Anda di halaman 1dari 3

Model: Inkuiri penemuan Tajuk : Jisim Bidang: Timbangan Jisim Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: menimbang jisim

dengan unik piawai

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:menimbang jisim menggunakan unit kilogram dan gram Objektif pembelajaran: murid dapat menimbang jisim sesuatu benda dengan menggunakan unit piawai. Masa: 60 minit (2 waktu) FASA 1. Persediaan Memerhati Menciri Mengelas menyoal CADANGAN AKTIVITI Menyediakan beberapa bahan yang boleh ditimbang seperti buku, bekas pensel, botol air, beg. CADANGAN KOMUNIKASI Berapakah berat beg sekolah anda? Yang manakah lebih berat, buku atau bekas pensel? Berapakah anggaran berat 4 buah buku teks matematik?

2. Imaginasi Meneroka Merancang Meramal Membuat hipotesis

Murid diminta memikirkan cara untuk mengukur berat jisim yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Murid mengukur menggunakan genggam, cawan, dan gelas.

Apakah peralatan yang sesuai untuk menimbang berat beras, tepung? Bolehkah kita mengukur berat dengan menggunakan genggam? Adakah setiap genggaman murid mempunyai berat yang sama? Apakah alat yang sesuai untuk mengukur jisim sesuatu objek?

3. Perkembangan Menguji hipotesis

Guru memperkenalkan alat penimbang dalam unit gram dan kilogram. Guru mengedarkan borang rekod untuk membuat anggaran dan membuat timbangan objek seperti kentang, betik, mangga, dan nanas. Murid merekod jumlah timbangan dalam kilogram dan gram.

4. Tindakan Melapor Dokumentasi Membuat kesimpulan mentaksir

Murid menerangkan anggaran dan berat objek yang ditimbang Setiap murid mencatat anggaran dan ukuran berat objek yang diperolehi oleh kumpulan lain. Guru menunjukkan ukuran sebenar objek-objek tersebut. Murid membandingkan kumpulan mana yang dapat mengukur timbangan dengan tepat atau hampir tepat. Kumpulan yang paling banyak mengukur dengan tepat dikira sebagai pemenang.

Sebutkan anggaran dan jisim sebenar kumpulan anda. Kumpulan mana yang paling banyak menimbang dengan cepat dan tepat. Kumpulan mana yang paling banyak menggangar dengan tepat.

5. Penutup

Guru memberi penegasan kepada murid untuk mengukur berat jisim dengan menggunakan alat penimbang dan unit piawai yang digunakan ialah kilogram dan gram Murid boleh membuat anggaran, menimbang dan merekod jisim objek dalam unit kilogram dan gram Bekerjasama dalam kumpulan, jujur, toleransi, didiplin

Pentaksiran

Nilai dan Sikap

LAMPIRAN 1 AKTIVITI KUMPULAN: menganggar jisim dalam gram KAEDAH: 1. Sediakan 1 peket kacang yang jisimnya 100 g 2. Imbang dengan menggunakan tangan. Rasakan jisimnya. 3. Imbang sebiji kentang dengan tangan yang satu lagi. Anggarkan jisimnya. 4. Rekodkan jisim yang dianggarkan. 5. Timbang kentang tadi dengan alat penimbang untuk mendapatkan jisim sebenar. Rekodkan. 6. Cari beza jisim yang dianggarkan dengan jisim sebenar. Tuliskan perbezaan jisim tersebut. OBJEK Kentang Nanas Betik Mangga JISIM ANGGARAN JISIM SEBENAR BEZA

Anda mungkin juga menyukai