Anda di halaman 1dari 2

SKRIP ZAMAN DEWASA AKHIR (65-75 TAHUN)

NEGATIF

SETTING : RUANG TAMU

WATAK : PAK AHMAD,70 tahun (DUDA)_ASHAARI MAK ZAINON,50 tahun (BEKAS ISTERI)_AIN ZIKIR,40 tahun (ANAK)_AZMER ANNA,37 tahun (ANAK)_WANI RINI,28 tahun (ANAK TIRI)_RONIE ALONG 1 _MERESSA ALONG 2_LING

SITUASI Pak Ahmad sedang duduk bersendirian sambil mengenang masa lalunya. Hanya keluhan yang tak hentihenti bermain dibibir tuanya. Menyesal, ya dia sangat menyesal dengan perbuatannya lalu yang telah memakan diri. Andai saja masa dapat diputar kembali, pasti dia tidak akan terjebak dengan JUDI! Kerana judi, dia yang punya keluarga bahagia, terpaksa melepaskan isteri yang tercinta agar isterinya tidak turut diburu along-along yang menuntut hutang kepadanya. Ditambah lagi dengan penyakit jantung yang dihadapinya setahun lalu. Tiba-tiba pintu rumah Pak Ahmad diketuk kuat. Along 1 : Hoi Ahmad, keluar sekarang! Aku taukau ada kat dalam. Keluar laa woi orang tua. Pak Ahmad : Along, bukankah aku dah janji nak bayar hutang aku minggu depan. Along 2 : Janji kau mana boleh pakai, pergi mampuslah orang tua. Minggu lepas pun ko cakap nak bayar sekian-sekian, tapi haram ko nak bayar. Tiba-tiba Zikir, anak Pak Ahmad datang menerpa. Zikir : Nah duitnya! Jangan ganggu bapa saya lagi. (not RM5,000 dicampakkan ke arah along). Along 1 : Haha, nasib baik anak kau ada! MInggu depan aku datang lagi. Along 1 dan Along 2 keluar dari rumah Pak Ahmad. Kemudian Anna, anak perempuan Pak Ahmad masuk ke rumah.

Anna : Apa nak jadi dengan bapa ni? Kalau bapa tak main judi, keluarga kita bahagia. Mak takkan kawin lain. Zikir : Dah la Anna, jangan tambah lagi kesedihan bapa. Bapa tu sakit jantung, nanti makin menjadi sakitnya. Bapa, ni saya bawakan ubat bapa. Doktor berharap sangat bapa menerima rawatan yang sepatutnya. Pak Ahmad : Maafkan bapa, Anna. Terima kasih Zikir. Bapa rasa ini hukuman Allah S.W.T dengan bapa. Bapa tak nak menyusahkan kamu lagi. Biarlah bapa hidup bersendirian di rumah ni. Zikir : Baikla bapa, Zikir dan Anna balik dulu. Nanti kami datang jenguk lagi. Anna : Tak payah jenguk pun tak pa, biar bapa tu tanggung dosa dia sendiri. Meluat Anna. Zikir : Anna, sudah-sudah lah tu. Bapa dah lama insaf. Kita sebagai anak seharusnya menjadi kekuatannya, bukan menghukumnya atas kesalahan dahulu. Maafkan Anna ya bapa. Kami pergi dulu, Assalamualaikum. Pak Ahmad : Waalaikumsalam. Satu-satunya yang Pak Ahmad syukuri ialah anaknya, Zikir. Walaupun pada mulanya anaknya itu tidak dapat menerima perpisahan antara dia dan isterinya, tetapi akhirnya Zikir faham kenapa ayahnya berbuat demikian. Tiba-tiba seseorang memberi salam dari luar rumah. Mak Zainon : Assalamualaikum, ada orang tak kat dalam rumah? Pak Ahmad : Waalaikumsalam, Zainon, Rini. Huh, kenapa datang pi rumah ni? Rini : Apa khabar pakcik? Ni mak datang sama NIni nak bagi makanan kat pakcik. Harap pakcik dapat terima. Pak Ahmad : Terima kasih Non, Rini. Untung kau Non dapat anak tiri yang baik. Maafkan abang sebab tak dapat beri kebahagiaan pada Non. Mak Zainon : Apa abang merepek ni ? Non tahu abang buat semua ni nak melindungi Non dari alongalong tu. Andai ini suratan kita, Non reda bang. Pak Ahmad : Terima kasih Non. Sekali lagi abang minta maaf. Kalau bukan kerana judi, kita takkan jadi macamni. Mak Zainon : Dah la bang. Benda dah nak jadi. Pak Ahmad : Abang harap Non bahagia dengan Haji Samad. Mak Zainon : Terima kasih bang. Non bahagia. Non harap abang juga menemui kebahagiaan abang. Sesal tiada guna. Pak Ahmad tahu bahawa ini semua kesilapannya sendiri. Andai saja dia dapat memutar masa. Tapi itu semua ketentuan Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai