Oct 1 2011
Pernah beberapa kali saya menerima emel dari beberapa orang kenalan yang bertanya bagaimana untuk menjadi web designer yang bagus. Secara jujurnya, saya sendiri pun tak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati mereka, sebab saya masih mengganggap diri saya masih dalam proses belajar. Tiada satu cara yang khusus dan mudah untuk menjadi the best. Semuanya memerlukan masa dan juga kesabaran yang cukup tinggi, dan ditambah dengan sifat ingin tahu yang sentiasa membuak-buak di dalam dada. Tetapi, saya boleh berkongsi apakah keperluan dan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai cita-cita itu. Di sini saya senaraikan beberapa benda penting yang anda perlukan jika anda ingin menjadi seorang web designer yang bagus.
web, tanpa HTML ia hanyalah longgokan teks yang tidak tersusun dan tidak mempunyai makna. Jadi, mahirkan diri anda dengan HTML sebelum anda mula belajar server-side scripting seperti PHP atau Ruby. Jika ada yang meminta saya mengajar PHP, tetapi mereka tiada asas HTML, saya akan suruh mereka kuasai HTML terlebih dahulu sebelum boleh belajar PHP. Laman web untuk belajar: 1. W3Schools HTML 2. W3Schools HTML5
Halaman 2
Walaupun Javascript bukanlah satu keperluan utama, tetapi saya sangat menggalakkan anda mempelajarinya. Ini kerana pada masa ini, penggunaan Javascript untuk memanipulasi elemen DOM pada antaramuka sistem menjadi salah satu ciri tambahan yang sangat berguna. Cuba anda lihat pada Facebook anda, tengok apa yang terjadi ketika anda tekan link Like pada gambar atau komen kawan-kawan anda. Proses yang berlaku disebalik link tersebut ialah web browser anda akan menghantar request kepada server Facebook yang memberitahu anda hendak Like gambar atau komen tersebut. Seterusnya, server akan merekodkannya dalam database dan kemudian menghantar maklumat itu kembali kepada web browser anda. Pada web browser anda pula, satu kod Javascript akan dijalankan untuk menukar link Like tadi kepada Unlike, dan akan menambah nama anda di dalam senarai pengguna lain. Semua proses ini berlaku tanpa perlu buka halaman yang lain di dalam Facebook. Inilah salah satu kegunaan utama Javascript, dan pengetahuan tentang language ini juga dapat membantu menaikkan nilai anda sebagai web designer atau web developer. Laman web untuk belajar: 1. W3Schools Javascript
Halaman 4
framework, ada sesetangah benda yang kita tidak perlu ambil tahu kerana ianya akan membuang masa kita. Tujuan utama menggunakan framework ialah mempercepatkan kerja kita, bukan membuat kajian proses yang berlaku setiap kali server menerima request dari pengguna sistem. Jika ada yang cakap mereka suka hasilkan sendiri framework mereka untuk setiap sistem yang dibangunkan, saya tabik dan ucapkan tahniah atas usaha anda. Tetapi tidak suka re-invent the wheel. Takkan setiap kali tayar kereta saya botak, saya kena beli getah dan dawai untuk buat tayar sendiri. Baik gunakan yang dah siap sedia ada jual di kedai. Cepat dan selamat. Google yang besar itu pun menggunakan jQuery (Javascript framework) untuk aplikasi mereka, adakah anda jauh lebih baik dari Google? Framework biasanya dibangunkan oleh developer dari serata dunia, setiap isu yang terdapat di dalamnya akan diperbaiki secepat mungkin, dengan bantuan dan kerjasama dari komuniti mereka. Jadi kita boleh pejam mata pada isu keselamatan pada framework itu kerana ianya telah diuruskan oleh pengguna seluruh dunia. Tetapi, dengan menggunakan framework yang kita buat sendiri, siapa yang akan tolong perhatikan dan buat testing pada kod tersebut? Adakah anda pasti kod itu selamat? Jadi, belajarlah gunakan framework yang tersedia yang boleh digunakan secara percuma. Antaranya ialah: 1. 2. 3. 4. CodeIgniter CakePHP Fat-Free Framework Zend Framework
mereka sangat mahal. Jadi kita boleh belajar dengan cara yang lebih mudah dan murah, melalui kod-kod aturcara yang terdapat di dalam CMS ini. Cuma ianya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi kerana adakalanya kod-kod ini sukar untuk kita fahami. Contoh CMS yang boleh anda gunakan: 1. WordPress 2. Drupal 3. Joomla!
9. Baca tutorial
Ramai yang masih belum tahu menggunakan Internet sepenuhnya. Ramai yang mengharap tunjuk ajar sacara terus dari seseorang tanpa perlu membaca. Cara ini pada saya tidak betul. Ini kerana tiada siapa di dalam dunia ini yang mampu mengajar anda 24 jam sehari dan sentiasa ada di sisi anda ketika anda memerlukan bantuan. Tetapi laman web yang menawarkan tutorial pula lain, ia sentiasa ada 24 jam sehari, 365 hari setahun. Jika anda cuba temuramah mana-mana web designer atau web developer yang berjaya, mereka pastinya bersetuju bahawa belajar sendiri melalui tutorial dari laman web merupakan salah satu cara yang paling mudah dan murah untuk mencapai cita-cita anda. Saya sendiri belajar melalui Internet, dari scripting mIRC hinggalah ke PHP, semuanya saya dalami dari Internet. Cuma anda perlu tahu, Internet merupakan gedung ilmu tanpa sempadan, dan ia juga gudang dosa tanpa sempadan. Anda perlu fokus pada objektif anda untuk belajar dan
Halaman 6
jangan cepat berputus asa. Hasilnya tidak akan datang dalam sekelip mata, tapi insya Allah ianya sangat berbaloi. Antara laman web yang banyak menawarkan tutorial dan bahan bacaan yang bagus: 1. 2. 3. 4. 5. Tuts+ Six Revisions Smashing Magazine Design M.ag Naldz Graphics
Kesimpulan
Halaman 7
Bukan senang hendak senang dan bukan senang untuk jadi pandai, tetapi ia tidak mustahil. Luangkan lebih masa anda untuk belajar benda yang baru, banyakkan membaca blog-blog yang memberikan maklumat tentang bidang yang anda minat, dan kurangkan masa melepak sembang kosong kat mamak. Gunakan masa yang berharga itu untuk menjadikan diri anda lebih baik dari hari ini.
Halaman 8