh Barat ini, Masyarakat Malaysia yang tidak
beragama Islam ini akan memandang remeh terhadap Masyarakat Malaysia yang
beragama Islam dan akan menganggap mereka sebagai pengganas. Barat telah
menggunakan media untuk menyebarkan keburukan agama Islam dan penganutnya.
Umat Islam di dunia ini sering digambarkan sebagai pemberontak dan golongan
yang sering menimbulkan kekecohan.
Contoh terkini, peristiwa Pengeboman Oslo pada 22 Julai 2011 dimana media
barat telah membuat pelbagai spekulasi dimana tuduhan pengeboman tersebut
dilakukan oleh pelampau Islam atau kumpulan penganas dari dunia Arab. Ini di
burukkan lagi oleh sebuah akhbar di Nova Scotia yang mengeluarkan lakaran kartun
yang mengambarkan dua orang lelaki memakai turban, berjanggut panjang dan
berbaju longgar mengatakan bahawa pengeboman di Oslo dijalankan secara
sempurna. Tuduhan dan lakaran ini telah mendapat bantahan dan kecaman dari
dunia Islam. Ini membuktikan bahawa begitu mudah bagi negara Barat untuk
menuduh sebarang serangan yang berlaku dilakukan oleh orang Islam sedangkan
telah terbukti, serangan tersebut dilakukan oleh rakyat Norway sendiri.
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Tambahan itu juga, hegemoni Barat ini juga memberi kesan yang amat cepat
kepada media. Hal ini demikian kerana, perpindahan maklumat yang diperoleh amat
pantas dan senang diperolehi oleh Masyarakat Malaysia. Berita-berita yang
diperoleh juga akan menjatuhkan serta menaikkan seseorang. Secara tidak
langsung, Masyarakat Malaysia akan membentuk pandangan dan sikap yang
tersendiri dengan berita-berita yang disebarkan melalui media. Ini menyebabkan
Masyarakat Malaysi menuduh dan menfitnah kerana tidak menyemak sama ada
berita yang disebarkan itu adalah benar atau tidak. Islam amat melarang seseorang
itu mereka-reka fakta dan mempercayai sesuatu berita tanpa seledikinya.





Gambar 2 : Surat Khabar merupakan satu dominasi hegemoni Barat terhadap media
kepada Masyarakat Malaysia

WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Firman Allah :
-OU+^~-4 +^OEO
-O+-^ -ON_@Ou=4 ;}g)`
+^OEO 7ON_4Ou= _
O4Lug^-4 OE- =}g`
u-^- _ 4 -OUg-> ELgN
gOO^- g-4OO4^- _/4EO
7OUgNC gO1g W p)
7OU4-~ -OU+^~
ElgEOE +7.-4OE_ 4jOg^-
^_
dan bunuhlah mereka (musuh Yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu
dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat Yang mereka telah mengusir
kamu; dan (ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya
daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar
Masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. oleh itu kalau
mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah
balasan bagi orang-orang Yang kafir.
Surah Al-Baqarah : 191


Kuasa Barat juga menjadikan media komunikasi mereka sebagai senjata
utama yang mampu menyebarkan segala maklumat dan propaganda mereka. Media
Barat ini berada dimana-mana dan liputan mereka juga pantas dan menyeluruh.
Contohnya, Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC),
Reuters, The Associated Press dan lain-lain adalah beberapa contoh media Barat.
Kumpulan-kumpulan media ini sememangnya memaparkan berita yang isi
kandungannya lebih menyebelahi Amerika Syarikat dan Britain. Selain saluran
gergasi CNN dan BBC News, terdapat beberapa saluran berita lain. Antaranya
adalah Sky News (Great Britain) dan Al Jazeera.
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA







Gambar 3 : Antara berita yang disebarkan oleh Barat tentang segala maklumat dan
propaganda serta mendapat pengaruh yang cukup kuat di Malaysia

Wartawan diseluruh dunia termasuk wartawan yang berasal dari Malaysia
bergantung kepada media Barat ini sebagai sumber dan bahan berita. Segala
maklumat dan berita ini tentulah dikuasai dan dimanipulasikan oleh media Barat ini.
Media Barat boleh menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang
peristiwa antarabangsa yang diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia.
Sesuatu cerita atau peristiwa itu diolah dan dipersembahkan demi memperolehi
kepentingan pihak tertentu.

WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA



Pengaruh Barat dalam media juga telah mempengaruhi Masyarakat Malaysia
dalam hiburan. Hiburan-hiburan yang kini rancak disiarkan di dalam televisyen
adalah rancangan realiti televisyen, drama-drama bersiri, muzik dan juga sukan
menjadi satu kepentingan dan kelumrahan hidup pada masa kini. Keuntungan yang
Barat dapat amat bernilai banyaknya kerana melalui rancangan-rancangan hiburan
misalnya memainkan peranan yang penting dalam pemasaran barang-barangan
perniagaan. Kebiasaannya waktu minggu merupakan waktu kemuncak Masyarakat
Malaysia menonton televisyen dan pengaruh Barat amat mudah memberi kesan
kepada mereka. Impaknya, Masyarakat Malaysia akan membazir masa mereka
dengan menonton rancangan-rancangan yang dibawa oleh pengaruh Barat ini.





Gambar 4 : American Idol dan So You Think
You Can Dance merupakan rancangan
realiti daripada Barat

Fenomena laman sosial dan laman sesawang yang dibawa oleh pemikiran
Barat dan pengaruh Barat ini juga berjaya menguasai minda dan pemikiran
Masyarakat Malaysia. Antara laman sosial dan laman sesawang yang sering
digunakan dan diluangkan oleh Masyarakat Malaysia adalah seperti Facebook,
Twitter, MySpace, Skype dan sebagainya.
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Laman-laman sosial dan sesawang ini bukan sahaja digilai masyarakat remaja
dan kanak-kanak, malah masyarakat yang sudah berumur juga seronok
menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Barat ini.





Gambar 5 : Laman sosial dan sesawang yang didominasi oleh Barat yang
digilai oleh Masyarakat Malaysia masa kini

WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Menurut statistik, ramai dalam kalangan Masyarakat Malaysia yang kurang
tidur kerana berchatting dengan agak lama dengan kawan-kawan serantau dunia
melalui laman sosial dan sesawang ini. Gejala sosial juga meningkat kerana
pergaulan bebas melalui laman sosial ini.
Perkara yang bercanggah dengan Islam juga turut mempengaruhi masyarakat
di negara ini dengan membuat panggilan video untuk berkenalan antara bukan
mahram.
Firman Allah,
~ --gLg`uUg W-OO_74C ;}g`
;eg-@O= W-OOE^44
_E_NO _ ElgO _O.^e +O
Ep) -.- lOO)lE= E) 4pONE44C
^@
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci
bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang
apa Yang mereka kerjakan.
Surah An-Nur : 30
Selain itu, hegamoni Barat telah memberi kesan kepada media massa
Malaysia yang mana filem-filem yang berunsurkan maksiat dan kurang sesuai
ditayangkan kepada umum telah menjadi suatu kebiasaan kepada masyarakat
Malaysia. Filem dari Barat ini akan mendapat keuntungan yang tinggi melalui
pendapatan filem yang disiarkan di serata dunia. Masyarakat Malaysia juga minat
dengan filem-filem dari Barat ini kerana ada menyiarkan dan menyelitkan unsur seks
antara lelaki dan perempuan bahkan golongan masyarakat yang berumur antara 11
tahun sudah bercakap tentang seks. Filem-filem Barat ini juga banyak memaparkan
tentang keganasan, lucah, tahyul, pengagungan sains tanpa batasan, gagal
mendidik jiwa penonton serta tiada penerapan nilai-nilai akhlak dan moral.
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA



Gambar 6 : Columbia Pictures merupakan agen pembawa filem-filem Barat ke
serata dunia


Gambar 7 : Filem-filem Barat yang banyak memaparkan tentang seks akan
merosak pandangan Masyarakat Malaysia khususnya kepada golongan remaja

WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


4.3 Hegemoni Barat terhadap Ekonomi
Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba orang yang berwakil
padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu
sama sahaja.
(Riwayat Muslim)
Hegemoni barat dan globalisasi telah menjadikan ekonomi dunia sebagai satu
kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan diguna pakai oleh
seluruh masyarakat dunia.Halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara
lain telah terhapus dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan
dan pelaburan. Ekonomi Barat ini banyak digunakan oleh Masyarakat Malaysia kini.
Sistem ekonomi antarabangsa berdasarkan kapitalisme berjaya menghasilkan
barangan dan meningkatkan taraf hidup Masyarakat Malaysia tetapi gagal
mewujudkan keadilan sosial. Matawang Barat seperti Dollar, Pound dan Euro diguna
pakai di seluruh dunia dan menjadi satu standard menentukan turun naik nilai mata
wang sesebuah negara itu. Penubuhan institusi-insitusi seperti Bank Dunia adalah
percubaan dunia Barat dalam meluaskan hegemoninya melalui libaralisasi pasaran
dan ekonomi.

Gambar 8 : Penggunaan matawang Barat yang digunakan di seluruh dunia




WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Perdagangan bebas tidak sama dengan perdagangan adil

Penyataan tersebut adalah komen Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan
Perdana Menteri Malaysia apabila beliau merujuk syarat dan terma perjanjian
perdagangan yang sering kali menyebelahi negara Barat yang maju terutamanya
Amerika Syarikat. Penyataan tersebut menjelaskan bahawa negara-negara
membangun termasuk Malaysia telah mula menyuarakan rasa tidak puas hati
mereka terhadap penguasaan dan globalisasi dalam ekonomi yang diamalkan oleh
negara Barat.
Sistem ekonomi pasaran bebas merupakan satu usaha masyarakat Eropah
untuk mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di Eropah pada awal zaman
kebangkitan semula (renaissance) Eropah. Sistem ekonomi feudal berkait rapat
dengan sistem politik feudal dan kepercayaan masyarakat Eropah pada waktu itu
terhadap agama Kristian Katholik Rom. Sistem ekonomi ini hancur apabila orang
ramai keluar daripada sistem ini untuk menyertai sistem ekonomi pasaran bebas.
Satu sistem ekonomi alternatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia
adalah sistem perbankan Islam agar tidak terus dipengaruh oleh pengaruh Barat.
Masyarakat Malaysia perlu memahami bahawa sistem perbankan Islam bukanlah
sebenarnya sistem ekonomi yang lengkap, ia merupakan permulaan pengwujudan
satu sistem ekonomi Islam yang lengkap.


Gambar 9 : Antara alternatif Kerajaan Malaysia dalam menangani hegemoni
Barat ke atas ekonomi

WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Kuasa Barat ini juga telah berjaya menubuhkan kelab-kelab elit mereka
seperti G7(1975), G6 (Kesatuan Eropah 2006), G8 (1975) dan G20 (2008). Kelab-
kelab elit ini hanya disertai oleh negara-negara berkuasa dari dunia barat dan timur.
Tiada peluang atau pelawaan diberikan kepada negara-negara membangun atau
miskin untuk menyertai kelab elit ini. Sebagai tindak balas , negara-negara
membangun di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika dan Asia membentuk
gagasan yang dinamakan G15 pada September 1989 dan Pergerakan Negara-
negara Berkecuali atau NAM yang ditubuhkan pada 1961.
Walau bagaimanapun, pola dominasi ekonomi seperti International Monetary
Fund (IMF), Bank Dunia, serta World Trade Organization (WTO) mencorakkan
ekonomi dunia bagi memenuhi kehendak mereka sebagai negara perindustrian
manakala kebajikan negara miskin diabaikan. Hasil kepada proses globalisasi
menyebabkan ekonomi sesebuah negara akan segera mempengaruhi ekonomi di
sekitarnya melalui apa yang disebut jangkitan. (Abd. Rahman Embong 1998). Oleh
sebab itu, kelembapan ekonomi yang melanda negara kita adalah disebabkan
kelembapan ekonomi global yang ditunjangi oleh Barat.
Dominasi negara Barat dalam memanipulasi harga minyak beserta
peperangan yang diada-adakan menyebabkan harga minyak negara meningkat
dengan mendadak sejak 2004. Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga
barang-barang keperluan turut naik di Malaysia yang mana menjadi bahan tunjang
dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuklah yang melibatkan kos
pembuatan dan pemprosesan. Selain daripada kenaikan harga bahan keperluan
yang membebankan masyarakat, terdapat kesan kenaikan harga lain kerana
melibatkan sumber bahan bakar ini. Bebanan kos perkhidmatan juga akan
bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan bakar
ini.




WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA








Gambar 10 : Penubuhan institusi-insitusi dalam meluaskan hegemoninya
melalui pasaran dan ekonomi
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


4.4 Hegemoni Barat terhadap Politik
Politik merujuk kepada kuasa yang terdapat dalam kehidupan sesebuah
kumpulan manusia dan bagaimana kuasa tersebut di susun, dibahagikan, dan
digunakan. Terdapat pelbagai cara bagaimana kuasa ini boleh disusun setiap
penyusunan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Dengan berselindung
disebalik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kuasa Barat telah berjaya
menglobalisasikan politik dunia termasuk politik di Malaysia. Kuasa Barat akan
mengunakan pelbagai cara untuk memastikan mereka terus berkuasa. Negara-
negara kecil sering dibuli dan kepentingan mereka tidak langsung dihargai. Kuasa
veto hanyalah dinikmati oleh kuasa-kuasa besar dan ini membolehkan mereka
bertindak sendirian menyerang negara-negara lain.
Barat telah berusaha pelbagai cara untuk memastikan mereka terus berkuasa
termasuklah mewujudkan blok-blok negara tertentu seperti Blok Komunis dan Blok
Amerika Syarikat. Bagi mengukuhkan lagi penguasaannya, kuasa Barat telah pun
mewujudkan Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu kononnya menjaga keamanan dan
kepentingan bersama ahli namun pertubuhan ini hanyalah untuk kepentingan pihak
Barat sahaja.
Amerika Syarikat dan rakan-rakanya telah terlibat merancang, melaksana
perancangan mereka sebagai polis dunia. Kesan dari segi ekonomi
dan sosial yang ditanggung oleh negara tersebut berkekalan hingga hari ini. Dengan
peperangan yang berlaku tanpa henti di seluruh dunia, kuasa Barat secara langsung
menguasai perkembangan dan percaturan politik dunia, harga minyak dan mata
wang dunia.Fenomena deterritorialization (penyalahwilayah) yang diterajui oleh
Amerika Syarikat ialah satu proses dan tindakan politik yang melintasi perbatasan
wilayah negara dalam melaksanakan kuasa, terdapat penggunaan kuasa, terdapat
pengunaan secara paksa dan pematauan secara bersistematik dan idea mengenai
demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap perinsip sejagat mestilah diterima
oleh seluruh masyarakat dunia.


WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Sistem politik di Malaysia juga merupakan gabungan sistem politik barat
dengan sistem politik tradisional. Sebahagian besarnya dari Great Britain yang telah
berkembang dalam jangka masa yang agak lama. Sistem kerajaan feudal absolute
monarchy bermula pada zaman pertengahan di England. Pengurangan kuasa mutlak
raja menuju kepada sistem raja berperlembagaan (constitution monarchy) bermula
dengan piagam perundangan Magna Carta pada 1215.Selepas itu banyak lagi
perubahan yang di lakukan oleh parlimen Great Britain sehinggalah terbentuknya
kerajaan seperti hari ini di mana kerajaan sistem raja berperlembagaan di Great
Britain masih kekal dan menjadi contoh kepada pembentukan sistem politik raja
berperlembagaan di Malaysia.




Gambar 11 : Kuasa Barat berkuasa untuk menaikkan dan menjatuhkan
bangsa-bangsa lain dibawah telunjuk mereka melalui peperangan
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


4.5 Hegemoni Barat terhadap Sosial dan Budaya

Rajah 13 : Kesan Hegemoni Barat terhadap Masyarakat Malaysia dari aspek sosial
budaya

Masyarakat Malaysia pada masa kini telah banyak melakukan aktiviti harian
mereka dengan mengikut cara Barat. Dalam keghairahan mengejar gaya hidup
kebaratan ini, masyarakat kini secara umumnya sudah tiada rasa bersalah dalam
mengamalkan gaya hidup barat yang ditiru secara total. Islam juga melarang
umatnya berkelakuan seperti dengan kaum-kaum yang lain.
Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka
( AbdulLah bin Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik )
Hegemoni Barat boleh dikatakan satu keadaan di mana pengaruh pemikiran
masyarakat Barat dalam hampir semua perkara yang dilakukan dalam kehidupan
seharian yang begitu ketara. Kita menerima pemikiran barat sebagai satu kebiasaan.
Jikalau kita bekerja, kita selalunya, bekerja dari pukul 9 sehingga pukul 5 setiap hari
dari hari Isnin hingga Jumaat. Apabila diperhatikan dengan rapi, kita bekerja 8 jam
sehari. Kita tidur 8 jam dan kita beriadah atau melakukan kerja lain selama 8 jam
yang lebihnya pada tiap tiap hari.Ini merupakan salah satu hegemoni Barat.
KURANG
PENERAPAN
AKHLAK DAN
NILAI MURNI
BUDAYA HIDUP
SEHARIAN
LEDAKAN
TEKNOLOGI
CANGGIH
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Pembahagian waktu sedemikian merupakan etika kerja Prostestan
(Protestant Work Ethic). Mengikut pemikiran barat, pekerjaan sepenuh masa
merupakan pekerjaan yang memakan masa selama 40 jam seminggu. Masa lebih 40
jam dianggap sebagai overtime. Ahad pula merupakan hari untuk melakukan ibadat
mengikut kepercayaan agama Kristian. Perubahan yang kita lakukan kepada sistem
pemikiran ini hanyalah dengan mengubah waktu pekerjaan hari Jumaat supaya
terdapat cukup masa untuk orang Islam melakukan ibadat solat Jumaat. Apabila kita
mengikut sistem ini secara langsung kita dipengaruhi oleh masyarakat Barat.
Ledakan teknologi yang canggih juga merupakan bentuk penjajahan yang
baru di Malaysia. Hal ini demikian kerana, ramai masyarakat Malaysia yang
menggunakan teknologi maklumat ini untuk mencari maklumat. Tambahan itu juga,
teknologi ini bukan sahaja berfungsi menyampaikan dan menyalurkan maklumat,
tetapi natijahnya sistem ini juga mendekatkan dunia menjadi dunia semakin sempit
dan menjadikan maklumat sebagai komoditi bisnes baru.

WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA



Gambar 12 : Ledakan teknologi maklumat yang menjadi penjajahan pemikiran
Masyarakat Malaysia

Pelbagai jenis makanan Barat yang telah berkembang di Malaysia dan
dinikmati oleh seluruh Masyarakat di Malaysia. Mc Donalds, Kentucky Fried
Chicken, Pizza Hut dan kini fenomena makanan dari Jepun, Korea, Itali dan
Peranchis sudah makin diterima oleh masyarakat. Makanan tradisi hanya boleh
dinikmati pada hari-hari tertentu dan golongan pembuatnya semakin pudar. Impak
daripada budaya makan makanan Barat ini juga, Masyarakat Malaysia akan menjadi
lebih individualistik sebagaimana orang Amerika di pasca moden. Kebudayaan
ketimuran seperti makan berjemaah bersama-sama keluarga akan mula dilupakan
dalam masyarakat abad ini.

WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA



Gambar 13 : Makanan Barat yang menjadi kegemaran Masyarakat Malaysia

Fesyen pakaian yang secara terang-terangan melanggar hukum sebagai
seorang Muslim makin menjadi kegilaan masyarakat Malaysia. Masyarakat di
sogokkan dengan pakaian berjenama dari Barat. Alat-alat solek yang diragui
pembuatannya, minyak wangi yang mempunyai kandungan alkhohol juga menjadi
santapan wajib masyarakat kini. Anak muda pula semakin ghairah mengikuti
perkembangan fesyen seperti Versace dan Bonia yang tidak lagi melambangkan
budaya timur yang penuh kesopanan dan ketatasusilaan. Impaknya, masalah
penzinaan dan rogol akan berleluasa dengan pemakaian yang tidak menutup aurat
ini.

Gambar 14 : Fesyen Barat yang menjadi pakaian kegemaran Masyarakat
Malaysia


WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Menurut Osman Bakar (1997), menerusi kolonialisme Barat berjaya
membentuk satu persepsi cultural superiority dalam kalangan masyarakat dunia
termasuk Masyarakat Malaysia. Gaya hidup Barat yang mengamalkan hubungan
seks tanpa ikatan perkahwinan, hubungan seks rambang serta songsang melibatkan
hubungan sesama jenis turut meresap ke dalam kehidupan anak muda di seluruh
dunia. Budaya kehidupan sedemikian sebenarnya menyeleweng daripada tatasusila
kehidupan manusia normal tetapi ia semakin kuat mempengaruhi generasi muda
sekarang sehingga budaya tempatan yang lebih sopan ditinggalkan.

Gambar 15 : Kesan Hegemoni Barat terhadap budaya Masyarakat Malaysia

Masyarakat kini makin hilang nilai-nilai murni dan mulia. Masyarakat Malaysia
kini sudah jarang bertegur sapa, jiran tidak lagi bantu membantu dan bertoleransi.
Dunia Barat mengajar masyarakat untuk hidup secara sendirian tanpa pertolongan
dari orang lain. Akibat kesan globalisasi dan konsep hidup berkiblatkan nafsu, tidak
ada lagi masyarakat yang sanggup berkongsi kesusahan dan kesengsaraan. Begitu
berubahnya nilai-nilai murni ini hingga kerajaan terpaksa melancarkanpelbagai
kempen seperti Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni, Kempen Kami Prihatin dan
terkini Kempen Amalan Senyum.


WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Muzik juga merupakan satu unsur budaya yang dibawa dari Barat. Muzik pada
masa kini merupakan industri yang amat menguntungkan. Melalui media massa,
boleh dapati bahawa dalam tahun 1996, Amerika Syarikat berjaya menjual sekitar
US6 hingga US7 bilion bahan-bahan filem dan muzik di seluruh dunia. Melalui
promosi artis dan juga konsert, industri muzik ini akan terus meningkat. Hakikatnya di
sini, jelaslah bahawa industri muzik ini merupakan satu proses pengAmerikaan.
Sukan juga merupakan satu-satunya aktiviti yang bersifat sekular. Kehebatan
sesuatu sukan bergantung kepada konsep menang dan kalah. Sukan amat diminati
oleh semua golongan remaja dan semua peringkat umur walaupun mereka
mempunyai pandangan dan sistem hidup yang berbeza. Kini, sukan yang daju dan
diwar-warkan oleh Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Kuasa-Kuasa Besar
menjadi begitu popular. Hakikatnya, dalam Islam amat menuntut ummatnya untuk
bersukan, namun, nampaknya sekali lagi hanya budaya dan nilai Barat yang
ditetapkan dalam sukan di peringkat global ini.



Gambar 16 : Pengaruh Barat dalam Sukan telah melanda dalam pemikiran
Masyarakat Malaysia sejak Merdeka lagi



WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


4.6 Hegemoni Barat terhadap Pemikiran Hak Asasi Manusia

Pemikiran hak asasi manusia bermula dari barat akibat daripada penindasan
masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik, dan agama oleh golongan diraja dan
Gereja Katholik Rom pada suatu masa dahulu. Selepas zaman kebangkitan semula
(renaissance) masyarakat Eropah, timbul pendapat berbeza untuk memahami
keadaan manusia dan peranannya di dunia ini. Sebahagian daripada ahli
cendekiawan Eropah menolak ajaran Gereja Katholik Rom dan cuba membuat
tafsiran baru terhadap kitab Injil berkenaan perkara tersebut.
Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini
datangnya daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah. Pemikiran
tentang hak-hak asasi manusia bermula akibat daripada penindasan masyarakat
Eropah dari segi ekonomi, politik dan agama oleh golongan diraja dan gereja
Khatolik Rom pada suatu masa dahulu. Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran
masyarakat Amerika Syarikat (yang juga diikuti oleh sebahagian daripada
masyarakat Barat) , tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan,
kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini begitu penting dari sudut
pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka.

Rajah 14 : Tiga kategori Hak-hak asasi
HAK ASASI
MANUSIA
Kebahagiaan
Kehidupan
Kebebasan
WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Hak yang pertama: kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia
berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan hak
asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah pada satu
masa dahulu di mana pihak raja dan Gereja mempunyai hak untuk membunuh
sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan.Hak yang
kedua: kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja
asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain. Hak yang ketiga:
mengejar kebahagiaan , sebenarnya adalah kebebasan untuk mengumpul harta.
Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan
kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa
mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.
Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan lebih menjurus kepada hak individu . Ini
berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu.
Kepentingan ini menjadi penting hasil daripada penolakan masyarakat Barat
terhadap pemikiran kepentingan kumpulan lebih penting daripada kepentingan
individu yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada zaman pertengahan Eropah.


4.7 Hegemoni Barat terhadap Bahasa dan Intelektual
Sebenarnya penggunaan bahasa pengantar juga secara tidak langsung
menunjukkan hegemoni Barat. Penguasaan bahasa Inggeris menjadi begitu penting
di Malaysia sehingga kerajaan sanggup melaksanakan Program Pengajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah supaya para
pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik lantas membolehkan kita
berinteraksi dengan masyarakat barat. Bahasa ini juga memberikan kesan yang
buruk kepada negara Malaysia khususnya. Hal ini demikian kerana bahasa
kebangsaan iaitu bahasa Melayu akan dilupakan sedikit demi sedikit kerana lebih
memetingkan bahasa Inggeris sebagai bahasa intelektua.



WAJ 3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


4.8 Rumusan

Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah
membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain
terutamanya negara Islam. Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan
ketenteraan, ekonomi dan kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang
menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh
Amerika Syarikat menjalankan pelbagai dasar luar yang kononnya untuk
menegakkan keadilan namun semuanya ternyata hanya retorika mereka sahaja.
Hegemoni barat dan globalisasi dilihat membawa banyak keburukan kepada
kita semua terutamanya di timur. Ia sudah lama mempengaruhi kita sedikit demi
sedikit sehinggalah sekarang. Hampir semua aspek kehidpan masyarakat kini
sedang menjalani proses globalisasi yang secara langsung membawa kita ke satu
sistem dunia yang diseragam dan didalam acuan kuasa Barat.
Melalui hegemoni yang begitu kuat sama ada media, ekonomi, politik, sosial
dan budaya, kita melihat Barat seolah-olah telah berjaya menguasai dunia tanpa
sempadan. Melalui perkembangan teknologi yang begitu hebat, penjajahan ini tetap
akan berlaku walaupun tanpa kehadiran mereka di kalangan negara-negara yang
dijajah. Arus globalisasi yang kita hadapi hanya membenarkan satu budaya dan satu
gaya hidup. Orang yang tidak menerimanya dianggap ketinggalan zaman. Hanya
yang mempunyai kekuatan dan jati diri mampu bertahan daripada arus ini.

Anda mungkin juga menyukai