Anda di halaman 1dari 1

,

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru pada pagi yang berbahagia ini.


Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah, mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata . Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinanMu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anakanak mereka sendiri . Kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .


Pada kesempatan ini , berkat kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kami mohon kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guruguru kami , sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru kami , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara yang tercinta .

Anda mungkin juga menyukai