Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan Disleksia Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu dys bermaksud kesukaran dan lexia bermaksud

kesukaran dengan perkataan bertulis. Selain daripada disleksia istilah lain yang telah digunakan bagi kesukaran ini adalah buta huruf. Definsi disleksia ialah kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai kemahiran membaca walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi.

Murid Disleksia Kementerian Pendidikan Malaysia

Disleksia dikaitkan dengan kesukaran membaca dan menulis. Lazimnya murid-murid dalam kategori ini adalah terdiri daripada murid-murid atau kumpulan murid yang mempunyai kecerdasan atau kepintaran yang tinggi tetapi pencapaian akademik mereka adalah rendah. hal ini demikian adalah kerana murid atau kumpulan murid ini mempunyai masalah dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis.

Terdapat beberapa ciri-ciri yang yang menyebabkan penyakit disleksia. Murid yang mengalami penyakit disleksia biasanya mengeliru dengan kedudukan arah huruf atau pembalikan huruf. Contohnya b ditulis d, g ditulis p ataupun n ditulis u. Oleh sebab kekeliruan itu, maka perkataan-perkataan yang idtulis pun berlainan dengan apa yang sepatutnya. Contohnya, bayi ditulis dagi, nasi ditulis utasi ataupun lagu ditulis lapu dan sebagainya.

Ciri kedua bagi penyakit disleksia ialah kekeliruan susunan huruf. Ada kalanya huruf yang berada dalam satu-satu perkataan ditulis mengikut huruf yang salah, walaupun semua huruf pada perkataan itu wujud. Ciri ketiga ialah murid yang mengalami penyakit ini biasanya mereka akan menambah huruf sendiri. Misalnya, main ditulis maein, jaga ditulis jagar ataupun lari ditulis lakri.

Ciri seterusnya ialah mereka akan menggantikan huruf dengan sendiri. Misalnya, saya ditulis caya, sayur ditulis cayur ataupun api ditulis cpi. Selain itu, meninggalkan huruf juga akan biasa berlaku dalam kalangan murid disleksia.

Misalnya, makan ditulis akan, sambal ditulis samba ataupun rambut ditulis ambut.

Ciri kelima bagi penyakit disleksia ialah kekeliruan dengan bunyi huruf-huruf vokal. Contohnya, a, e, i, o, u. Oleh yang demikian ada kalanya epal ditulis apel, air ditulis aer ataupun cukur ditulis cokor. Murid-murid seperti ini biasanya menulis ejaan yang tidak bererti. Misalnya makan ditulis midan, kaki ditulis duma ataupun bapa ditulis paba.

Di samping itu, ciri membalikkan suku kata juga kerap berlaku dalam kalangan murid disleksia. Contohnya, masa ditulis sama, madu ditulis duma ataupun bapa ditulis pada. Murid-murid ini juga tidak dapat menulis dan menyebut perkataanperkataan yang mempunyai 3, 4 dan 5 suku kata. Misalnya, kenapa, daripada ataupun peperiksaan. Ciri terakhir yang biasa dilakukan oleh murid disleksia ialah mereka sukar dalam menyalin semula nombor-nombor. Misalnya, 6 ditulis 9 ataupun 10 ditulis. Walaupun murid seperti ini telah diajar oleh guru bagaimana menulis tetapi mereka masih menulis apa yang mereka suka sahaja.

Penilaian melalui kaedah pensel dan kertas adalah merupakan sesuatu yang amat sukar bagi murid-murid ini. Murid disleksia juga tergolong daripada murid-murid bermasalah pembelajaran spesifik. Fenomena ini wujud kerana terdapat murid disleksia yang bukan sahaja menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran asas literasi tetapi juga turut menghadapi masalah dalam kemahiran asas numerasi. Murid atau kumpulan murid disleksia ini tidak terdiri daripada mereka yang malas, nakal, mengalami gangguan emosi mahupun menghadapi masalah sosial. Dalam konteks pelaksanaan Program Disleksia, kementerian Pendidikan Malaysia

mendefinisikan murid disleksia sebagai murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Tahap penguasaan Kemahiran mengeja, membaca dan menulis bagi murid Disleksia

Kemahiran Mengeja

Murid seharusnya dapat mengeja perkataan mudah. Perkataan mudah bermaksud perkataan asas yang seharusnya ada pada seseorang murid, tahap perbendaharaan kata adalah berdasarkan umur murid. Bagi murid-murid disleksia, mereka akan mengeja perkataan tidak sebagaimana yang dikehendaki, seperti mengeja baju menjadi batu, sama jadi sana, lagu jadi laju, kepak jadi kapak dan sekolah jadi selekoh. Seterusnya murid-murid akan menyusun abjad tidak mengikut ejaan dalam perkataan sebagaimana yang sepatutnya. Murid sering melakukan kesilapan dalam menyusun abjad ketika mengeja perkataan. Contohnya jika guru meminta mereka mengeja perkataan nasi, murid akan menyusun abjad dalam ejaan nasi menjadi sain atau nsai yang tidak mengikut urutan ejaan perkataan nasi sebagaimana yang sepatutnya. Contoh perkataan-perkataan lain seperti sabun menjadi basun, dalam menjadi idmaa dan arnab menjadi ranab.

Kesilapan meletakkan suku kata dalam perkataan Murid sering melakukan kesilapan dalam meletakkan suku kata dalam perkataan. Contohnya jika guru meminta murid mengeja perkataan pasu, murid sering akan meletakkan suku kata dalam perkataan pasu, iaitu suku kata pa dan suku kata su menjadi susunan supa yang tidak mempunyai kaitan dengan perkataan asal atau mempunyai makna yang lain daripada makna asal. Contoh perkataan lain seperti tisu menjadi sufi, buta menjadi tabu, dan buka menjadi kabu.

Tidak boleh atau Keliru dalam Membezakan bunyi abjad yang hampir sama yang terdapat dalam suku kata. Murid tidak boleh atau keliru dalam membezakan bunyi-bunyi abjad yang hampir sama. Perkataan guru Perkataan murid Suku (sepatutnya) dapat padat da pa kata Suku kata (murid)

Pat pakaian Almari Pakayan Laman ian al

dat yan la

Kemahiran menulis Masalah yang sering dialami oleh murid yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia dalam penguasaan kemahiran menulis. Hasil kerja murid tidak kemas contohnya saiz tidak seragam, margin antara huruf atau perkataan antara baris tidak seragam, tidak seragam dalam membentuk huruf dan kerja bertulis kotor. Murid murid disleksia akan mencampurkan huruf besar dengan huruf kecil seperti ruMaH, BuaT. Seterusnya murid-murid disleksia menulid dengan tidak mengikut garisan. Contohnya:

Selain itu, saiz huruf yang ditulis oleh murid-murid juga tidak sama besar seperti

Seterusnya murid tidak berupaya menyalin semula secara lengkap maklumat yang bertulis di papan hitam dan tidak berupaya menulis maklumat yang diperdengarkan atau yang disebut oleh guru. Selain itu, tulisan murid sukar dibaca kerana bentuk abjad tidak jelas. Contoh

Tulisan mereka juga tidak ada antara satu perkataan dengan perkataan yang lain contohnya sayamakannasi dan kedudukan huruf tidak teratur seperti :

Murid tidak dapat menyaingi kebolehan menulis setanding dengan rakan sebayanya. Rakan sebaya di sini bermaksud keseluruhan murid pada tahun yang sama contohnya tahun satu. Murid-murid disleksia akan menulis secara terbalik, abjad-abjad tertentu seperti Adjad Tulisan murid b u d n M P Abjad Tulisan murid w q

Perkataan terbalik seperti : Perkataan Buku Duku Tulisan murid kubu Kudu Perkataan Sama Tulisan murid masa

Kemahiran Membaca

Dalam pendidikan khas, aspek membaca paling diutamakan. Kemahiran ini amat ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti menulis dan mengira. Tahap kebolehan membaca murid agak rendah jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Rakan sebaya di sini adalah dirujuk kepada keseluruhan murid pada tahun yang sama misalnya murid Tahun Satu. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan seharian, malah sistem persekolahan itu sendiri juga menganggapnya sebagai asas bagi seseorang itu terus meningkat dalam alam persekolahannya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi memahami dan menguasai kemahiran membaca, disenaraikan di bawah enam peringkat sebagai panduan ibu bapa ataupun guru melatih kanak-kanak menguasai kemahiran itu iaitu berkenalan dengan huruf konsonan dan vokal, membaca dan membunyikan dua suku kata dan ada baiknya dua suku kata itu diwarnakan, mengeja dan membaca dua suku kata terbuka, membaca gabungan huruf konsonan-vokal-konsonan (KVK), membaca perkataan yang sukar gabungan konsonan dan vokal serta membaca karangan mudah.

Terdapat juga masalah murid dalam membaca teks yang panjang. Antaranya ialah murid membaca ayat tanpa menghiraukan tanda baca yang ada. Murid sering meninggalkan perkataan yang tertentu semasa membaca teks panjang. Teks panjang di sini merujuk kepada teks yang mengandungi ayat lebih daripada 6 baris. Murid disleksia ini juga sering kali menyebut perkataan lain daripada perkataan yang sepatutnya dibaca semasa membaca teks yang panjang. Perkataan-perkataan tersebut mungkin sukar dieja oleh murid tersebut.

Di samping itu, murid seperti ini juga suka menambah perkataan sendiri dalam ayat yang dibaca oleh mereka. Biasanya, mereka membaca ayat secara melangkau baris dengan meninggalkan baris-baris ayat yang tertentu dalam teks panjang. Sekiranya guru kurang pasti, guru boleh membina teks sendiri yang mengandungi lebih daripada 6 baris.

Murid disleksia ini tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding. Misalnya daun, cium, baik, dan buih. Murid seperti ini juga tidak dapat menyebut perkataan yang mengandungi diftong. Contohnya perkataan dia, air, pulau, dan misai. Penyebutan perkataan diagraf/konsonan berganding juga salah satu masalah yang biasa mereka hadapi. Contoh perkataan yang mengandungi diagraf ialah khamis, syarikat, dan trafik.

Secara kesimpulannya, murid disleksia ini sukar dalam membaca ayat yang panjang. Murid ini berasa waswas atau teragak-agak kurang keyakinan, sama ada ayat yang dibaca itu betul atau salah.

Anda mungkin juga menyukai