Anda di halaman 1dari 2

Latihan 1 Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu.

. Melangkah batang rotan ~Berlari dan melangkah batang rotan yang susunan di jauhkan jaraknya.~ Latihan 2 Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan. Melangkah batang kayu yang ditinggikan 1) Tujuan latihan 1 dan 2 ialah; Untuk membantu setiap peserta membina ritma Untuk membantu setiap peserta membina bilangan langkah yang seragam ketika berlari diantara halangan. 2) Semasa latihan berlari, peserta-peserta digalakkan membilang setiap langkah yang mereka buat dengan menyebut, Lompatsatuduatigalompat

Latihan 3 Latihan ini merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan. Peserta perlu berjalan dan melangkah dihujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan ini diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga paras tumitnya menjadi rapat dengan punggung peserta. Mulakan latihan ini dengan mencuba cara berjalan dan kemudian tukar kepada berlari anak.

Latihan menggerakkan kaki belakang Latihan 4 Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun. Susun batang rotan dan lompat melepasinya Tujuan latihan 3 dan 4 ialah untuk mengajar teknik pergerakan kaki belakang semasa melepasi pagar.

Latihan 5 Lari berpagar dari peringkat mulaan gaya dekam sehingga ke garisan penamat. Tujuan latihan ini ialah untuk membina keseragaman langkah-langkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar-pagar.